Dibawa dari Pengkalan Hulu; Rakyat Malaysia hidup harmoni, Bekerjasama berganding bahu.
Wilayah Putrajaya indah berseri,
Ditanam bunga berwarna-warni; Sayangi Malaysia slogan Perdana Menteri, Sentiasa dilaung di sana sini.
Rakyat berkumpul di Taming Sari,
Menyambut merdeka di kota Melaka; Malaysia terdiri daripada 14 negeri, Negara aman, bebas dan merdeka.
Tanam peria di pinggir kali,
Petik sebiji buat bekalan; Negara ceria, indah sekali, Nilai murni menjadi amalan
Kampung Serusup kampung yang cantik,
Sawahnya cantik, udaranya nyaman, Negara Malaysia negara menarik, Semua rakyatnya hidup dalam aman.
Pokok Melati, Pokok Sena,
Cantik diletak di hadapan beranda, Negara kita negara berbudaya, Dalam keadaan pelbagai bangsa.
Mak cik Timah pergi ke kebun,
Untuk mengambil serumpun serai, Rakyat Malaysia bersopan - santun, Sesama keluarga mahupun orang ramai. Tema : Faedah Kokurikulum
Bunga ros banyak berduri,
Hendak dipetik anak cik puan, Kokurikulum disertai membina diri, Kululusan akademik menjadi tumpuan?
Indah alam diwaktu pagi,
Mentari muncul embun terpinggir, Ilmu pendidikan disanjung tinggi, Kokurikulum juga sering dipinggir?
Tema : Malaysiaku Gemilang
Jiwa merana nampaklah raut,
Umur muda nampaknya tua; Sukan antarabangsa menambah kusut, Gemilangkah Malaysia di pentas benua?
Mari disambung terputus tali,
Tali panjang jangan dikerat; Sejarah bangsa diangkat kembali, Terbelakah maruah negara dikhianat?
Memanjat kelapa badan cedera,
Salah panjat usah dicela; Ekonomi maju negara sejahtera, Rakyat kecil sudahkah terbela?
Tingginya wau tidak terjangkau,
Ribut datang turunkan cepat: Ruang angkasa sudah dijangkau, Sudahkah dapat apa manfaat?
Daun sirih di dalam dulang,
Menjadi hantaran majlis beradat; Rakyat dibela pemimpin dijulang, Malaysia merdeka kekal berdaulat.
Pelbagai bangsa berlainan bahasa
Jalur gemilang menyatukan semua Teguh, bersatu dan bekerjasama Tanda sepakat aman sentosa. Hidup muafakat hati sekata, Barulah rezeki bertambah murah; Sikap terbuka amalan kita, Itulah Malaysia negara muhibah
Membeli barang di pasar Selasa,
Terjumpa dengan keluarga Suraya; Rakyat hidup aman sentosa, Itulah dia negara Malaysia.
Tema : Sayangi Keluarga
Masak lemak dengan kelapa,
Kelapa dicari oleh sang kera, Cintai ibu sayangi bapa, Pasti hidup aman sejahtera.
Buah naga masak merah,
Sedap dimakan oleh bibah, Dengan ibu bapa jangan marah marah, Takut di akhirat terima musibah.
Daun pandan wangi baunya,
Boleh dibuat bunga rampai, Tolong menolong sesama keluarga, Hubungan erat ukhwah tercapai.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu, Apa diharap masa hadapan, Doa keluarga pohon restu.
Terbang debu di balik pepohon,
Jatuh rebah askar upahan, Sayang ibi ingat pesan, Sayang abah patuh arahan. Tema : Memperkasakan wawasan remaja
Pagi dan petang mengutip nira
Sedap dimakan bersama santan Remaja wawasan harapan Negara Apakah prinsip yang diinginkan?
Salam diberi senyuman diukir
Mencari teman tidak kesepian Kalau anda bijak berfikir Apakah maksud remaja berewawasan?
Bunga peria di atas sampan,
Dahan gedangsa bersilang-silang; Di tangan belia terletak harapan, Membawa nusa ke mercu gemilang.
Jatuh di perdu menimpa batu; Biar guntur menghambur geruh, Semangat berpadu belia bersatu.
Tepian biara pohon pulasan,
Kelopak dahlia di atas papan; Aspirasi negara mencapai wawasan, Di tangan belia terletak harapan.
Bunga dahlia jangan dibuang,
Buat tatapan puteri pangeran; Membina belia bersemangat juang, Sanggup berhadapan pelbagai cabaran. Tema : Amalan Budi Bahasa
Burung merpati di luar sangkar,
Terbang sekawan di hari ceria; Hidup berjauhan bertanya khabar, Inikah dikata amalan mulia?
Tersenyum manis si anak dara,
Asyik menampi memilih beras; Tetamu datang sambutlah mesra, Perlukah dihati berjiwa ikhlas?
Rajin mengaji kuncikan tabah,
Ayah ibu tumpang berbangga; Ucapan baik pintu hikmah, Rasa cemburu perlukah dilaga?
Mati sudah si pohon peria,
Buah yang ada semuanya masak; Kurang berkata lebih mulia, Bagaimana berbahasa menambah retak?
Antan menyanyi lesung menari
Bunga cengkih penyedap rasa Akal budi cerminan peribadi Berhemah tinggi apa untungnya?
Berenang beriring si anak sepat
Dapat ditangkap si naak cina Orang berharta dipuja dihormati Si miskin daif mengapa dihina?
Tangkap ikan berumpan cacing
Menjadi tradisi zaman berzaman Tolong menolong agenda penting Mengapa ia sukar diamalkan.
Terbang tinggi si burung jentayu
Berehat sebenatar di tepi perigi Bahasa kita kian bercelaru Mengapa ia jadi begini?
Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian.
Buah pedada dalam baldi,
Masak nasi hari petang; Hidup kita biar berbudi, Hingga mati dikenang orang.
Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati; Bukan ringgit dipandang orang, Tapi memandang bahasa dan budi.
Nanas dijual di pasar niaga,
Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.
Tema : Sekolah Duniaku
Rela bekerja tanpa upah,
Kerja baik tanpa cacat; Taman indah di dalam sekolah, Sanggupkah warga sama membuat?
Harum taman sungguhlah kagum,
Mari teman sama ke sana; Taman hijau baunya harum, Tercapaikah matlamat apa dijana?
Sama bekerja hilanglah lelah,
Sama membiina taman rerama; Rasa bahagia ke pintu sekolah, Selamatkah murid berpayung bersama?