Anda di halaman 1dari 1

PERJANJIAN PENYEWAAN

Saya, SATISH KUMAR A/L RAMAKRISHNAN, No. Kad Pengenalan : 920818-06-5639 yang
beralamat di No.3 Kampung India, Ladang Benta, 27300 Benta, Pahang Darul Makmur
( selepas ini disebut sebagai Tuan Punya Lori ) dengan ini bersetuju dan rela hati menyewakan
kenderaan saya iaitu 1 (satu) buah Lori 1 tan, jenama Toyota, no. pendaftaran CW 5995
( selepas ini disebut sebagai kenderaan ini ) kepada KRISNA KUMARI A/P KARPAYA, No. Kad
Pengenalan : 771117-08-6908 yang beralamat di No.330, Taman Pertama, 27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur yang mana beliau merupakan Pengurus Syarikat Krisha Kumari Trading
( CA0286677-W ) ( selepas ini disebut sebagai Penyewa ).

Dipersetujui bersama bahawa kenderaan ini disewa dengan kadar RM 600.00 sebulan dan sewaan
perlu dilunaskan pada 1hb sehingga 5hb pada tiap-tiap bulan.

Penyewa hanya dibenarkan menggunakan kenderaan ini untuk mengangkut barang-barang bagi
tujuan perniagaannya dan tidak dibenarkan sama sekali menyewa atau memberi pakai kenderaan
ini kepada orang lain bagi tujuan lain selain seperti yang dinyatakan di atas.

Segala kerosakan yang berlaku selama mana tempoh penyewaan ini berjalan adalah dibawah
tanggungjawab penyewa dan tuan punya lori berhak untuk menarik balik sewaan sekiranya
terdapat kerosakan yang serius pada kenderaan ini.

Jika berlaku kemalangan yang melibatkan kerosakan yang teruk pada kenderaan ini, adalah dibawah
tanggungjawab penyewa untuk membaikinya.

Adalah dipersetujui bersama bahawa perjanjian ini sah untuk digunapakai setelah tandatangan
diperturunkan dibawah :

TUAN PUNYA LORI PENYEWA

…………………………………………………. …………………………………………….
Nama : SATISH KUMAR A/L RAMAKRISHNAN Nama : KRISNA KUMARI A/P KARPAYA
No. K/P: 920818-06-5639 No.K/P : 771117-08-6908
Tarikh : Tarikh :

SAKSI SAKSI

…………………………………………………… ………………………………………………..
Nama : Nama : KRISHNANRAOO A/L VENGATUSAN
No. K/P: No. K/P: 761017-10-5623
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai