Anda di halaman 1dari 22

Scanned by CamScanner

Scanned by CamScanner
Scanned by CamScanner
Scanned by CamScanner
Scanned by CamScanner
Scanned by CamScanner
Scanned by CamScanner
Scanned by CamScanner
1

Dr. Tatiana Denisova.

Wanita dalam teks-teks Melayu Lama (kurun ke-13 hingga ke-19)

Khazanah persuratan Melayu Islam dan historiografi Melayu kurun ke-13


sehingga ke-19 merupakan sumber sejarah yang amat penting dan
komprehensif supaya memahami kehidupan masyarakat Melayu.

Kajian teks-teks sejarah Melayu Islam kurun ke-13 sehingga ke-19


menunjukkan bahawa di dalamnya terdapat pelbagai maklumat mengenai
kehidupan dan adapt-istiadat masyarakat Melayu.

Walaupun setiap teks mempunyai ciri-ciri khasnya, di dalamnya terdapat


juga suatu ulangtetap yang umum dari sudut isi maklumat-maklumat serta
dari sudut gaya bahasanya dan subjek-subjeknya. Ternyata semua karya-
karya tersebut mewakili tamadun historiografi yang sama.
Sebagai sumber-sumber kajian kita memilih 6 teks sejarah yang
mewakili berbagai zaman dan berbagai arah dalam sejarah perkembangan
tamadun Melayu Islam, iaitu:

1. Hikayat Raja Pasai1


2. Sejarah Melayu2
1
Hikayat Raja Pasai (HRP) adalah hikayat mengenai sejarah negara Pasai dan mencerminkan period yang
terawal dalam historiografi Melayu Islam. Tarikh HRP belum ditentukan lagi. Walaupun di dalamnya tidak
tercatat apa-apa tarikh, kita dapat menduga bahawa hikayat ini mencakup jangka waktu kira-kira dari tahun
1280 sampai 1400 Masihi atau kira-kira dari tahun 680 hingga 800 Hijrah. Versi yang lebih kurang telah
tersusun dalam bentuk yang terakhir mungkin siap pada akhir abad yang ke 14. Salinan muncul di Jawa
1797. Terdapat tiga buah naskah. Yang paling terkenal - naskah MS Raffles Malay N. 67 yang tersimpan di
The Royal Asiatic Society, London (Ms A), Yang kedua - ialah naskah yang disalin langsung daripada Ms
A yang dilakukan oleh seorang sarjana Perantis, Edouard Dulaurier in 1838. tersimpan di Bibliotheque
Nationale Paris, No Mal.-Pol.50. Naskah ini hampir tidak berguna untuk kerja perbandingan. Naskah yang
ketiga - bari titemui pada tahun 1986 di London, dan dibeli oleh British Library in 1986 (Ms B). Ada 6
edisi teks Hikayat Raja Pasai: 1/ Edouard Dulaurier. Collection des Principalec Chroniques Malayes.
premier fascicule La chronique du Royaume de pasey. Paris, 1849:; Edisi Jawi bermutu tinggi, malah
mungkin lebih baik daripada edisi-edisi yang diterbitkan selepasnya. 2/ J.P. Mead. “A Romanised version
of The Hikayat Raja-raja Pasai. JSBRAS, 66 Singapore. 1914 hlm 1-55; 3/ Dr.A.H. Hill “Hikayat Raja-
Raja Pasai, a revised romanised version with an English translation, an introduction and notes. JMBRAS
33, Bhg 2, 1960. Edisi yang paling lengkap; 4/ Teuku Ibrahim Alfiah “Kronika Pasai. Sebuah Tinjauan
Sejarah. Yogyakarta. 1973 5/ Russel Jones. Hikayat raja Pasai. KL 1987; 6/ Hikayat Raja Pasai. Dikaji dan
diperkenalkan oleh Russel Jones. Yayasan karyawan&penerbit Fajar Bakti, KL, 1999.

2
Sejarah Melayu adalah suatu karya Melayu yang paling terkenal. Di dalamnya terdapat hikayat mengenai
sejarah Melaka kurun 15-16. Tharikh munculnya Sejarah Melayu itu belum ditentukan lagi, mahu pun juga
2

3. Hikayat Aceh3
4. Peringatan Sejarah Negri Johor4
5. Hikayat Siak5

nama pengarangnya masih belum jelas. Menurut pendapat beberapa ilmuwan karya tersebut dikarang oleh
Bendahara Melaka Tun Seri Lanang . Terdapat 29 naskah dan tiga versi Sejarah Melayu: 1. Yang pertama
lebih terkenal ialah gugusan yang pada mulanya diterbitkan oleh Abdullah Munsyi di Singapura (1831) -
gugusan “batu sawar”(Johor) Tarikh timbulnya kira-kira 1612. Versi ini mempunyai 34 bab dan diawali
oleh sebuah mukaddimah yang menyatakkan bahawa yang diminta menuliskan hikayat ini ialah Bendahara
paduka Raja Tun Muhammad (Tun Seri Lanang). Inilah versi yang terbesar luas di Malaysia, Indonesia dan
malah di seluruh dunia. Gugusan itu terdiri daripada puluhan salinan (St.peterburg, London, Manchester,
Leiden, DBP); 2. terdapat suatu gugusan yang lagi yang belum dikenal luas. Teksnya belum diterbitkan
dalam bentuk buku. Ada hanya dua naskah. (versi yang tertua - sekitar 1536): a. Naskah pertama Naskah
18 Koleksi Raffles mengandungi teks penuh, terdapat di Royal Asiatic Society, London: b. Cod.Or. 1704
perpustakaan Universiti Leiden. tak lengkap. (100 halaman pertama); Versi itu mempunyai 8 bab yang
tidak terdapat dalam versi yang pertama. Susunan babnya juga agak berlainan sedikit daripada susunan
naskah gugusan pertama. Mukadimahnya lebih pendek. Nama pengarang tidak diturunkan. terdapat tarikh
karya tsb ditulis pada tahun 1612. 3. versi Pasir Raja. Terikhnya belum ditentukan. terdapat dalam naskah
Raffles Malay 18 - 203 hlmn. 25 baris sehalaman (halaman pertama - 17), Dakwat hitam dan merah.
Naskah salinan tidak bertarikh. kertas Inggeris. Ada cap air (C.Wilmott 1812). Naskah tsb di serahkan
kepada RAS oleh isteri Raffles pada tahun 1830. Terdapat berbagai-bagai edisi teks tsb. Yang paling
terkenal diantaraya: Dulalaurier E. (ed) Collection des principales chronoques malayes. t.1-2 , P. 1849;
Shellaber W.G. (ed) Sejarah Melayu Kuala Lumpur. 1967; Situmorang D.T., Teeuw (ed) Sejarah melayu
menurut terbitan Abdullah. Djakarta 1958; Winstedt R.O. (ed) The Malay Annals or Sejarah Melayu. –
JMBRAS, 1938, vol. 16 p.3; Brown C.C. Sejarah Melayu or Malay Annals. A translation of Raffles Ms. 18,
Kuala Lumpur 1968; Blagden C.O. An Unpublished variant version of Malay Annals. – JMBRAS, vol.III,
p.1 (1925); Iskandar T. Tun seri lanang pengaragn Sejarah Melayu. – Dewan Bahasa, 1964, jil.8 bill.11;
Roolvink R. The Versions of the Malay annals. – BTVL, 1967, deel 123, afl 3. Kita mengunakan di dalam
kajian ini edisi yang terakhir: Sulalat al-Salatin, ya’ni Perteturun segala Raja-Raja (Sejarah Melayu).
Karangan Tun Seri Lanang. Dikaji da diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh. Yayasan
karyawan&DBP, KL, 1997.
3
Tarikh timbulnya Hikayat Aceh belum ditentukan tetapi semestinya teks ini dikarang antara 1606 - 1636
pada masa kerajaan Sultan Iskansdar Muda. Terdapat beberapa naskhah Hikayat Aceh. Antara lain yang
digunakan dalam penerbitan T.Iskandar yang paling lengkap itu adalah: Cod Or. 1954 (naskah A) dan
Cod.Or. 1983 (naskah B) daripada koleksi Legatum Warnerianum di Perpustakaan Universiti Leiden. yang
pertama - Salinan daripada suatu naskah yang dari perpustakaan Isaak de saint Martin akhir kurun ke-17.
Berasal dari kumpulan naskah Jawa, Melayu dll. yang kurang lebih pada tahun 1871 dipindahkan ke
perpustakaan Universiti Leiden. Yang kedua adalah salinan daripada naskah pertama itu. Menurut kolofon
tarikh timbulnya - 9.03. 1847. Lihat: Hikayat Aceh. Dikaji dan diperkenalkan oleh Teuku Iskandar.
Yayasan Karyawan, KL, 2001, p. 117
4
“Peringatan Sejarah Negri Johor” mewakili tradisi orang Melayu Johor. Kitab itu terjadi di pertengahan
kurun ke-XVIII. Pengarangnya belum diketahui,. Bentuknya adalah kumpulan dokumen-dokumen dan
kisah-kisah yang mempersembahkan kegiatan dan riwayat hidup Sultan Suleiman Badr al-Alam Shah
(1699 – 1760). Masa ini terdapat 2 buah naskhah dari teks ini: (1) Naskhah KL 24B tersimpan dalam
Perpustakaan Universiti Leiden, di dalam koleksi H.K. von Klingkert. Disalin di Riau pada tahun 1863 –
1866; (2) Naskhah Von de Wall 196. Tersimpan di Perpustakaan Lembaga Kebudayaan Indonesia di
Jakarta sejak tahun 1873. Tersalin di antara tahun 1855 dan 1873.
Kedua-duanya naskhah tsb. digunakan dalam edisi yang pertama yang disiapkan oleh E.U. Kratz pada
tahun 1973. Nama buku itu yang dalam Bahasa Jerman - "Peringatan Sejarah Negri Johor - Eine malaische
Quelle zur Geschichte Johors im 18. Jahrhundert". Artinya: "Peringatan Sejarah Negri Johor – suatu
sumber sejarah Melayu tentang Johor pada abad – ke-XVIII.
3

6. Tuhfat an-Nafis6

5
Menurut kolofon dalam salah satu naskhahnya teks itu disurat atau dirawikan oleh Tengku Said pada
tahun 1272 Hijrah atau pada tahun 1855 Masihi. Seluruh naratif “Hikayat Siak” menjangkau suatu periode
sejarah yang panjang, mulai zaman sebelum kerajaan Melaka kurun ke-XV sampailah ke pertengahan abad
ke-XIX. Pada masa ini terdapat empat buah naskhah dari teks “Hikayat Siak”: a/. naskah yang dianggap
naskhah unggul tersimpan di Perpustakaan Muzium Pusat di Jakarta, kodenya W 191; M 1,44. Teksnya
berhuruf Arab/Jawi, ciri fizikalnya jelas dan baik. Tersalin pada tahun 1856; b/naskhah yang lain tersimpan
di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, dikodkan sebagai Mal. 138 diberikan judul Sejarah Raja-
raja Melayu. Pernah dikatalogkan oleh M.C.Ricklefs dan P.Voorhoeve.; 3/Dua buah naskhah lagi dari teks
yang sama terdapat pula di Perpustakaan University Leiden (Universiteit Bibliothek). Kedua-duanya
diberikan kod Cod.Or 6342 dan Cod. Or. 7304. Naskhah yang kedua terdapat di dalam ortografi tangan
tulisan Jawi, sementara naskhah yang pertama, juga tulisan Jawi terdapat telah bertaip. Tersalin pada tahun
1893 di Aceh. Semua naskhah-naskhah pernah digunakan dalam edisi teks yang disiapkan oleh Encik
Muhammad Yusoff Hashim: “Hikayat Siak. Dirawikan oleh Tengku Said.” Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur. 1992.

6
Dalam judul Tuhfat an-Nafis terdapat dua karya berjudul sama. Karya-karya ini dianggap oleh para ahli
sebagai dua versi daripada satu karangan. Tentu saja, kedua-duanya terjadi dalam waktu yang hampir sama
– pada pertengahan abad ke-19 dan di tempat yang sama – di Pulau Penyengat (Kepulauan Riau-Lingga).
Kedua-duanya mewakili tradisi bangsa Bugis dalam historiografi Johor. Teks yang pendek (88 000 kata)
dikarang oleh Raja Ahmad Bin Raja Haji (1779-1879), teks yang panjang (126 000 kata) dikarang oleh
anaknya Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad (1809 – 1872). Teks yang pendek terdapat dalam sebuah naskhah
yang tersimpan dalam Perpustakaan Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde di Leiden.
Naskhah ini adalah salinan yang dikerjakan di Pulau Penyengat pada tahun 1896. Ciri-ciri fizikal naskhah
ini baik sekali oleh kerana itupun, barangkali, naskhah ini menjadi naskhah induk untuk edisi Virginia
Matheson tahun 1982. Teks yang panjang masa ini wujud dalam 5 naskhah: a/ Naskhah Maxwell 2MS,
tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society di London. Naskhah ini adalah salinan yang dikerjakan di
Selangor pada bulan Mac 1890 dilakukan untuk residen Selangor – Sir William Maxwell. Di dalamnya ada
tambahan mengenai sejarah Riau setelah tahun 1865. Ciri-ciri fizikal kurang baik kalau dibandingkan
dengan naskhah von Hasselt. Naskhah ini pernah digunakan dalam edisi R.O. Winstedt (1932) dan V.
Matheson (1982); b/ Naskhah R.O. Winstedt dikerjakan (dalam bentuk litograp) pada tahun 1923 dari
naskhah yang lebih lama. Bentuknya hampir sama dengan naskhah Maxwell. Berhuruf Jawi. Di dalamnya
ada banyak kesalahan mekanik. Pernah digunakan di semua edisi “Tuhfat an-Nafis”; c/ Naskhah Dewan
Bahasa dan Pustaka. Tersimpan dalam Perpustakaan DBP Malaysia. Hampir sama dengan naskhah
Makswell tetapi ciri-ciri fizikalnya lebih baik. Pernah digunakan dalam edisi V.Matheson; d/ Naskhah
Universitas Leiden. Tersimpan di Perpustakaan Universitas Leiden sejak tahun 1954. Berhuruf Jawi.
Pertama kali digunakan dalam edisi V. Matheson tahun 1991. Nama penyalin tidak ada; e/ naskah
Terengganu. Terdapat pada tahun 1986, tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya (Kuala Lumpur).
Tersalin pada tahun 1886 di Terengganu. Berhuruf Jawi. Ciri-ciri fizikalnya baik sekali. Belum diterbitkan.
Adapun tentang edisi, maka pada waktu sekarang pada umumnya terdapat 5 edisi dari naskhah“Tuhfat an
Nafis” yang telah saya namakan tadi. Mengenai TN sebagai sumber sejarah lihat, antara lain: Matheson
Hooker,V. «Tuhfat al-Nafis». Sejarah Melayu-Islam. Kuala-Lumpur, 1991, Winstedt R.O.. Malay Text of
«Tuhfat al-Nafis».- in: JMBRAS, vol. 10, part. 2. 1932; Matheson V., Andaya B.W. The Precious Gift:
Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji ibn Ahmad. Kuala-Lumpur, 1982. Mengenai Tuhfat al-Nafis lihat juga:
Denosova T. Tuhfat an-Nafis – dua karangan dengan nama yang sama. In – “Penelitian sumber-sumber
sejarah Timur dan cabang-cabang ilmu sejarah yang istimewa” Keluaran 4. Moskow 1995; Denisova T.
Tuhfat an-Nafis sebagai sumber sejarah Melayu ab. ke- XVII – XIX. Moskow, 1998; Denisova T.
Historiografi negeri Johor (XVII – XIX): tradisi-tradisi, tujuan-tujuan dan cara-cara dicapainya oleh
pengarang. In - – “Penelitian sumber-sumber sejarah Timur dan cabang-cabang ilmu sejarah yang
istimewa” Keluaran 6. Moskow 2003.
4

Salah satu subjek yang lazim dibincangkan dalam teks-teks tersebut


adalah hal-ehwal yang berkaitan dengan wanita. Walaupun subjek tersebut
tidak merupakan puncak perhatian pengarang, di dalam sumber historiografi
Melayu Islam dirakamkan maklumat tentang peranan wanita dalam pelbagai
bidang kehidupan masyarakat.

Maklumat-maklumat tentang wanita yang terdapat dalam teks-teks tersebut


dari sudut bentuknya boleh kita membahagikan kepada 3 golongan utama:
iaitu
- maklumat yang bersifat (atau berbentuk) mitos
- maklumat yang bersifat (berbentuk) quazi-sejarah (separa sejarah)
- maklumat yang bersifat bersejarah, berilmiah yang boleh dipercayai

Bahan-bahan tentang wanita dari sudut isi/subjeknya boleh juga dibahagikan


ke dalam pelbagai golongan seperti berikutnya:

 maklumat umum (istilah-istilah umum dan gelaran yang digunakan


dengan nama perempuan)
 maklumat tentang adat istiadat wanita (lawatan resmi, pernikahan,
pakaian dan lain-lain)
 maklumat tentang pangkat wanita dalam masyarakat (ratu, anak
raja/bangsawan, ibu raja, anggota keluarga raja/bangsawan, isteri
raja/bangsawan, gundik dan lain-lain)
 maklumat tentang wanita dalam kehidupan politik (wanita sebagai
pemerintah, wanita dalam sistem kerajaan; wanita dan matrimonial
strategy, dan lain-lain)
 maklumat tentang aktiviti dan peranan wanita dalam kehidupan
masyarakat (wanita dan kebebasan pribadi; wanita dan kesamarataan
hak, wanita dan perjanjian social)
 maklumat bersifat didaktik (kesetiaan, tangungjawab, ahlak dan lain-
lain)

Dalam kerangka satu pementangan tidak mampu saya menjelaskan semua


sebutan mengenai wanita yang terdapat dalam teks-teks Melayu lama.
Memang ada banyak maklumat tentang adat-istiadat wanita, pakaian wanita,
ahlak, peranan wanita dalam hal-ehwal keluarga dan lain-lain.
5

Saya akan focus kepada cuma beberapa hal sahaja yang berkaitan dengan
peranan wanita dalam masyarakat Melayu tradisional. Saya akan merujuk
kepada maklumat tentang kebebasan wanita dan hak-hak istimewa beliau
sebagai pelaku sejarah yang nyata.

Sebagai contoh saya akan menumpukan perhatian kepada definisi umum;


kepada beberapa gambaran wanita dalam mitos Melayu tradisional. Dan
juga saya akan menyebutkan 2-3 contoh pengaruh wanita dalam sistem
kerajaan.

Analisis maklumat tersebut menunjukkan bahawa sejak dahulu kala wanita


amat dihormati dan dihargai di dalam masyarakat Melayu Islam dan
mempunyai hak kemanusiawan dan perlindungan social yang istimewa.
Maklumat-maklumat tersebut menafikan prasangka bahawa wanita di Islam
merupakan golongan yang diketepikan dan ditindas.

Istilah umum
Dalam teks-teks Melayu lama digunakan pelbagai istilah umum yang
berkaitan dengan wanita. Misalnya: perempuan, puteri, anak perempuan,
bini, bonda, isteri, nenek, ibu, syarifah, peri; bidadari/baladuri, gundik.

Misalnya:

HRP 60:9 .... Sultan Malikul Mansur seorang perempuan keluar dari dalam istana terlalu sekali
baik parasnya. Maka Sultan Malikul Mansur pun berahilah akan dia; maka disuruh baginda
ambil perempuan itu lalu dibawanya kembali ke istananya dengan segala hulubalangnya.
Hatta maka beberapa lamanya Sultan Malikul Mansur dalam kerajaan itu, maka
dianugerahkan Allah .......
HRP 117:7 ... disuruh hantarkan ke negeri Pasai itu dengan segeranya. Jika tiada demikian itu,
nescaya matilah patik dalam percintaan yang diperhamba." Maka tatkala didengar ayahanda
dan bonda baginda sembah Radin Galuh demikian itu, maka pada ketika itu jua baginda
bertitah menyuruh memustaibkan segala kelengkapan itu daripada ghurab dan kelulus dan
daripada jong.

HA 11:13 Maka anak raja itu lagi kecil duduk di sisi ayah bundanya. Maka bersenda
gurau kedua anak raja itu lalu tersentuh bahu ayahnya.

HRP 14:4 .... lama antaranya maka kata Merah Silau kepada saudaranya Merah Hasum itu, "Hai
saudaraku betapa bicara kita? Karna kita ini hanya dua bersaudara juga tinggal, karna nenek
dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Samarlanga ini jikalau kita diam dalam negeri
ini nescaya kita pun demikian lagi, karna kita duduk dalam negeri ini sekali-kali tiada ada ...
6

HRP 3:12. Baginda Raja Muhammad mendukung kanak-kanak itu, maka segeralah
didapatkan oleh isteri baginda lalu disambutnya. Maka duduklah baginda dua laki isteri
itu. Maka dilihat oleh isteri baginda budak-budak perempuan. Maka terlalu sukacita
baginda laki isteri itu. Maka baginda pun berkhabarlah kepada adinda itu daripada
pertamanya datang kepada kesudahannya.

HRP 118:10 ... Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera: Maka tatkala terdengarlah
warta angkatan Radin Galuh Gemerencang anak ratu Majapahit datang dari Jawa itu hendak
ke benua Pasai,
HA 3:3 Maka tatkala sampailah tuan puteri itu ke istana maka disambut segala inangda
kakandanya dengan diberinya hormat. Maka ayah bunda baginda pun terlalu sukacita
melihat puteri baludari itu. Maka sultan Munawwar Syah pun menyuruhkan orang
mendudukkan perjagaan akan pekerjaan menikahkan raja Syah Muhammad dengan tuan
puteri Déwi Indera yang anak baludari

HS 573 . Dan lalu dinikahkan Tengku Puteri dengan anak Raja Terengganu. Maka dipelihara seperti
anak saudara sendiri.

HS 512 ... Dan baginda mintak bini. Maka Orang Kaya meminang anak cucu Datuk Kaya Panjang,
dan namanya Encik Salmah. Lalu Tengku Musa tikam.* Dan lagi mengambil anak orang,
dibuat gundik, namanya Encik Tiai. ...
SM 216:35 Maka Tun Teja dikahwini Sultan Mahmud Syah, terlalu kasih baginda akan dia. Pada
suatu kaul, Sultan Mahmud dengan Tun Teja beranak seorang perempuan bernama Puteri
Adma Dewi.
TN 44:5. Syahadan maka adalah satu malam baginda itu berahikan isterinya peri itu, konon. Maka
terpancarlah maknikamnya ke tikar peraduannya itu lalu disuruhnya telan kepada
gundiknya, anak laksamana bernama Encik Pung. Maka Encik Pung pun buntinglah ...
TN 27:13 Dan yang perempuannya bernama Syarifah Aisyah, bersuamikan Syed Syekh bin Hamid
Ba`bud. Adapun Utin Nawang bersuamikan Pangeran Abd al-Ghafur raja Berunai, beranak
seorang laki-laki bernama Gusti Putil. ........

Sebutan tentang wanita dan pelbagai istilah umum ditemui di semua teks
yang dikaji. Yang paling lazim disebutkan perkataan perempuan (470 - yang
paling umum), puteri (367); isteri (309), bonda (190); peri (190).

Sila lihat jadwal 1.

Sumber dan jumlah total sebutan


Istilah
HRP SM HA HS TN
perempuan 16 170 16 56 212
isteri 16 98 7 27 161
bonda 13 62 1 29 85
bini - 9 1 25 17
ibu 1 5 1 5 35
7

puteri 79 110 92 20 66
ratu 10 5 - 7 41
syarifah - - - 2 23
peri 13 62 1 29 85
baladuri/bidadari - - 18 - -
gundik 8 15 - 8 29

Analisis jadual tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan maklumat


mengambarkan wanita sebagai manusia sebenar, sebagai isteri, ibu dan ratu.
Maklumat tentang baladuri/bidadari terdapat cuma dalam HA sahaja.

Analisis istilah-istilah umum menunjukkan bahawa kosa-kata yang berkaitan


dengan wanita mengandungi maklumat tentang pangkat dan kedudukan
wanita dalam masyarakat. Apakah dia anak dara atau isteri orang, yang
sudah beranak? Apakah dia isteri sah atau gundik? Apakah dia terlibat dalam
pemerintahan kerajaan atau jaga rumah sendiri sahaja? Aktiviti wanita dalam
hal-ehwal kerajaan dan latarbelakang keluarga beliau dicerminkan antara
lain dalam pelbagai istilah yang digunakan sebagai gelaran untuk wanita,
misalnya – ratu, puteri, tengku, syarifah dan lain-lain.

Wanita dalam mitos.

Lazimnya maklumat tentang wanita terdapat dalam mitos tradisional yang


dirakamkan dalam teks-teks Melayu lama. Hal tersebut mencerminkan
bahawa wanita merupakan anggota masyarakat Melayu tradisional yang
amat dihormati dan berwibawa.

Lazimnya maklumat tentang wanita dirakamkan dalam mitos asal usul raja
Melayu. Yang paling terkenal adalah:

 cerita tentang Puteri Betung


 cerita tentang bidadari/baladuri dari kolam
 cerita tentang peri terbang
 cerita tentang perkahwinan Sri Tri Buana dan Demang Lebar Daun
 cerita tentang perkahwinan Raja Suran dan Tuan Puteri Mahtabu'l-
Bahri, anak raja laut.
 cerita tentang Ratu Bakquis dan Nabi Suleiman
8

Cobalah menganalisis cerita mitos mengenai bidadari dari kolam yang


dirakamkan dalam teks Hikayat Acheh. Isinya seperti berikut:

HA 6-7(4-5) maka berapa lamanya raja itu di sana, maka pada suatu ketika pada
malamJumaat, bermain raja itu hampir kolam itu. Maka dilihat raja itu anak baludari
turun hendak mandi di kolam itu. Maka masing-masing mereka itu mengantarkan
bajukancukinya seorang suatu tempat di bawah pohon kayu yang di tebing kolam itu.
Maka segala anak baludari itu turun mandi ke kolam ketujuh-tujuhnya. … Setelah sudah
segala anak baludari itu mandi makamereka itu memakai baju maka merekapun
terbanglah ke utara hingga tiada kelihatan. Maka tiap-tiap malam Jumaat demikian. …
Maka netiasa Raja Syah Mahmud memicara mencahari muslihatnya akan berdapat anak
baludari itu. Hingga dua tiga kali demikian maka dianugerahakan Allah SWT suatu
bicara akan Raja Syah Mahmud itu pada mengambil baju mereka itu. Maka datang pada
malam Jumaat anak baludari itu pun mandi ke kolam seperti adatnya yang dahulu itu
jua. Maka dihantarkan mereka baju kancukinya seorang suatu tempat. Maka turunlah
mereka itu lagi dengan senda gurau mereka itu tatkala mandi dalam kolam itu.

Selepas itu Raja Syah Muhammad ambil baju tuan puteri yang bongsu itu.
dan dia tidak mampu terbang.

HA 8-9(6) Maka Puteri Bongsu itu menangis dan bertangis-tangisanlah ketujuh-


tujuhnya. … Maka Raja Syah Mahmud datang. … Maka berkata Raja Syah Mahmud itu
berapa dengan kata yang nasihat dan kata yang melemahkan hati puteri. Maka puteri
pun berdiam dirinya.

HA 11-12 (7) Maka pada suatu ketika puteri berkata kepada Raja Syah Mahmud: “Jika
kasih tuan hamba akan hamba maka hamba pintai daripada tuan hamba jangan kiranya
tuan hamba menyumpah anak hamba anak jin dan anak peri.” Maka kata Raja Syah
Mahmud, “InsyaAllah Ta’ala, berkenanlah hamba dan hamba ingatkan kata itu”.
… Maka pada suatu ketika … maka bersenda gurau kedua anak raja itu lalu tersentuh
bahu ayahnya. Maka Raja Syah Mahmud pun amarah lalu menyumpah anaknya: Hai
anak jin peri, mengapa demikian pekertimu ini? Maka Puteri Medini Candera menengar
Raja Syah Mahmud menyumpah anaknya demikian itu terlalu ngeranlah hatinya dan
tiadalah ia mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan, hanya kerjanya mencari bajunya itu
jua hingga didapatinya baju itu di bawah dapur dalam torak. Maka diambilnya bajunya
itu dibasuhnya. Setelah itu maka dipakainyabajunya itu. Maka iapun menangisi anaknya
yang kedua itu. Maka pun tetrbang ke bubungan istana. Maka … katanya akan Raja Syah
Mahmud, “Hai raja, tinggallah kita dengan anakda. Maka hamba kembalilah kepada
saudara hamba” Setelah itu makaia terbang kepada pohon nyiur. Maka ada dia terbang
daripada pohon nyiur ke bubungan istana itu berulang-ulang dua tiga kali daripada
kasih sayangnya akan anaknya itu. Kemudian dari itu maka terbanglah ia ke udara
hingga tidak kelihatan pada mata Raja Syah Mahmud. Maka Raja Mahmud pun amat
dukacita dan menangis dan memalu-malu dirinya dan menyesal dirinya menyumpah
anaknya anak jin peri itu.
9

Cerita tersebut mengandungi mitos tentang perkahwinan seorang raja adil


(pengasas dinasti baru) dengan anak perempuan yang mewakili salah satu
elemen asas alam sekitar. Di sini baladuri ini merupakan anak udara/langit.
Perkahwinan tersebut biasanya merupakan persatuan suci yang digunakan
supaya mengesahkan kuasa raja atau dinasti yang baru. Walaupun wanita
yang disebutkan disini adalah mahluk halus atau ajaib, adapt-istiadat dan
perengai beliau digambarkan sebagai wanita biasa – dia bergembira dan
menangis; dia menderita dan melawan, dia mengasihi anak-anak dan suami
beliau. Apa lagi dia berani dan pandai melindungi diri dan anak-anaknya.
Dia berhak mengumumkan syarat-syarat perkahwinan, yang tidak boleh
diketepikan.

Ternyata wanita dalam masyarakat Melayu mempunyai hak istimewa:


wanita berhak menerima atau menolak tawaran perkahwinan, wanita berhak
menjadi ratu, wanita berhak melindungi diri dan anak-anaknya dan melawan
atas keadilan.

Wanita dalam sistem kerajaan.

Kebebasan wanita sebagai anggota masyarakat yang mempunyai hak yang


istimewa dicerminkan dalam pelbagai maklumat tentang ratu-ratu Melayu
yang mempunyai kuasa lengkap sebagai pemimpin kerajaan. Misalnya cerita
mengenai Puteri Jilan yang dirakamkan dalam Hikayat Siak:

Cerita tentang Raja Kecil yang dianggap oleh para pengikut beliau sebagai
pewaris yang sah sultan Mahmud dari dinasti Melaka keturunan Iskandar
Zhulkarnain. Beliau dibawa ke Pagar Ruyung dan dibesarkan oleh Puteri
Jilan – ibu (bonda) Yamtuan Sakti raja Pagar Ruyung itu.

Siak 414 Maka sembah Nakhoda Malim, "Sepatut-patutlah tuanku memelihara paduka anakanda
ini," lalu dibawaknya mengadap paduka bonda baginda, Puteri Jilan. Maka Puteri Jilan
terlalu sukacita melihat cunda baginda datang itu, kerana Puteri Jilan terus mata akan
Tuan Bujang itu, putera Raja Johor. Maka Puteri Jilan bertitah kepada paduka anakanda
Yang Dipertuan Sakti, "Dan seperti Si Buyung ini, sangat bertuahnya, peliharakan baik-
baik, kerana terlalu kasihan aku akan dia, kerana tiada bapaknya.

Puteri Jilan yang mengawal kehidupan raja Kecil yang dianggap sebagai
pewaris tahta di Johor dan Melaka:
. Siak 414 Maka diamlah ia (Raja Kecil) di Pagaruyung. Dan sehari-hari ia naik bermain-main ke
atas peterakna itu. Maka dilarangkan oleh dayang-dayang, takut ia tulah. Maka kata Puteri
10

Jilan, "Jangan dilarangkan Si Buyung itu, ia hendak melihat mahkotanya. Ialah yang
warisnya, dan tiada ia tulah, kerana ia anak adikku, di Johor.

Puteri Jilan memberi permit supaya Raja kecil keluar dari Pagar Ruyung dan
pergi mencari ilmu:
HS 414 .... Dan Tuan Bujang (Raja Kecil T.D.) pun sampailah umur tiga belas tahun. Maka Tuan
Bujang pun mintak pergi ke Batanghari, hendak mencari ilmu. Maka dilepas akan Puteri
Jilan. Maka Tuan Bujang pun turunlah, menumpang orang Minangkabau, orang
Pagaruyung.
Puteri Jilan menobatkan Raja Kecil sebagai raja Minangkabau. Beliau yang
mempunyai ilmu ghaib, supaya memahami bahawa Raja kecil adalah
pewaris keturunan Iskandar Zhulkarnain yang sebenar.

HS:423-424 “Maka berkampunglah orang dalam negeri, Menteri Yang Berempat,


mengadap nobat. Setelah itu, dipukul akan gendang kulit tuma. Tuan Bujang memakai
alat kerajaan oleh Puteri Jilan. Setelah sudah, maka Tuan Bujang bersandarlah kepada
tiang teras kayu jelatang. Dan mahkota kerajaan pun diletakkan oleh Yang Dipertuan
Sakti di kepala Tuan Bujang. Maka Puteri Jilan pun berdiri, sambil beryang-yang,
"Jikalau engkau asal putera saudaraku di Johor, salasilah daripada Sultan Iskandar
Zulkarnain, nenek, nasab Nusirwan Adil, pancar Nabi Allah Suleiman alaihi wa salam
tiadalah dapat suatu apa-apa. Dan pesaka Minangkabau Si Bujanglah yang lebih”. …
Maka segala pegawai, menteri yang berempat, … semuanya sujud menyembah,
mengatakan “Daulat Tuanku Yang Maha Mulia, kekallah dan kararlah di dalam tanah
Melayu, menjadi Raja Besar”. Dan lalu diberi gelarang Yang Dipertuan Raja Kecik”.

Puteri Jilan yang memberi kepada Raja Kecil satu cop mohor yang
merupakan alat perkakas resmi di Pagar Ruyung Siak dan untuk semua
orang Minangkabau. Ternyata Puteri Jilan – ibu raja Siak, bukan beliau
sendiri, yang mengesahkan penobatan Raja Kecil dan kuasa beliau:

HS 424-425 “maka Puteri Jilan dan Yangdipertuan Sakti pun membawak pedang
kerajaan, asal bermula tanah Minangkabau, persembah Raja Kuantan, Sepurejab
namanya. Dan Puteri Jilan memberi sepah dan rambut Puteri Jilan, panjang lima depa,
dan kupang-kupang dua butir, dan cap satu. Dan tersebut di dalam cap itu, "Adalah anak
kita, Yang Dipertuan Raja Kecik, turun ke tanah lahut. Dan hendaklah segala anak
Minangkabau yang di lahut, yang selilit Pulau Perca, sungai diapit oleh pasang, dan kita
pulangkan aib malunya anak kita yang menanggung malu anak Minangkabau. Dan
jikalau anakMinangkabau tiada mahu menyertai dia, baik dan jahatnya Yang Dipertuan
Raja Kecik, kena sumpah, kena bias kawi. Dan jikalau orang Minangkabau tiada boleh
mengiring dan hendaklah ia persembah rial dua puluh dan setinggar selaras, obat sekati.

Analisis maklumat mengenai Puteri Jilan yang dirakamkan dalam Hikayat


Siak menunjukkan wanita sebagai seorang ratu, pemimpin, yang lebih
11

berkuasa daripada anak beliau Yamtuan Sakti. Puteri Jilan digambarkan juga
sebagai pemimpin rohani, iaitu sebagai seorang yang pandai dalam ilmu
ghaib. Gambaran Puteri Jilan sebagai seorang ratu yang begitu berkuasa
mungkin dipengaruhi oleh tradisi Adat Perpatih dan mencerminkan adat-
istiadat tradisional bangsa Minangkabau Siak.

Wanita dalam konflik/pergaduhan politik.

Lazimnya dalam teks-teks Melayu Lama wanita digambarkan sebagai


peserta/pelaku utama dalam konflik politik. Peranan wanita dalam
pergaduhan politik boleh kita membahagikan kepada 2 bentuk: iaitu
- peserta/pelaku pasif (mangsa, tebusan, ganjaran)
- peserta/pelaku aktif (aktiviti dan inisiatif pribadi, intrigue, tindakan
yang mengakibatkan konflik dan lain-lain)

Cerita tentang mangsa iaitu isteri Megat Seri Rama yang dibunuh oleh sultan
kerana sebiji buah nangka ditemui di dalam Hikayat Siak dan di Tuhfat al-
Nafis juga. Walaupun cerita ini berunsur quazi-sejarah, yang digambarkan
didalamnya secara jelas adalah bahawa pembunuhan wanita tanpa alasan dan
tanpa hukuman yang adil mengakibatkan pembunuhan sultan dan
pertukaran dinasiti yang berasal daripada keturunan raja-raja Melaka.

TN 12:19 Sebermula adalah mangkatnya Sultan Mahmud Syah itu iaitu sebab dibunuh
oleh seorang hulubalangnya yang bernama Megat Seri Rama, sebab Sultan Mahmud itu
membunuh isterinya Megat Seri Rama itu, kerana makan sehulas nangka pada ketika
raja lagi tengah beradu. Adalah terbunuhnya di Kota Tinggi di Makam Tawhid namanya
di dalam negeri Johor.

TN 43:11 Tiba-tiba datang bini Megat Seri Rama yang bunting, mengidam hendak
makan nangka, lalu dipintanya sehulas kepada penghulu istana itu. Maka penghulu
istana pun mengambilkan sehulas, diberikan kepada bini Megat Seri Rama itu, maka ia
pun baliklah. Maka apabila baginda itu bangun daripada beradu itu maka ia pun hendak
santaplah akan nangka itu, lalu dipersembahkan oleh penghulu istana itu kepada
baginda. Maka kata penghulu istana kepada baginda “Ada yang tiada baik tadi, patik
berikan kepada bini Megat Seri Rama daripada terbuang sahaja”. Apabila ia mendengar
sembah penghulu istana itu, maka baginda murkalah, lalu disuruhnya panggil bini
Megat Seri Rama itu , lalu dibelahnya perutnya, dikeluarkannya anaknya dari dalam
perutnya itu. Maka matilah bini Megat Seri Rama itu. Maka apabila sampai khabar itu
kepada suaminya Megat Seri Rama itu, maka ia pun menangislah serta hilanglah
akalnya seperti terbakar sebab marahnya. Lalulah ia mendapatkan datuk bendahara,
maka dipermaklumkannyalah yang ia hendak membalas kematian isterinya …
12

HS 402 Akan baginda tiada boleh beristeri kerana berbini akan peri. Tiada diperduli akan kerajaan
… Akan baginda itu , giladengan bini peri itu. Dan jika baginda melihat perempuan yang
baik rupanya, datanglah benci sahaja, sebab peri itu dekat baginda. …

HS 403-404 … bini Megat Seri Rama masuk ke dalam, karena ia bunting tujuh bulan. Serta dilihat
nangka itu, terlalulah ingin hendak makan nangka itu, tiada dapat ditahani rasanyaMaka bini
Megat Serama pun datang … minta barang satu hulas.
… Tatkala itu baginda itu di dalam tiada ingat, kepada waktu bulan baharu timbul. Setelah baginda
mendengar sembah Penghulu istana, maka baginda pun tertawah. Titah baginda: “Suruh
panggil bini Megat Serama itu, aku hendak melihat anaknya, iakahyang makan nangka itu”.
Maka dipanggillah bini Megat Serama itu. Maka ia pun datang. Maka lalu dibelah perutnya. Dan
itu anak yang di dalam perut itu mengisap nangka itu. Maka bini Megat Serama pun mati.
Dan kedengaranlah khabar kepada Megat Serama bininya mati, dibunuh Yang Dipertuan,
tiada dengan satu salahnya. Maka Megat Serama pun mengampungkan anak buahnya,
muafakat hendak derhaka.

Sebutan tentang wanita yang jadi tebusan dalam peperangan terdapat dalam
Hikayat Siak:
HS 478 “maka orang Bugispun bersiap perahu. Dan segala Raja Melayu yang
perempuan semuanya diambil, masuk ke dalam Pulau Bayan. “Jikalau datang orang
Siak melanggar Riau,kita bakar segala perempuan raja-raja Melayu ini”

Ternyata dalam masyarakat Melayu wanita lazimnya menjadi mangsa yang tak bersalah
dalam pergaduhan politik dan peperangan. Justeru itu dalam teks melayu lama disebutkan
juga wanita-wanita yang amat aktif dan berkuasa, yang mampu berlakon dalam
pergaduhan politik itu peranan sendiri.

Maklumat yang mengambarkan wanita sebagai peserta yang aktif dalam konflik politik
terdapat di dalam semua teks. Di sini kita sebutkan cuma satu – dua contoh sahaja. Di HS
disebutkan, misalnya, Puteri Janilan yang menjadi mak angkat kepada Raja Kecil, yang
menobatkan beliau sebagai raja dan memberi kepada beliau alat perkakas dan cop
pengesahan kuasa beliau.

Di Tuhfat al-Nafis disebutkan satu lagi lady iaitu Tengku Mandak yang dinobatkan
sebagai raja segalaperempuan, dengan gelaran Tengku Sulung Agung. (lihat TN
291(314).
Dalam teks yang sama terdapat cerita mengenai Engku Puteri Raja Hamidah – isteri
Sultan Mahmud Johor dan anakperempuan Raja Haji (salah satu Raja Muda Bugis yang
amat berwibawa). Beliau digambarkan bukan hanya sebagai seorang wanita, anak raja,
yang amat berkuasa, malah juga beliau disebutkan sebagai pemilik Pulau Penyenggat
(lihat TN 291-292(315-316) dan sebagai ratu Johor (TN 328 – 330 (357-359)
13

“Maka datanglah Raja Melaka Temermin Tisin bermusyawarah dengan Yang Dipertuan
Riau. Makalalu mengambil kerajaan Johor kepada tangan Engku Puteri dengan muslihat
yang patut dikenakannya kepada raja-raja perempuan”.

Pada akhirnya satu lagi contoh –iaitu cerita tentang Tengku Tengah – salah
satu anak raja Bugis yang banyak berperanan dalam sejarah Johor. Beliau
yang menjadi isteri Opu Dahing Parani – saudara sulung daripada 5 saudara
Opu yang mendirikan dinasti Raja Muda Bugis Johor yang amat berwibawa
dan yang banyak bersumbang di dalam sejarah Johor.

Tengku Tengah merupakan sahabat dan penasihat kepada saudara beliau


iaitu Raja Suleiman (yang akan dinobatkan nanti sebagai Sultan Suleiman
Badr al-Alam Syah). Adik beradik itu berdua orang bermusyawarat supaya
dapat semula tahta Johor yang ditangkap oleh Raja Kecil. Supaya naik tahta
Raja Suleiman memerlukan sokongan daripada sebarang pihak yang
berkuasa. Misalnya daripada pihak orang Bugis yang mempunyai banyak
tentera dan duit.
Tengku Tengah dimalukan oleh Raja Kecil, yang menolak berkahwin
dengan Tengku Tengah itu walaupun sudah bertunang. Tengku Tengah
berkehendak berkahwin dengan salah satu orang Bugis tu, supaya
menyelesaikan masalah keluarga malah juga masalah kerajaan.

TN 57(59) Tengku Tengah sangat sangat hendak menghapuskan


kemaluannya. … maka lalu dia memanggil opu-opu itu makan. Kemudian
Tengku Tengah berdiri di pintu selasar, membuka bidai, melepak subangnya
di telinga sambil ia berkata “Hai Raja Bugis, jikalau sungguh tuan hamba
berani, tutplah kemaluan hamba ni, anak-beranak saudara-bersaudara.
Maka apabila tertutup kemaluan beta semua ini, maka relalah beta semua
ini menjadi hamba raja Bugis: jika hendak disuruh jadi penanaknasi raja
sekalipun relalah beta”…

Beginilah muncul persetujuan di antara 5 saudara Opu dan Raja Suleiman.


Begini lah ditubuhkan dinasti Raja Muda Bugis Johor yang mengawali Johor
selama hampir 200 tahun.

Dalam karya Raja Ali Haji terdapat banyak cerita mengenai wanita.
Lazimnya Raja Ali Haji memujikan wanita-wanita sebagai ratu yang bijak
dan adil, sebagai isteri yang taat, sebagai anag dan/atau saudara yang sangat
dihormati. Akan tetapi kadang kadang juga pengarang marah pada wanita
14

dan tidak bersetuju dengan tindakan mereka, yang mwenurut pendapat


beliau kurang ditimbang dan difikirkan akibatnya.

Misalnya, Ttengku Tengah itu menculik adiknya Tengku Kemariah yang


menjadi isteri Raja Kecil. Beliau membawa adiknya balik ke rumah
ayahnya. Peristiwa tersebut mengakibatkan peperangan dan pergaduhan di
antara orang Bugis dan orang Siak. Ramai orang yang terkorban di
dalamnya. Tindakan Tengku Tengah itu menurut Raja Ali Haji tidak sesuai
dengan adat istiadat Melayu dan tidak elok dari sudut pandangan syariah.
Raja Ali menulis:
TN 61(64) maka di dalam hal itu pula maka berjalan lah Tengku tengah ke
istana Raja Kecil, lalu diambilnya Tengku Kemariah itu, dibawanya balik ke
rumahnya, waktu Raja Kecil tengah sembahyang. Maklumlah sahaja akal
orang-orang perempuan apabila ia sudah marah atau benci,
memperbuatlah ia akan pekerjaan yang tidak patut, yang tiada memikirkan
awal akhir dibelakang kali”.

Kesimpulan:
Sebagai kesimpulan patutlah merumuskan dan menegaskan sekali lagi
bahawa wanita dalam masyarakat melayu Islam memang mempunyai
kedudukan istimewa. Wanita Melayu Muslim mempunyai kebebasan
pribadi, kesamarataan dan perlindungan masyarakat. Hal tersebut
dirakamkan dalam pelbagai teks-teks sejarah Melayu Islam.

Walaupun maklumat-maklumat yang terdapat di dalamnya amat menarik


dan penting, data-data tersebut belum dikaji lagi secara sewajar. Analisis
maklumat-maklumat daripada sumber prima akan membantu para pengaji
supaya memahami kepentingan wanita di dalam masyarakat melayu dan
menafikan kesalahfahaman bahawa wanita di dunia Islam merupakan
golongan masyarakat yang diketepikan dan ditindas.

Anda mungkin juga menyukai