PERKEMBANGAN PELAJAR
TAJUK :
KUMPULAN KULIAH: G
DISEDIAKAN OLEH :
9. 9.0 BIBLIOGAFI 24
1.0 PENGENALAN
Definisi tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang
berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik,
aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap
organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan
oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah
laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih
yakin.
Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku
yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam bahasa Inggeris. Ia boleh ditakrifkan
terkeluar dari nilai dan norma social masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya
bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami
oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah
laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam
proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam
persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang
terlibat dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses
interaksi berlaku.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Antara
ciri-ciri tingkah laku positif dan negatif ialah :
1
Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘catch up’ sesuatu perkara
yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan
otak dan berfikir
Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju
ke depan berbanding kawan-kawan yang lain
E-mail : KEB0037@moe.edu.my
3
3.0 TEORI YANG BERKAITAN
3.1 TEORI ALBERT BANDURA
Belajar merupakan interaksi segitiga yang saling berpengaruh dan mengikat antara
lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku. Tingkah laku sebagai
interaksi timbal balik yang terus menerus antara seseorang dan lingkungan.
Pengaruh yang relatif dari setiap faktor bervariasi dalam situasi yang berbeda
untuk tingkah laku tertentu, oleh karena itu dalam beberapa situasi faktor
lingkungan lebih mempengaruhi, padahal dalam situasi lain seseorang mengatur
kejadian-kejadian lingkungan. Dalam proses pembelajarannya, teori belajar sosial
ini, melibatkan lingkungan sosial artinya apa yang dilakukan dalam pembelajaran
dan pengajaran hendaknya memiliki keterkaitan dan padanan dengan kehidupan
sosial yang nyata. Teori belajar ini dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana
orang belajar dalam seting yang alami/ lingkungan sebenarnya.
4
3.2 TEORI FUNGSIONALISME
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan
yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan
manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh
dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.
Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Sosial
akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff
dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu
stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat
itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam
masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula digambarkan bagaimana
perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Sebagai
5
rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat
demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.
Menurut Corey (1996), teori psikoanalitik adalah merupakan pendekatan yang mula-
mula muncul dalam tiga pendekatan psikologi yang utama. Dua pendekatan yang lain
ialah pendekatan tingkahlaku dan pendekatan kemanusiaan (humanistik). Pada sudut
pandangan falsafah, pendekatan ini telah mengemukakan konsep kegirangan. Freud
menyatakan bahawa seseorang individu normal adalah mereka yang dapat menikmati
kehidupannya dengan kasih sayang dan bekerja. Menurut Fine (1972), konsep
kegirangan yang dikemukakan oleh Freud ini dapat dihuraikan lagi dimana terdapat
aspek-aspek lain bagi memperoleh keseronokan, menghapuskan perasaan negatif,
melahirkan perasaan positif, mendapat identiti diri dan masyarakat, mencari
pengertian tentang perasaan dalam keluarga dan kepuasan bekerja.
Dari sudut pandangan yang lain, Morris (1976), melihat bahawa psikonanalitik
telah memberi penekanan pada bahagian tidak sedar, peranan naluri, peranan asas
keluarga, tekanan-tekanan dinamik, dan pembentukan personaliti. Pendekatan ini juga
telah memberi perhatian kepada proses-proses dalaman individu, tingkah laku luaran,
pengalaman masa lampau dan kini, dan keadaan sosial seseorang.
6
hubungan ego dengan masyarakat berbanding dengan hubungan ego yang hanya
memuaskan kehendak id.
7
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik dengan lebih
mendalam dan terperinci tentang masalah ponteng yang berlaku antara pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Putera (SMKTP).
Dalam kajian ini juga, terdapat beberapa objektif kajian yang perlu dicapai oleh para pengkaji
:
Pengkaji dapat menghuraikan takrifan ponteng dengan lebih terperinci supaya kajian dapat
dilaksanakan dengan lebih efisyen.
8
5.0 METODOLOGI KAJIAN/KAEDAH KAJIAN
Selain itu, menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang
digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian
ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur
atau proses menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan lebih awal. Menurut Ustaz Kenali, metodologi penyelidikan merupakan kaedah
dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan
bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu
digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas
(terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses
kajian.
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan kumpulan kami ini dilakukan
berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,
pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah tingkah laku
yang berlaku di SMK Tunku Putera, Baling, Kedah, mengkaji faktor-faktor berlakunya
masalah ponteng dan mengkaji langkah mengatasi pihak sekolah dalam membendung
masalah ponteng di SMK Tunku Putera, Baling, Kedah.
9
5.2 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat
mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta
sering tersembunyi di “sebalik topeng”, maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai
mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan
yang dipilih. Menurut Ustaz Kenali, instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-
apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan
untuk mendalami konsep berkaitan sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan segala
sumber yang berbentuk primer ataupun sekunder. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan
untuk mendapatkan data adalah menggunakan perbincangan kumpulan, kaedah temu bual
dan kaedah rujukan internet.
10
5.3 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN
Pengkaji telah membuat perbincangan bersama ahli kumpulan. Kami dikehendaki mencari
dan menemu bual seorang cikgu yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang cikgu
serta bidang masalah tingkah laku lebih-lebih masalah ponteng sekolah. Disebabkan negara
kita telah dilanda covid-19 tahun 2020, kami berbincang dan bersetuju menggunakan aplikasi
Responden dipilih secara bertujuan untuk memenuhi kehendak tajuk kajian iaitu mengenal
pasti guru yang berpengalaman lebih dari 10 tahun. Responden yang telah dipilih dalam
kajian ini adalah seorang guru yang bernama Cik Adibah binti Mokhtar selaku guru di SMK
Dalam kaedah temu bual, kami telah menemu bual dengan seorang guru di SMK Tunku
Putera, Baling, Kedah. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang
berkaitan dengan masalah tingkah laku dan masalah ponteng yang berlaku disekolah
Kajian ini kami lakukan untuk mengenalpasti kedudukan masalah disiplin SMK Tunku
Putera berada pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Selain itu, kami juga mencari teori-
teori yang berkaitan masalah tingkah laku di internet sebagai penjelasan kami.
5.6 PENUTUP
Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah dijelaskan secara terperinci kedah metodologi
yang digunakan dalam kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, instrument kajian, cara
pemilihan responden, temu bual, dan analisis internet.
12
6.1 MASALAH TINGKAH LAKU DI SMK TUNKU PUTERA DEFINISI
MASALAH TINGKAH LAKU
13
6.2 MASALAH TINGKAH LAKU YANG BERLAKU DI SMK TUNKU
PUTERA
Masalah disiplin yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera
adalah di tahap yang sederhana di mana perkara ini dijelaskan oleh responden
kajian iaitu Cik Adibah Binti Mokhtar. Perkara ini turut disokong oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah sendiri apabila senarai sekolah masalah disiplin dan
dadah dikeluarkan di laman web. Senarai tersebut menyatakan kategori sekolah
diantara kategori 1 dan 3. Kategori 1 merujuk kepada masalah disiplin sahaja
manakala kategori 3 merujuk kepada masalah disiplin dan dadah. SMK Tunku
Putera dikategorikan sebagai sekolah kategori 1 yang mana hanya mempunyai
masalah disiplin. Menurut responden masalah disiplin di sekolah ini masih lagi
dalam keadaan yang terkawal di mana wujudnya kerjasama diantara pihak polis,
PIBG dan masyarakat setempat. Masalah utama yang terdapat di SMK Tunku
Putera adalah masalah ponteng. Ponteng kelas dan ponteng sekolah sering kali
berlaku di SMK Tunku Putera yang mana melibatkan majoriti pelajar tingkatan 3
dan 4. Pelajar-pelajar yang bermasalah ini dikatakan hanya datang ke sekolah
untuk berseronok dan tiada matlamat masa depan. Pelajar- pelajar lebih suka
bermain di dalam kelas dan tidak memasuki subjek-subjek tertentu. Selain itu,
terdapat pelajar-pelajar yang ponteng sekolah kerana malas dan tiada semangat
untuk ke sekolah. Pelajar- pelajar tersebut tidak mendapat proses pembelajaran
dan pengajaran yang sempurna kerana sikap ponteng mereka. Masalah disiplin
lain yang terdapat di sekolah ini juga adalah merokok, membuli dan bergaduh.
Namun masalah ini bukanlah menjadi satu masalah utama di sekolah kerana
perkara ini jarang- jarang berlaku. Kes buli di sekolah ini juga bukan terjadi di
kawasan sekolah namun ianya terjadi di kawasan asrama sekolah kerana terdapat
satu pegangan yang tidak sihat dalam kalangan pelajar asrama iaitu perbuatan
membuli ini merupakan tradisi dari pelajar senior kepada pelajar junior. Bagi
masalah disipli bergaduh pula dikatakan berfaktor dari percintaan yang mana
berebut kekasih dan sebagainya. Selain itu perbuatan bergaduh ini turut berpunca
daripada ejek- mengejek diantara kaum. SMKTP terkenal dengan kepelbagaian
pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh itu wujud perselisihan faham
di antara kaum dengan kaum yang lain.
14
7.0 PERBINCANGAN KAJIAN
Faktor berlakun adalah suatu unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu
hasil. Bagi masalah ponteng antara disiplin yang berlaku di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Putera, Baling Kedah, terdapat berberapa faktor yang menjadi
punca masalah disiplin di sekolah tersebut boleh berlaku.
15
demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apajua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab
atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, samaada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Menurut kajian yang telah kami lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera,
Baling Kedah. Terdapat berberapa faktor berlakunya gejala ponteng dalam kalangan pelajar
sekolah antaranya:-
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran
dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan
sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang
memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi
dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka
mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan
akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes
ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar
yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya
datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka
kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan
saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang
daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang
ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar
dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin
berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu
bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara
negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu
16
bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka
memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke
tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang
ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang
diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat
hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak
mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan
rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya
terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa
yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah
masalah ini.
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi
pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng
sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.
Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir
panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai
alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya.
Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran
dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
4. Mencari Keseronokan
17
7.2 LANGKAH MENGTASI MASALAH PONTENG DI SMK TUNKU
PUTERA
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian kerana di mana ada kemahuan di situ ada
jalannya. Oleh sebab itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi dan
membanteras masalah disiplin di sekolah berdasarkan kajian literatur dan juga
temubual yang telah dilaksanakan bersama-sama dengan Puan Adibah.
Selain itu, para guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Ada diantara pelajar yang
melakukan masalah disiplin di sekolah terutamanya masalah ponteng adalah kerana
proses pengajaran yang bosan dan tidak menarik. Jadi, guru perlulah mengambil
pendekatan yang berbeza untuk menarik perhatian pelajar terutamanya kelas-kelas
yang mempunyai perlajar bermasalah. Para guru boleh mengubah atau membuat
improvisasi dengan lebih kreatif seperti mengajar menggunakan kuiz berbentuk
permainan, belajar di luar bilik darjah atau menggunakan alat bantu mengajar yang
sesuai. Dengan cara ini, para pelajar akan sentiasa ternanti-nanti untuk masuk ke kelas
dan belajar dengan lebih seronok.
Akhir sekali, langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah disiplin
dalam kalangan pelajar ialah ibu bapa perlu sama-sama memainkan peranan. Antara
perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga ialah dengan memberi lebih
perhatian kepada anak-anak. Kadang-kala terdapat pelajar yang melanggar peraturan
kerana inginkan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa perlulah
peruntukkan masa untuk bersama dengan anak-anak walaupun sibuk mencari rezeki.
Sekurang-kurangnya ibu bapa boleh bertanya bagaimana hari yang dilalui atau
memeriksa kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru. Dengan cara ini, anak-anak
akan rasa disayangi dan dipedulikan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan
19
masalah disiplin disekolah kerana tiada sebab lagi untuk mereka melakukan masalah-
masalah tersebut.
20
Selain itu, tabiat pelajar yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya
telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru
disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu
yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan
akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas
seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang
tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu
sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama
memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa
depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan
keuntangan mana-mana pihak.
21
8.0 RUMUSAN
Memang adalah tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial yang melanda Malaysia kian
meruncing baru-baru ini. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan
kemodenan sehingga mereka hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada
terbatas hinggalah berlaku pelbagai masalah sosial seperti ponteng sekolah, merokok,
gangsterisme, vandalisme, pembuangan bayi dan penagih dadah di kalangan mereka.
Menurut kajian, gejala sosial di kalangan mereka telah meningkat dari semasa ke semasa.
Banyak pihak yang amat membimbangkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya
para ibu bapa dan pendidik, maka langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil supaya
dapat mengatasi masalah ini terutamanya skop utama kami iaitu permasalahan gejala ponteng
sekolah di SMK Tunku Putera, Baling.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras gejala sosial
kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat bagi anak-anak mereka. Ibu bapa
sendiri perlu memainkan watak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak
melakukan perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalah kerana anak-
anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa dan ibu bapa adalah orang yang
bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikan
kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya mereka berkeperibadian tinggi.
Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak
mereka. Mereka haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menjalankan
aktiviti seperti membaca, melukis orang bermain badminton. Mereka juga sepatutnya
memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya serta menyediakan suasana yang
harmoni kepada anak-anak mereka. Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalam
kancah sosial.
Selain itu, pihak sekolah juga merupakan salah satu cara yang boleh membendung
masalah ini. Guru-guru seolah-olah ibu bapa para remaja di sekolah. Guru-gurur memberikan
nasihat dan menolong mereka sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah di sekolah.
Guru-guru agama, pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan berperanan
untuk memberikan pendidikan agama dan moral kepada para pelajar. Mata-mata pelajaran ini
merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga
berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Pelajar-pelajar yang
mempunyai pegangan agama dan nilai moral yang kuat adalah dipercayai tidak mudah
22
diperdaya oleh kawan untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Unit bimbingan dan
kaunseling sekolah haruslah kerap menjalankan sesi kaunseling dengan para pelajar
terutamanya mereka yang terlibat dengan masalah disiplin supaya dapat membentuk jati diri
yang teguh dalam jiwa mereka. Pihak sekolah turut boleh mengadakan ceramah dan kempen
contohnya kempen pencegahan jenayah yang mendedahkan para pelajar tentang kesan-kesan
negatif terlibat dalam gejala sosial dengan mengharapkan mereka dapat menjauhi diri dari
perbuatan negatif itu.
Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya sumbangan dari pihak
kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dan
mengenakan hukuman yang setimpal ke atas remaj-remaja yang terlibat dalam gejala sosial.
Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan
kawasan yang sering berlaku kes sosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari
melibatkan diri dalam gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedaran
tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahui impak-impak negatif
apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Untuk mengatasi masalah sosial dengan
sepenuhnya, masyarakat sepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak kata
pepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan sebarang kes gejala
sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lanjut dapat diambil.
Kesimpulan, masalah sosial terutamanya gejala ponteng sekolah ini haruslah dipandang
serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk
pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua pihak mestilah
memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para
remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan
2020.
23
9.0 BIBLIOGRAFI
Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bin Bahari (2014), “Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko”.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/id/eprint/10403/1/30.9_Teori-Teori_Tingkah_Laku_Berisiko.pdf
Khalim Zainal (2011), “Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori
Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti”. Jurnal Pengajian
Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
https://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%204%20-%20khalim%20ms
%2043-56.pdf
24