Anda di halaman 1dari 10

COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MAY 2018

MPU 3412

COMMUNITY SERVICE

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadratilahi


dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada

En. Azmi bin Awang

Pensyarah Mata Pelajaran Community Service (MPU 3412), di atas


kesudian beliau mengajar saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah juga pembangunan dalam bidang kerjaya. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong
dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya
mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan bersama.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat


1. Muka Depan 1
2. Penghargaan 2
3. Isi Kandungan 3
4. Aktiviti 1 4-10
5. Aktiviti 2 10-11
6. Aktiviti 3 12-14
7. Rujukan 14
8 Apandix 15-16

1.0 AKTIVITI DOKUMENTASI

3
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

Melakukan dan menyertai program khidmat masyarakat ini adalah suatu aktiviti yang
mulia. Aktiviti ini perlu perancangan yang teliti, didokumentasikan dan dibincangkan secara
spesifik agar dia mencapai objektif yang dirancang. Langkah demi langkah perlu dirancang
agar semua yang terlibat mengetahui tanggungjawab dan tugas mereka sepanjang program ini
berlangsung serta mencapai objektif sebenar program ini dilaksanakan.

1.1 PENGENALAN

Melakukan aktiviti khidmat masyarakat merupakan satu aktiviti yang mulia


dimata masyarakat dan juga disisi Allah S.W.T. Khidmat masyarakat juga adalah
kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara sukarela yang melibatkan
sejumlah dana yang diperlukan, tenaga kerja dan mempunyai matlamat tertentu.
Aktiviti kemasyarakatan ini diadakan adalah untuk meringankan beban serta memberi
manfaat kepada sesebuah komuniti tertentu. Agama Islam juga amat menyarankan
supaya kita sentiasa berbuat baik dan menolong orang lain mengikut kemampuan dan
keupayaan kita.

Sebagai pelajar kami juga dituntut melakukan khidmat masyarakat agar


kami dapat memupuk perasaan muhibbah antara pelajar dan komuniti setempat.
Setiap perancangan aktiviti khidmat masyarakat yang sempurna akan memberi impak
yang mendalam kepada pelajar khususnya dalam memberi komitmen kepada
masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

1.2 TEMA
“Konsep Kubur dalam Taman (Raudathul Sakinah)”
Menurut (Staton,1965) tema adalah tajuk utama atau persoalan utama yang
diterangkan dalam sebuah cerita. Saya memilih tema ini untuk mengubah persepsi
masyarakat yang menganggap kawasan perkuburan ini kawasan yang menyeramkan
dan menakutkan.

1.3 NAMA PROJEK


4
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

Saya menamakan projek saya sebagai “Membersih Tanah Perkuburan.”

1.4 LATAR BELAKANG AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT


Saya memilih untuk membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Kampung Baru
Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan ini kerana bagi memenuhi keperluan Subjek
MPU3412 (Khidmat Masyarakat) saya pada semesta ini. Tanah perkuburan ini perlu
diurus dengan baik agar dapat menggalakkan khususnya golongan muda datang untuk
menziarah ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Tambahan pula, kita
perlu memikirkan cara untuk menaik taraf kawasan perkuburan ini agar lebih menarik
seperti projek kubur dalam taman di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi). Melalui projek ini, tanah perkuburan Islam menjadi sebuah tanah
perkuburan yang moden serta landskap yang menarik.

1.5 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh : 16 Jun 2018 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tanah Perkuburan Kg Baru Bendang Nyior,
Tanah Merah Kelantan.
Penglibatan : Ahli komuniti Kg Baru Bendang Nyior

TENTETIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.00 pagi : Berkumpul di kawasan perkuburan
8.15 pagi : Memberi taklimat pembahagian tugas
8.30 pagi : Memulakan tugas pembersihan kawasan tanah
perkuburan, antaranya:
i) Membuang rumput
ii) Menyapu daun-daun kering
iii) Membakar sampah yang telah
dibersihkan.
10.15 pagi : Temuramah sukarelawan pertama (Pn. Jay)
10.40 pagi : Temuramah sukarelawan kedua (En. Syam)
11.15 pagi : Temuramah sukarelawan ketiga (En. Khairi)
12.00 pagi : Bacaan doa oleh En.Syam bagi menutup

5
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

aktiviti program pada hari itu.


12.30 tengah hari : Jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

1.6 AHLI KUMPULAN PROJEK


Bil Jawatan : Nama
1 Pengerusi : Pn. Noriza bt Che Soh (Pelajar OUM)
2 Pengerusi Bersama : En. Syam (Pengerusi Kelab Sukarelawan)
3 Penyelaras : Pn. Jay (Setiausaha Kelab Sukarelawan)
4 Bendahari : Cik Zuraini (Bendahari Kelab Sukarelawan)
5 Peralatan : En. Khairi (Sukarelawan)
6 Makanan : Cik Rafidah (Sukarelawan)
7 Peserta/ Sukarelawan : Cik Alima
8 : Cik Qistina
9 : Cik Syamila
10 : Cik Syuhada
11 : Cik Fatihah
12 : En. Syakir
13 : En.Fazreen
1.7 ORGANISASI TERLIBAT

1. Pelajar Open Universiti Kota Bharu


2. Kelab Sukarelawan Kg Baru Bendang Nyior
1.8 OBJEKTIF PROJEK

i. Memupuk perasaan bertimbang rasa serta keperihatinan terhadap komuniti


setempat.
ii. Memberi sumbangan berupa tenaga, pengetahuan dan kemahiran.
iii. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong
menolong antara satu sama lain.
iv. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama,
bangsa dan kepercayaan serta ideologi.

6
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

v. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap


masyarakat dan Negara.

1.9 PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia dan izinNya, saya dapat
menyiapkan aktiviti khidmat masyrakat saya dengan jayanya. Ucapan jutaan
terima kasih juga saya tujukan kepada Kelab Sukarelawan Kampung Baru
Bendang Nyior kerana membantu saya dengan sepenuhnya bagi menjayakan
program gotong royong ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada OUM kerana
memberi peluang kepada saya untuk membuat program khidmat masyarakat ini
menerusi subjek MPU 3412 (Khidmat Masyarakat). Seterusnya, terima kasih juga
saya ucapkan kepada pensyarah saya En. Azmi kerana sudi memberi tunjuk ajar
dan nasihat dalam menjayakan projek ini dan kepada semua pihak yang telah
melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga
Allah S.W.T menerima kebaikan anda dan membalasnya dengan pahala yang
berlipat kali ganda serta kebaikan dan keberkatan untuk kita semua di akhirat
kelak.

2.0 Aktiviti 2: Rakaman Audio-visual (AV) gotong royong membersih kawasan tanah
perkuburan Kampung Baru Bendang Nyior, Tanah Merah, Kelantan.
2.1 Pautan rakaman audio visual di Youtube
2.2 https://youtu.be/0V2DviO5cOU
2.3 Individu yang terlibat dalam temuramah

Bil Nama Jawatan


1. En.Syam Ketua Sukarelawan
2. Puan Jay Setiausaha Kelab Sukarelawan
3. En.Khairi Sukarelawan

Antara soalan yang ditanya semasa temuramah:

7
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

Bil Individu Soalan


1. En.Syam i) Apakah pendapat encik tentang program seperti
ini?
2. Pn. Jay i) Adakah puan pernah terlibat dalam aktiviti
seperti ini
ii) Apakah pandangan puan tentang kerja amal atau
program seperti ini?
3. En. Khairi i) Adakah program ini perlu diadakan secara
berterusan?
ii) Adakah encik seronok dengan program yang kita
adakan ada hari ini?

3.0 Refleksi
3.1 Refleksi sebelum pelaksanaan program
Selepas saya meneliti kesemua tajuk yang diberikan, saya telah memilih
untuk “membersihkan kawasan tanah perkuburan”. Sehubungan dengan itu, saya
telah mengadakan temujanji dengan ketua kelab sukarelawan Kg Baru Bendang
Nyior untuk membincangkan tentang program khidmat masyarakat yang akan
dijalankan.

Pada 23 Mei saya membuat pemilihan tajuk dan merancang tempat untuk
aktiviti khidmat masyarakat saya. Seterusnya, 25 Mei 2018, saya memilih Tanah
Perkuburan Kg Baru Bendang Nyior sebagai lokasi aktiviti saya. Pada 28 Mei 2018,
Saya menghubungi ketua kelab sukarelawan Kampung Bendang Nyior iaitu En.
Syam untuk pertemuan pertama. Pada 1 Jun, saya telah berjumpa En.Syam untuk
memilih tarikh dan peralatan yang diperlukan serta matlamat program ini. Rentetan
dari perjumpaan itu, beliau setuju dan akan bersama-sama untuk membersihkan
kawasan tanah perkuburan tersebut. Projek ini akan dilaksanakan pada 16 Jun 2018
(Sabtu).

3.2 Refleksi mengenal pasti kekuatan

8
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

Selepas menjalankan aktiviti seperti ini, saya dapat mengenalpasti beberapa


kekuatan yang terdapat pada aktiviti yang telah kami jalankan. Antara Kekuatan
program ini ialah saya dan Kelab Sukarelawan ini dapat melaksanakan khidmat
masyarakat ini mengikut perancangannya. Program ini juga memberi pendedahan
tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat
berbincang sesama kami untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan. Selain itu,
saya dapat membina hubungan baik di antara saya dan komuniti setempat. Tambahan
pula, kumpulan sukarelawan ini lebih berpengalaman dari saya dalam mengendalikan
program seperti ini. Mereka yang banyak membantu melancarkan program yang kami
anjurkan bersama ini. Malah saya juga turut didedahkan dengan cara dan prosedur
berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam satu kumpulan.

3.3 Refleksi mengenal pasti kelemahan


Sepanjang menjalani khidmat masyarakat ini, saya dapat mengesan beberapa
kelemahan yang terdapat dalam aktiviti seperti ini. Antaranya ialah:
i) Masa yang diperuntukan tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti di
tempat yang lebih besar.
ii) Tiada dana yang mencukupi bagi menaja makanan dan peralatan.
iii) Penglibatan orang dewasa dan golongan muda kurang dalam program seperti
ini.
iv) Tiada kesedaran sivik dalam diri untuk bersama-sama turun padang
menyumbang tenaga bagi kerja amal ini.

3.4 Cadangan penambahbaikan


Saya mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam menjalankan aktiviti ini
antaranya adalah:

i) Bergabung dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan


Sahabat Alam (SAS), Persatuan-persatuan yang berdaftar untuk
mendapatkan dana yang lebih besar bagi menampung program seperti ini.
ii) Perlukan seorang jurukamera yang mahir bagi mendapatkan video yang
berkualiti.
9
COMMUNITY SERVICE (MPU 3412)

iii) Menjadikan ikon remaja sebagai tokoh bagi menggalakan anak muda
mengikuti program khidmat masyarakat ini.
iv) Menambah lebih banyak wakaf di kawasan perkuburan untuk keselesaan
pelawat.

10