Anda di halaman 1dari 13

PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER SEPTEMBER / 2017

OUMM3202

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 840319035080002

NO. KAD PENGENALAN : 840319-03-5080

NO. TELEFON : 013-2746264

E-MEL : viosmummy@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KOTA BHARU

1
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadratilahi


dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada

Pn. Faridah

Pensyarah Mata pelajaran PROSEFFIONAL ETHICS (OUMM3203), di atas


kesudian beliau mengajar saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya
menyelesaikan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini,
begitulah dominannya peranan mahasiswa di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di
muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
begitulah juga pembangunan dalam bidang kerjaya. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-
renungan bersama.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat


1. Muka Depan 1
2. Penghargaan 2
3. Isi Kandungan 3
4. Pengenalan 4
5. Latar Belakang Masalah Etika 4-7
6. Masalah Etika Dalam Pengurusan 8-11
7. Analisis MAsalah Etika 11-13
8. Pengesyoran Mesyelesaikan Masalah Etika 13-15
9. Kesimpulan 15-16
10. Rujukan 17-18

1.0 PENGENALAN

Kecekapan pengurusan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.


Namun, perkembangan kemahiran dan kecekapan pengurusan sahaja tidak memadai

3
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

jikalau tiada penekanan yang seimbang diberikan kepada nilai-nilai positif serta
beretika. Organisasi akan mengalami kerugian jikalau seorang pengurus tidak
mempraktikan nilai-nilai kerja yang cemerlang walaupun hakikatnya mereka mahir
dalam proses pengurusan. Setiap pengurus perlu membimbing pekerja mereka untuk
memberi prkhidmatan yang cemerlang dengan azam yang tinggi untuk meningkatkan
mutu kerja dan prestasi syarikat.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang


terdiri daripada satu atau lebih entiti yang bertujuan untuk menyeleraskan dan
mengharmonikan sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu matlamat. Ia merangkumi
penggunaan sumber seperti manusia, kewangan, teknologi, serta alam semula jadi.
Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang
menjalankan fungsi pengurusan.

Etika adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkait dengan kehidupan
yang baik, orang yang baik, melakukan perkara yang betul dan bergaul dengan orang
lain. Etika juga membincangkan tentang tingkah laku manusia samada baik atau buruk
yang dapat ditentukan oleh akal manusia. Perkataan etika juga berasal daripada
perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan Latin pula,
etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun perangai. Selain itu etika
juga bermaksud “suatu ilmu yang menjelaskan tentang erti baik dan buruk serta apa
yang seharusnya dilakukan oleh manusia, juga menyatakan sebuah tujuan yang harus
dicapai manusia dalam perbuatannya dan menunjukkan arah untuk melakukan apa yang
seharusnya didilakukan oleh manusia” (Ahmad Amin).

1.1 Latar belakang Syarikat

4
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

Gambar 1 : Kapal Terbang MAS


Sumber: https://www.google.com/search?q=gambar+
syarikat+penerbangan+mas

Pada 12 Oktober 1937, Malayan Airways Limited (MAL) ditubuhkan di


Singapura oleh Ocean Steamship Company, The Straits Steamship Company
dan Imperial Airways bagi memulakan perkhidmatan udara menghubungkan
Pulau Pinang dengan Singapura. MAL memulakan penerbangan pertamanya
pada 2 April 1947 dari Singapura ke Kuala Lumpur. Nama Malayan Airways
kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Limited (MAL) selepas penubuhan
Malaysia pada 1963. Pada 1966, syarikat penerbangan itu menukar nama kepada
Malaysia-Singapore Airlines (MSA) selepas Singapura keluar daripada
Malaysia. MAS terbang ke sebanyak 34 destinasi domestik dan enam destinasi
antarabangsa.

1.1.1 Pengiktirafan
MAS pernah mendapat pengiktirafan dunia kerana kualiti
perkhidmatannya. MAS juga pernah memenangi anugerah Kru Kabin
Terbaik Dunia daripada Skytrax sebanyak empat kali berturut-turut
iaitu dari 2001 hingga 2004. MAS mendapat pengiktirafan syarikat
penerbangan lima bintang di samping Anugerah Kelas Ekonomi
Terbaik Dunia (2010) dan Syarikat Penerbangan Peneraju Asia (2010,
2011).

1.1.2 Kejatuhan MAS

5
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

Terlalu banyak cabaran MAS sejak penubuhannya pada tahun


1947, termasuk mengalami kerugian enam suku tahun berturut-turut
sejak 2012. Tahun 2014 menyaksikan tragedi berkembar setelah
pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dan 17 Julai 2014, MH17
ditembak jatuh di timur Ukraine. Menurut Laporan, MAS telah
melalui Tiga Pelan Penstrukturan semula syarikat sejak tahun 2007
namun semuanya gagal kerana persaingan sengit dan kos yang
tinggi.

Gambar 2 : Pekerja MAS yang membawa teksi

Sumber: https://www.pressreader.com/malaysia/harian-
metro/20170429/283313227345573

Gambar 3 : Kapal Terbang MAS baru

Sumber : https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=
isch&sa=1&q=kapal+terbang+malaysia+airlines+berhad

2.0 MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH PENGURUSAN


Masalah etika merupakan konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial di dalam
organisasi dan ia juga adalah masalah pengurusan. Suatu imbangan yang sesuai perlu
diwujudkan antara kedua ini. Homer (1991) berkata, terdapat lima ciri-ciri masalah etika
dalam pengurusan dan tugasan kali ini saya hanya memilih tiga untuk dihuraikan.
Antaranya ialah:

6
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

2.1 Akibat yang berpanjangan

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/21/
mengapa-kes-buang-3500-pekerja-mas-tak-dibawa-ke-mahkamah-soal-nufam/

President NUFAM, Ismail turut mengecam tindakan MAS yang


memberhentikan 5 orang kru kabin yang antaranya berusia 50 tahun disebabkan
“obesiti”. Selain itu, pembuangan pekerja juga menjadi masalah besar kepada
golongan yang berusia kerana kesukaran golongan ini untuk mencari pekerjaan
yang baharu berdasarkan ekonomi sekarang serta persaingan daripada pekerja
muda tempatan serta pekerja luar.

Bagi kes yang dialami oleh pekerja MAS ini jika mereka menerima surat
pemberhentian kerja tersebut, beberapa implikasi yang akan timbul ialah:

a) Masalah kemurungan yang berpanjangan kepada mereka yang diberhentikan


kerana mereka tiada sumber pendapatan utama.
b) Gejala sosial akan berleluasa terutama pada anak-anak kerana mereka
terpaksa mencari wang sendiri untuk memenuhi kehendak sendiri.
c) Keretakan rumah tangga akan berlaku apabila keperluan rumah tidak dapat
dipenuhi seperti sebelumnya.
d) Hilang hormat sesama anggota keluarga, terutama anak-anak akan
memberontak sekiranya kemahuan mereka tidak dipenuhi.

Menurut penulisan Nik Nazmi Nik Ahmad, editor sinar harian menyatakan
selama beberapa tahun ini MAS telah menandatangani kontrak-kontrak yang
berat sebelah yang mana lebih memihak kepada syarikat-syarikat dan rakan-
rakan kroni, yang menyebabkan kenaikan harga barang dan servis berlipat kali
ganda termasuklah MAS Catering. Hal ini telah meningkatkan kos operasi secara
drastik. Hasilnya, kekayaan MAS sedikit demi sedikit telah diambil oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab ini.

Sikap pilih kasih dalam pengurusan bakat juga menyebabkan ramai orang
yang berkelayakan terpaksa dipinggirkan kerana memberi kelebihan kepada
7
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

mereka yang mempunyai rangkaian politik dan pertalian darah. Kelemahan


tadbir urus yang menggagalkan MAS dan seterusnya memberi impak yang
sangat besar kepada Malaysia. Paling terkesan adalah rakyat akibat daripada
tadbir urus yang tidak sistematik serta kerakusan dalam mengurus kekayaan
Negara.

3.0 ANALISIS ETIKA DALAM MASALAH PENGURUSAN.… ………...

Keputusan etika tidak semudah memilih diantara “betul” dan “salah”. Keputusan
yang dibuat adalah rumit kerana perlu mengimbangi di antara prestasi ekonomi dan
prestasi sosial di dalam sesebuah organisasi. Untuk mengembangi kedua-dua ini, 3
kaedah analisis diperkenalkan.

3.1 Analisis Ekonomi

Masalah etika dari sudut pendekatan microekonomi memberi impak yang


sangat mendalam kepada kakitangan MAS yang diberhentikan. Perkara yang
membimbangkan jika pekerja hilang pekerjaan disebabkan pengurangan tenaga
kerja atau penutupan kilang berlaku. Walaubagaimana pun, masih ada pasaran
buruh di mana pekerja boleh bekerja semula dengan syarat mereka sanggup
menerima gaji mereka dengan keadaan pasaran.

Merujuk kepada situasi MAS sekarang, seramai 6000 pekerja MAS telah
ditamatkan kontrak dibawah pelan pemulihan syarikat itu dan telah berdaftar
dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC). Menteri Sumber Manusia, Datuk
Seri Richard Riot Jaem berkata, daripada jumlah itu, 81% memilih untuk
menceburi bidang pekerjaan baharu manakala 18% lagi mahu bekerja sendiri.
Kira-kira 60 syarikat tempatan dan antarabangsa bersedia memberi ruang dan
peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan ini. Syarikat CDC menawarkan
pekerjaan dan latihan percuma kepada kakitangan MAS yang tidak menerima
tawaran dari syarikat baharu Mas NewCo. 50% kakitangan Mas yang
diberhentikan adalah daripada bahagian penyelenggaraan dan kejuruteraan
MAS. Syarikat CDC berkata, kumpulan ini antara yang paling mudah mendapat
pekerjaan baharu kerana telah mendapat tawaran dari pelbagai syarikat

8
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

terkemuka khususnya dalam industri penerbangan. Rancangan Malaysia Ke-


11(RMK 11) berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 330,000 dalam
pelbagai jawatan, oleh itu tiada risiko peningkatan pengangguran dalam
kalangan masyarakat Malaysia.

3.2 Analisis etika

Pendekatan masalah etika melalui kaedah analisa etika. Pendekatan ini


menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab moral untuk menentukan perkara
itu betul atau salah. Bagi kes ini, pengumuman yang dibuat merupakan yang
terbaik untuk menentukan syarikat penerbangan negara kita menjadi sebahagian
masa depan Malaysia. Melakukan perubahan secara menyeluruh dalam
pengurusan MAS sahaja dapat kembalikan MAS ke landasan yang kukuh dan
mampan. Perubahan yang dilaksanakan secara sedikit tidak akan membawa hasil
yang kita harapkan. Oleh itu, kita perlu berani menggunakan pendekatan yang
berbeza pada kali ini. Pengorbanan dari semua pihak MAS amat diperlukan
dalam uasaha membaikpulih secara menyeluruh seperti yang dirancangkan.

Bagi membolehkan MAS terus mampan, ia harus berpaksikan


kecemerlangan operasi, daya kompetitif kewangan dan penggunaan dana awam
secara berhemah. Khazanah telah merangka Pelan Pemulihan MAS bagi
menangani pelbagai kelemahan struktur serta kekurangan lain yang menjadi
punca kepada semua kegagalan usaha sebelum ini. Pengurangan tenaga kerja
kepada 14,000 orang adalah permulaan yang baru dan asas yang betul mengikut
saiz kakitangan dan beban kerja. Bagi melihat MAS terus maju, kita perlu
melihat pengurangan tenaga kerja ini dari sudut positif etika pengurangan
kakitangan ini. Kita perlu menyokong tampuk pimpinan yang baru dengan
agenda dan pelan perancangan yang baru.

4.0 PENGESYORAN MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Masalah etika sebenarnya banyak berlaku di persekitaran tempat kerja tanpa kita
sedari. Adakala masalah etika kita dapat lihat dengan jelas tetapi ada juga masalah etika

9
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

yang menjadi rahsia pihak pengurusan. Antara pengesyoran yang saya dapat berikan
untuk menyelesaikan masalah etika ini.

4.1 Pengurangan kos

Pihak majikan hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya bagi


mengelakkan pemberhentian pekerja sebagaimana yang dicadangkan di dalam
Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan, iaitu dengan melakukan proses
pembekuan pengambilan pekerja baharu kecuali bagi bidang–bidang kritikal,
mengehadkan kerja lebih masa, mengehadkan kerja pada hari rehat mingguan
dan cuti am. Bekas Ketua Kumpulan Ekonomi dan Pengurus Besar Kanan RAM
Holdings Berhad, Dr. Yeah Kim Leng berkata MAS sudah tentu mampu pulih
dengan mengambil langkah yang drastik terutamanya melalui pengurangan kos
atau perbelanjaan.

Ahli ekonomi Universiti Taylor, Subramaniam Pillai menyokong


pandangan Kim Leng dengan menyatakan masalah utama MAS ialah kos
operasi yang tinggi. Subramaniam juga berkata dua faktor yang menyumbang
kos yang tinggi ialah pertambahan guna tenaga dan perjanjian kontrak jangka
panjang tentang kenaikan gaji pada 1990-an. Kunci utama untuk pemulihan
MAS ialah pengurangan perbelanjaan. Penganalisis menjangkakan penjimatan
kos sebanyak RM1 bilion pada 2015 memerlukan pengurangan tenaga kerja
yang besar bagi meningkatkan tahap produktiviti. Langkah stategik perlu
dilakukan untuk meningkatkan kewangan MAS termasuklah meningkatkan
pendapatan daripada perkhidmatan "ground handling" kepada syarikat
penerbangan antarabangsa. MAS perlu meningkatkan penjualan pakej
pelancongan, aktiviti penyelenggaraan kepada syarikat penerbangan serta
memasarkan produk latihan MAS.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, masalah etika dalam pengurusan Syarikat Perbangan


Malaysia Airlines Sistem (MAS) adalah pengurangan atau pemberhentian tenaga kerja
seramai 6,000 pekerja dari jumlah keseluruhannya. Pihak pengurusan MAS telah cuba

10
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

sedaya upaya untuk menyelamatkan dan menjaga kebajikan kakitangan, tetapi bila
keadaan semakin meruncing dengan pelbagai dugaan yang pelu ditempuh berikutan
tragedi malang yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 menjadikan syarikat itu
semakin lumpuh. Hari demi hari MAS mengalami kerugian yang amat teruk dan hampir
tersungkur. Pemegang saham terbesar MAS, Khazanah berhad (69.4%) telah
memulakan fasa baru dengan mengambil alih tampuk kepimpinan MAS. Beralih
pengurusan maka bermulalah fasa baru untuk kakitangan MAS, apabila NewCo
mengumumkan 12 pelan pemulihan MAS. Perkara utama yang digariskan adalah kos,
struktur operasi dan tenaga kerja berdasarkan penanda aras dan norma industri yang
kompetitif.

Seterusnya, Ciri-ciri masalah etika seperti akibat yang berpanjangan memberi


impak yang besar kepada kakitangan kerana mereka hilang punca sumber pendapatan,
tetapi khazanah komited dalam memastikan proses seperti pemindahan, penghijrahan
dan pengasingan dijalankan dengan teliti. Alternatif yang pelbagai juga diterapkan
dalam masalah etika ini tetapi tidak kesampaian objektifnya kerana pihak pengurusan
MAS tetap dengan keputusan mereka bagi membaik pulih masa depan ikon Negara itu.
Implikasi peribadi juga telah menyumbang kepada kegagalan pengurusan Mas yang
lalu, terlalu ramai kroni yang terlibat dalam pengurusan MAS. Analisis etika dari sudut
ekonomi yang mana memberi kesan kepada kakitangan yang hilang pekerjaan.
Kakitangan yang berumur 40 hingga 50 tahun agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan
yang baru, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan. Analisis
undang-undang tetap berpihak kepada kakitangan yang dibuang kerja, dimana
kakitangan berhak untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam kes seperti ini.
Mengikut analisis etika pula, pihak MAS juga mempunyai kepentingannya sendiri
dalam meneraju MAS dimasa hadapan. Keputusan yang dibuat kita perlu lihat dari
sudut positif yang mana “win win situation” perlu ada dalam pengurusan kali ini. Setiap
kakitangan yang dibuang kerja akan diberi pampasan dan latihan untuk persediaan
ditempat kerja baru, kita memerlukan permuafakatan di peringkat nasional yang baru
bagi syarikat penerbangan nasional kita ini.

Masalah etika ini dapat diselesaikan jika pihak pengurusan MAS mengambil kira
semua analisis dan cadangan yang dibincangkan agar dapat seimbangkan antara

11
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

perkembangan ekonomi dan sosial dan juga boleh dilihat dari perspektif Islam yang
setiap masalah ada penyelesaian samada masalah ekonomi, etika dan sosial.

(Perkataan 2974)

6.0 RUJUKAN

6.1 Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil, prof Dr Wardah Mohamad, Open University
Malaysia (2013), Pengurusan Etika (1st Ed). Selangor, Malay: Pusat Reka
Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.
6.2 Ridzuan@ijan89 (2010, Ogos 15). Pengurusan Etika. Retrieved from
http://pengurusanetika.blogspot.my/2010/08/pengenalan-etika.html
6.3 Bobsusanto (2015, Oktober 5). Pengertian Etika Mengikut Ahli. Retrieved
from http://www.spengetahuan.com/2015/10/15-pengertian-etika-menurut-
para-ahli-terlengkap.html
6.4 Nik Nazmi Nik Ahmad (2015, Jun 4). Permasalahan MAS cermin kemelut
dihadapi Malaysia. Retrieved
fromhttp://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/permasalahan-mas-
cermin-kemelut-dihadapi-malaysia-1.397670
6.5 Farouq Johari (2014, Ogos 26). Khazanah Bakal Kurangkan 30% Pekerja
Mas melalui Pelan Pemulihan Baru. Retrieved from
http://says.com/my/seismik/khazanah-bakal-kurangkan-30-pekerja-mas-
melalui-pelan-pemulihan-baru
6.6 Retrieved from http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2015&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htmat 02
oktober 2017.
6.7 Zabry Mohamad (2005, November 16). Usah jadikan kami `mangsa' -- MAS
perlu salahkan pihak pengurusan atas kerugian dialami – Kesatuan.
Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_01.h

12
PROFESSIONAL ETHICS (OUMM3203)

tm&arc=hive
6.8 Retrived from https://www.malaysiakini.com/news/43437at 02 oktober 2017
6.9 Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Penerbangan_Malaysia
at 05 oktober 2017
6.10 Farah Zamira Farush Khan (2014, Disember 22). Cari Siapa Perosak MAS
http://www.sinarharian.com.my/rencana/cari-siapa-perosak-mas-1.343720
6.11 Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mas-perlu-beli-airasia-
atasi-masalah-kewangan-1.303123 at 02 Oktober 2017
6.12 Arkib (2014, September 09). Warna Warni Perjalanan MAS.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140907/re_15/Warna-warni-
perjalanan-MAS
6.13 Bernama (2015, Mei 31). MASEU rancang tubuh koperasi bantu pekerja
MAS diberhentikan.Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/58264
6.14 Sheila Rani Chandrasekaran (2015, JulaI 29)
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/2-799-bekas-pekerja-mas-daftar-
dengan-cdc-1.118123#ixzz4vHDc5PNN. Retrieved from 06 Oktober 2017
6.15 Azman Anuar (2015, September 13). Bersediakah anda jika dibuang kerja?.
Retrieved from http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bersediakah-anda-
jika-dibuang-kerja-1.135356#ixzz4vutIjmDE 
6.16 Muzaffar Syah Mallow. (2016, Mei 03) Isu pembuangan Kerja. Retrieved
from http://www.utusan.com.my/rencana/tanggungjawab-dalam-
pemberhentian-pekerja-1.307556
6.17 Berita bernama: Perkeso Kaji Tabung Berhenti Kerja , 14 februari 2009

13