Anda di halaman 1dari 1

Perluasan kuasa-kuasa barat begitu jelas berintipati daripada hal perdagangan rempah.

Namun
faktor-faktor lain turut tidak dapat diketepikan yang menjadi seruan kepada kuasa-kuasa barat untuk
bersaing antara satu sama lain yakni melibatkan faktor seperi kegiatan pelayaran dan penjelajahan,
perang salib, kuasa kerajaan Turki Uthmaniyah serta pelayaran marco polo.

Persaingan kuasa barat begitu ketara dalam hal perdagangan rempah. Perdagangan rempah
merupakan salah satu kegiatan perdagangan yang cukup popular ketika itu. Masyarakat dunia ketika
itu menyebut bahawa nilai hasil rempah melebihi nilai emas. Justeru itu, dapat dilihat bahawa
rempah merupakan keperluan ekonomi yang berperanan besar dalam merangsang pertumbuhan
ekonomi dunia ketika itu. Hasil-hasil rempah banyak didapati di asia tenggara seperti kepulauan
Maluku di Indonesia. Hasil-hasil rempah ini begitu penting khususnya dalam keperluan sebagai
bahan pengawet makanan dan masakan. Antara rempah yang popular ketika itu termasuklah lada
hitam, kemenyan kayu manis dan cengkih.

Selain daripada itu, persaingan kuasa-kuasa barat juga berpunca daripada perang salib. . Hal ini
kerana perang salib menjadi satu simbolik yang sangat besar kepada peradaban eropah apabila
wujud seruan oleh pihak pemimpin gereja atau pope yang telah merangsang masyarakat eropah
ketika itu melakukan dasar perluasan kuasa ke seantro dunia. Permusuhan antara kuasa barat
dengan islam semakin meruncing berikutan kejatuhan kota konstatineple yang memberi tamparan
hebat kepada benua eropah. Selepas kekalahan Kristian dalam peperangan ini, telah memberi
kesedaran kepada masyarakat eropah bahwa kerajaan islam memiliki tingkat ilmu yang tinggi yakni
tokoh inteletual yang ramai seperti al khawarizmi, ibnu sina dan sebagainya. Perang salib ini juga
bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan khususnya laut midteranean dan laut hitam yang
menjadi nadi perdagangan ketika itu.

Sementara itu, kegiatan penlayaran juga menjadi faktor kepada berlakunya persaingan kuasa-kuasa
barat. Dalam hal ini, bangsa Portugal menjadi pelopor kepada kegiatan ini ianya bermula apabila
putera Henry memberikan galakan kepada rakyatnya untuk melakukan pelayaran. Sebenarnya,
kegiatan penjelajahan ini juga mempunyai tujuan tersendiri terutamanya dalam menyebarkan
agama Kristian. Manakala, prester john turut menggalakan aktiviti pelayaran bagi tujuan ekonomi
khususnya dalam mendapatakan keperluan rempah yang banyak di dapati di kepulauan Maluku
Indonesia.

Di samping itu, perluasan kuasa barat juga berpunca daripada kukuhnya pengaruh kerajaan Turki
Uthmaniyah. Kejayaan tentera islam menawan kota konstatinapole memberi tamparan hebat
kepada pihak barat. Keadaan ini membawa kepada seruan perang salib oleh pope kepada
masyarakat Kristian untuk menentang islam. Penawanan kota konstatinapole oleh orang islam
menyebabkan laluan penting perdagangan seperti laut hitam dan laut midteranean menjadi rebutan
untuk pihak islam dan Kristian.

akhir sekali, penjelajahan marco polo juga telah mebangkitkan semangat kepada masayrakat eropah
apabila kejayaan beliau melakukan penjelajahan dunia luar. tujuan penjelajahan ini juga ada
kaitannya dengan kperluan perdagangan di samping hasrat penyebaran agama kristian. kejayaan ini
juga memunculkan slogan beban orang putih untuk mentamadunkan bangsa dunia. sebenarnya
begitu jelas hanya sebagai propoganda mereka dalam menguasai dunia.

Anda mungkin juga menyukai