Anda di halaman 1dari 5

Refleksi pengajaran

a) Sebelum
Sebelum menjalankan makropengajaran, saya berasa amat risau. Hal ini kerana
saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan untuk membuat rakaman pengajaran
ini. Namun, selepas berbincang bersama rakan sejawat yang berpengalaman,
mereka telah memberi banyak idea dan tunjuk ajar kepada saya semasa merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta cara-cara penyediaan alat bantu
mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran saya untuk rakaman pengajaran
makro.

b) Semasa
Langkah 1
Aktiviti set induksi yang saya rancang ialah teka-teki. Saya menampalkan satu
gelung dan letakkannya pada papan putih sebelum pengajaran. Langkah ini berguna
untuk menimbul rasa ingin tahu di kalangan murid tentang apakah yang mereka akan
pelajari pada hari tersebut. Saya memberi beberapa panduan untuk membimbing
murid meneka isi kandungan pelajaran. Mereka dapat meneka dengan panduan yag
diberikan. Seterusnya saya melibatkan mereka secara langsung dalam set induksi
dengan memyuruh mereka melekatkan nombor jam dan minit pada gelung untuk
menjadikannya jam. Saya juga mengimbas semula konsep dan istilah suku dan
setengah serta membimbing murid untuk menyatakan perbezaan antara jarum minit
dan jarum jam.Set induksi tersebut berjaya menimbulkan naluri ingin tahu pada
murid lalu dapat menarik perhatian para murid terhadap pembelajaran hari ini.

Langkah 2
Langkah 2 saya ialah berdasarkan pembelajaran kooperatif yang bertajuk Timed
Pair Share.Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan. Murid-murid mendapat
jam pinggan kertas. Murid-murid membaca jam pada jam pinggan masing-masing.
Murid-murid dibenarkan berinteraksi dengan rakan-rakan dengan menanyakan jam
pada jam tangan masing-masing. Saya memilih aktiviti berpasangan untuk
memperkenalkan isi kandungan pembelajaran kerana murid kelas tersebut sangat
suka terhadap aktiviti simulasi dan lakonan. Untuk meningkatkan keinginan belajar
mereka terhadap pengajaran saya, saya menggunakan simulasi sebagai kunci
pembelajaran hari itu. Saya membimbing murid berlakon untuk bertanyakan waktu
murid berminat untuk melakonkan situasi tersebut.

Langkah 3
Langkah 3 murid-murid dibahagikan dalam kumpulan.Setiap kumpulan mendapat
papan permainan, dadu dan lembaran kerja. Murid-murid harus membaling dadu dan
menggerakkan penanda ke petak tertentu.Murid perlu membaca jam dan tulis masa
tersebut dalam angka di atas lembaran kerja yang disediakan. Ahli kumpulan lain
dikehendaki memastikan jam dibaca dan ditulis dengan betul. Saya memilih strategi
belajar melalui bermaian kerana secara tidak langsung kanak - kanak suka bermain .
Mereka aktif melibatkan diri dalam permainan dan menunujukkan sifat kerjasama
yang baik.

Selepas <<<< kekuatan dan kelemahan serta cadagan penambahbaikan

Selepas menonton rakaman, saya dapat menilai kekuatan dan kelemahan pdpc
saya. Dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan ini, beberapa kekuatan
atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah saya merancang set induksi yang
menarik minat murid untuk meneruskan pengajaran. Gelung yang ditmpal dapat
menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid. Ia dapat merangsang minda
murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Penerangan guru jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penerangan dan
intonasi guru yang jelas dapat membantu murid memahami apa yang disampaikan
oleh guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa memastikan semua murid dapat
mendengar dan melihat dengan jelas bahan yang ditunjukkan semasa P&P. Guru
juga peka terhadap murid dengan memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam
memahami sesuatu konsep. Contohnya, guru memberikan tunju cara kepada murid
untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.

Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian. Terdapat beberapa alat
bantu mengajar yang menarik minat murid seperti jam gelung, papan permainan dan
jam pinggan kertas. Alat bantu mengajar yang fleksibal membantu proses P&P
berjalan lebih lancar tanpa perlu mengambil masa untuk menulis nota di papan putih
dan melukis gambar. Murid juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas untuk
menampal kad bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi menghilangkan rasa tegang
dengan hanya duduk di kerusi mereka.

Guru merancang aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi membolehkan murid merasai
suasana pembelajaran berpasangan dan berkumpulan. Aktiviti berkumpulan yang
dijalankan dapat melibatkan semua murid. Ini mendorong murid untuk melibatkan
diri dengan aktif sepanjang pengajaran dijalankan. Saya dapat melihat semua murid
berusaha untuk mencuba aktiviti yang disediakan secara sukarela. Aktiviti ini juga
dapat menggalakkan komunikasi antara rakan kerana mereka perlu berbincang
untuk menjalankan aktiviti dengan betul. Melalui aktiviti ini juga , saya dapat melihat
beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh murid seperti semangat kerjasama,
bertimbangrasa, bertanggungjawab dan bertoleransi. Setelah aktiviti selesai
dijalankan, semua murid menunjukkan sikap yang positif dan meluahkan perasaan
gembira. Suasana pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan.
Guru sentiasa memberikan bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan dengan
baik dan berkesan.Guru juga merupakan seorang yang ada mempunyai unsur
kecindan, tidak terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika murid tidak dapat
menjawab soalan, guru turut memberikan penghargaan dan galakan seperti
memberikan tepukan, kata-kata pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid yang
dapat menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan hubungan
antara murid dengan guru dan murid akan meresa selesa untuk bertanya atau
berkongsi idea bersama guru mereka. Saya dapat mengaplikasikan kemahiran
memperkukuh sepanjang pengajaran dijalankan. Kemahiran pengukuhan atau
peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi
jawapan yang betul. Dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada murid itu
sebagai pengukuhan tingkah laku .Saya yakin dengan menggunakan kemahiran ini
dapat memberi galakan kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.
Memberi pengukuhan kepada murid juga dapat memupuk semangat keyakinan
untuk murid yang mewujudkan tingkah laku positif. Ia juga dapat membantu
memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.
Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti semua murid
berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk mendapat pujian tersebut. Bagi
murid yang belum menerima pengukuhan juga sentiasa berusaha menunjukkan
tingkah laku yang baik .Situasi ini menjadikan disiplin kelas bertambah baik dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Murid yang telah menerima pengukuhan merasa usahanya telah dihargai dan
semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya semakin bertambah.
Perhubungan diantara saya dengan murid juga bertambah mesra dan aktiviti
pengajaran saya menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang digemari oleh
murid.
Akhir sekali, satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru tidak lupa untuk
bertanyakan semua rumusan pelajaran pada hari itu dengan bertanyakan semula isi
pelajaran yang disampaikan. Kebolehan murid merumuskan semula isi pelajaran
dapat menguji kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Rumusan oleh
guru juga penting untuk memantapkan pengetahuan murid tentang apa yang telah
dipelajari.

KELEMAHAN
Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mempunyai
kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari kelemahan yang terdapat
dalam pengajaran makro ini Kelemahan yang saya kenalpasti dalam pelaksanaan
tugasan makropengajaran ini ialah pengurusan masa. Berdasarkan perbandingan
rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa
yang saya gunakan untuk menjalankan langkah pengajaran tidak seiring. Guru yang
baik seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang sesuai dengan aktiviti
yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik dan tidak bersesuaian
dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan sempurna. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan
dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan aktiviti
P & P. Sebenarnya, saya perlu berusaha meningkatkan teknik pengurusan kelas
saya. Terdapat beberapa murid membuat bising semasa saya mengajar. Saya perlu
memikir cara untuk mengawal disiplin mereka.

Pada langkah 1 juga saya rasakan adalah lebih baik jika saya memanggil
seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti melekatkan jam dan minit supaya
murid-murid lain lebih jelas dengan situasi yang ingin disampaikan. Arahan kurang
jelas menyukarkan murid melakukan aktiviti yang diingini oleh guru. Murid juga boleh
menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan
lebih mudah.

Langkah mengatasi kelemahan


Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran makro yang telah saya
jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menyediakan set induksi yang
lebih menarik semasa permulaan pengajaran. Saya perlu menyediakan suatu aktiviti
yang luar biasa untuk membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk meneroka ilmu
seterusnya. Dalam set induksi juga terdapat empat jenis komponen iaitu untuk
menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur.
Aktiviti pengajaran dalam set induksi hendaklah dirancang berdasarkan komponen-
komponen tersebut disamping penyediaan alat bantu mengajar yang lebih relevan
untuk menjamin keberkesanan aktiviti dalam permulaan pengajaran.

Penambahbaikan lain yang boleh saya lakukan ialah memastikan masa untuk
melaksanakan sesuatu fasa dilakukan dengan baik.
Saya juga perlu menguasai teknik menyoal supaya aras soalan sesuai dengan
murid, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti soal jawab juga,
perhubungan guru dan murid dapat dijalin dengan baik. Saya akan cuba menyoal
setiap orang murid secara keseluruhan kelas supaya semua murid sentiasa bersedia
dan menyediakan jawapan bagi soalan yang saya kemukakan. Setiap murid perlu
diberikan peluang dan masa untuk memikirkan jawapan yang dikehendaki oleh guru.

Kesimpulan
Refleksi pengajaran makro yang dibuat dapat menilai kekuatan dan kelamahan saya
dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya juga dapat meneliti
setiap fasa pengajaran dengan cara yang lebih sistematik dan mendapatkan
maklumbalas dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Guru yang
bijak dan dedikasi seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk proses
pengajaran dan pembelajarannya. Murid adalah pelanggan yang perlu diutamakan.
Refleksi yang dibuat akan memperlihatkan kelabihan dan kekurangan guru dalam
pengajarannnya. Langkah memperbaiki kelemahan perlu dilaksanakan bukan
sekadar membiarkannya sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai