Anda di halaman 1dari 3

CARA PENGUJIAN KOMPONEN-KOMPONEN ELEKTRONIK

1) Perintang

• Perintang merupakan komponen elektronik yang paling kerap digunakan pada mana-
mana litar elektronik, alatan elektronik dan juga projek elektronik.

• Perintang berfungsi merintangi atau menghadkan pengaliran voltan melaluinya. Ia juga


berfungsi sebagai pembahagi voltan yang paling mudah. Perintang mempunyai dua kaki
yang tiada berkutub positif dan negatif. Penyambungan pada litar tidak memerlukan
penyambungan kaki yang khusus.
• Cara Menguji Perintang

i. Tentukan nilai rintangan perintang


ii. Pilih julat ohm yang sesuai
iii. Sukat nilai rintangan perintang
iv. Jika bacaan :
= - perintang OK
∞ - kerosakan terbuka
≠ - kerosakan berubah nilai
0 – kerosakan pintas X

• Untuk menguji kerosakan perintang alat yang sesuai adalah meterpelbagai (multimeter)
pada julat Ohm. Anda boleh guna meter digital atau pun analog. Kedua-duanya sama.

• Kenalpasti kerosakan fizikal dahulu seperti perhatikan keadaan perintang yang rosak
seperti samada kelihatan kesan terbakar atau kesan sopek pada badan perintang. Jika
terdapat kesan-kesan tadi bermakna perintang tersebut kemungkinannya adalah rosak.
Jika tidak yakin dengan kesan tersebut,anda boleh ukur menggunakan meterpelbagai
pada julat Ohm.

• Contoh:-
Katakan anda ingin mengukur perintang 1K Ω. Setkan meterpelbagai ke julat Ω
yang sesuai dengan nilai ukuran. Ukur perintang tersebut dan perhatikan bacaannya.
Adakah bacaannya 1K Ω? Jika ya merintang yang diukur berada dalam keadaan baik.
Jika bacaan 0 bermakna perintang dalam keadaan pintas dan rosak. Jika bacaan ∞ atau
tiada bacaan atau nilai terlalu sedikit, bermakna perintang tersebut adalah rosak.

• Untuk membuat pengujian pastikan juga langkah-langkah berikut. Pastikan anda tidak
memegang badan perintang semasa mengukur, dikuatiri berlaku laluan kedua melalui jari
anda. Anda boleh pegang salah satu kaki perintang atau meletakkan perintang tanpa
memegangnya.

• Punca-punca kerosakan perintang adalah kerosakan semasa pengilangan, kerosakan


disebabkan arus berlebihan melaluinya kerana kegunaan Watt yang tidak sesuai,
kepanasan yang melampau boleh menyebabkan perintang terbakar dan pelbagai sebab
lagi tetapi tidak ketara berbanding sebab-sebab tadi.