Anda di halaman 1dari 4

Mesyuarat Penataran Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia
(GPCOVID-19)

Tarikh : 12 Jun 2020

Hari : Jumaat

Medium : Google Meet (Kediaman masing-masing)

1.0 Aluan Guru Besar


1.1 Memaklumkan kepada semua guru agar memuat turun surat siaran Garis Panduan
Pembukaan Semula Sekolah dan menyimpannya di dalam telefon atau mencetak.
1.2 Kehadiran guru ke sekolah bermula 9 Jun 2020 adalah diwajibkan (berjadual)
1.3 Manakala bermula 24 Jun 2020 semua guru perlu hadir ke stesen mengikut waktu
persekolahan seperti biasa dengan memakai pakaian rasmi kerja.
1.4 Jika guru tidak dapat hadir ke sekolah, guru perlu mengisi borang cuti rehat khas (CRK)
1.5 Dalam tempoh bertugas (PKPB), guru perlu berada di rumah,
1.6 Guru juga wajib membuat RPH dan 3 perkara yang wajib ialah:-
1.6.1 Objektif
1.6.2 Aktiviti
1.6.3 Refleksi
1.7 Penyediaan rekod mengajar adalah mengikut kesesuaian iaitu boleh secara online atau
menyediakan bahan bercetak.
1.8 Para guru perlu mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan
penjarakan sosial.
1.9 Guru juga menjadi orang tengah antara pihak sekolah dan murid. Jika ada murid yang
disyaki bergejala.
1.10 Mengingatkan para guru agar sentiasa memaklumkan dalam group WhatsApp agar
murid menjaga kebersihan, memberi bantuan dalam membimbing murid dan memberi
motivasi kepada murid untuk terus belajar.

2.0 Tanggungjawab guru


2.1 Kelas
- Perlu dikemas mengikut SOP yang ditetapkan. Jarak 1 meter. Perlu sediakan pelan laluan
dan anak panah laluan.
- Kelas Pemulihan untuk Tahun 4.
- Kelas Tahun 5 di dewan.
- Kelas tahun 6 kekal.
2.2 Jadual
- Akan disusun oleh GPK1
- Guru perlu datang awal untuk mengambil suhu
- Perlu disediakan senarai nama murid dan suhu
- Setelah itu, baru boleh catat kehadiran murid
2.3 Kantin
- Boleh beroperasi
- Murid perlu berbaris untuk membeli dengan mengekalkan jarak
- Jika terlalu sesak – pihak sekolah akan mencari alternatif lain seperti mengambil
tempahan awal.
- Guru yang menunggu murid makan adalah guru di waktu akhir masa sebelum rehat
tersebut.
- Diakhir mesyuarat memutuskan murid diwajibkan membawa bekal.

2.4 Masa kehadiran


- Mencadangkan kehadiran murid dibuat dengan sela masa yang berbeza untuk setiap
tahun.
- Pukul 7.45 tahun 4, pukul 8 Tahun 5 dan Pukul 8.15 untuk tahun 6.
- Contoh laluan Tahun 4 – dari pagar ke tangga pejabat melalui tahun 5 di dewan dan
tahun 6. Melintasi dataran kejat, Kelas Pk dan sampai ke Kelas tahun 4.

2.5 Guru Kelas


- Mewar-warkan kepada ibubapa penjaga untuk menyediakan bekal kepada murid
- Jika ramai penjaga tidak bersetuju untuk membawa bekal, pihak sekolah akan memohon
kepada pihak kantin untuk menyediakan makanan.
- Manakala murid RMT, perlu disediakan RMT dan makan makanan RMT.

2.6 Pentaksiran Bilik darjah


- Bermula bulan 6
- Guru boleh menilai berdasarkan Pdpc sebelum PKP
- Isikan markah berdasarkan PDP Bulan 3
- Manakala Pentaksiran Tahun 6 perlu disediakan sama seperti sebelum PKP.

2.7 PdPc
- Guru tidak perlu mengajar untuk habiskan silibus tahun semasa.
- Guru perlu sediakan modul dan mengajar berpandukan modul sahaja.

2.8 Keberadaan Guru


- Kekurangan 4 orang guru
- Cikgu nazim, cikgu Romli, cikgu Normaliza dan Cikgu Sharil yang bertukar portfolio
- Kekosongan jawatan besar seperti bendahari PIBG, guru media dan guru Ladap

2.9 GB meminta guru lelaki untuk datang ke sekolah pada hari Isnin 15 Jun 2020 untuk
membuat laluan searah/ dua arah. Dan pelan susun atur laluan dan bilik darjah.

3.0 Ucapan GPK1


3.1 memaklumkan kepada semua guru agar menyediakan RPH. Tidak perlu detail seperti
sebelum PKP. Tetapi mengikut format yang telah diberikan.
3.2 Perbelanjaan Panatia – KP boleh merancang untuk membeli keperluan panatia masing-
masing.
3.3 Duit Kesihatan dan kaunseling akan digunakan untuk membeli bahan yang berkaitan
dengan SOP pembukaan Semula Sekolah.
3.4 Memaklumkan pada 22 dan 23 jun akan disediakan jadual penggiliran sebelum semua guru
masuk sekolah pada 24 Jun 2020.

4.0 Ucapan GPK Ko


4.1 Memaklumkan bahawa aktiviti sukan tidak dibenarkan
4.2 Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sahaja yang akan diajar manakala Pendidikan Jasmani
tidak dibenarkan.

5.0 Lain lain hal


5.1 Cikgu ruzilawati
- Memaklumkan duit kedai buku berbaki sebanyak RM3000.00
5.2 Cikgu zalifah
- Akan menyediakan link bagi PBD
- Guru akan memasukkan markah ke dalam link tersebut
- Maklumat setempat. Memudahkan penyelaras PBD untuk menyimpan dan menganalisa
maklumat.
5.3 Ustaz Almezi
- Memohon guru agar menggunakan emel yang dibekalkan KPM dalam segala aktiviti
yang melibatkan sekolah.
- Mohon guru untuk log-in Google Classroom
- Mogon guru yang belum membuat bayaran untuk KGKT agar dapat berbuat demikian.
5.4 Cikgu NurHidayah
- Minta diterangkan pelan susun atur meja
- GB menerangkan jarak 1 meter antara meja ke meja dan meja guru. Depan, belakang,
kiri dan kanan juga 1 meter,
- Manakala jarak daripada dinding adalah 0.5 meter.
5.5 Cikgu Khadijah Sahida
- Susunan meja dan kerusi Kelas Pendidikan Khas juga perlu mengikut SOP walaupun
tiada murid.
5.6 Cikgu Suhada
- Memaklumkan akan cuti Sakit bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2020.
5.7 Ustazah Hidayah
- Bertanya tentang penutuip muka
- GB memaklumkan bahawa penjaga perlu menyediakan penutup muka untuk anak
mereka.
5.8 Cikgu Edzruha
- Bertanyakan tentang silibus
- GB menjelaskan bahawa Pdpc selepas PKP tidak perlu menikut silibus tetapi perlu
disediakan modul.
- Walau bagaimanapun guru tidak diga;akkan memberi 1 buku modul tetapi sehelai atau
beberapa helai lemberan kerja.
- Kerja tersebut perlu lah dihantar semula ke sekolah.
- Contoh reflekksi – Lembaran diletakkan di pondok jaga. Hanya 5 murid yang
mengambilnya.

6.0 Penangguhan
6.1 GB memaklumkan bahawa Cikgu Sharil akan mengambil alih tugas Cikgu Nazim sebagai GPK
KO SK J22.
6.2 Semasa serah tugas Cikgu Nazim tidak menyatakan kutipan bagi Yuran PSKPP RM 10 dan
Sumbangan Zon RM 10.
6.3 Oleh itu, sekiranya terdapat arahan untuk membayar PSKPP dan Sumbangan Guru Zon
Jengka, guru perlu memikirkan alternatif sama ada mahu kutip semula atau sebaliknya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh Disahkan Oleh,

..................................................... .........................................

Salmi Suhana Binti Abdullah Sani


Setiausaha Kurikulum
SK LKTP Jengka 22

Anda mungkin juga menyukai