Anda di halaman 1dari 13

MPU1013

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


KUMPULAN L
TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN :
SEKS LUAR NIKAH DARI PERSPEKTIF PELBAGAI PERADABAN
(ISLAM, CINA, INDIA)

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. SUHANIM ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH :
KUMPULAN 10
NAMA NO.MATRIK
NUR LIYANA BINTI HARUN 272315
ZULAMRIN BIN ISNO 272338
MAS ERMA BINTI AZNI 272374
MOHD ARIFF FADILAH BIN SAHRULPADILLAH 272378
ALYA SABRINA BINTI AZHARI 272453
NUR HUSSNINA AQILAH BINTI MOHD HUSSIN 272478
SHARADZY BIN SUHAILI 272503
NUR ALISA BINTI AZIZUL 272526
NUR SHAZWANI BINTI JANTAN 272572
NUR FATEHAH KAHAZUDIN 272287
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN....................................................................................................3

3.0 DAPATAN KAJIAN.....................................................................................................6

4.1 Seks Luar Nikah Dari Perspektif Islam..............................................................6

4.2 Seks Luar Nikah Dari Perspektif Cina ………………………………………

4.3 Seks Luar Nikah Dari Perspektif India ………………………………………


4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………
RUJUKAN…………………………………………………………………………………..
1.0 PENGENALAN

Hubungan seks luar nikah yang berlaku merupakan antara isu yang membimbangkan pada

masa kini. Tingkah laku seks berisiko ialah tingkah laku mencari pasangan seks,

memperoleh persetujuan pasangan, membentuk hubungan intim, menunjukkan nafsu

berahi serta persetubuhan. Nafsu yang tidak terkawal telah mendorong keinginan melakukan

hubungan seks tanpa batasan. Banyak pihak dianggap sudah tidak mampu

mempertimbangkan baik buruk melakukan hubungan seks sebelum bernikah. Golongan

perempuan dan lelaki yang terlibat dalam lingkungan usia 7 tahun sehingga 12 tahun

yang paling awal terjebak dengan hubungan seks luar nikah ini dikenali sebagai

“Superyoung”. Kenyataan ini membuktikan bahawa tingkah laku berisiko ini boleh

berlaku kepada seseorang sebelum menjangkau usia remaja.

Selain itu, faktor usia remaja dalam lingkungan 12 tahun sehingga 18 tahun yang

lebih menjerumus sifat ingin tahu dan mencuba menyebabkan gejala hubungan seks luar

nikah ini berlaku. Pengawalan dan pemantauan yang kurang daripada ibu bapa terhadap

anak-anak juga menjadikan seseorang remaja itu terlibat dengan gejala hubungan seks luar

nikah. Hal ini kerana, anak-anak beranggapan apabila ibu bapa tidak mengambil berat,

menjadikan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut keinginan dan mencari

keseronokan hidup bersama kawan-kawan. Hubungan kekeluargaan yang longgar,

menjadikan remaja mengukuhkan hubungan rapat dengan rakan sebaya. Ini akan

mengembangkan kemahiran-kemahiran tertentu sama ada sedar atau tidak kepada aktiviti

berada di luar rumah seperti mengikut rakan, meninggalkan rumah sehinggalah kepada

aktiviti melakukan seks.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, sesuatu budaya biasanya berasaskan

kepercayaan agama. Segala yang berkait dengan hal yang berkenaan perlu berasaskan

kepada ketentuan agama. Oleh hal yang demikian, di antara objektif tersebut adalah

seperti kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam bahawa terdapat perbezaan

perspektif yang signifikan di antara Islam, Cina dan India. Objektif kajian ini juga secara

tidak langsung dapat membuktikan bahawa hubungan seks luar nikah adalah disebabkan

oleh perbezaan norma, budaya, cara hidup, kepercayaan dan latar belakang antara agama.

Setiap kaum mempunyai pegangan tersendiri dalam cara hidupnya. Norma dan budaya

yang diamalkan oleh sesuatu kaum juga adalah satu penentu kepada pembentukan

personaliti seseorang individu. Melalui kajian ini juga, kami dapat memupuk kesedaran

tentang pentingnya kepercayaan agama yang dapat menyekat kepada aktiviti seksual.

Tambahan pula, objektif kajian ini juga adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut

masyarakat melayu yang beragama Islam dan masyarakat India yang bersikap konservatif

terhadap hubungan seks luar nikah serta masyarakat Cina yang bersikap liberal terhadap

hubungan seks luar nikah berbanding dengan masyarakat yang lain.


3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Seks Luar Nikah Dari Perspektif Islam

Menurut islam, hubungan seks yang sebenar adalah hubungan seks antara lelaki dan

wanita yang menjadi suami isteri yang sah di bawah undang-undang yang diakui sah.

Allah S.W.T telah menciptakan lelaki dan perempuan untuk dijadikan sebagai sebuah

keluarga, sebagai saranan untuk mewujudkan rasa aman bagi keluarga bersama rasa

cinta, sayang serta saling memahami.

Hubungan seks luar nikah menurut islam adalah salah satu dosa besar dalam

melakukan penzinaan. Dalam menyedari hukum dosa besar yang dikatakan sebagai

hukum berzina. Disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan ini menjadi seseorang remaja

itu mudah terjebak untuk melakukan hubungan seks mengikut kehendak nafsu dengan

tanpa rasa bersalah dalam Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Isra‟ ayat 32 yang

bermaksud :

“Dan janganlah mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang

keji dan seburuk-buruk jalan.”

Seterusnya, menurut islam juga hubungan seks luar nikah adalah sesuatu perbuatan yang

salah di sisi undang-undang di bawah seksyen 155 zina, iaitu ‘barangsiapa yang

bersetubuh dengan seseorang yang diketahuinya pada masa it, isteri kepada orang lain

atau ada sebab-sebab yang boleh dipercaya bahawa orang itu ialah isteri orang lain dan

persetubuhan itu bukan menjadikan satu kesalahan rogol, ia telah melakukan kesalahan

berzina dan akan dihukum penjara tidak lebih daripada satu tahun dan juga boleh

dikenakan denda tidak lebih daripada seribu ringgit’. Oleh itu, menurut islam penzinaan

adalah perbuatan yang terkeji dalam islam.


3.2 Seks Luar Nikah Dari Perspektif Cina
3.3 Seks Luar Nikah Dari Perspektif India

Menurut masyarakat India, hubungan seks hanya boleh dilakukan dalam ikatan perkahwinan

yang sah menurut hukum agama. Apabila seks itu dilakukan diluar perkahwinan maka akan

menimbulkan penderitaan bagi pelaku seks diluar nikah atau seks bebas. Di dalam Kitab

Manusmriti banyak membincangkan mengenai hukuman dan larangan mengenai hubungan

seks luar perkahwinan atau juga dikenali sebagai zina khususnya dalam bab 8 bermula ayat

353 hingga 387. Di dalam kitab ini menceritakan beberapa situasi yang dianggap zina seperti

apabila seorang lelaki menawarkan hadiah kepada seorang wanita, bergembira bersama,

menyentuh perhiasan dan pakaian beliau, duduk berduaan di atas katil, semua perlakuan

sedemikian adalah dianggap perbuatan zina atau dikenali sebagai samgrahana.

Dan bagi hukuman orang yang melakukan zina menurut Manusmriti adalah:

1) Hukuman mati (Manusmriti 8: 372 dan 359)

2) Hukuman sebat (Manusmriti 8: 364 dan 369)

3) Hukuman kurung di rumah (Manusmriti 8: 365)

4) Hukuman potong 2 jari dan membayar 600 ‘panas’ (Manusmriti 8: 367)

Masih banyak lagi perincian terhadap hukuman yang dikenakan mengikut situasi pelaku

tersebut. Hukuman diberi mengikut situasi dan juga dilihat kepada kasta si lelaki dan

perempuan. Di dalam Kitab Prasara Dharmasastra juga menyebut di dalam bab 10:1 iaitu

mengenai tentang upacara penebusan dosa bagi keempat golongan iaitu seorang lelaki setelah

menggauli seorang wanita yang dilarang untuknya, harus melakukan penebusan dosa

candrayanam.

Selain itu, dari Veta Smerti dalam Kitab Dharmasatra X: 30 menegaskan wanita yang

memperoleh kehamilan tanpa ikatan perkahwinan harus dihalau ke sebuah kerajaan asing

atau keluar wilayah.


Menurut Kajian J Urban Health (2006), punca-punca berlakunya hubungan seks luar nikah

disebabkan oleh mereka yang mengambil alkohol setiap hari atau seminggu lebih cenderung

terlibat dalam seks luar nikah. Ramai pembuat bidaan penjual haram adalah wanita janda atau

bercerai yang memberikan pertolongan seksual dengan menyediakan alcohol. Alkohol

dianggap sebagai faktor utama dan mempengaruhi individu kearah hubungan seks luar nikah.

Selain itu, lelaki yang kurang pendidikan dikatakan lebih cenderung terlibat dalam seks luar

nikah. Pendidikan yang lebih rendah turut dikaitkan dengan lelaki yang mempunyai status

pekerjaan yang rendah seperti buruh pembinaan. (J Urban, 2006)

Kesan terhadap emosi selepas melakukan hubungan seks luar nikah adalah perasaan malu dan

kesal yang timbul kerana mereka mula menyedari perkara hubungan seks luar nikah adalah

salah dan berdosa. Kesan psikologi daripada hubungan seks luar nikah ini menyebabkan

mereka mengalami perasaan bersalah, rendah diri, marah, takut dan berdosa. Mereka juga

akan berasa malu dengan diri sendiri kerana telah melakukan hubungan seks malah hamil

diluar nikah, namun belum berkahwin secara rasmi dan turut mencemarkan nama baik

keluarga serta gagal memenuhi harapan sosial dan keluarga.


3.3.1 Agama Hindu Dalam Konteks Perkahwinan

Dalam aspek agama hindu, seorang indivu hanya boleh berkahwin sekali seumur hidup.

Konsep cerai sama sekali tidak ada dalam agama Hindu. Masyarakat kaum India perlu

menitikberatkan beberapa aspek atau adat yang perlu diikuti sebelum upacara perkahwinan.

Perkahwinan masyarakat kaum India merupakan penyatuan dua individu untuk menjalani

kehidupan supaya mereka boleh meneruskan Dharma (bertugas), Artha (harta benda), Kama

(keinginan fizikal) dan Moksa (pembebasan muktamad rohani) bersama-sama. Di Malaysia,

perkahwinan kaum India berlaku sejak abad ke-15 lagi dan telah diwarisi secara turun-

temurun di India sejak abad ke-4. Selain itu, perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa atau

penjaga telah diamalkan sejak tahun 1990-an lagi di dalam budaya masyarakat kaum India.

Perkahwinan yang diaturkan oleh ibu bapa ini dianggap lebih menjaminkan kebahagiaan dan

dipandang tinggi oleh masyarakat kaum India kerana pasangan yang menjadi pilihan ibu bapa

akan dipilih dengan menilai kelebihan dan kelemahan diri serta melihat keserasian kedua-dua

bakal pengantin melalui tilik nasib, horoskop dan sebagainya. Terdapat seseorang individu

yang bertanggungjawab untuk memberitahu kesesuaian jodoh kepada keluarga kedua-dua

pasangan. Individu tersebut berperanan sebagai perunding yang akan mencadangkan tarikh

dan masa yang sesuai untuk menjalankan perkahwinan dengan mengikut carta kelahiran

kedua-dua bakal pengantin. [ CITATION Dha \l 17417 ]


3.3.2 Upacara Perkahwinan Agama India

Kaum India mempunyai ritual yang tersendiri dalam upacara ijab kabul yang melibatkan

beberapa perkara wajib seperti berikut. Antara langkah-langkah upacara perkahwinan agama

ini ialah upacara perkahwinan ini dimulakan selepas api suci dinyalakan ditengah-tengah

ruang tempat upacara perkahwinan dilangsungkan. Kemudian,diikuti pula dengan upacara

niccayam atau ikat janji dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan

disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan

perkahwinan tersebut.

Seterusnya, kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas tempat duduk yang dibuat

khas dan dihias dengan sangat cantik mengikut adat mereka dan pandaram akan membaca

ayat-ayat suci dan diikuti pasangan pengantin berkenaan. Antaranya, pandaram mendoakan

supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Kemudian, pandaram akan menabur

sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin antara pengantin. Seterusnya,

pengantin lelaki akan mengalungkan ‘thaali’ yang diperbuat daripada benang yang disapu

dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit pada leher pengantin perempuan

hingga aras dada. Thaali yang diikat pada leher si gadis adalah sebagai tanda perkahwinan.

Walau bagaimanapun, bentuk thaali berubah-ubah. Kadang kala thaali berupa anting-anting

emas atau sebentuk cincin emas, bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Selesai mengalungkan thaali, bunga-bungaan ditabur ke arah pengantin semasa si lelaki

mengikat thaali. Selain bunga-bungaan, beras juga turut digunakan. Kedua-dua pengantin

akan berjalan mengelilingi api suci tersebut sebanyak tiga atau tujuh kali, dimulai dengan

pengantin lelaki dan kemudian diikuti pengantin perempuan. Upacara ini dilakukan sebagai

tanda bahawa mereka telah pun menjadi suami isteri yang sah.
Setelah selesai mengelilingi api suci, pengantin akan memberi hormat kepada ibu bapa dan

mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan serta menyapu debu suci pada dahi

pengantin. Antara adat yang diamalkan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke

dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa serta membasuh kaki ibu bapa,

memberi hadiah dhoti kepada bapa mertua serta sari kepada ibu mertua berserta wang.

Kebiasaannya, pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali

dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini

menandakan pasangan ini secara rasmi telah pun sah menjadi suami isteri. [ CITATION Per10 \l

17417 ]
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

https://www.researchgate.net/publication/337858153_Faktor_Hubungan_Seks_Luar_Ni

kah_Dan_Kesan_Terhadap_Emosi_Kajian_Kes_Dalam_Kalangan_Remaja_Sekolah_T

unas_Bakti_Sungai_Lereh_Melaka

Dharmashastra Manusmriti Karma Devdutt Pattanaik Mythology Hindu Epics. (n.d.).


Retrieved from Dailyo.in.

Perbezaan di antara ritual ijab kabul. (25 Mac, 2010). Retrieved from Jepri7:
http://jepri7.blogspot.com/2010/03/perbezaan-di-antara-ritual-ijab-kabul.html

Urban, J. (2006). Extramarital sex, marital relationship and sexual risk in urban poor
communities.

Anda mungkin juga menyukai