Anda di halaman 1dari 2

Nama saya _________________________________________

Saya dari kelas __________

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana, guru-
guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
“Menghormati Guru Amalan Mulia”.

Hadirin sekalian,

Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang


yang berjasa kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita
pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka juga banyak memberi
dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam
pelajaran.

Kita hendaklah menghargai jasa guru dengan menghormati mereka.


Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka
mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Contohnya, kita boleh
mengucapkan salam apabila berjumpa dengan guru. Kita juga tidak boleh
sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja


sekolah mereka. Guru memberikan kerja sekolah bukannya untuk
membebankan pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau
pengukuhan di rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar kerja sekolah
mengikut masa yang ditetapkan.

Hadirin yang dihormati,

Kita juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di


sekolah. Disiplin sangat penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam
pelajaran. Contohnya, kita boleh memasang telinga , dan memberi tumpuan
semasa guru sedang mengajar. Selain itu, kita haruslah membantu guru
melakukan sesuatu tugasan atau membawa barang-barang guru. Lebih
penting lagi, kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tatatusila setiap masa
semasa di sekolah.

Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain.


Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Ini kerana jasa guru tidak
ternilai harganya dalam melahirkan insan-insan yang berjaya, cemerlang dan
gemilang. Saya sayang guru. Terima kasih guru kerana mendidik kami.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai