Anda di halaman 1dari 1

Nilai:  Hemah Tinggi

*Penerangan nilai:  Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

1. Kita perlu mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang mulia ketika berada
di kawasan kejiranan kerana kita hidup bersama dengan jiran-jiran pelbagai
bangsa dan agama.

2. Ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi ialah:


i. berbudi bahasa dalam interaksi
ii. berkelakuan sopan dan ramah tamah
iii. mudah menyesuaikan diri dalam situasi baru
iv. tidak memilih status dalam pergaulan.

3. Dalam menghadiri sesuatu situasi sosial seperti majlis perkahwinan, majlis suai
kenal, majlis rasmi lain, seseorang perlu :
i. mengamalkan budi pekerti mulia
ii. menggunakan bahasa yang sopan
iii. menunjukkan minat terhadap perkara yang dibincangkan/ dilangsungkan
iv. menghormati pendapat orang lain dalam majlis jika sedang berbincang
v. tidak menyinggung perasaan orang lain

4. Kemahiran sosial harus diamalkan kerana:


a) Untuk menjaga perasaan orang lain
b) Untuk menjaga maruah diri dan maruah orang lain.
c)  Supaya dapat diterima dan dihormati orang lain.
d) Untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan orang lain.
e) Mudah mendapat kenalan baharu.
e) Seseorang akan lebih yakin diri untuk berinteraksi dengan orang lain.
f) Membantu seseorang untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang
baharu.

Anda mungkin juga menyukai