Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 7 - KAEDAH MEMBINA GRAF GARIS KOMPAUN

 Graf garis merupakan salah satu cara lazim yang digunakan bagi mempersembahkan data
statistic dengan jelas. Graf ini biasanya menunjukkan perubahan sesuatu pembolehubah
dalam satu jangka masa tertentu.
 Selaras dengan itu, garisan digunakan untuk menyambungkan titik-titik nilai yang dipaparkan
di atas paksi Y dan pasi X.
 Jenis-jenis graf garis adalah seperti :
a. Graf garis kompaun / perbandingan
b. Graf garis komponen / bertindih
c. Graf garis memesong

GRAF GARIS KOMPAUN

 Graf garis kompaun biasanya adalah graf garis yang menunjukkan perbandingan antara
pembolehubah-pembolehubah dalam tahun-tahun yang berbeza.
 Kata kunci yang biasa disebut pada soalan adalah seperti berikut:
a. “.......graf yang sesuai menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi Negara.........”
b. “..... graf yang sesuai menunjukkan perubahan pengeluaran produk.......”
c. “.....graf yang sesuai menunjukkan perbandingan hasil tani.....”
 Tajuk ditulis seperti biasa.
 Bagi paksi Y, calon hendaklah memastikan nilai pembolehubah ditulis dengan tepat seperti
( bilangan, jumlah atau peratusan )*bergantung kepada petikan
 Sementara paksi X pula mewakili tahun, bulan dan sebagainya.
 Untuk graf garis, tahun pertama pada paksi X hendaklah ditulis pada pertemuan antara paksi
Y dan paksi X ( lihat contoh )
 Bermakna, graf garis perlu bermula di paksi Y dan tidak boleh tergantung.
 Calon hendaklah menandakan titik-titik pada nilai yang betul dan pada tahun yang betul.
 Titik-titik ini kemudian hendklah disambung dengan bentuk garisan yang menggunakan
warna yang berbeza untuk membezakan setiap pemboleh ubah.
 Pastikan pensil warna yang digunakan adalah tajam atau calon boleh menggunakan pen
warna ( lihat contoh ) dan tidak boleh menggunakan warna hitam.
 Di bawah graf adalah skala yang perlu ditulis dengan tepat dan sama seperti nilai pada paksi
Y.
 Di bawah skala adalah petunjuk dan tidak perlu mewarnakan pada kotak petunjuk, tetapi
calon menggariskan mengikut kaedah tertentu ( lihat contoh )
 Sumber seperti biasa di bahagian bawah sekali sebelah kanan dan diambil sepenuhnya dari
petikan.
ASEAN: Kadar Pertumbuhan Ekonomi Negara Anggota Terpilih antara Tahun 2002 hingga 2007

Negara Kadar Pertumbuhan Ekonomi ( % )


2002 2003 2004 2005 2006 2007
Malaysia 4.5 5.5 6.6 7.1 6.0 6.1
Filipina 4.0 4.0 6.1 5.5 5.2 5.7
Singapura 2.2 1.4 8.4 5.2 4.9 5.6
Thailand 5.2 6.9 6.1 6.0 6.3 6.1
Indonesia 3.7 4.9 5.1 5.5 5.7 5.5

( Sumber: Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, Oktober 2006 )


ASEAN: Kadar Pertumbuhan Ekonomi Negara Anggota Terpilih antara Tahun 2002 hingga 2007

Kadar Pertumbuhan ( % )

10

2002 2003 2004 2005 2006 2007

Skala: 1cm : 1 %

Petunjuk

Malaysia
Filipina
Singapura
Thailand
Indonesia

( Tahun )

( Sumber: Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, Oktober 2006 )