Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

KEJOHANAN LIGA BOLA TAMPAR ASRAMA


SABK MAAHAD EHYAK DINIAH ISLAMIAH KG.
GAJAH 2019

TARIKH:
6 OGOS - 11
OKTOBER 2019

TEMPAT:

GELANGGANG BOLA TAMPAR, SABK MEDI

ANJURAN

KELAB BOLA TAMPAR SEKOLAH MEDI


&
UNIT SUKAN ASRAMA MEDI
1.0 MUQADDIMAH

Kejohanan Bola Tampar tersebut merupakan kegiatan yang melibatkan pelbagai


pergerakan asas yang dijalankan dalam bentuk permainan. Kejohanan dijalankan secara
berpasukan di mana peserta menjalani acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata
untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta
dalam acara yang tertentu.
Melalui penganjuran Kejohanan Liga Bola Tampar Asrama ini, ia dapat memberi tunjuk
ajar dan peluang kepada para pelajar asrama mengelolakan sebuah kejohanan secara kecil-
kecilan dalam masa yang sama mendalami teknik-teknik permainan bola tampar melalui
perkongsian antara kumpulan.

2.0 OBJEKTIF
i. Sebagai satu pembangunan program sekolah di bawah Kebitaraan Kelab permainan dan
Program Jati Diri (SUMUR).
ii. Melahirkan pelajar yang seimbang antara pelajaran dan kesihatan.
iii. Memberi peluang kepada para peserta menunjukkan bakat dalam permainan bola
tampar.
iv. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar asrama dan guru serta
warden asrama di samping memperkenalkan permainan bola tampar yang sebenar.

3.0 SASARAN
● 96 pelajar lelaki asrama MEDI (10 Kumpulan)
● 162 Pelajar perempuan asrama MEDI (10 Kumpulan)

4.0 TARIKH
● Ogos – Oktober 2019

5.0 TEMPAT
 Gelanggang Bola Tampar lelaki dan perempuan
6.0 ANGGARAN BELANJAWAN
● Rujuk lampiran A
7.0 JAWATANKUAS PELAKSANA KEJOHANAN
● Rujuk lampiran B

8.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


 Rujuk Lampiran C

9.0 JADUAL DAN TARIKH PERLAWANAN


 Rujuk Lampiran D

9.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sokongan
moral fizikal daripada semua warga asrama SABK MEDI. Semoga dengan keprihatinan ini dapat
memenuhi matlamat yang kita harapkan.

Kerjasama semua pihak amat kami hargai. Semoga program ini dapat memberikan
banyak manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN
UNIT PERKARA JUMLAH
Hadiah (Hamper) Tempat Pertama: RM 100 x 2 = RM 200
Tempat Kedua: RM 80 x 2 = RM 160
Tempat Ketiga: RM 70 x 2 = RM 140 RM 500.00
JUMLAH RM 500.00

PENDAPATAN
BIL PERUNTUKAN JUMLAH
1. Bahagian Kebajikan dan Kokurikulum Asram RM 500.00
(BKKA)
JUMLAH RM 500.00
LAMPIRAN B

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Izzuddin bin Mohd. Fakhruddin


Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Hayati binti Abd. Hamid @ Mior Hamid
Naib Pengerusi 1 : En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali
Naib Pengerusi 2 : En. Alias bin Ali
Setiausaha : En. Mohd Nazri bin Baharudin
Penolong Setiausaha : En. Ahmad Shahrir b. Abdul Halim

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Bendahari : Pn. Nor Azma binti Md. Salleh


Jawatankuasa :
Teknikal : En. Mohd Nazri bin Baharudin
Pengadilan & Statistik : En. Ahmad Shahrir b. Abdul Halim
Pendaftaran & Penyelia Pemain : Cik Nurul Aqilah binti Yaacob
Hadiah , Sijil & Laporan : Pn. Norhayati binti Ramli
Pn. Shahaida binti Shaharal
Pn. Nor Hejah binti Mustafa
Peralatan : En. Sulkhairi bin Yakub
LAMPIRAN C

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN


1. Sistem Pertandingan.
1.1 Pertandingan dibuat secara liga.
1.2 Mata tamat hingga 30 mata. Mata ke 16 akan bertukar gelanggang dan susunan
pemain dibuat semula.
1.3 Pertukaran pemain adalah 6 orang dan time out adalah 2 kali.
1.4 Pemberian mata adalah seperti berikut;
1.4.1 Menang 2 mata
1.4.2 Kalah 1 mata
1.4.3 Kalah Teknikal/Percuma 0 mata

2. Pemain mestilah terdiri daripada kumpulan pelajar lelaki dan perempuan SABK MEDI.
3. Borang pendaftaran pasukan mestilah dihantar kepada Pendaftaran & Penyelia Pemain
(En. Ahmad Shahrir b. Abdul Halim) 4 hari lebih awal untuk dimasukkan dalam senarai
perlawanan.
4. Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang pemain iaitu 6 pemain utama dan 4 pemain
simpanan.
5. Pakaian setiap pasukan mestilah kemas, berseluar track bottom dan menutup aurat bagi
lelaki dan juga perempuan.
6. Diwajibkan memakai kasut dan stokin yang sesuai untuk bermain supaya mengelakkan
sebarang kecederaan.
7. Perlawanan lelaki dan perempuan akan diasingkan dari segi tempat dan liga. Perlawanan
bagi liga lelaki akan diadakan di gelanggang utama bola tampar SABK MEDI.
Manakala liga perempuan akan diadakan di gelanggang bola tampar asrama
Perempuan.
8. Peserta mesti berada di lokasi pertandingan 10 minit sebelum perlawanan pertama
dimulakan.
9. Segala keputusan pengadil adalah muktamad dan para peserta mestilah akur keputusan
pengadil.
10. Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut sistem liga.
11. Undang-undang pertandingan adalah berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan
oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia dan undang-undang yang ditetapkan oleh urusetia.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

……………………………………. …………………………………….
(MOHD NAZRI BIN BAHARUDIN) (PN. NOR HAYATI BINTI ABD. HAMID
@ MIOR HAMID)

Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Kejohanan Liga Bola Tampar SABK MEDI

Diluluskan oleh :

…………………………………….
(EN. IZZUDDIN BIN MOHD. FAKHRUDDIN.)
Pengetua
SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah Kg Gajah

Anda mungkin juga menyukai