Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1(16 markah)

Andaikan pasaran kacang panjang pada asalnya adalah seperti yang berikut:

Harga kacang panjang


S

E
Ho

Ko Kuantiti kacang panjang

Berasaskan pasaran kacang panjang di atas terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan kacang panjang apabila wujud:

a. kejatuhan harga kacang bendi.


b. kajian baru yang menunjukkan kacang panjang adalah sumber protin yang terbaik.
c. banjir yang serius merosakkan kebanyakan kebun sayur-sayuran di seluruh negara.
d. kerajaan menambahkan subsidi untuk keluaran sayur-sayuran.

(Anda dikehendaki melukiskan rajah yang baru bagi setiap kes di atas. Anjakan keluk hanya
melibatkan salah satu graf sahaja. Penerangan 2 markah, Graf 2 markah untuk setiap soalan)

Soalan 2 (4 markah)

Isi tempat kosong dengan jenis kos yang betul. Jenis-jenis kos termasuk: kos lepas,
jumlah kos, kos tetap, kos berubah, kos purata dan kos marginal.

a. Kos sebenar bagi seseorang untuk mengambil sesuatu tindakan adalah ______________

b. Kos yang tidak bergantung pada kuantiti keluaran adalah _________________

c. Dalam keluaran jangka pendek kilang Minah Keropok,_____________ termasuk kos


tepung, udang dan ikan tetapi tidak termasuk kos kilang tersebut.

d. Kos untuk mengeluarkan satu unit tambahan keluaran adalah ____________

1
Soalan 3 (6 markah)
Berasaskan data yang diberikan dalam jadual berikut:

Tahun KDNK benar (tahun asas 2006) Jumlah penduduk


2000 $4,915,600 juta 233 juta
2019 $9,243,800 juta 283.5juta

a. Apakah pendapatan per kapita untuk tahun 2000 dan 2019?


b. Apakah kadar pertumbuhan ekonomi tersebut dalam jangka masa 2000-2019?
c. Apakah kadar pertumbuhan dalam pendapatan per kapita dalam jangka masa 2000-
2019?

Soalan 4 (6 markah)
Dalam sebuah ekonomi yang simpel, terdapat dua barangan yang digunakan, makanan
dan pakaian. Terdapat 50 unit makanan dan 10 unit pakaian. Anda boleh andaikan
tahun 2016 sebagai tahun asas.

makanan pakaian

Harga 2016 RM2 RM5

Harga 2018 RM4 RM10

Harga 2019 RM6 RM20

a. Apakah peratus peningkatan harga bagi makanan dan pakaian?


b. Apakah kadar inflasi tahunan untuk 2019?
c. Adakah kesan peningkatan harga ini setara bagi kesemua pengguna? Kenapa?

Soalan 5 (8 markah)
Isikan tempat kosong dengan perkataan ‘kiri’ (L) dan ‘kanan’(R).

a. Apabila ekonomi mengalami inflasi yang tinggi, Bank Pusat akan menggunakan
polisi kewangan untuk menganjakkan keluk agregat permintaan ke ________

b. Harga minyak yang meningkat secara mendadak pada hujung tahun 2006 sehingga
pertengahan tahun 2008 akan menganjak keluk agregat penawaran kebanyakan negara
ke ____________

2
c. Stagflasi akan berlaku apabila keluk agregat penawaran berganjak ke _______

d. Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaannya ke atas projek pembinaan jalan raya;


keluk agregat permintaan akan berganjak ke _________

e. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi, kerajaan menggunakan polisi kewangan


mengembang untuk mengurangkan kadar bunga, keluk penawaran wang akan
berganjak ke ________

f. Semasa kemelesetan ekonomi, ramai pelabur akan mengurangkan atau berhentikan


pelaburan mereka. Ini akan memberi kesan ke atas keluk agregat permintaan di mana
ia akan berganjak ke ___________

g. Kemasukan buruh asing yang ramai ke negara kita akan menganjakkan keluk agregat
penawaran negara ini ke _____________

h. Kemelesetan ekonomi negara pengimport utama Malaysia boleh menyebabkan keluk


agregat permintaan Malaysia berganjak ke ______

Anda mungkin juga menyukai