Anda di halaman 1dari 15

Gurindam Taat Setia Raja & Rakyat

Pahang
(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut.
[04]

F1 Gurindam
F2 Sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tidak tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak)
F3 Bentuk yang terikat, biasanya terdiri daripada dua baris
F4 Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat patah perkataan
F5 Pola rima a-a, a-b atau serima F6 Isinya mengandungi nasihat, pengajaran dan kebenaran.

Jenis puisi = 1 markah 1 Ciri = 1 markah = 3 ciri x 1 markah = 3 markah

(b) Bincangkan tiga natijah daripada keharmonian hubungan raja dan rakyat sebagaimana yang terdapat dalam puisi
di atas. [12]

F1 Lahir suasana yang aman damai/tenteram/negara selamat.


H Raja yang sentiasa bekerjasama dengan para menteri dalam pentadbirannya akan melahirkan sebuah
negara yang aman damai.
P Kegagalan raja untuk bekerjasama dengan menterinya dalam melaksanakan pentadbiran baginda
akan menjadi sebab kepada berlakunya ketidakharmonian dalam negara.
C Raja muafakat dengan menteri Seperti kebun
berpagarkan duri

F2 Melakukan amanah dengan ikhlas


H Setiap amanah dan tanggungjawab yang dilakukan dengan ikhlas akan melahirkan sebuah kejayaan.
P Kegagalan dalam melaksanakan amanah yang diberikan akan melahirkan satu suasana yang kacau-
bilau.
C Betul hati kepada raja Tanda jadi
sebarang kerja

F3 Taat setia rakyat kepada raja


H Raja yang menghormati rakyat, menjatuhkan hukuman yang adil kepada rakyat, maka secara tidak
langsung, rakyat akan mengagumi raja dan dengan rela hati menumpahkan taat setia mereka kepada
raja.
P Kegagalan raja berlaku adil kepada rakyatnya akan menyebabkan rakyat sukar untuk menumpahkan taat
setia mereka kepada raja.
C Hukum adil atas rakyat Tanda raja
beroleh inayat

F4 Raja akan mendapat kelebihan dari segi ilmu/kerahmatan dengan mengasihi orang yang
berilmu.
H Raja tidak mungkin bijak/tahu dalam semua hal/bidang. Oleh itu, ketika menuntut ilmu, raja hendaklah
merendah diri dan tidak membawa jawatan yang dipegang ketika berhadapan dengan guru yang
mengajarnya.
P Kegagalan raja mengasihi orang yang berilmu akan menghilangkan rahmat dan kasih sayang Allah
kepada dirinya.
C Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu

F5 Keupayaan membuat keputusan hasil perbincangan dengan orang bijak pandai.


H Raja perlu membuat perbincangan dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang pakar dalam
membuat keputusan.
P Kegagalan raja membuat keputusan boleh menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan
baginda.
C Hormat akan orang pandai Tanda
mengenal kasa dan cindai

Pilih 3 isi sahaja.


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan, 1 markah contoh) 3 isi X 4 markah = 16
markah

(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya.
[09]

F1 Bekerjasama/bermuafakat dengan para menteri


H Raja/Pemimpin yang mengamalkan kerjasama/muafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara akan
menjadi ikutan orang bawahannya kerana kerja akan menjadi mudah .
C Raja muafakat dengan menteri, Seperti
kebun berpagarkan duri.

F2 Adil
H Raja/Pemimpin yang adil akan menjadi ikutan orang bawahannya agar sentiasa bersikap jujur dengan
hak kesamarataan dalam semua perkara agar keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan.
C Hukum adil atas rakyat, Tanda raja
beroleh inayat.

F3 Mengutamakan ilmu
H Raja/pemimpin yang berilmu akan menjadi ikutan orang bawahannya agar sentiasa berusaha
menambah ilmu pengetahuan demi kelangsungan hidup terutama dalam mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah.
C Kasihkan orang yang berilmu Tanda
rahmat atas dirimu

F4 Menghormati golongan bijak pandai


H Raja/pemimpin yang menghormati golongan bijak pandai akan menjadi suri teladan kepada orang
bawahannya agar bersikap merendah diri terhadap ketinggian ilmu yang dimiliki oleh golongan cerdik
pandai. C Hormat akan orang pandai Tanda mengenal kasa dan cindai

F5 Prihatin
H Raja/pemimpin yang mempunyai sikap prihatin akan menjadi teladan kepada orang bawahan agar
sentiasa cakna dan empati terhadap golongan yang tidak berupaya.
C Hukum adil atas rakyat, Tanda raja
beroleh inayat.

F6 Beriman
H Raja/pemimpin yang beriman akan menjadi teladan kepada orang bawahan agar sentiasa taat kepada
perintah Allah untuk mendapat kerahmatan serta dapat membezakan antara perkara yang baik dan
buruk.
C Kasihkan orang yang berilmu Tanda
rahmat atas dirimu

Pilih 3 isi sahaja.


1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah huraian/contoh)
3 isi X 3 markah = 9 markah
Melaka
Berdasarkan gurindam di atas, bincangkan pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang ? [25m]
Skema :

1.A.Pengenalan.
Gurindam merupakan perkataan yang bersajak akhir pasangannya tetapi sempurna perkataannya dengan
satu pasangannya sahaja,jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu seperti
jawab. Gurindam berfungsi sebagai pendidik dan hiburan juga alat dokumentasi budaya. Pemerintah perlu
bermuafakat dengan menteri.
B. Isi
1.Bermuafakat antara pemerintah/raja dengan menteri.
Persepakatan dalam pemerintahan mampu melahirkan sebuah negara yang kuat. Persefahaman ini
merupakan kekuatan yang boleh dijadikan banteng untuk mempertahankan negara. Ianya juga
memudahkan urusan pentadbiran sesebuah negara/kerajaan. Tanpa persepakatan yang utuh akan wujud
perpecahan yang bleh meruntuhkan sebuah negara. Hidup rakyat akan menderita. Ontohnya
Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri

2. Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pemerintah. Kepercayaan tanpa berbelah bahagi rakyat
kepada raja membolehkan setiap rancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Keperayaan yang
ditunjukkan oleh rakyat juga memudahkan raja/pemerintah membangunkan negara. Seandainya rakyat
tidak menaruh kepercayaan raja/pemerintah,maka setiap peranccangan tidak akan berjalan lancar.

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja

3.Keadilan dalam melaksanakan hukuman/pemerintahan. Setiap hukuman yang henndak dilaksanakan


,hendaklah dengan adil tanpa pilih kasih/pilih bulu dan hukuman yang hendak dijatuhkan biarlah setimpal
dengan kesalahan yang dilakukan. Keadilan dalam menjatuhkan hukuman/pemerintahan,pemerintah/raja
dalam sesebuah negara akan mendapat kemurkaran Allah dan akhirnya runtuh dalam keadaan yang hina.
Contohnya:

Hukum adil atas rakyat


Tanda raja beroleh inayat

4.Kasihkan/memuliakan orang yang berilmu. Orang yang berilmu seharusnya didampingi oleh raja atau
pemerintah. Pemerintah /raja yang kasihkan/memuliakan orang yang berilmu akan mendapat
kerahmaatan Allah. Jika raja/pemerintah menjauhi orang berilmu,apatah lagi membenci,maka rahmat
Allah akan menjauhi kita. Contohnya:

Kasihkan orang yang berilmu


Tanda rahmat atas dirimu
5.Menghormati orang berilmu pengetahuan. Raja atau pemerintah yang menghormati orang
berilmu/bijak pandai akan menjadikan mereka mampu mengenal mana yang baik dan mana yang buruk
dalam kehidupannya.Jika kita tidak menghormati orang yang berilmu,menggambarkan kita seorang yang
jahil.Contoh :
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai

C. Kesimpulan
Kelantan
1. Bincangkan nilai-nilai yang dapat menjamin hubungan yang baik antara pemerintah dan rakyat.
[25]

CADANGAN SKEMA Pengenalan [3]

F1. Sejenis puisi tradisional yang tidak tentu bentuknya, sama ada terikat ataupun tidak. Bentuk terikat terdiri
daripada dua baris serangkap. Mengandungi tiga hingga enam patah perkataan sebaris. Manakala rima akhirnya
ialah a a. Gurindam biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan satu keseluruhan idea.

F2. Mengandungi nasihat/pengajaran/sindiran/hiburan dan pendidikan, Gurindam juga


mencerminkan gambaran masyarakat zaman tradisional, Dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat.

F3. Menyenaraikan isi- isi penting

ISI [20]
F1: Nilai adil/ telus.
H/C : Setiap pemerintah perlulah adil dan saksama sewaktu menjalankan tugas sebagai pemimpin. Tanpa keadilan
pastinya rakyat akan berasa tidak puashati terhadap pemerintah. Ini akan menyebabkan hilang rasa hormat terhadap
pemerintah, secara tidak langsung sedikit sebanyak akan mengugat kestabilan negara. Jelaslah raja yang memerintah
dengan adil akan dihormati oleh rakyat dan mereka akan memberi taat setia sepenuhnya kepada raja.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh Inayat.
F2. Nilai taat setia.
H/C: Sifat taat setia perlu ada dalam sanubari setiap rakyat yang mempunyai pemerintah demi mengelakkan
perpecahan berlaku dalam sesebuah negara. Tanpa memiliki sifat taat dan setia kepada pemerintah, pastinya mudah
bagi musuh menyelinap masuk dan melakukan kekacauan dalam sesebuah negara. Jelaslah antara raja dan rakyat
saling memerlukan sekiranya raja adil, baginda akan dihormati dan disanjung oleh rakyat tanpa berbelah bagi.
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

F3. Nilai Prihatin.


H/C: Raja perlu mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan rakyat. Keprihatinan raja dalam menjatuhkan
hukuman yang adil terhadap rakyat akan mewujudkan sebuah negara yang harmoni Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat

F4: Menhargai cendikiawan/ menghormati golongan bijak pandai.


H/C: seseorang pemerintah hendaklah menghormati golongan bijak pandai/ cendikiawan. Menghormati ,
menghargai dan menyanjung golongan ilmuan agar kemajuan negara dapat dicapai.
Hormat akan orang pandai, Tanda mengenal
cindai dan kasa.

F5. Nilai muafakat/ Kerjasama.


H/C: Jika raja bertindak sendirian , pastinya raja akan dilabelkan pemerintah yang kejam. Secara tidak langsung
akan membentuk sebuah negara yang stabil dan rakyat hidup dalam keadaan aman.
Raja muafakat dengan Menteri, Seperti kebun
berpagar duri.

F6. Nilai amanah/ Bertanggungjawab


H/C: Amanah dalam semua tugasan agar semua tanggungjawab terlaksana. Rakyat akan menghormati raja yang
memiliki sifat amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah.
Betul kata hati raja,
Tanda raja beroleh Inayat.
F7: Nilai kasih sayang

Nota: Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berbentuk perbincangan (pro dan konrta)
Huraian: perlu ada pro dan kontra 2 markah
Jika tidak ada perbincangan (pro dan kontra) 0 markah

Pilih 5 isi sahaja 1 isi = 4 markah ( 1m fakta, 2 m huraian [pro n kontra], 1m contoh )

C: Penutup [2]

Calon dikehendaki membuat rumusan/ kesimpulan/ pandangan/ cadangan

Muar
(a) Berdasarkan puisi, jelaskan ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan kepada rakyat.
[9]

Jawapan Cadangan :

F1-Pemimpin yang bekerjasama / bermuafakat dengan para menteri

F2-Adil

F3-Mengutamakan ilmu

F4-Menghormati golongan bijak pandai

F5-Prihatin

F6-Beriman

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah (1 markah fakta , I markah huraian , 1 markah contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

(b) Bincangkan empat kesan daripada ketaatsetiaan raja dan rakyat. [16]

F1- Wujud suasana aman damai / negara selamat

F2- Rakyat menumpahkan taat setia kepada raja

F3- Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada raja tidak berbelah bagi

F4- Raja akan mendapat kelebihan dari segi ilmu / dirahmati

F5-Raja berupaya membuat keputusan

F6-Raja boleh membezakan buruk dan baik


Pahlawan ialah dia
Perlis
SOALAN 2.
(a) Huraikan tiga unsur perbandingan dan kesannya kepada nilai estetik sajak di atas. [9]

F 1: Hiperbola
H/C: Pernyataan perbandingan yang dibuat secara berlebih-lebihan untuk menekan sesuatu maksud,
- jerit di udara
- Tubuhnya perisai tembus peluru
K: menyampaikan maksud yang mendalam

F 2: Personifikasi
H/C: Pemberian sifat manusia kepada benda, binatang atau tumbuhan.
C - Mentari waktu menyambar kasih sayangny
- Bulan masa merebut tidurnya
- dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.
K: Dapat menggerakkan imaginasi pembaca

F3 Metafora
H/C Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit dengan sesuatu yang bersifat abstrak yang membawa
diluar kelaziman,contohnya
- Dia terus gemakan gunung hasrat
- demi menyuburkan ladang negara sayang
-dari sisi dikasihi oleh jadual cemas
K menimbulkan kesan imaginasi yang mendalam

Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah ( Fakta =1m, H/C=1m dan Kesan =1m) 3 isi x 3 m = 9 m
____________________________________________________________________________________

(b) Bincangkan empat mesej yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak diatas [16]

F1 Berbakti kepada negara


H/C seorang pejuang tanah air akan sentiasa menabur jasa dan bakti untuk keamanan dan kesejahteraan
negara.
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang
KK Kebaktian kepada negara perlu bagi semua orang supaya negara kita aman dan makmur.

F2 Berkorban demi negara tercinta


H/C Seorang pahlawan yang sejati mestilah bersedia untuk berkorban apa saja demi negara tercinta.
Mereka sanggup berkorban harta masa dan nyawa untuk negara yang mereka sayangi ini.
Tubuhnya perisai tembus peluru. 30
Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
KK Kesanggupan pahlawan berkorban segalanya adalah penting untuk melihat negara tercinta terus
aman dan makmur

F3 Menjaga keamanan negara


H/C Pahlawan akan sama sama bertanggungjawab menjaga keamanan, kesejahteraan dan keharmonian
hidup masyarakat dalam megara yang amat dicintai ini. Hal ini dikatakan demikian kerana keamanan
akan menjamin kemakmuran dan dapat mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Dialah laskar pelindung kota penyokong desa
warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman
KK Penyajak menyatakan bahawa pahlawan yang melindungi kota dan desa daripada ancaman musuh
dengan penuh rasa tanggungjawab agar rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, dan dapat mengecapi
kemakmuran yang berpanjangan.

F4 Sentiasa bersiap siaga


H/C Pahlawan perlu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia sepanjang masa, tidak kira waktu sama
ada malam atau siang demi menjaga kesejahteraan negara.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.
KK Penyajak menggambarkan bahawa pahlawan sentiasa berjaga jaga tidak kira waktu sama ada siang
mahupun malam demi masa depan bangsa dan negara yang dicintainya.

F5 Tabah/sabar apabila berhadapan dengan kesukaran atau musibah


H/C Pahlawan yang bertanggung jawab terhadap tugas mereka akan sentiasa tabah dan sabar
menanggung penderitaan dan kesengsaraan walau bertugas dimana sahaja sama ada di bukit, laut
dan udara. Semua yang dilakukan adalah demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta
daripada ancaman musuh.
Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara 55

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
KK Seorang pahlawan yang istiqamah dalam perjuangan akan sentiasa tabah berhadapan dengan
kesukaran semasa menjalankan tugas mereka.

F6 Kesetian tidak berbelah bagi terhadap negara


H/C Pahlawan sejati akan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara yang
tercinta. Mereka sesekali tidak akan berpaling tadah dari tanah air yang tercinta ini.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati 10
KK Kesetiaan yang ditunjukkan jelas kelihatan walaupun pelbagai ujian yang mendatang semasa
bertugas mereka tetap tabah dan sabar menghadapinya demi negara yang tercinta berada dalam
keadaan aman dan sentosa.

F7 Pahlawan memerlukan keberanian untuk mempertahankan negara


H/C Sifat ini perlu ada pada seorang sebelum mereka sanggup menjadi pahlawan negara. Musuh yang
selalu mengancam negara tidak akan berjaya jika pahlawan yang ada berani menentang mereka
walaupun nyawa mereka sendiri dalam bahaya.
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
KK Demi mempertahankan negara tercinta pahlawan tidak gentar dengan kematian yang selalu hampir
dengan mereka semasa menjalankan tugas yang diamanahkan.

F8 kesanggupan menanggung derita dan kesusahan


H/C Penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung dalam perjuangan adalah sesuatu yang
lumrah. Pahlawan yang taat setia dengan perjuangannya sanggup menanggung derita demi menjaga
keselamatan negara dari ancaman musuh.
Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara 55

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
KK Pahlawan yang sebenar adalah pahlawan yang sanggup menahan segala penderitaan semasa
menjalankan tugas mereka. Semua yang mereka korbankan adalah untuk mempertahan dan
mendaulatkan negara tercinta ini.

F9 Menunaikan tanggungjawab/amanah sepanjang masa


F 10 Tahan ujian atau diuji
F 11 Ikhlas dalam perjuangan

Pilih 4 isi
1 isi = 4 markah ( Fakta =1m, H/C=2m dan Kk =1m) , (4 isi x 4 m = 16 m)

Melaka
2.a.Unsur estetika
1.Kata ganda – siang-siang,berjaga-jaga
- Metafora – menyuburkan ladang negara sayang ( R1,B2 )
-Hiperbola – khidmat cemerlangnya mengapung ( R4,B1 )
- Asonansi – Perulangan bunyi vokal a- Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat ( R1 B1 )
Perulangan bunyi vokal a
- Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan n
peluang bangsannya tertutup
Perulangan bunyi konsonan n

. Pilih 3 sahaja.

a. Bincangkan empat ciri pahlawan yang tergambar dalam sajak di atas ? [16m]

Skema :

b.1.Pahlawan yang khidmat bakti kepada negara. seorang pejuang tanah air akan sentiasa bersedia
menabur jasa dan bakti dengan cemerlang dalam semua tugas yang diamanahkan demi kemajuan
,keamanandan kesejahteraan negara. Perjuang juga tidak akan lalai dengan tugasnya yang diamanahkan.
Seorang perjuang juga perlu taat dan tabah dalam perjuangan demi negara.

Khidmat cemerlangnya mengapung


pada permukaan bahang puji dan keji
Semaangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji
2.Pahlawan yang sanggup berkorban demi negara tercinta.Seorang pahlawan sejati sentiasa bersedia
berkorban apa saja demi negara tercinta. Mereka sanggup berkorban harta,masa bersama keluarga,nyawa
dan sebagainya demi mendaulat negara yang dicintai.Penyajak dalam sajak memberi erti kepada seorang
pahlawan. Pahlawan adalah mereka yang sering berusaha untuk menjaga negara. Pahlawan adalah mereka
yang sering berusaha untuk menjaga negara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi
negara.

Tubuhnya perisai tembus peluru,


Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju

3.Pahlawan yang sanggup menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Pahlawan akan sama-sama
bertanggungjawab menjaga keamanan,kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat dalam negara
yang amat dicintai ini
Dialah laskar pelindung kota penykong desa
Warga yang tekadnya disimpulmatikan
Oleh jawapan sejahtera aman
Dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur raya

4. Pahlawan sentiasa berada dalam kesiap siagaan. Pahlawan perlu sentiasa bersiap sedia tidak kira waktu
malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup

5.Pahlawan yang sentiasa bersikap terbuka. Seorang pahlawan sentiasa terbuka untuk menerima pujian
dan cacian demi ketaatan dan kecintaannya kepada tanah tumpahnya darah ini. Pahlawan perlu tahan
cabaran dan ujian yang menanti dikemudian hari.
Khidmat cemerlangnya mengapung
pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara

Kelantan
a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur perulangan dan kesan pada nilai
estetik sajak di atas. [9]

b) Bincangkan empat sikap pahlawan yang dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas.
[16]

CADANGAN SKEMA:
a). huraikan tiga unsur perulangan dan kesan pada nilai estetik sajak di atas.

F1: Asonansi
H/C: Perulangan / persamaan bunyi huruf vokal dalam satu-satu baris yang diulang-ulang dalam deretan kata.
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Fungsi: berfungsi menimbulkan kemerduan bunyi

F2: Aliterasi
H/C: Perulangan / persamaan bunyi huruf konsonan dalam satu-satu baris yang diulang-ulang dalam deretan kata
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas
Fungsi: menimbulkan bunyi kelembutan, kemerduan/ nyaring/ lantang

F3: Anafora
H/C: Anafora-perulangan kata di awal baris dan sepatutnya secara berturutan
Contoh: dia tak terpegun
dia terus tugas tekun
Fungsi: menegaskan maksud yang hendak disampaikan

F4: Perulangan rangkaikata /ungkapan


H/C: frasa/rangkaikata yang sama diulang-ulang
Contoh: Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat demi
menyuburkan ladang negara sayang Pahlawan ialah warga yang menitiskan
darah
Fungsi: menegaskan maksud yang hendak disampaikan

F5: Perulangan kata di tengah baris /responsi


Contoh: tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
Fungsi: menegaskan maksud yang hendak disampaikan

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah contoh, 1 markah fungsi ) 3 isi = 3 x 3
markah = 9 markah

b).Bincangkan empat sikap pahlawan yang dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas. (16)

________________________________________________________________________

F1: Sikap pahlawan yang sanggup berkorban tenaga demi negara tercinta
H/C: Para tentera sanggup mencurahkan bakti biarpun terpaksa berdepan dengan kematian demi memastikan negara
aman sejahtera.

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


Demi menyuburkan ladang negara sayang

F2: Sikap pahlawan yang sentiasa siap siaga/bersiap sedia dalam melaksanakan tugas H/C: Para tentera selalu
berada dalam keadaan siap sedia menjalankan tugas bagi memastikan negera tercinta berada dalam keadaan selamat

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia


Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka

F3: Sikap pahlawan yang setia kepada Negara


H/C: Ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap negara tercinta, sanggup menghadapi ujian getir bagi
mempertahankan negara.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan
uji

F4: Sikap pahlawan yang tabah dalam mengharungi ujian


H/C: Para tentera sanggup berdepan dengan apa jua cabaran yang mendatang malah sanggup berkorban nyawa demi
negara tercinta.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

F5: Sikap pahlawaan yang tahan ujian


H/C: mampu mendepani apa jua rintangan dalam melaksanakan tugas bagi memastikan negara tercinta sentiasa
selamat.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji

lain-lain isi yang releven:


F6 Berani / bersemangat waja
F7 Bertanggungjawab /Amanah
F8 Rela mati demi Negara
F9 Berwaspada

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh )
4 isi = 4 x 4 markah = 16 markah
Nota: Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berbentuk perbincangan (pro dan konrta)
Huraian: perlu ada pro dan kontra 2 markah
Jika tidak ada perbincangan (pro dan kontra) 0 markah
Menyongsong Arus
Pahang
(a) Nyatakan pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak di atas.
[09]

(b) Huraikan alasan kenapa penyajak menyongsong arus berdasarkan sajak di


atas.
[16]
SOALAN 2 (a) Pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak

F1 Kita hendaklah sentiasa mencari/mencuba sesuatu yang baru


H Apabila seseorang menyonsong arus dengan melalui jalan yang belum dilalui/jalan baru, sudah pasti
beliau akan mengalami pengalaman baru dan menemui sesuatu yang baru. Pengalaman baru akan
memberi manfaat yang tidak ternilai harganya.
C Sesekali arus wajar kusongsong kalau tidak aku
akan tetap mendap di kuala di hulu sungai ada negeri
sejuta tahun beribu pohon belum disentuh sejuta erang
cengkerik di liang-liangnya aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung

F2 Generasi muda hari ini sewajarnya menghargai/mengenang jasa pejuang


tanah air
H Sebagai generasi merdeka, golongan muda seharusnya mengimbau/ menghayati kembali sejarah negara
dalam menuntut kemerdekaan. Ramai pejuang tanah air telah terkorban dalam memerdekakan
negara ini termasuklah Bahaman dan Mat Kilau. Jasa dan perjuangan mereka seharusnya tidak
dilupakan oleh generasi hari ini agar jati diri tetap utuh.
C jejak pendekar padam sudah batu-batu
dihakis sejarah seribu kerikil dengan gigi
tajamnya menyeringai menepis gerimis "dialah
yang melandai tubuhku dentum peluru sepoi
Inggeris meringgis kulit, hanya desis menyibak
kebal embun tujuh subuh dia berlalu meninggal
bayang
tak berwajah, hanya dentuman

F3 Semangat patriotik/cinta akan negara hendaklah dipupuk/ditanam dalam kalangan generasi


muda
H Sebagai generasi baru, golongan muda seharusnya terus mempertahankan kemerdekaan tanah air
daripada dijajah. walaupun generasi hari ini tidak perlu mengangkat senjata tetapi mereka boleh
menggunakan ‘senjata lain’ seperti penulisan untuk menyedarkan masyarakat hari ini.
C "masih belum kiamat, dik kau tiba pada senja lewat
seribu musim aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!"

F4 Generasi muda hendaklah mempertahankan jati diri/memantapkan jati diri supaya maruah diri
dan negara tidak tergadai
H Generasi hari ini perlu menyelidik sejarah supaya timbul kesedaran dalam diri dan dapat merasai jerih
perih pejuang dalam menentang penjajah. Betapa besarnya pengorbanan para pejuang yang
terpaksa meninggalkan rumah dan hidup di dalam hutan.
C untuk kembalikan kilat diri ke
padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing dan
terjemahkan rintih sejuta cengkerik di liang-liang
rumahnya di hutan purbawi ini.

F5 Kita hendaklah menjadikan tokoh pejuang tanah air sebagai pedoman dalam diri
H Penyajak yang mewakili generasi hari ini mengakui apabila seseorang itu menyonsong arus akan wujud
dalam diri kesedaran dan ini akan dapat dijadikan panduan di dalam kehidupan sehari-hari supaya
menjadi lebih baik.
C Ada cermin
di dasar kali ada amin di dasar
hati menyongsong kali
menyongsong diri.

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian, 1 markah Contoh ) 3 isi x 3 markah
= 09 markah

SOALAN 2 (b) Kenapa penyajak menyongsong arus

F1 Untuk memajukan diri/ kemajuan diri


H Apabila seseorang menyongsong arus dengan melalui jalan yang belum dilalui/jalan baru, sudah pasti
beliau akan mengalami pengalaman baru dan menemui sesuatu yang baru. Pengalaman baru akan
memberi manfaat yang tidak ternilai harganya. Akhirnya ia akan dapat memajukan diri untuk
berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar.
C Sesekali arus wajar kusongsong kalau tidak aku
akan tetap mendap di kuala di hulu sungai ada negeri
sejuta tahun beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya

F2 Untuk mengenali ancaman/cabaran yang bakal mendatang


H Penyajak menyongsong arus adalah kerana ingin mengenali/memahami setiap ancaman/cabaran yang
mungkin akan ditempuhi dalam perjuangan. Dengan mengenali setiap ancaman yang bakal
menjelma membuatkan penyajak lebih bersedia.
C Sesekali arus kusongsong untuk kukenal
wajah kilatan maut ambil cemuh, simpan di peti-
peti besi menunda-nunda serapah tuk batin jejak
pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah

F3 Untuk menempuh/mengenali cabaran dalam perjuangan


H Penyajak menyongsong arus adalah kerana ingin menempuh/mengenali bahaya yang bakal mendatang
dalam setiap perjuangan. Bahaya dalam perjuangan seolaholah menjadi satu kemestian yang
harus ditempuh oleh setiap orang yang berjuang. Sikap ini akan mendorong penyajak menjadi
lebih tabah dan berhati-hati dalam perjuangan.

C Sesekali arus wajar kusongsong


merempuh jeram
batu-batu hidup, angin berdarah
membawa alamat
"masih belum kiamat, dik

F4 Untuk mengenali sejarah


H Penyajak yang mewakili generasi hari ini mengakui apabila seseorang itu menyonsong arus akan
wujud dalam diri kesedaran tentang sejarah perjuangan generasi dahulu. Ini akan dapat dijadikan
panduan di dalam kehidupan sehari-hari supaya menjadi lebih baik dan bermakna.
C Sesekali arus wajar kusongsong
untuk kembalikan kilat diri ke padang sasar
sejarah.

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah Fakta, 2 markah Huraian, 1 markah Contoh ) 4 isi x 4 markah = 16 markah

Muar
(a) Huraikan pemikiran yang terdapat dalam sajak [9]

Cadangan Jawapan :

F1 : Mengenang jasa Pahlawan


Huraian : Ketokohan pahlawan Melayu yang berjuang demi kemerdekaan tanah air. Paparan juga tentang isu
mengenang jasa orang terdahulu dalam meperjuangkan hak mereka daripada dirampas oleh penjajah.

Contoh : Rangkap 2, baris 9-14


Dialah yang…
….berwajah, dengan dentuman….

F2 : Pengorbanan
Huraian : Perjuangan dan pengorbanan insan yang sangup berkorban walaupun terpaksa mengharungi
kehidupan.
Contoh : Rangkap 4, baris 1-4
Sesekali arus …
Membawa alamat

F3 : Mensyukuri nikmat keamanan


Huraian : manusia harus mensyukuri nikmat keamanan yang telah dimiliki melalui pertumpaha darah
pahlawan pada zaman dahulu
Contoh : Rangkap 1, baris 1-6
Sesekali aur….
… daun divasahi embun

F4 : Kepentingan mematuhi undang-undang


Huraian : Manusia perlu bertindak mengikut perturan sebelum melakukan melakukan sesuatu bagi
memastikan mereka tidak menyesal di kemudian hari.
Contoh : Ada cermin …
menyongsong diri

a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat gaya bahasa dan kesannya. [16]
F1 : Metafora
Huraian : Gabungan kata abstrak dan konkrit yang membawa maksud kelaziman.
Contoh : jeram dugaan (R1,B9)
Kesan : meninggalkan kesan estetika/ keindahan yang tinggi.

F2 : Personifikasi
Huraian : memberi sifat manusia kepada benda atau objek/ benda bukan hidup.
Contoh : untuk kukenal wajah kilatan maut (R2,B2)
angin berdarah
Kesan : menimbulkan kesan imaginasi dan menperjelaskan tangapan terhadap sesuatu yang abstrak.

F3 : Hiperbola
Huraian : perbandingan yang dibuat secara berlebih-lebihan
Contoh : taufan dalam diri (R3,B4)
Kesan : memberi kesan penegasan/ penekanan

F4 : Inversi
Huraian : pembalikkan perkataan
Contoh : tak kulihat bayang pengembara jauh (R1, B8)
Kesan : menjadikan bahasa lebih menarik/ indah

F5 : Anafora
Huraian : pengulangan kata di awal baris dan sepatutnya secara berturutan
Contoh : menyongsong kali (R6,B5)
menyongsong diri (R6, B6)
Kesan : menegaskan maksud yang ingin disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai