Anda di halaman 1dari 6

Lima Niche yang pasti hot

Pendahuluan.

Kita tahu ebook adalah teknik paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak
di internet, namun kita seperti kehilangan arah bagaimana hendak bermula.
Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang terlalu bernas untuk jana
pendapatan melalui ebook.

Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana hendak mencari pembeli yang
dahagakan maklumat yang anda jual itu. Di dalam ebook ringkas ini, saya
senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang mempunyai bilangan pembeli
yang banyak dan akan sentiasa laris.

Niche pertama : Buat duit online.

Ia pelik bukan. Anda jana pendapatan dengan menjual teknik bagaimana henda
jana pendapatan di Internet. Tetapi, anda mahu jana pendapatan bukan ? jadi,
tiada salahnya untuk anda jual produk buat duit di internet.

Untuk menjadikan ebook anda laris, anda perlu meletakkan beberapa syarat pada
ebook anda sebelum anda mula menjual ebook anda. Syarat ebook tersebut
adalah
- Teknik anda adalah logik.
- Anda mahir dengan teknik tersebut.
- Anda mampu membantu pembaca ebook anda untuk memperoleh
keputusan yang sama dengan anda..
- Teknik adalah hasil dari percubaan anda sendiri.
- Sudah terbukti, semua orang boleh jana pendapatan melalui teknik anda
itu.

Jika kena pada caranya, anda boleh jana wang yang banyak menerusi niche ini.
Namun, jika anda tersilap langkah, ia mampu memberi tamparan yang besar
kepada anda.

Niche kedua : Fitness dan weight loss.

Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tiada cara yang lebih baik
dari senaman untuk menjadikan diri mereka lebih cantik. Niche ini adalah bernilai
berbillion dollar setahun dan amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk
memeriahkannya.

Niche ini amat mudah untuk di tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau
unik dan anda sudah boleh mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan
testimoni yang hebat untuk anda jual ebook di dalam niche ini. Anda hanya perlu
ada maklumat yang di dahagakan oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul
pada orang yang betul.

Niche ketiga : Hubungan sesama manusia.

Hubungan sesama manusia seperti kawan, keluarga dan cinta memang


mempunyai permintaan yang banyak di dalam industri maklumat. Ini kerana
manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu memiliki teman
istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.

Seorang lelaki mahu memiliki teman wanita, seorang ibu mahu suaminya setia,
seorang perempuan mahu menawan lelaki idaman, seorang yang kesunyian dan
pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi jualan adalah tidak terhad.
Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda ceburi. Bayangkan semua
manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat tersebut.

Niche Keempat : Semulajadi

Dunia semakin tercemar, itulah pendapat setiap penduduk di bumi ini. Mereka
sayangkan bumi ini dan mahu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dunia ini
dari tercemar lagi. Lalu, menggunakan produk semulajadi adalah terbaik. Manusia
lebih percaya pada semulajadi dari perkara-perkara yang lain.

Masukkan elemen semulajadi di dalam ebook anda, ia akan meningkatkan jualan


ebook anda. Semulajadi merangkumi penggunaan herba, kaedah tradisional
untuk menghasilkan sesuatu, teknik untuk mengurangkan pencemaran dan lain-
lain.

Niche Kelima : Hobi

Niche hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa
melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh
wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah
mengikut trends.

Bagi mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka
berubah mengikut trends. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana
trends sentiasa berubah. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di
sekeliling anda dan ambil kesempatan darinya.
Penutup

Tidak susah untuk jana pendapatan melalui ebook. Anda hanya perlu cari pembeli
yang mahukan maklumat yang anda miliki. Pendapatan melalui ebook adalah
tidak terhad. Anda boleh hasil dan jual beberapa ebook serentak. Anda juga boleh
menjual ebook melalui kelima-lima niche serentak. Internet adalah dunia tanpa
sempadan. Jadi, kenapa anda perlu ada had.

Anda mungkin juga menyukai