Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID

BAGI TAHUN 2020

LAGU Perhimpunan rasmi mingguan kita dimulakan dengan nyanyian Lagu


NEGARAKU Negaraku dan Lagu Sekolah.
DAN LAGU Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk
SEKOLAH menyanyi dengan iringan muzik.

*********NYANYIAN***********
BACAAN Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan saudara
DOA DAN MUHD ___________________________________
IKRAR
Dan saudara

MUHD____________________________________
Untuk melafazkan doa dan bacaan ikrar

***********DOA DAN IKRAR*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara


___________________________________________
Atas bacaan doa dan ikrar sebentar tadi.
PELAJAR Semua pelajar diminta duduk dengan teratur dan senyap.
DUDUK
KATA ALUAN Dari Johor hendak ke Pekan
Singgah di Lipis membeli haruan
Semanis senyuman kami hamparkan
Buat bingkisan salam pertemuan
Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam Muafakat
Kedah.

******EDARAN BROUSHER & BUNGA TELUR******


SALUTASI Yang Berusaha,
 INSPEKTOR MOHD. ZULHELMI BIN MUSTAPHA
Balai Polis Batu Gajah
 Tuan Haji Zamri B. Haji Mohd Ariffin, Guru Besar SK Kg.
Seri Rahmat,
 Encik Mohd. Fazli Bin Zainuddin, Guru Kanan Pentadbiran,
 Encik Mohd. Shahir Bin Hj. Saidi, Guru Kanan Hal Ehwal
Murid,
 Encik Ahmad Sirajul Halimi Bin Abdul Wahab, Guru Kanan
Kokurikulum,
 Guru-guru,
 Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, terima kasih kepada Yang Berusaha, INSPEKTOR


MOHD. ZULHELMI BIN MUSTAPHA, Pegawai
_____________________________________ yang sudi hadir ke
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SK KG.
SERI RAHMAT bagi tahun 2020.
1

Kompang bergema pusaka bangsa


Page

Dipalu oleh si anak muda


Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Marilah kita bersama-sama melafazkan setinggi-tinggi ucapan


kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang
indah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan majlis
yang bermakna ini.
Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,
UCAPAN Tak berguna, jika ada dayung, tiada perahunya,
TUAN Tak lengkaplah majlis, jika tidak ada, yang berbicara.
PENGETUA
Tirai majlis dibuka dengan menjemput Yang Berusaha, Tuan Guru
Besar SK Kg. Seri Rahmat, Tuan Haji Zamri B. Haji Mohd Ariffin,
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*************UCAPAN****************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar
itu tadi.
UCAPAN
PERASMIAN Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan tetamu jemputan kita,
DARI WAKIL Yang Berusaha, INSPEKTOR MOHD. ZULHELMI BIN
PPD MUSTAPHA, Pegawai _____________________________________ ,
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penyerahan
TUAN HAJI Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SK KG. SERI RAHMAT bagi
MAHADHIR tahun 2020. .
BIN ISMAIL, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Pegawai
Pendidikan **************UCAPAN PERASMIAN******************
Daerah Kuala
Muda/Yan Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha,INSPEKTOR
MOHD. ZULHELMI BIN MUSTAPHA, atas ucapan perasmian itu
tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SK KG. SERI
RAHMAT bagi tahun 2020. .
Guru-guru dan para pelajar sekalian,
Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan
pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah
disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang
diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini
nanti, akan menjadikan para pengawas pemimpin pelajar yang
berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.

PERARAKAN Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan perarakan masuk


MASUK Watikah Pelantikan Pengawas Pemimpin Murid SK KG. SERI
WATIKAH RAHMAT bagi tahun 2020. .
.
**************PERARAKAN MASUK WATIKAH*************
Untuk makluman, Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah
dalam kalangan pelajar yang mempunyai keperibadian yang baik, dapat
memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak
2

membuat keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini,


Page

diharap segala masalah disiplin sekolah akan dapat diatasi dengan lebih
baik.

Badan Pengawas ini terdiri daripada Pengawas


_____________________________________________________
_____________________________________________________ .

PENYERAHA Guru-Guru dan para pelajar sekalian,


N WATIKAH Majlis dengan ini menjemput Tuan Haji Zamri B. Haji Mohd Ariffin ,
PELANTIKAN Guru Besar SKKSR untuk mempersilakan dan mengiringi, Yang
Berusaha INSPEKTOR MOHD. ZULHELMI BIN MUSTAPHA,
Pegawai _____________________________________ untuk
menyempurnakan upacara penyerahan watikah pelantikan Pengawas
Pemimpin Murid SK KG. SERI RAHMAT bagi tahun 2020. .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan, Pengawas-pengawas __________

Dipersilakan, Pengawas-pengawas __________


Dipersilakan, Pengawas-pengawas __________
Dipersilakan, Pengawas-pengawas __________
Dipersilakan, Pengawas-pengawas __________
Terima kasih diucapkan kepada , INSPEKTOR MOHD. ZULHELMI
BIN MUSTAPHA,
atas kesudian menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.
BACAAN
IKRAR Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar dari badan pengawas SK KG SERI
RAHMAT . Dipersilakan Ketua Murid,

_________________________________________________
bagi mengetuai lafaz ikrar.

***********IKRAR************
Demikian tadi upacara lafaz ikrar oleh badan pengawas SK KG SERI
RAHMAT . Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan
menjadikan badan pengawas sekolah ini lebih komited dalam
menjalankan tugas.

Dengan ini, berakhirlah Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan


Pengawas Pemimpin Murid SK KG. SERI RAHMAT bagi tahun 2020. .

Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas


dalam melaksanakan dan menjalankan tugas yang diamanahkan.
PENUTUP Gunung nan tinggi di balik awan
Bagai terlihat bintang bertamu
Sampai sini wahai tetamu dewan
Ada hayat kita bertemu

Leka bersiap si anak dara


Teruna tekun memasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
3

Jemari disusun maaf dipinta


Page
Sekian, terima kasih.

4
Page

Anda mungkin juga menyukai