Anda di halaman 1dari 7

DIMENSIKOOP

PENGAUDITAN:
TANDA ARAS
KEJAYAAN KOPERASI
Norhazilina Abdul Halim
hazilina@mkm.edu.my
Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

8 BIL. 53 • 2017
DIMENSIKOOP

Pengenalan
Gerakan koperasi terus menunjukkan pertumbuhan Keyakinan yang tinggi diletakkan oleh Menteri
yang positif setiap tahun. Memetik ucapan KPDNKK terhadap keupayaan koperasi untuk
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri terus berdaya saing dan menggekalkan prestasi
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan yang cemerlang ini perlu diberi perhatian yang
Kepenggunaan (KPDNKK) (Sinar Online dan my khusus. Kemampuan koperasi untuk memastikan
Metro), menyatakan bahawa sektor koperasi sistem perniagaan dalam koperasi, hubungan
dijangka menyumbang RM34 bilion kepada dalam menggerakkan koperasi, peranan dan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun tanggungjawab yang dimainkan di setiap peringkat
2016. Manakala unjuran sumbangan koperasi atau pengurusan yang baik dan bersistematik
kepada KDNK negara pada tahun 2016 adalah harus berjalan dengan sempurna. Justeru, Sistem
antara RM31 dan RM32 bilion berbanding RM30 Kawalan Dalaman (SKD) koperasi menerusi
bilion pada tahun 2015 yang bersandarkan kepada pengauditan harus berfungsi dan berkesan.
kepelbagaian aktiviti perniagaan dan peluang
keterbukaan pasaran dagangan asing yang
lebih luas. Sehingga 31 Disember 2016,
Malaysia telah mencatatkan sebanyak
13,428 bilangan koperasi berbanding
12,750 pada tahun 2015 dengan aset
keseluruhan bernilai RM131 bilion
(Statistik Am Bilangan Koperasi:
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) 2016).

BIL. 53 • 2017 9
DIMENSIKOOP

Pengauditan Koperasi
Pengauditan ditakrifkan sebagai satu pemeriksaan analisa dan penilaian yang
berterusan serta sistematik ke atas penyata kewangan, rekod-rekod, operasi dan
pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan sama ada prinsip-prinsip am
perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi. Lembaga
bertanggungjawab untuk melantik Juruaudit Luar dan Jawatankuasa Audit
Dalaman (JAD). Keperluan kepada pelantikan dua juruaudit koperasi ini adalah
untuk memastikan penguditan yang lebih berkesan dalam koperasi.

1) Juruaudit Luar
Peranan juruaudit luar adalah fokus kepada
pengesahan urusniaga dan penyata kewangan
koperasi iaitu dari aspek kewangan. Seksyen 60(1)
Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007), akaun koperasi
hendaklah diaudit sekurang-kurangya sekali dalam
tiap tahun kewangan oleh :

i) Seorang juruaudit yang diluluskan


oleh Suruhanjaya; atau
ii) Seorang pegawai SKM.

Oleh yang demikian, bagi lantikan juruaudit


yang diluluskan oleh SKM, kaedah pelantikan itu
mestilah mengikut perundangan iaitu Lembaga
boleh merujuk kepada Garis Panduan (GP) 26:
Juruaudit yang diberi Kelulusan Mengaudit di
bawah Subseksyen 61(1) Akta Koperasi 1993
(pindaan 2007). Seterusnya seperti yang termaktub
di dalam peraturan 14(1)(h) dan Undang-Undang
Kecil (UUK) 31(1)(h) koperasi iaitu dalam MAT perlu
meluluskan satu panel yang tidak kurang daripada
2 orang juruaudit yang diluluskan oleh SKM untuk
mengaudit akaun koperasi.

Selain itu, peraturan 29(2), mengkehendaki


Lembaga koperasi memberitahu SKM akan
pelantikan juruaudit tersebut untuk menggelakkan
perkara di bawah perenggan 14 iaitu mana-mana
juruaudit tidak boleh mengaudit akaun koeprasi
yang telah dimasukkan dalam rancangan audit
SKM sehingga koperasi berkenaan mendapat surat
pelepasan daripada SKM.

10 BIL. 53 • 2017
DIMENSIKOOP

2) Jawatankuasa Audit Dalaman Kuasa dan kewajipan yang perlu dilaksanakan


oleh JAD seperti yang tertulis di dalam UUK 57(1)
Manakala, Lembaga juga bertanggungjawab untuk adalah:
melantik JAD. Peruntukan perundangan di bawah
Seksyen 42A Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007), (a) Memeriksa segala rekod perakaunan dan
rekod lain yang berhubung secara langsung
(1) Mengkehendaki Lembaga untuk menubuhkan atau tidak langsung dengan koperasi dan
suatu JAD yang terdiri tidak kurang daripada subsidiarinya, jika ada,
3 orang dan tidak lebih daripada 5 orang (b) Memanggil mana-mana orang yang
anggota dengan sewajarnya; dan dikehendakinya supaya mengemukakan atau
(2) Tugas dan tanggungjawab JAD diperuntukkan menyerahkan apa-apa maklumat atau buku,
dalam UUK. akaun dan dokumen yang berkaitan, bagi
memastikan hal ehwal koperasi dijalankan
mengikut matlamat penubuhan, Akta,
Menurut UUK 54, tiada seorang pun layak dilantik Peraturan, GP, UUK, mana-mana undang-
atau kekal sebagai JAD jika dia: undang bertulis lain dan keputusan mesyuarat
agung serta mesyuarat Lembaga.
(a) Telah disabitkan atas suatu kesalahan di
bawah Akta;
(b) Telah ditamatkan sebagai pegawai sesuatu UUK 57(2) mengkehendaki JAD melaksanakan
koperasi: tugas seperti berikut:
(c) Menjadi anggota lembaga koperasi ini;
(d) Mempunyai apa-apa hutang yang tertunggak (a) Memastikan adanya kuasa dan pengesahan
melebihi 6 bulan daripada mana-mana bagi segala perbelanjaan;
koperasi atau institusi perbankan; atau (b) Memeriksa akaun-akaun koperasi pada lat-
(e) Menerima apa-apa pelantikan tetap yang lat masa yang tetap dan tidak boleh kurang
bergaji dalam koperasi ini. daripada sekali dalam tempoh tiga bulan;
(c) Memberitahu Lembaga apa-apa
ketakselarasan yang berlaku dalam
Seterusnya Lembaga juga boleh merujuk kepada pengurusan koperasi dengan serta merta; dan
GP 4: Garis Panduan Pelantikan dan Fungsi (d) Mengemukakan kepada Lembaga laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman, yang memerlukan mengenai pengurusan dan hal ehwal koperasi
seorang yang arif dalam bidang kewangan atau termasuk pelanggaran terhadap Akta,
sekiranya tiada yang mahir dalam bidang kewangan Peraturan atau UUK.
dan perakaunan boleh menimba ilmu dalam
tempoh 6 bulan selepas pelantikan.
Keperluan pelantikan dua juruaudit ini bukan sahaja
hanya mengikut peruntukan perundangan, namun
sejauhmana ia mampu berfungsi dengan baik
dalam melaksanakan kuasa dan kewajipan mereka
adalah sangat penting bagi sesebuah koperasi.

BIL. 53 • 2017 11
DIMENSIKOOP

Memperkasa Nilai Audit Koperasi


Memperkasa merupakan perihal untuk memastikan kelangsungan setiap proses kerja
dapat dijalankan dengan sempurna (Kamus Dewan Edisi Empat). Oleh yang demikian,
memperkasa nilai audit dalam koperasi bukan sekadar struktur perundangan yang
termaktub namun ia juga adalah perlu untuk mematuhi kepada setiap peruntukan
undang-undang tersebut. Peruntukan yang berkaitan dengan kepatuhan dan
pemerkasaan ini adalah melibatkan Perakaunan dan Pengauditan.

Perakaunan Pengauditan
Keperluan penyenggaraan akaun ini penting Kepatuhan kepada pengauditan adalah merujuk
seperti mana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. kepada tanggungjawab Lembaga yang perlu
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam dilaksanakan selepas audit berlangsung iaitu
struktur perundangan perkara yang perlu dipatuhi seperti mana yang termaktub di bawah Seksyen
oleh koperasi berkaitan dengan akaun iaitu: 59 Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007) Penyata
Kewangan dan Laporan Lembaga. Peruntukan
subseksyen 59(1) membentangkan penyata
1) Seksyen 58 (1), (2), (3), (4) dan (5) kewangan dalam mesyuarat agung. Subseksyen
2) Subperaturan 31(1) 59(2) untuk menghantar laporan kewangan kepada
3) Perintah/Arahan Caruman Kepada anggota tidak kurang daripada 15 hari dan SKM
Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak kurang daripada 30 hari sebelum mesyuarat
(KWRS) agung tahunan koperasi.
4) Perintah/Arahan Bayaran kepada
Kumpulan Wang Pendidikan Peruntukan di bawah subseksyen 59(2A)
Koperasi (KWAP) & Pembangunan menyatakan pandangan Suruhanjaya yang
Koperasi mempunyai kesan kewangan terhadap akaun
5) Arahan SKM Bil. 1 Tahun 2011 teraudit dan kunci kira-kira koperasi hendaklah
(Berkaitan Pembayaran Dividen) diselaraskan dengan sewajarnya oleh koperasi dan
6) Pekeliling Bil 1 Tahun 2009 – ditunjukkan dengan jelas dalam akaun teraudit
Panduan Penyenggaraan KWRS koperasi dalam tahun kewangan yang berikutnya
7) Pekeliling Bil. 1 Tahun 2011 dan dilaporkan oleh Lembaga dalam laporan
(Penggunaan KWRS Bagi berkanunnya. Kebiasaan teguran oleh Suruhanjaya
Pembayaran Syer /Yuran) adalah melibatkan i) Kesilapan pengiktirafan ke
8) Pekeliling Bil. 2 Tahun 2011 atas pendapatan atau keuntungan dan ii) Kesilapan
(Penerbitan Syer Bonus daripada pengiraan di Akaun Pembahagian Keuntungan.
KWRS)
9) GP 1 – Penetapan Pindahan Ke KWRS
10) GP 2 – Pembayaran Dividen (pindaan
2012).
11) GP 8 – Perakaunan Geran/Bantuan
12) GP 22 – Pembayaran Honorarium
13) GP 23 – Pelaporan Penyata
Kewangan

12 BIL. 53 • 2017
DIMENSIKOOP

Selain itu, perenggan 59(3)(g) menyatakan bahawa


perlunya untuk Lembaga menyediakan laporan
berkanun Lembaga ke atas semua pelarasan
menurut subseksyen 59(2A) yang telah dijalankan
dengan sewajarnya. Begitu juga seperti dalam
subseksyen 59(5) yang memerlukan setiap penyata
kewangan yang dibentangkan dalam mesyuarat
agung tahunan hendaklah memberikan gambaran
yang benar dan saksama tentang kedudukan hal
ehwal koperasi dan subsidiari jika ada.

Peruntukan yang dinyatakan di atas dapat


membantu koperasi untuk menyenggara akaun
koperasi dengan terperinci dan bersistematik
seperti yang diperlukan oleh Suruhanjaya.
Namun walau bagaimanapun, bagi memastikan
keperluan ini dipatuhi, koperasi iaitu Lembaga
perlu mempunyai JAD yang berkesan dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Pengauditan dan penemuan yang diperoleh
perlulah mempunyai bukti yang boleh disahkan
iaitu:

i) Bukti berdokumen-melalui proses


pemeriksaan, pengesahan dan maklum balas
dari pelanggan.
ii) Bukti fizikal-melalui proses pemerhatian dan
pemeriksaan.
iii) Bukti lisan-melalui proses pertanyaan atau
perbincangan,
iv) Bukti kawalan dalaman-melalui proses
pemerhatian, pemeriksaan dan ulang semula.
Kawalan Dalaman diterima sebagai bukti audit
sekiranya entiti itu mempunyai SKD yang
direka bentuk dengan teliti.
v) Bukti lejar dan jurnal-melalui proses
pemeriksaan dan ulang semula/perkiraan
Bukti ini adalah perantaraan dengan bukti
berdokumen dengan penyata kewangan untuk
memastikan audit dalaman yang berkesan
semua hal ehwal berkaitan dengan kewangan
koperasi tersedia dan boleh diaudit dengan
tepat dan betul.

Oleh yang demikian, kedudukan sebenar prestasi


koperasi bukan hanya dinilai dengan memahami
dan mematuhi perundangan serta aset semata-
mata, tetapi bagaimana semua keperluan ini dapat
diterjemahkan dengan gaya pentadbiran dan
pengurusan koperasi yang cekap, sempurna dan
berintegriti.

BIL. 53 • 2017 13
DIMENSIKOOP

Tanda Aras Kejayaan Koperasi

Amalan Tadbir Urus Koperasi


SKM juga telah mengeluarkan GP 27: Tadbir Urus Koperasi, yang memberi fokus kepada
konteks hubungan antara anggota sebagai pemilik perniagaan, pihak pengurusan yang
mengendalikan perniagaan dan pihak Lembaga yang menerajui pengurusan bagi pihak
pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi.

Amalan tadbir urus yang berkesan akan Peranan juruaudit yang bebas, kompeten dan
memastikan koperasi diurus secara telus dan berkelayakan adalah penting dalam proses
berhemah melalui keseimbangan aktiviti dan tadbir urus koperasi. Audit Dalaman dan luaran
kehematan perniagaan. Pendekatan yang dirumus adalah agen penting kepada Lembaga. Laporan
untuk memastikan amalan tadbir urus berjaya pemeriksaan juruaudit boleh digunakan sebagai
dan berkesan dilaksanakan di koperasi adalah pengawasan bebas terhadap maklumat berkaitan
berlandaskan konsep tanggungjawab, akauntibiliti, operasi dan prestasi koperasi yang diterima
dan ketelusan yang tertumpu kepada peranan ALK daripada pihak pengurusan. Keberkesanan
dan pihak pengurusan. Setiap komponen yang Lembaga dan pihak pengurusan boleh
terdapat dalam struktur organisasi koperasi adalah dipertingkatkan dengan:
menjadi prinsip utama dalam pelaksanaan tadbir
urus yang baik. Prinsip asas dalam tadbir urus (a) Mengiktiraf dan menyampaikan
koperasi adalah melibatkan: kepentingan proses audit kepada
seluruh organisasi;
i) Hal ehwal ALK; (b) Memastikan juruaudit memahami
ii) Pengawasan Pengurusan; tanggungjawab mereka terhadap
iii) Kebertanggungjawaban dan koperasi dan pihak berkepentingan;
pengauditan; dan (c) Menggunakan segala penemuan
iv) Ketelusan integriti. audit secara berkesan dan tepat
pada masanya; dan
(d) Memastikan pihak pengurusan
Prinsip utama ini menjadi asas kepada pecahan 15 melaksanakan tindakan pencegahan
prinsip tadbir urus yang digariskan dalam GP 27. dan pembetulan ke atas masalah
Prinsip Tadbir Urus yang memperincikan berkaitan yang dikenal pasti oleh juruaudit.
dengan peranan dan tanggungjawab juruaudit
adalah:

Prinsip ke 11:
Pengauditan yang mantap
melalui hubungan profesional
antara juruaudit, Lembaga dan
pengurusan.

14 BIL. 53 • 2017

Anda mungkin juga menyukai