Anda di halaman 1dari 15

ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MAY / 2017

MPU 3223

ENTREPRENUERSHIP

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadratilahi


dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada

Sir Julian Goh

Pensyarah Mata pelajaran Entreprenuership (MPU 3223), di atas kesudian beliau


mengajar saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini
berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa
di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah juga pembangunan dalam bidang kerjaya. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong
dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya
mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan bersama.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat


1. Muka Depan 1
2. Penghargaan 2
3. Isi Kandungan 3
4. Pengenalan 4
5. Pengenalan Syarikat 5-7
6. Sumber kepada Inovasi 7-11
7. Halangan kepada inovasi 11-14
8. Cadangan kepada inovasi 14-16
9. Kesimpulan 17-18
10. Rujukan 19-20

1.0 PENGENALAN

Kreativiti merupakan syarat awal kepada sesuatu inovasi. Inovasi merupakan


kunci kepada kejayaan banyak organisasi. Dengan adanya inovasi dalam organisasi,

3
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

sesuatu idea untuk menghasilkan produk yang lebih baik akan terhasil apabila terdapatnya
individu atau kumpulan yang kreatif dalam organisasi tersebut. Setiap organisasi yang
mengeluarkan produk mempunyai saingan dalam pemasaran. Sebagai contoh pesaing utama
PROTON adalah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang dibentuk pada
tahun 1993 dengan kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Inovasi akan berlaku sekiranya
wujud persaingan dalam mengeluarkan produk terkini.

Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah “kaedah mencari jalan untuk


menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik”. Menurut (Chell,
2001) pula, “inovasi adalah berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang batil di pasaran yang
akan merubah persamaan permintaan dan pengeluaran”. Menurut (Kamus Dewan Edisi ke-4,
2009), inovasi ialah sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan
lain-lain yang baharu. Berdasarkan beberapa definisi di atas, dirumuskan inovasi adalah
ciptaaan yang baharu, ada perubahan tertentu, boleh berbentuk maujud dan abstrak, dengan
menggunakan unsur yang sedia ada yang disusun semula, bernilai, bermanfaat, dan
menyenangkan. Inovasi sentiasa berterusan dalam pemikiran dan tamadun manusia bukannya
statik (Sufean Husin, 2002).

Inovasi juga akan memaksimumkan sumber yang ada tanpa melakukan pembaziran.
Hal ini penting apabila inovasi yang dikeluarkan direka tanpa pembaziran sumber, maka
produk tersebut akan dipasarkan dengan lebih murah. Terdapat empat asas inovasi dalam
oraganisi iaitu inovasi penciptaan, inovasi perluasan, inovasi duplikasi dan inovasi sintesis.
Setiap orang dalam organisasi perlu ada kemahuan untuk melakukan inovasi bagi membina
kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada penggguna.

1.1 PENGENALAN SYARIKAT

Perusahaan otomobil kedua berhad atau PERODUA adalah syarikat pengeluar


outomotif Malaysia yang kedua selepas Proton. Ditubuhkan pada tahun 1993,

4
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor.


Kenderaan pertama keluaran PERODUA ialah Perodua Kancil telah yang
dilancarkan pada Ogos 1994. Pemegang saham Perodua ialah UMW Corporation
Sdn. Bhd (38%), Daihatsu Motor Co. Ltd. (20%), MBM Resources bhd (20%), PNB
Equity Resources Corporation Sdn Bhd (10%), Mitsui & Co. Ltd (7%) dan Daihatsu
(Malaysia) Sdn Bhd (5%).

Perodua juga dijangka menjadi pengeluar terbesar kereta kompak di Asia


Tenggara. Pada Oktober 2005, Perodua telah menghasilkan jumlah kumulatif lebih
daripada 1 juta kereta. Menjelang Julai 2008, Perodua telah mengeluarkan 240,000
setahun dan Perodua Myvi berjaya dijual sebanyak 80.327 unit pada tahun 2006.
Pada tahun 2006-2010, Perodua adalah syarikat kereta paling laris di Malaysia.
Selain daripada UK dan Singapura, Perodua juga mengeksport kereta mereka
antaranya ke Cyprus, Mauritius, Sri Lanka,  Nigeria, Brunei, Malta dan Republik
Ireland dalam jumlah yang kecil oleh peniaga tempatan.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) hari ini mengumumkan data prestasi


keseluruhan bagi industri automotif di Malaysia sepanjang 2016. Walaupun
bulan Disember mencatatkan peningkatan yang positif, secara keseluruhannya
industri automotif di Malaysia menyaksikan penguncupan. Bagaimanapun, jika
dilihat daripada angka jualan setiap jenama yang ada, tidak semua mencatatkan
penurunan. Tetap ada beberapa jenama yang mampu meningkatkan jumlah jualan
kenderaan mereka sepanjang 2016.

5
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

Gambar 2: Statistik jualan bulan Disember 2016


Sumber: https://paultan.org/2017/01/19/maa-jualan-kenderaan-bagi-bulan-disember-
2016-naik-32-1/maa-dec-2016-bm/

6
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

2.0 SUMBER INOVASI

2.1 Inovasi yang berlaku dalam Perodua berkaitrapat dengan sumber inovasi yang
diperolehi oleh syarikat tersebut. Pihak Perodua sentiasa mencari inovasi yang baru untuk
memantapkan lagi pengeluaran bagi bersaing dengan syarikat outomobil yang lain secara
sihat. Perodua agak berjaya dalam perniagaannya terutama Perodua Myvi berjaya dijual
80.327 unit pada tahun 2006. Selain itu, model pertama Perodua Kancil juga mencatatkan
kereta paling laris di Malayisa di awal pengeluarannya. Antara sumber inovasi Perodua
ialah;

2.1.1 Sumber yang tidak sengaja

     Cabaran Eco 2017 (PEC 2017) merupakan salah satu sumber tidak
sengaja Perodua yang kini telah memasuki fasa ke dua. Kali ini 10 institusi
pengajian terpilih antaranya Unikl, Uitm dan UMP untuk membangunkan
alat ganti dan aksesori untuk bersaing di pusingan akhir PEC 2017
November nanti.    

Dilancarkan pada tahun 2009, cabaran sebelum ini memerlukan


peserta mereka semula model Perodua tetapi tahun ini cabarannya adalah
lebih kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D). Mereka akan bekerja
sama bersama vendor dan pasukan R&D Perodua untuk menghasilkan
komponen dan aksesori prototaip. Kata Presiden Produa Datuk (Dr) Aminur
Rashid Salleh pad pelancaran Cabaran Eco Perodua 2017.

2.1.4 Keperluan Proses

Isu pencemaran udara semakin meruncin, PERODUA mengambil


langkah dengan melancarkan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Perodua Axia
dihasilkan oleh kilang Perodua yang mesra alam serta mempunyai ciri-ciri
Automotif Teknologi Hijau, menjimatkan bahan api serta menggunakan
formulasi semburan cat berasaskan air. Langkah Perodua harus dipuji kerana

7
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

menitikberatkan hal teknologi hijau. Model Axia yang menggabungkan


perkataan Asia dan X menjadi nombor 10 dalam angka Roman adalah model
berdaya saing di rantau ini kerana mempunyai empat ciri utama iaitu mesra
alam, pemanduan mudah, ruang luas untuk kereta kompak dan ekonomik dari
segi kos pemilikan.

2.1.5 Perubahan Persepsi

Pengguna membuat pilihan terhadap sesuatu perkhidmatan berdasarkan


jenama, pendapat dan cadangan orang lain. Kuasa WOM (Word-of-Mouth)
adalah platform yang paling berkesan dalam mempastikan sesuatu jenama itu
dipilih oleh pengguna. Perodua terus berkembang walaupun ia sebenarnya
kereta buatan Daihatsu yang ditukar jenama. Hanya perubahan kosmetik sahaja
dilakukan. Ekuiti jenama iaitu persepsi dan keyakinan terhadap kualiti jenama
tersebut berbanding dengan jenama saingan. Proton pula masih bergelut
dengan isu ekuiti jenama kerana pelancaran Proton Perdana baru melalui
penjenamaan logo pada modal lama Honda malah boleh menjejaskan lagi
ekuiti jenamanya.

Ini amat mengecewakan kerana peluang untuk mengembangkan agensi


tempatan agar menjadi gah dibantut oleh sikap penganaktirian sedemikian.
GLC boleh menjadi perintis kepada pendekatan baru ini dengan sama-sama
mengubah persepsi dan membangunkan agensi tempatan serta bumiputera
dengan memberi peluang tanpa menjejaskan kecekapan dan profesionalisme
masing-masing.

Kesimpulannya, Inovasi tidak hanya terjadi dalam masyarakat tetapi juga terjadi dalam
sebuah organisasi. Inovasi adalah perubahan yang direncanakan oleh organisasi yang
berorientasi pengembangan dan penerapan sesuatu yang baru agar menjadi kenyataan serta
menguntungkan. Proses inovasi memerlukan kepekaan anggota-anggota organisasi samada besar
atau kecilnya sesebuah organisasi dan sulit atau tidaknya inovasi yang diterima dalam sebuah
organisasi tersebut.

8
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

3.0 HALANGAN KEPADA INOVASI

Setiap organisasi memerlukan sumber inovasi dalam mencipta sesuatu yang baru.
Sebelum sesuatu inovasi di hasilkan terdapat juga halangan yang berlaku, antaranya ialah;

3.1 Lambat bertindak

Idea Tun Dr Mahathir untuk melahirkan Proton sejak tahun 1979 lagi,
bagaimanapun, Kabinet mempersetujui Projek Kereta Nasional pada tahun 1982 dan
Proton secara rasminya ditubuhkan pada 7 Mei tahun 1983. Model pertama yang
dilancarkan ialah Saga pada 9 Julai tahun 1985. Pada tahun 1986, Proton melancarkan
10,000 unit dan Proton berjaya mencapai pengeluaran ke 1,000,000 unit pada tahun
1996. Proton memasuki fasa baharu apabila DRB-HICOM Berhad mengambil alih
pada tahun 2012. Kini, terdapat 5 pengeluar automotif terbesar dunia.

Ford, 5,595,483 Toyota,


10,104,424
Hyundai,
7,126,413

Gerneral
Volkswagen, Motors,
9,254,742 9,285,425

Gambar 3: Pengeluar Syarikat Automotif Dunia


Sumber: http://bisnis.liputan6.com/read/811346/5-perusahaan-otomotif-terbesar-
dunia-saat-ini

PROTON dan PERODUA menggalas cabaran untuk menghadapi saingan


industri automotif peringkat ASEAN, Asia dan global. Kerajaan memperkenalkan

9
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

Dasar Automotif Nasional (NAP) pada Mac 2006, bertujuan untuk membantu usaha
transformasi dan integrasi industri automatif tempatan serta menjadikan pengeluar
kereta nasional berdaya tahan. Kini tiba masanya Malaysia dilihat sebagai hab
automotif serantau bagi kenderaan EEV dengan meningkatkan nilai tambah secara
mapan, meningkatkan nilai eksport kenderaan dan komponen serta alat ganti serta
menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan lepas jualan.
Malaysia menduduki di tangga ke-18 bagi pengeluaran dan ke-20 bagi jualan.
Persaingan dalam kalangan negara ASEAN meletakkan Malaysia di tangga ketiga
selepas Thailand dan Indonesia.

3.2 Ketidaksediaan di krtitik

Sebagai syarikat automobil yang gah, perodua tidak lari dari dikritik produk
keluarannya. Wolf Vaupel Ang, seorang pesara jurutera, telah mempersoalkan tahap
kecerahan kluster instrumen Perodua Myvi dan ia menjadi viral di laman sosial,
Menurut Datuk Aminar, Perodua amat menitik beratkan tentang produk dan
perkhidmatan serta soal keselamatan dan ia memenuhi standard keselamatan yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Generasi pertama Myvi (sekitar 2005-2011) telah menerima penarafan Euro 4


dan dieksport ke United Kingdom sebelum ini. Pihak Perodua juga telah
mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan untuk kepuasan para pelanggan. Walau
bagaimana pun, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, Perodua turut
mengalu-alukan pelanggannya untuk berkongsi pandangan dan rasa kurang puas hati
mereka terhadap jenama ini. Pihak Perodua tidak akan bertolak ansur dengan
dakwaan yang tidak berasas dan bersedia mengambil tindakan yang perlu untuk
melindungi hak-hak Perodua.

3.3 Mengharapkan kesempurnaan……………………………………………………….

10
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

Walaupun PERODUA telah mengeluarkan kenderaan mampu milik samada


kereta mini, sedan dan MPV. Sehingga kini, lebih kurang dua juta kenderaan Perodua
berjaya menemui pemilik baharu. Syarikat automotif itu berjaya mengubah,
menyentuh dan memudahkan kehidupan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Namun, selepas kerajaan menurunkan harga kereta untuk fasa pertamanya pada
tahun 2013 kerana memenuhi aku janji dalam Pilihanraya Umum ke 13, perkara ini
mendorong kemasukan kereta-kereta import yang semakin membanjiri jalan-jalan
raya. Kereta berjenama import untuk kelas pertengahan mampu dimiliki oleh
kebanyakan kita dengan harga, kualiti dan prestasi yang memuaskan. Keadaan ini
telah memberi tekanan kepada syarikat pengeluar kereta nasional untuk mengekalkan
penguasaan pasaran yang sedia ada di samping mengekalkan tahap kesetiaan pembeli
tempatan. Cabaran bagi 2014 sehingga 2017 ini termasuklah jangkaan harga
kenderaan akan menurun, peningkatan persaingan daripada kereta bukan nasional,
kenaikan kadar insflasi, syarat pinjaman pembiayaan sewa beli yang semakin ketat
dan sikap ‘tunggu dan lihat’ garis panduan Dasar Automotif Nasional (DAN) baharu.

4.0 CADANGAN KEPADA INOVASI

Cadangan saya bagi penambahbaikan dalam inovasi bagi organisasi ini adalah;

4.1 Bersedia Menerima Perubahan

Perodua masih mampu menangani persaingan, malah syarikat pengeluar


kereta nasional itu telah merangka pelan untuk meningkatkan pengeluarannya.
Terdapat saingan hebat dalam negara menjelang tahun 2018 dan syarikat pengeluar
tempatan ini menerima perubahan, dan mereka telah banyak buat pembaharuan dan
penambahbaikan untuk bersaing dan setaraf dengan jenama lain.

Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat Perodua dan Proton bergabung seperti
yang dicadangkan pada tahun 2010. Namun, dua syarikat ini digalakkan menjalin
kerjasama strategik bagi meningkatkan kecekapan vendor yang membekalkan
komponen kenderaan. Peranan vendor amatlah penting dalam mengeluarkan

11
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

komponen berkualiti pada harga yang kompetitif, dan ini membolehkan syarikat
automotif itu berdaya saing dan meningkatkan pengeluarannya.

4.2 Mewujudkan Semangat Berpasukan Dan Cintakan Organisasi.

Perodua seharusnya meniru budaya kerja Syarikat Jepun. Mereka sanggup


bekerja lebih masa untuk menunjukkan kesetiaan dan komitmen mereka kepada
syarikat. Kesetiaan mereka kepada syarikat bukan kerana ganjaran dan pujian semata
tetapi kerana semangat kekitaan dalam organisasi tempat mereka bekerja.

Contohnya, Syarikat Petronas telah menerapkan program


“Mengkomunikasikan Jenama Syarikat”. Program ini boleh memenangi hati dan
minda kakitangannya yang dijalankan secara terancang di seluruh peringkat
jabatannya. Akhirnya, setiap kakitangan petronas mempunyai perasaan bangga
menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.

4.3 Pemberian ganjaran

Perodua perlu menyediakan Skim ganjaran gaji yang berbeza bergantung


kepada prestasi yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja. Prestasi pekerja dinilai dari
segi pengeluaran, nilai tambahan, keuntungan dan pertambahan pemegang saham.
Sejak tahun 1995, contohnya, satu perempat daripada syarikat Jepun memberi
ganjaran berdasarkan kemahiran atau prestasi berbanding senioriti. Honda juga telah
membayar bonus kepada pekerjanya yang hadir bekerja selama 30 hari berturut-turut
secara harian. Hal ini dapat meningkatkan semangat bekerja di kalangan pekerja
mereka. Pekerja yakin sekiranya prestasi kerja yang dihasilkan baik, pasti akan
mendapat ganjaran yang setimpal dan mereka akan terus bermotivasi untuk
meningkatkan prestasi kerjanya.

5.0 KESIMPULAN

12
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

Inovasi tidak hanya terjadi dalam masyarakat terbuka dan luas, tetapi juga terjadi
dalam sebuah organisasi. Inovasi merupakan perubahan yang direncanakan oleh organisasi
dengan kegiatan yang berorientasi pada pengembangan dan penerapan gagasan baru agar
menjadi kenyataan yang bermanfaat dan menguntungkan. Pihak PERODUA banyak mencari
sumber inovasi bagi memantapkan pengeluaran bagi bersaing dengan syarikat outombil lain
antaranya sumber yang tidak sengaja dimana PERODUA mengadakan program Cabaran Eco
2017 untuk mendapatkan inovasi baru bagi Syarikat itu. Selain itu, sumber konsep
pengetahuan yang baru dimana PERODUA melancarkan pembinaan kilang yang baru yang
dilengkapi dengan sebuah litar untuk melaksanakan ujian produk baharu. Seterusnya
perubahan demografis juga dititik beratkan kepada golongan muda yang baru tamat
pengajian untuk memiliki kereta. Sumber keperluan proses memerlukan kecekapan
PERODUA untuk mengeluarkan kereta yang bercirikan automotif teknologi hijau. Kuasa
(Word-of-mouth) memainkan peranan penting dalam mempromosikan atau menjatuhkan
sesebuah syarikat.

Selain sumber kepada inovasi, halangan kepada inovasi juga turut dibincangkan
dalam tugasan ini. Halangan pertama adalah lambat bertindak dimana syarikat PERODUA
baru bertapak 24 tahun untuk dibandingkan dengan lima syarikat terbesar dunia. Sepatutnya
kerajaan menerima idea Tun Dr. Mahathir lebih awal untuk terus bersaing dengan syarikat
gergasi ini. Pemikiran Stereotaip juga menjadi halangan kepada setiap inovasi yang baru,
sedangkan PERODUA sendiri baru melancarkan PERODUA Sedannya setelah 24 tahun
menapak. Takutkan risiko pada setiap keluaran inovasi itu adalah adat kepada perniagaan.
Syarikat outombil lain seperti Toyota, Valksvagen dan Ford adalah saingan sengit bagi
syarikat outomobil tempatan kerana kenderaan import tersebut sudah mampu dimiliki oleh
golongan pertengahan.

(2995 Perkataan)

13
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

6.0 RUJUKAN

1. Melayumaya (2013, September) maksud inovasi. Retrieved from


http://melayumaya.blogspot.my/2012/09/maksud-inovasi-dalam-usahawan.html
2. Norashidah Hasim, Prof Madya Abd Aziz Yusof, Ooi Yeng Keat, Armanurah Mohamad,
Abd Razak Amir, Dr Oh Teik Hai, Abd Kadir Othman,Loo Sze Wei (2012),
Keusahawanan (1st Ed), Selangor, Malaysia : Pusat Reka Bentuk Pengajaran Dan
Teknologi Open Universiti Malaysia.
3. Kamus Dewan Edisi ke-4, 2009
4. Sufean Hussin. (2002), Inovasi Dasar Pendidikan- Perspektif Sistem Dan Organisasi.
Universiti Malaya: Kuala Lumpur
5. Loverd Zahra Sejarah Penubuhan Perodua. Retrieved from
https://www.scribd.com/document/326708969/Sejarah-penubuhan-produa-docx

14
ENTREPRENUERSHIP (MPU 3223)

6. Mohamad Hafizi Mohd Said (2014). Perodua Axia bukan ganti Viva. Retrieved From
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/perodua-axia-bukan-ganti-viva-1.317085
7. Melayu Maya (2012, September 18). Retrieved from
http://melayumaya.blogspot.my/2012/09/sumber-inovasi-proton.html.html-
8. Retrived from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2014&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm. Access at 13/06/2017
9. Bernama (2016). Perodua Bezza Menang” Kereta Malaysia Terbaik 2017”. Retrieved
from http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/perodua-bezza
menang-kereta-malaysia-terbaik-2017
10. Mohd Arshi Daud (2006, July 10). Retrieved from
http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=207288
11. Karangkraf (2012, November 7). Perodua jangka dapat capai sasaran jualan miskipun
peraturan ketat sewa beli. Retrived from http://www.sinarharian.com.my/bisnes/perodua-
jangka-dapat-capai-sasaran-jualan-meskipun-peraturan-ketat-sewa-beli-1.101885
12. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140705/ek_04/Persepsi-itu-realiti-
PENULIS adalah bekas Pengurus Besar Periklanan Kumpulan Utusan. Kini Konsultan
Komunikasi Pemasaran Lensa Films dan Jurulatih Kanan ClickAcademy Asia. E-
mel: adi@ClickAcademyAsia.com
13. Abg GYL (2016, Julai 21). Ketahui 12 fakta menarik sebelum mahu beli perodua Bezza
(2016). Retrieved from https://pandulaju.com.my/ketahui-12-fakta-penting-sebelum-
mahu-beli-perodua-bezza-2016
14. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140117/ko_02/2014-
Tahun-mencabar-untuk-Perodua. Access at 12/06/2017.
15. http://www.funtasticko.net/toyota-beli-daihatsu-sepenuhnya-apa-akan-jadi-pada-perodua/
16. Fairus Kassim (2013, Jun 10). 10 model kereta turun harga. Retrieved from
ww1.utusan.com, 10 model kereta turun harga 10/06/2013 oleh fairus kassim

15