Anda di halaman 1dari 2

Pra SPM Platinum,

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas,


Melalui:
Pengetua,
SM Sains Kepala Batas,
Jalan Jenerih,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Petrosains Playsmart BKE,


Stesen Servis Petronas,
Mukim 14 Lebuhraya Butterwort-Kulim,
Seberang Perai Tengah,

13700 Pulau Pinang. 25 OKTOBER 2010.

Tuan,

Memohon Kebenaran Lawatan Ilmiah Ke Petrosains Playsmart


Perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Pra SPM Platinum Sekolah Menengah Sains
Kepala Batas (SMSKB) berminat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke tempat tuan mengikut
ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00-11.00 pagi
Bil Pelajar : 25 orang
Bil. Guru : 2 orang
3. Tujuan lawatan kami adalah:
I. Dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai ilmu sains.
II. Dapat mengetahui tentang bidang sains yang terdapat di Malaysia.
III. Dapat menerapkan ciri-ciri saintis dalam diri pelajar.
IV. Dapat mengetahui sumbangan sains kepada negara.

4 Rombongan kami di jangka akan tiba pada jam 9.00 pagi. Kami akan berada di tempat
tuan selama dua jam. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyediakan beberapa
aktiviti untuk kami lakukan agar kerjasama antara kita dapat dieratkan.

5. Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan amat kami hargai. Kami
mengharapkan maklumbalas daripada pihak tuan dengan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(SITI MULTAZIMAH BINTI MOHD FAUDZI)
Setiausaha Pra SPM Platinum,
SM Sains Kepala Batas.

Anda mungkin juga menyukai