HDPS 3303
1
BAHAGIAN A
PENGENALAN
Berdasar dalam video , terdapat seorang kanak yang berumur antara 3 hingga 5 tahun sedang
bermain pasir di tepi pantai . Dia telah menggunakan alat pengali pasir untuk membuat
pelbagai bentuk di atas pasir . Pasir adalah mainan terbaik untuk kanak-kanak kerana ia
sesuatu yang bebas untuk diteroka. Tidak ada betul atau salah ketika bermain pasir dan anak
berpeluang meneroka pelbagai perkara ketika bermain pasir. Sebelum kanak-kanak cukup
bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk
mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria.
Maka permainan pasir adalah contoh yang baik bagi kanak-kanak untuk menguatkan motor
halus . kanak-kanak menggenggam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir
membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak-anak boleh berlari, melompat, berguling
dan menggali. Apabila berada di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang
kering ataupun basah.Selain itu , permainan pasir juga memberi minda menjadi lebih kreatif
dengan kanak-kanak menggunakan alatan pasir untuk menghasilkan corak-corak dan
bentuknya. Maka apabila bermain pasir, kanak-kanak terdedah dengan cara bermain yang
tidak terhad dan ia menjadikan penjanaan idea kreatif itu berlaku. Ini akan melahirkan kanak-
kanak yang berkembang dari segi jasmani , emosi , sosial dan konitif .
Teori Jean Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh
walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya. Teori ini padadasarnya telah
menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya. Piaget
mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasandengan
mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan
perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian
beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan
anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan
teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-sistem ini adalah
berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami
perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri
yang tersendiri. Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri
(adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran.
2
Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat
bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan
meningkatkannya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan
manifestasinya menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-
tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan) keadaan yang
menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang dialami dalam
persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Menurut beliau, mengikut
kebiasaan dua proses untuk membuat adaptasi dengan pesekitaran iaitu Asimilasi iaitu proses
memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif sedia ada. Proses ini berlaku sepanjang
masa kerana kita sering memproses pelbagai jenis maklumat dan pengalaman.Contohnya
seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji buah oren. Oleh itu, kanak-kanak
tersebut akan menggunakan skema memegang( skema yang sedia ada) dan segaligus
merasanya.melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya
berkenaan “ sebiji oren ”. Skema bermaksud tingkah laku yang dikawal mengikut struktur
mental.
Selain itu , Akodomasi berlaku apabila kita berdepan dengan maklumat atau pengalaman
atau pengalaman baru.Biasanya, kita akan wujudkan skema baru untuk menempatkan
maklumat atau ataupun mengubahsuai skema sedia ada agar boleh memuatkan maklumat
atau pengalaman baru. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah sebahagian daripada proses
pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi. Permainan motor dapat
meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor yang
melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus kanak-kanak, dapat dikembangkan melalui
aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil
seperti. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas
seperti bermain pasir di tepi pantai dengan bebasnya dan menggunakan alat-alat untuk
membina pelbagai bentuk.. Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran
manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat.
Semasa kanak-kanak bermain, kanakkanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus
3
mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka
untuk mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan
kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan
bekerja bersama.
Menurut Dogde , tahap pertama, yaitu eksplorasi sensori-motor yang berhubungan dengan
panca indera. Pada tahap ini, anak mulai mengenali sifatsifat pasir. Mereka juga mengalami
perasaan yang aneh ketika pasir melalui sela-sela jarinya, atau mengotori tangannya. Tahap
kedua, anak-anak menggunakan pengalaman belajar mereka untuk suatu tujuan. Bermain
merupakan aktiviti anak-anak dengan perencanaan, percobaan, kegiatan-kegiatan dengan
pasir atau air. Tahap ketiga, anak-anak menyempurnakan hasil dari tahap sebelumnya. Pada
tahap ini pengalaman anak ditunjukkan dalam keruwetan kegiatan yang mereka rencanak
sendiri
Menurut Carol Seefelt & Barbara (2008:145) Pasir berwarna dapat dimanfaatkan sebagai
kolase, permainan tuangmenuang, ataupun cetak-mencetak. Pasir yang digunakan bisa pasir
pantai putih yang diberi pewarna makanan ataupun dari campuran tepung dan pewarna
makanan, ataupun garam yang diberi pewarna makanan. Bermain pasir menawarkan banyak
pengetahuan, karena pasir dapat dituang, mengisi sesuatu dan menjadi bahan bangunan.
Peralatan untuk bermain pasir berwarna dapat disesuaikan dengan kebutuhan, jadi kita dapat
memanfaatkan peralatan yang kita miliki untuk menggunakan pasir warna sebagai media
pembelajaran, misal dengan kertas, sendok, plastik, botol, wadah, air, ataupun cetakan.
Menurut Dale dan Wagner (2003) (dalam Campbell,2004) dan Zhou (2009) menyatakan
bahawa bermain pasir merupakan satu teknik psikoterapeutik yang membolehkan klien
menyusun miniator dalam dulang pasir untuk menghasilkan satu “dunia pasir” berkaitan
dengan pelbagai dimensi sosial klien.
KESIMPULAN
4
membina blok, bermain air dan pasir, menyelesaikan teka kata atau membina kawasan
bermain secara imajinatif memaksa kanak-kanak menggunakan kemahiran berfikir kritis.
Antara kekuatan bermain pasir termasuklah satu suasana yang menyeronokkan dan selesa
bagi klien untuk meluahkan isi perasaan dan masalahnya telah diwujudkan. Semasa kanak-
kanak menjalankan aktiviti bermain pasir , dia tidak berasa terlalu beban kerana dia hanya
perlu bermain dengan alat mainan dan membuat pelbagai corak . Walau bagaimanapun,
bermain pasir juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Kawasan bermain pasir akan
menjadi sangat kotor dan tidak tersusun setiap kali sesi terapi dijalankan. Tetapi kanak-kanak
boleh membentuk sesuatu objek menggunakan pasir. Contoh yang paling selalu kanak-kanak
suka buat adalah istana pasir. Dari situ kita boleh lihat kreativiti anak anda berimaginasi dan
berfikir bagaimana rupa atau bentuk istana. Selain itu, aktiviti ini juga dikenali sebagai terapi
untuk kanak-kanak yang mengalami autisme. selain itu , kita boaleh mengajak kanak-kanak
bermain dengan kawan yang lain. Contohnya, boleh ajak anak rakan-rakan atau keluarga lain
untuk bermain bersama. Ini menggalakkan anak anda untuk berkomunikasi antara satu sama
lain dan memberi perkembangan dalam kemahiran sosial mereka.
Akhirnya , kita dapat mengetahui bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan
kanak-kanak. Boleh main dengan pelbagai cara. Contohnya menggunakan acuan. Aktiviti ini
boleh membina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat
bangunan, buat tempat tinggal binatang dan sebagainya. Pasir adalah bahan deria sesuai
untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak dapat rasa bagaimana tekstur
pasir sebenar, warna dan bau. Ini adalah pengalaman baru untuk kanak-kanak yang tidak
pernah bermain dengan pasir. Oleh itu , sekarang kita boleh beli pasir Namanya “kinetic
sand” dan main dirumah. Kanak –kanak dapat membawa pasir tersebut ke mana-mana ,
seperti perasaan anda di tepi pantai .
5
RUJUKAN
1. Mamahakim (t.t ) Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak dicapai oleh
https://mamahakim.wordpress.com/2010/06/29/kebaikan-belajar-sambil-bermain-
kepada-kanak-kanak/
4. Shiqah (2019 January 12) Aktiviti Bermain Pasir Sejak Kecil Bantu Asah Minda
Kanak-Kanak dicapai oleh https://preschool.klceducation.asia/ms/blogs/sand-play-
since-kids-helps-to-stimulates-brain
5. Wan Rohani (2014 Aug 21) Bermain Sambil Belajar: Kebaikan Bermain Pasir
dicapai oleh http://tintacomellote.blogspot.com/2014/08/bermain-sambil-belajar-
kebaikan-bermain.html
6
BAHAGIAN B
PENGENALAN
Bermain menjadi fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu pendidikan
prasekolah menekankan pendekatan “belajar melalui bermain” kerana melalui proses bermain
mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung
dan natural.Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, proses penerimaan
sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa akan teransang
dan memberi satu pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Pengalaman ini
memberikan pegalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan
terbina.
Penekanan kepada pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tu
menggembirakan dan kanak-kanak merasa seronok untuk belajar. Melalui pendekatan ini,
aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak
dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum.Bermain adalah antara ciri semulajadi
tingkahlaku seseorang kanak-kanak sejak dari lahir lagi. Suka bermain dan sukakan sesuatu
yang menghiburkan adalah naluri semulajadi seorang kanak-kanak. Apa yang kanak-kanak
tahu sedari celik sahaja mata dari tidur ialah bermain. Mereka tidak puas-puas bermain
kerana itulah kanak-kanak. Kalau kanak-kanak hanya duduk diam sahaja, tentu ada sesuatu
yang peik sedang berlaku, mungkin mereka tidak sihat. Kebiasaannya kanak-kanak yang
cerdas ialah kanak-kanak yang tidak tahu duduk diam dan sangat aktif. Mereka akan sentiasa
mencuba, memegang, menyentuh, menghidu, memulas, menuang, mengasingkana benda,
menguji, membongkar, meramas dan sebagainya. Mereka akan meneroka apa sahaja di
persekitaran mereka melalui cara bermain . Ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi.
Modul belajar melalui bermain yang dibangunkan merupakan modul pengajaran yang
berasaskan kepada teori konstruktivisme yang menggabungkan teori Perkembangan
Kognitif oleh Piaget dan teori Perkembangan Kognitif oleh Vygotsky. Berdasarkan
teori Perkembangan Kognitif oleh Piaget dan Vygotsky, aktiviti bermain yang disediakan
dalam modul belajar melalui bermain adalah aktiviti bermain kognitif yang dilaksanakan
secara koperatif. Ini bermakna setiap aktiviti belajar melalui bermain perlu dijalankan
dalam bentuk koperatif. Belajar dan bermain secara koperatif dilaksanakan kerana
pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, pemahaman
7
konsep, kebolehan komunikasi, dan kemahiran sosial. Melalui bermain secara koperatif
kanak-kanak diberi peluang untuk berkongsi idea dengan berunding, berbincang,
bekerjasama dalam menyiapkan tugas serta melatih kanak-kanak mengambil peranan dalam
kumpulan masing-masing untuk mencapai matlamat yang sama. Rajah berikut merupakan
jenis permainan kognitif yang digabungkan dalam main koperatif yang diaplikasikan
dalam modul belajar melalui bermain.
OBJEKTIF
8
KEPENTINGAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
Dengan bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan
orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina pola dan
membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih, mereka akan dapat
bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling. Kanak-kanak
akan dapat lebih banyak pengetahuan dengan belajar dari bermain . contohnya , kanak-kanak
bermain bermain bersama dengan rakan- rakan di taman permainan . maka kanak-kanak
dapat berlajar alat-alat di taman permainan dan dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan .
Terdapat dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran
motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik
turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula
adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik,
bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal. Kedua-dua kemahiran ini
perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.
Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang
kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada
aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah seperti penyelesaian masalah.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika
main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan
meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Untuk menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil.
Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan orang lain, meluahkan perasaan
sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan. Selain itu , bermain juga akan
membina keyakinan diri . melalui proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang
9
banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan
manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semula.
PENDAPAT
Pada pendapat saya , bermain boleh terdiri dari interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara
perorangan dan dengan diri atau mainan. Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat
dilihat pada manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan sosialisasi
mereka yang terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda. Bermain sering
menggunakan alat peraga, alatan, binatang, atau mainan dalam konteks pembelajaran dan
rekreasi. Sesetengah permainan mempunyai tujuan yang jelas dan apabila distrukturkan
dengan peraturan dipanggil suatu permainan. Sementara beberapa permainan tidak
mempunyai peraturan atau tujuan dan dianggap “tidak berstruktur”. Belajar melalui bermain
adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui
teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam
sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Saya akan memberikan cadangan atau contoh tentang “ belajar melalui bermain ˮ kepada
ibubapa , guru dan kanak-kanak . Bagi kanak-kanak bermain adalah satu pekerjaan bagi
mereka. Secara kasarnya, kebanyakan orang melihat belajar sambil bermain ini hanya main
semata-mata dan tidak mendatangkan faedah. Akan tetapi, melalui pendekatan bermain
sambil belajar ini sebenarnya dapat meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak
dari pelbagai aspek. Sebagai contoh subjek Matematik untuk pengajaran mengira nombor,
kebiasaannya belajar menggunakan latihan buku dan papan tulis. Cara ini boleh ditukarkan
dalam bentuk permainan seperti permainan “Bowling Nombor”, di mana kanak-kanak boleh
bermain bowling sambil belajar mengira nombor mengikut jumlah pin yang jatuh.
Pendekatan ini merupakan pendekatan secara “child-centered” dan banyak aktiviti “hands-
on”, di mana kanak-kanak melakukan sendiri dan guru hanya membimbing dalam aktiviti.
Apabila kanak-kanak sendiri yang melakukan dan menerokai sesuatu, pembelajaran tersebut
menjadi lebih bermakna. Jadi guru perlu bijak merancang dan menyediakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dengan tema atau tajuk yang ingin diajar dan peringkat umur
kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan objektif
pembelajaran tercapai. Selain itu, ibu bapa juga telah semakin sedar tentang pendekatan
10
bermain ini dapat membantu anak-anak mereka dan banyak hasil kerja tangan dan aktiviti
yang dibuat sendiri seperti busy board, busy book, kinetic sand dan sebagainya untuk anak-
anak mereka main. Melalui aktiviti ini, perkembangan motor halus, motor kasar, daya
tumpuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dapat ditingkatkan.
11