Anda di halaman 1dari 8

HANG TUAH : LAKSAMANA MELAYU AGUNG SEPANJANG ZAMAN

Kalau tradisi masyarakat England, nama Robin Hood, King Arthur ialah legenda yang
kekal mekar sebagai penaik semangat nasionalisme mereka. Kisah kebaikkan Robin
Hood dan kehebatan King Arthur memimpin bersama ahli sihirnya iaitu Merlin begitu
disemadikan oleh masyarakat England khususnya.

Bangsa cina juga tidak kurangnya dengan kisah seorang pemerintah yang baik hati dari
zaman Tiga Kerajaan, iaitu Liu Bei pengasas kerajaan Shu. Begitu juga dengan kisah
seorang jeneral perang yang sangat hebat iaitu Lu Bu yang dilabelkan tidak
terkalahnya.

Setiap bangsa mempunyai hero mereka sendiri. Bangsa Melayu tidak ketinggalan.
Nama Hang Tuah pasti masyur dalam setiap dada anak melayu pada hari ini. Namun,
tidak semua antara kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah. Ya, tidak semua antara
kita yang mengenali siapa itu Hang Tuah.

Ketika mahu memasukkan nama beliau dalam senarai manusia Melayu yang agung
dalam sejarah, saya pernah berbincang dengan admin RAD tentang hal ini. Admin RAD
walaupun senada dengan saya, tetapi membangkit persoalan apakah manusia lain
yang bernama Melayu hari ini mampu atau tidak menerima beliau sebagai Melayu yang
agung sebab kesetiannya yang tidak berbelah bagi pada Sultan Mansur Shah, salah
seorang yang menurut pendapat peribadi saya, sultan terbaik yang pernah dimiliki oleh
Melaka.

Pastinya peristiwa Tuah menentang Jebat mencemarkan sedikit peribadi Tuah. Ramai
antara kita sehingga hari ini masih berdebat – Tuah atau Jebat-kah yang benar?
Masing-masing membawa hujah tersendiri. Hujah yang menyokong Tuah pula:

“Bukankah dalam Islam kau dilarang menggugurkan ketaatan kau pada pemimpin
walau sezalim mana pun pemerintah itu sehinggalah dia menyuruh kau memalingkan
ketaatan kau pada agama kau?”

Dan hujah lainnya:

“Tuah bukan menentang Jebat. Tapi menentang penderhakaan dan perebutan kuasa.
Yang Tuah pertahankan bukan raja tapi kerajaannya. Tanpa kerajaan, takkan wujud
sebuah negara. Tanpa negara apalah ertinya sebuah bangsa. Saya nampak usaha Tok
Tuah kita agar tanah airnya takkan hilang kerajaannya. Bangsanya tidak akan hilang
ketuanannya dan Melayu tidak akan hilang di dunia,”

Adapula yang menyokong Jebat membawa hujahnya:

“Jebat adalah wira dalam sejarah Melayu. Tatkala semua orang jadi lembu yang
dicucuk hidung setia membabi buta, Jebat melawan arus dalam peradaban bangsa
Melayu. Nak maju perlukan tindakan yang terkadang melawan norma masyarakat
ketika itu!”
“Jebat adalah lambang sebuah revolusi. Jebat adalah lambang manusia yang tidak
tunduk dan terus mengampu sultan seperti mana saudara-saudara seperguruannya
yang lain. Jebat lambang melawan ampu!”

Begitulah hujah-hujah yang dibawa oleh mereka yang menyebelahi Hang Tuah dan
Hang Hebat. Siapa yang benar atau salah, bagi saya ianya adalah terlalu subjektif
untuk kita bicarakan. Baik, selepas pengenalan ringkas tentang Hang Tuah, izinkan
saya melangkah lebih jauh untuk menerangkan dua bahagian siri artikel ini. Pertama,
artikel ini akan bercakap tentang sisi heroic/Pendekar Hang Tuah, manakala siri kedua
akan bercakap tentang sisi intelektual Hang Tuah itu sendiri.

1. Sisi Pendekar/Heroic

Banyak sebenar sisi pendekar yang harus kita banggakan oleh kita dalam
membicarakan tentang Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah ialah pendekar Melayu
yang dicatatkan dalam sejarah sebagai seorang pendekar yang hebat. Hang Tuah
dikatakan menuntut ilmu persilatan dengan ang Aria Putera di Bukit Pancalusa dan juga
berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura.

Hang Tuah menunjukkan bahawa beliau ialah seorang pendekar yang hebat sejak kecil
lagi. Percaya atau tidak, ketika usianya 10 tahun, dicatatkan bahawa Hang Tuah
berlayar bersama rakan-rakannya ke Pulau Tinggi sebelum bertemu dengan lanun yang
menguasai pulau itu. Maka Hang Tuah dan para sahabatnya pun bertempurlah dengan
lanun-lanun tadi, dan hebatnya, pada usia 10 tahun itu. Hang Tuah dan para sahabat
berjaya menewaskan lanun tadi.

Aksi pendekar Hang Tuah itu diperhatikan oleh Penghulu Singapura lalu dilaporkan
pada Bendahara Raja. Diceritakan juga selepas kembali berguru dengan Sang Persata
Nala, maka Hang Tuah pun dicatatkan menghentikan orang mengamuk lalu dari
kejayaannya itu membolehkan Hang Tuah menjadi Biduanda Raja.

Bermula dari peristiwa inilah, betapa Hang Tuah bermula menjadi seorang pendekar
Melayu yang sangat hebat bertempur. Antara kehebatan Hang Tuah yang dicatatkan
dalam sejarah itu sendiri:

a.) Menewaskan 70 Orang Mengamuk Yang Diupah Oleh Patih Gajah Mada

Patih Gajah Mada tahu bahawa kekuatan militari Melaka adalah terletak di tangan Hang
Tuah dan para sahabat yang sangatlah tinggi ilmu persilatannya. Lalu, antara cara
Majapahit untuk mengusai empayar Melaka yang luas yang ketika itu berada di bawah
pemerintahan Sultan Mansur Shah, maka satu-satunya cara adalah membunuh Hang
Tuah sendiri. Biar mati pendekar itu, maka kegemilangan Majapahit yang dibayangi dek
Melaka itu akan runtuh.

Maka sejarah pun berceritalah kepada kita bagaimana Patih Gajah Mada mengarahkan
agar 70 orang untuk mengamuk di pasar dan mengamuk di pasar dengan merampas
harta benda dan membunuh sesiapa sahaja. Untuk menghapuskan orang mengamuk
itu, Betara Majapahit berpura-pura meminta bantuan Raja Melaka. Hang Tuah bersama
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah dapat membunuh orang-
orang mengamuk itu. Lain yang dirancang, lain pula jadinya menunjukkan betapa Hang
Tuah bukanlah calang-calang pendekar.

b.) Hang Tuah dan para sahabat menewaskan 1000 orang upahan Majapahit

Kehadiran Hang Tuah dan para sahabatnya di Majapahit memang sentiasa


menimbulkan perasaan tidak senang dalam hati Patih Gajah Mada sendiri. Maka,
pelbagai rancangan untuk membunuh Hang Tuah dirancangkan namun semuanya tidak
berjaya. Dan untuk membalas dendam kepada segala perbuatan jahat Patih Gajah
Mada terhadapnya, maka Hang Tuah telah menceroboh masuk ke dalam taman
larangan di dalam Istana Majapaht lalu bersukaria di dalam taman itu dengan para
sahabatnya.

Mendapat tahu akan peristiwa itu, maka Patih Gajah Mada menghantarkan askar dalam
jumlah 1000 orang untuk menangkap dan menggempur Hang Tuah dan para
sahabatnya yang lain. Sekali lagi, ilmu pendekar Hang Tuah dan para sahabatnya diuji.
Dan hebatnya, betapa 1000 askar yang dihantar oleh Patih Gajah Mada itu bukanlah
tandingan Hang Tuah dan para sahabatnya.

Selepas itu, Hang Tuah memberi alasan bahawa dia tidak mengetahui bahawa taman
tempat dia dan para sahabat bersuka-ria semalam adalah sebuah tempat larangan
ketika Raja Melaka menghadapi bentara Majapahit. Bentara Majapahit merasa malu
dengan segala usaha untuk menggugurkan nyawa Hang Tuah di buminya semua
berhasil dengan kegagalan. Lalu… untuk menutup malu itu, Bentara Majapahit memberi
alasan bahawa tidak ambil kisah sangat dengan apa yang berlaku.

Sempat juga sebelum pulang ke Melaka, Hang Tuah melontarkan janji kepada Sultan
Melaka, kalau nanti sesuatu terjadi pada rombongan mereka, Hang Tuah sendiri akan
memimpin bala askar Melaka lalu meruntuhkan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.

c.) Hang Tuah Menewaskan Samurai (Ronin?) Jepun

Betapa sebenarnya Hang Tuah bukanlah pendekar kekampungan, sebaliknya ilmu bela
dirinya teruji bertempur dengan pelbagai pengamal seni bela yang terkenal yang lain.
Antara kisah yang sangat terkenal adalah Hang Tuah vs Samurai Jepun.

Di bawah ada dipamerkan petikan daripada manuskrip Hikayat Hang Tuah itu sendiri
tentang pertempuran antara Hang Tuah dan Samurai Jepun.

“Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra
Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin
Chu itu?`

Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu
mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil
pendekar Jepun
Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan
utusan Melayu ini.`

Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan
patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang
keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata:

`Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah
padaku!

Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan
amarah-nya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau
( Raja Siam) sendiri lalu larang-nya . Maka ia pun berseru2, katanya,

`Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas
kepala-mu.

Maka kata Laksamana,

`Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah oleh-mu.`

Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya.
Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (pendekar
Jepun) memarang dengan dua belah tangan-nya.

Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya,
putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas
balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu.

Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah marah-nya dan
malu-nya lalu di-usirnya akan Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka
Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula.

Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielak) oleh Laksamana, serta di-parang-
nya hidung pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu
pula. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka
hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka Laksamana pun terjun pula berhadapan dengan
jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu
pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula oleh Laksamana
kepala-nya belah dua.”

(Petikan daripada Hikayat Hang Tuah)

d.) Hang Tuah Melawan Pendekar India

Di dalam Hikayat Hang Tuah,kononnya Hang Tuah telah berlayar ke beberapa negara
dan seringkali mempamerkan seni silatnya dan menewaskan ahli beladiri negara atau
kerajaan yang dilawatinya.
Menariknya,sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara,salah satu empayar terhebat
dalam sejarah India telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah
drama sejarah! Drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India oleh
Jawaharlal Nehru, perdana menteri India yang pertama.

Hang Tuah sebenarnya datang ke India dan berkhidmat kepada Deva Raya II (1424-
1446) iaitu pemerintah kepada Empayar Vijayanagara. Ini adalah sesuai dengan
catatan sejarah oleh sarjana India sendiri.

Hang Tuah telah ditawarkan berkhidmat sebagai jurulatih seni bermain pedang untuk
tentera Empayar Vijayanagara.Empayar pada masa ini memerintah keseluruhan
selatan India seperti Andhra Pradesh,Karnataka,Tamil Nadu dan Kerala.

Semua kerajaan-kerajaan klasik selatan India seperti Pandya,Hoysala apatah lagi


Chola,semuanya sudah lenyap dan wilayah-wilayah mereka dijajah oleh Vijayanagara.

Dalam sejarah Hang Tuah di Vijayanagara menurut sarjana India, Hang Tuah telah
menawarkan untuk mencabar mana-mana pahlawan dalam empayar itu.Emperor
membawa pahlawan terbaik,Putera Virabhadra,anak raja Kalinga-Utkal dari dinasti
Gajapati yang bernama Gajapati Prataprudra Deva

Hang Tuah telah berlawan menggunakan senjata dengan pahlawan ini dan akhirnya
dikalahkan oleh Hang Tuah tanpa apa-apa kecederaan.Ini membuatkan Putera
Virabhadra malu dan akhirnya membunuh diri.

Ini dapat dilihat dalam petikan daripada Hikayat Hang Tuah yang seolah-olah
menyamai daripada drama India dan juga buku karangan Jawaharlal Nehru:

“..Titah baginda ( Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua Keling-India sekarang), `Hai


Laksamana, tahu-kah engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana,
`Daulat tuanku, tahu juga patek barang2 kadar-nya’

Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada
bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak
ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar
itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek?
Jika sa-orang dua, bukan lawan patik.

Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana pendekar
itu hadhir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera
mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orang-nya. Maka
Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya, lalu melompat serta di-kirap-
nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu.

Setelah lalu parang pendekar itu, maka di-parang (pancung) oleh Laksamana kena
perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan
pedang-nya. Maka Nala Sang Guna ( Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun
memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong.”
(Hikayat Hang Tuah, 359-360)

2. Kebijaksanaan Hang Tuah

Hang Tuah ialah seorang pendekar Melayu yang sangat bijak. Bukan sahaja terbukti
kehebatan Hang Tuah di dalam bidang pertempuran dan pergaduhan, bahkan Hang
Tuah juga mempunyai akal yang sangat menakjubkan. Ini dapat dibuktikan dengan
beberapa contoh yang saya ambil dan petik daripada sejarah sendiri untuk kita
mengambil pedoman daripadanya.

a.) Hang Tuah Mahir Lebih Daripada 12 Bahasa

Dalam Hikayat Hang Tuah, dicatatkan bahawa Hang Tuah berguru dengan pelbagai
guru untuk mempelajar pelbagai bahasa demi memantapkan pengisian dirinya. Antara
bahasa yang dimahiri oleh Hang Tuah ialah sudah tentu bahasa Melayu itu sendiri,
bahasa Tamil, Jawa, Cina, dan banyak lagi. Betapa sesungguhnya Hang Tuah
menunjukkan betapa antara tanda puncak ketamadunan bangsa Melayu itu ialah
menguasai pelbagai cabang bahasa, dalam masa yang sama tidak meminggirkan
bahasa Melayu itu sendiri.

b.) Hang Tuah Memperdayakan Taming Sari

Sebelum peristiwa yang berlaku seperti mana yang diceritakan oleh saya dalam
menceritakan sisi kependekaran Hang Tuah, saya ada memetik tentang usaha Patih
Gajah Mada dalam membunuh Hang Tuah. Sebenarnya, usaha itu bermula awal lagi
ketika Sultan Melaka berkahwin dengan puteri Jawa Majapahit iaitu Raden Mas Ayu.

Dalam perkahwinan antara Sultan Melaka dan Raden Mas Ayu, ketika itulah seorang
pendekar Majapahit mengamuk menyerbu ke dalam Istana Majapahit. Kemunculan
Taming Sari ini adalah bertujuan untuk menguji ketinggian mana ilmu persilatan orang
Melaka.

Lalu diceritakan bahawa Hang Tuah dan Taming saling bertempur antara satu sama
lain. Dalam pertelingkahan itu, beberapa kali tikaman keris Hang Tuah tidak lut pada
batang tubuh Taming Sari membuatkan Hang Tuah berfikir bahawa keris yang
digunakan oleh Taming Sari itu mengandungi saktinya tersendiri.

Lalu menggunakan tipu helah dan kehebatan diplomasi Hang Tuah, Hang Tuah berjaya
memperdayakan Taming Sari menukarkan keris dengannya. Lalu bermula dari itu,
barulah Taming Sari dapat ditewaskan.

Ini menunjukkan betapa Hang Tuah ialah seorang pendekar yang sangat bijaksana
dengan memperdayakan Taming Sari. Masakan tidak, dalam pertempuran yang
merupakan antara hidup dan mati pun, Hang Tuah bijak berhelah.

c.) Hang Tuah Memperdayakan Maharaja China


Hang Tuah adalah seorang diplomator yang hebat sesuai dengan kehebatan bangsa
Melayu yang diwarisi dari zaman berzaman. Ketika berkhidmat untuk Empayar
Vijayanegara dari India, Hang Tuah mewakili empayar tersebut sebagai wakil rajanya di
tanah China.

Di sana, Hang Tuah telah bertemu dengan menteri-menteri yang merupakan wakil
Maharaja China dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil Empayar Vijayanegara
ketika itu. Sempat lagi menteri-menteri China itu berpesan kepada Hang Tuah bahawa
antara undang-undang di negara China adalah tiada siapa pun boleh menatap wajah
Maharaja China.

Hang Tuah sendiri memerhati bagaimana ketika Maharaja China diarak, maka semua
menteri-menteri akan tunduk ke lantai dan tidak berani mendongak melihat wajah
maharajanya. Menyedari akan hal itu, Hang Tuah yang terlalu ingin melihat wajah
Maharaja China merancangkan sebuah helah.

Ketika Maharaja China menjemput Hang Tuah untuk sesi makan bersamanya, maka
Hang Tuah telah memesan untuk memakan kangkung yang panjang-panjangm dan
tidak dipotong. Selalunya mereka yang akan makan bersama Maharaja China akan
menundukkan dan tidak berani mendongak.

Namun, Hang Tuah lebih bijak. Kangkung yang tidak dipotong itu membuatkan Hang
Tuah terpaksa mendongak untuk memakannya. Ini membuatkan para pegawal
Maharaja China tadi menghunuskan senjata mereka tepat di leher Hang Tuah namun
Maharaja China yang kagum dengan helah Hang Tuah itu menyuruh mereka semua
menarik niat masing-masing. Hang Tuah bukan sahaja tidak dibunuh, bahkan
dihadiahkan dengan pelbagai kurniaan daripada Maharaja China dan berjaya
menjalinkan hubungan antara Vijayanegara dan Empayar Ming ketika itu.

d.) Hang Tuah Sebagai Diplomator Utama Melaka

Dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan juga bahawa Hang Tuah telah diutuskan ke Rom
semata-mata mahu menjadi utusan Melaka demi membeli kelengkapan senjata seperti
Meriam demi pertahanan Melaka. Dicatatkan seperti berikut dalam HHT, dalam dialog
antara Hang Tuah dan Raja Turki:

"Adapun diperhamba kedua datang ini dititahkan sultan Melaka membawa surat
persembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia sebagai tanda berkasih-kasihan antara
sultan Melaka dan Duli Yang Maha Mulia. Kemudian dari itu, adalah maksud Duli Yang
Dipertuan sedikit berkehendak akan bedil meriam disuruhnya beli barang sekuasa
hamba sekalian membawa dia."

[Kesimpulan]

Sebenarnya hendak membicarakan tentang sejarah Hang Tuah ini terlalu banyak, tetapi
cukuplah saya beri contoh kepada para pembaca semua untuk kita berlaku adil dalam
menilai figura yang bernama Hang Tuah ini.
Dalam keburukan yang kita cuba tonjolkan untuk menanam rasa benci, terselit juga
keunggulan yang dimiliki oleh Hang Tuah yang harus kita banggakan, dan antaranya
ialah kehebatan Hang Tuah menonjolkan kehebatan seni bela Melayu iaitu Silat yang
tidak tertanding dengan seni bela bangsa lain seperti India dan juga Jepun.

Rujukan:

1. Hikayat Hang Tuah 


2. Sulalatus Salatin

P.S: Ribuan terima kasih di atas kajian Srikandi tentang Hang Tuah di Vijayanegara
membuatkan saya boleh melakukan cross references dengan Hikayat Hang Tuah.

Anda mungkin juga menyukai