Anda di halaman 1dari 13

KLUSTER PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2020

SBFS 1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HAFIS BIN IDRIS


NO. MATRIKULASI : 890628145051001
NO. KAD PENGENALAN : 890628-14-5051
NO. TELEFON : 019-2561989
E-MEL : hafis_potter@yahoo.com
NAMA TUTOR : GAN CHUN HONG
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Apabila kita hendak mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah yang melanda, proses
untuk mencipta sesuatu keputusan sangat penting untuk mendapatkan keputusan yang tepat
serta jalan penyelesaian yang terbaik. Proses membuat keputusan merupakan satu langkah
bagi memastikan cara sesuatu masalah tersebut dapat diselesaikan (Adair, 2010). Ia
merangkumi perkara seperti mewujudkan satu keraguan atau persoalan yang akan menjurus
ke arah proses untuk membuat pilihan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Maksud
membuat keputusan seperti dinyatakan oleh Buterworth dan Thwaites (2005) adalah sesuatu
yang ditetapkan, resolusi, penghakiman seperti yang diterangkan oleh mahkamah secara
rasmi, skor terakhir dalam apa jenis pertandingan atau sukan.
Proses membuat keputusan merupakan elemen yang penting kerana ianya akan
digunakan sebagai alat proses rekursif (De Bono, 2005) yang mana dalam kursus ini telah
dinyatakan bahawa kita perlu membuat keputusan mengikut pertimbangan yang berulang kali
antara alternatif yang telah ditentukan oleh sesuatu kriteria. Justeru itu, proses dalam
membuat sesuatu keputusan bukanlah proses yang linear atau selari (Fisher, 2001). Memilih
kaedah serta sesuatu alat yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
adalah sangat penting. Kebiasaannya penyelesaian masalah akan berfungsi sebagai alat yang
membantu dalam membuat sesuatu keputusan dengan lebih mudah. Dalam panduan kursus
OUM (SBFS1103- Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah) mengandungi empat
peringkat untuk menyelesaikan masalah mengikut Bedell dan Lennox (1997). Peringkat
pertama adalah satu proses untuk mengenalpasti serta mengklasifikasikan sesuatu masalah.
Selepas mengenalpasti masalah yang ada, langkah yang seterusnya ialah
mengklasifikasikannya secara lebih terperinci. Langkah yang kedua pula adalah mencari
penyelesaian yang terbaik. Peringkat ini adalah mencari langkah yang proaktif untuk
dilakukan, halangan dan dugaan yang bakal ditempuhi serta pengakhirannya ke arah usaha
bagi mencapai matlamat yang dikehendaki iaitu menyelesaikan masalah tersebut. Langkah
yang ketiga ialah memilih satu langkah penyelesaian yang terbaik. Proses ini merupakan satu
langkah dalam membuat keputusan dengan membandingkan potensi hasil penyelesaian yang
alternatif termasuklah mengenalpasti ciri-ciri penyelesaian yang dirasakan adalah terbaik
termasuk segala halangan serta batasan yang akan dihadapi. Langkah yang terakhir adalah
melakukan penyelesaian untuk masalah tersebut.
Dalam peringkat ini mengandungi tiga langkah yang utama iaitu perancangan serta
persiapan bagi melaksanakan keputusan seterusnya menyelesaikan masalah, melakukan
langkah yang bersesuaian serta memantau kesan daripada tindakan keputusan yang telah
dibuat dan seterusnya mengkaji semula hasil kejayaan dalam melaksanakan keputusan yang
dibuat.
Dalam tugasan kali ini, saya akan mengupas berkenaan tentang perancangan bagi
memberi nasihat serta jalan penyelesaian kepada Halimah yang menghadapi masalah dalam
mencapai satu keputusan sama ada ingin meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan
Johan atau menangguhkan hasrat tersebut kerana bagi menunaikan permintaan ibu bapanya
agar dapat membantu untuk menyara keluarganya selepas dia mula bekerja nanti.

2.0 PENGENALPASTIAN MASALAH

Setiap manusia seringkali dilanda pelbagai masalah dalam kehidupan seharian. Masalah yang
dihadapi sentiasa dikaitkan terhadap sesuatu perkara yang buruk atau memberi kesan negatif
kepada kita contohnya berlaku perbalahan antara suami isteri atau kehilangan barang yang
berharga. Apabila dilihat dari sudut yang lain, sesuatu masalah yang timbul merupakan satu
bentuk peluang bagi memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam diri
setiap manusia (Fogler & LeBlanc, 2008). Walaupun manusia seringkali menghadapi sesuatu
masalah, kebanyakannya tidak sepenuhnya faham akan masalah tersebut. Definisi masalah
boleh ditafsirkan dari pelbagai perspektif sarjana. Menurut pandangan Islam masalah
merupakan satu bentuk pengajaran yang boleh diperolehi apabila manusia menyedari akan
hikmah yang terdapat melalui masalah atau kesusahan yang dihadapi dan boleh melihat
secara mudah akan setiap kelemahan dalam kehidupan mereka serta mendekatkan diri
kepadaNya.
Menurut Langley dan Rogers (2004) pula, masalah adalah cabaran untuk seseorang
individu yang gagal untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi serta
mengklasifikasikan masalah adalah suatu perkara yang penting dalam kehidupan. Ada
sarjana juga mengatakan bahawa terjadinya masalah memberikan kebaikan kerana ia boleh
mendidik diri menjadi seorang individu yang lebih tenang dan terbuka (Dennis Coon, 2002).
Secara amnya, masalah boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah kecil dan masalah
sukar atau rumit. Masalah mudah terjadi dalam skala yang kecil, tidak berkait bersama
masalah lain, tidak mempunyai kesan mendalam dan jalan penyelesaiannya adalah tidak
terlalu sukar serta boleh diatasi oleh individu yang lain. Masalah ini terbatas pada seseorang
1
individu sahaja dan boleh diatasi dengan sendirinya (Cohen & Stemmer, 2007) seperti
memilih untuk membeli baju atau membelanjakan untuk keperluan atau tujuan yang lain.
Masalah mendalam pula terjadi dalam skala yang lebih besar, boleh berkait dengan
sesuatu masalah yang lain, memberi impak atau kesan yang besar terhadap seseorang
individu dan penyelesaiannya memerlukan bantuan atau pertolongan daripada individu yang
lain (Fogler & LeBlanc, 2008). Langkah yang pertama harus dilakukan untuk proses berfikir
dan membuat keputusan ialah mengenalpasti masalah tersebut. Masalah harus dikaji secara
terperinci untuk mencari langkah penyelesaian yang paling bersesuaian. Masalah yang telah
dihadapi oleh Halimah dalam kajian ini adalah bagaimana cara untuk beliau ingin memenuhi
kehendak antara kemahuan ibu dan bapanya untuk bekerja bagi menyara keluarga atau
berkahwin dengan Johan selepas tamat pengajian. Masalah ini berbentuk multi-faset kerana
mengandungi dua masalah yang berkait dalam satu masalah yang sama.
Halimah harus bijak dalam membuat keputusan, sama ada meneruskan niat untuk
berkahwin dengan Johan atau membatalkan niat tersebut dan bekerja bagi membantu
menyara keluarganya. Masalah ini boleh memberi kesan yang mendalam terhadap masa
depan Halimah. Masalah ini juga memerlukan Halimah supaya boleh berfikir secara kreatif
dan kririkal, cara untuk memuaskan hati dan kehendak ibu bapanya dan memuaskan hatinya
sendiri juga sekiranya dia mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya daripada
berkahwin dengan Johan. Masalah ini adalah masalah berbentuk psikologikal atau dalaman
di mana Halimah perlu membuat satu keputusan yang boleh memberi kesan yang besar
terhadap keluarganya serta lelaki yang dicintainya iaitu Johan
Masalah ini dikategorikan sebagai masalah peribadi kerana masalah tersebut berkait
dengan keluarga dan orang terdekat (Fieldman, 2010). Sekiranya Halimah tidak dibantu
dalam membuat keputusan, kemungkinan Halimah akan mengambil keputusan yang boleh
memberi kesan negatif kepada dirinya sendiri. Menurut pendapat ibu bapanya, masalah ini
perlu diselesaikan dengan cara Halimah perlu membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan
Johan dan perlu bekerja untuk membantu keluarga. Keputusan itu harus dibuat oleh Halimah
kerana Halimah berasal dari keluarga yang susah dan mempunyai adik beradik yang masih
bersekolah serta memerlukan bantuan kewangan. Tambahan pula ibu bapa Halimah tidak
berkemampuan untuk menyediakan semua keperluan tanpa bantuan Halimah. Ibu bapa
Halimah juga turut beranggapan bahawa Halimah sangat muda untuk berkahwin. Keadaan ini
mungkin disokong oleh sesetengah adat yang turut menyatakan bahawa seseorang yang
berumur 19 tahun adalah usia yang terlalu muda untuk berkahwin (Mahmood Nazar
Mohamed, 2004).

2
Jika dilihat dari perspektif Halimah, masalah yang timbul disebabkan dia perlu
memilih antara satu sama ada keluarga atau kekasih. Menurut pendapat Halimah,
penyelesaian yang paling tepat adalah dia perlu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan
Johan tetapi dalam masa yang sama Halimah akan bekerja bagi membantu menyara
keluarganya. Halimah berpendapat bahawa perkara tersebut bukanlah merupakan masalah
yang besar tetapi selepas mendapat halangan yang kuat daripada ibu dan bapanya, dia perlu
membuat satu keputusan yang tepat. Mungkin dia terpaksa melupakan Johan serta
membatalkan niatnya untuk berkahwin dan membantu menyara keluarganya disebabkan rasa
hormat kepada ibu bapanya serta kasih sayangnya terhadap keluarga. Masalah ini boleh
diatasi jika Halimah dapat mengenalpasti antara manakah pilihan tepat dan paling penting
untuk dirinya sendiri. Halimah menghadapi kebuntuan kerana dalam masa yang sama dia
ingin kedua-duanya iaitu keluarganya dan juga Johan. Keadaan ini membuatkan Halimah
buntu dan dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tepat.
Masalah lain juga turut membelenggu fikiran Halimah iaitu sekiranya dia meneruskan
niatnya untuk berkahwin dengan Johan, mungkin dia akan dibenci oleh ibu bapanya atau
lebih malang lagi akan disisihkan oleh keluarga serta saudara mara ibu bapanya juga. Ini akan
menyebabkan dia bersedih walaupun dia telah mengahwini Johan, tetapi dia kehilangan ibu
bapa serta adik beradiknya yang sangat rapat dengannya sejak kecil dan kemungkinan jika
disisihkan dia tidak akan dapat berjumpa dengan keluarganya lagi. Mungkin juga dia tidak
akan dipedulikan lagi oleh saudara ibu dan bapanya dan akan menyebabkan dia mengalami
kemurungan sepanjang hayat.

3.0 ANALISIS PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah boleh diklasifikasikan sebagai satu proses kognitif yang mana
maklumat akan digunakan bagi usaha untuk mencari langkah-langkah yang bersesuaian untuk
mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Torrence (1973), mentafsirkan penyelesaian masalah
adalah satu proses menjadikan seseorang itu peka akan masalah yang timbul dan ini
membuatkan seseorang individu tersebut berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan
membuat spekulasi, mengubah cara hidup, dan mendapatkan hasilnya. Masalah yang mudah
melibatkan alternatif penyelesaian yang mempunyai langkah-langkah yang tidak rumit.
Individu menerima semua maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah secara
lisan mahupun tulisan berpandukan arahan yang diberi kepadanya (Fogler & LeBlanc, 2008).

3
Masalah yang mudah terdapat jalan penyelesaian yang spesifik dan memudahkan seseorang
individu untuk mengetahui penyelesaian tersebut sama ada tepat atau salah.
Tetapi untuk masalah yang sukar, ia memerlukan kajian serta analisis yang relevan.
Kajian dilakukan secara terperinci mengenai prestasi penyelesaian masalah antara pakar
menunjukkan bahawa pengetahuan berperanan penting dalam setiap proses penyelesaian
masalah. Di samping mempunyai pengetahuan yang khusus, cara yang sangat berkesan dalam
ingatan jangka panjang untuk memudahkan ingatan kembali (Greeno & Simon, 1980). Hasil
kajian sekarang semakin jelas membuktikan bahawa semua tugas penyelesaian masalah
dilakukan berdasarkan pengetahuan. Setiap tindakan dalam keadaan masalah serta
pengetahuan merupakan calon penyelesaian yang berpotensi. Terdapat beberapa faktor yang
telah menyumbang ke arah permasalahan ini. Sebab utama Halimah berhadapan dengan
masalah ini ialah berpunca daripada keluarga dan pihak luar iaitu Johan. Halimah berasal
daripada keluarga yang susah dan merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik.
Sebagai anak sulung dan menjadi harapan keluarga, ibu bapa Halimah meletakkan
harapan yang besar kepadanya supaya dapat membantu mereka menanggung kos
perbelanjaan di rumah disebabkan masih ada 6 orang adiknya yang masih bersekolah.
Sebagai ibu bapa, mereka beranggapan bahawa mereka telah membelanjakan wang yang
banyak untuk menghantar Halimah ke sekolah dan tidak ada salahnya sekiranya mereka
mengharapkan Halimah akan membantu keluarga dalam menanggung segala kos
perbelanjaan di rumah selepas tamat pengajian. Mungkin ibu bapa Halimah risau terhadap
masa depan Halimah yang masih muda sekiranya dia berkahwin dan tidak bekerja, jika Johan
mampu untuk menjaganya dengan baik seperti mana mereka menjaga Halimah sejak kecil.
Ibu bapa Halimah mengharapkan agar Halimah boleh berfikir secara masak-masak dan
matang dalam membuat sebarang keputusan kerana ia boleh mempengaruhi masa depan
dirinya serta keluarga. Sebagai seorang anak yang menjadi harapan keluarga, adalah menjadi
kewajipan untuk membantu keluarga (Fogler & LeBlanc, 2008). Dalam ajaran Islam, ini
adalah menjadi satu kewajipan seorang anak terhadap keluarganya (Langley & Rogers,
2004).
Dalam ajaran Islam dituntut supaya anak sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa
termasuklah mendengar segala nasihat dan memberi kebahagiaan kepada mereka. Sebab yang
kedua adalah berpunca daripada Johan iaitu kekasih Halimah. Johan merupakan seorang
lelaki yang berumur 29 tahun dan dikira matang, seharusnya Johan lebih mengetahui akan
tanggungjawab Halimah terhadap ibu bapa serta keluarganya. Tetapi Johan telah
mempengaruhi Halimah supaya berkahwin dengannya selepas dia menamatkan pengajian.
Tindakan Johan adalah tidak wajar kerana Halimah merupakan anak sulung yang menjadi
4
harapan keluarga. Dari perspektif Johan, dia menyayangi Halimah dan boleh menerima status
Halimah sebagai seorang pelajar dan berusia muda 10 tahun darinya. Objektif utama Johan
adalah untuk berkahwin dengan Halimah. Jika hasrat sahaja tidak memenuhi objektif
sekiranya Johan gagal dalam memikirkan kesan ke atas tindakannya dalam mempengaruhi
Halimah untuk berkahwin sekiranya terdapat kebarangkalian bahawa seandainya Johan tidak
mampu untuk menjaga Halimah seperti keluarganya menjaga Halimah dan terpaksa berpisah
pada masa akan datang.
Dari perspektif Halimah, harapannya agar ibu bapanya menerima keputusannya untuk
bekahwin dengan Johan tetapi dia tidak mahu dibenci oleh ibu bapanya dan disisihkan oleh
keluarganya serta tidak mahu akan disifatkan sebagai seorang anak yang pentingkan dirinya
semata mata untuk berkahwin di usia yang muda. Bagi Halimah, sebab yang sebenar adalah
berpunca daripada sikap ibu bapanya yang tidak memahami keinginan dan tujuannya untuk
berkahwin. Halimah beranggapan bahawa ibu bapanya tidak ingin melihat Halimah bahagia
bersama lelaki yang dicintainya iaitu Johan kerana masih terlalu awal. Halimah juga masih
memikirkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak yang sulung dan seharusnya dia
perlu membantu ibu bapanya dari segi perbelanjaan untuk adik-adiknya yang masih
bersekolah. Hal ini telah mempengaruhi psikologi Halimah. Sehingga kini, Halimah masih
belum meluahkan masalah yang dihadapinya kepada mana-mana yang mengenalinya pun
tetapi dia telah meluahkannya kepada saya disebabkan saya adalah kawan baiknya sejak kecil
lagi. Matlamat utama adalah untuk memberi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
oleh Halimah dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian.

4.0 APLIKASI PENYELESAIAN MASALAH

Cara ini adalah satu langkah bertujuan untuk memberi penyelesaian kepada Halimah tentang
masalah yang dihadapinya. Langkah ini bagi mengaplikasikan jalan penyelesaian untuk
Halimah yang menghadapi masalahnya. Selepas penentuan situasi dapat dicapai bersama-
sama Halimah, satu intervensi atau rancangan tindakan yang bersesuaian dengan
penyelesaian masalah telah dirangka. Dalam perkara ini, sebagai seorang rakan yang
bertanggungjawab, saya harus menasihati Halimah supaya bijak dalam membuat sesuatu
keputusan berdasarkan atas matlamat yang ingin dicapai oleh Halimah bersesuaian dengan
pembentukan rancangan tindakannya agar relevan dengan masalah yang ditanggungnya.
Perancangan tindakan menurut Fogler dan LeBlanc (2008) adalah sangat penting supaya

5
pihak yang terlibat iaitu individu yang menghadapi masalah dan individu yang cuba untuk
memberikan jalan penyelesaian melihat perkara yang hendak diselesaikan secara objektif.
Menerusi perancangan juga, individu yang boleh memberi jalan penyelesaian masalah
tersebut mampu memerhatikan perihal individu yang menghadapi masalah serta melihat
tahap kesesuaian rancangan tindakan penyelesaian atau intervensi tersebut dengan masalah
yang dihadapi. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya menggunakan pendekatan
penyelesaian masalah iaitu pendekatan secara heuristik serta pendekatan secara submatlamat.
Pendekatan heuristik memfokuskan kepada penyelesaian masalah dengan cepat iaitu dengan
cara tekaan yang dirasakan sangat tepat serta relevan, kebiasaannya dilakukan berdasarkan
pengetahuan serta pengalaman yang lalu (Mahmood Nazar Mohamed, 2004). Pendekatan
secara heuristik ini dapat menghadkan alternatif penyelesaian bagi mencari satu penyelesaian
paling terbaik sahaja. Contohnya apabila kita menghadapi masalah insomnia, terdapat
beberapa jalan penyelesaian yang boleh dilakukan contohnya menyusun semula waktu tidur
dan melakukan aktiviti senaman pada waktu petang.
Dalam situasi ini kita dikatakan mengaplikasikan strategi heuristik apabila kita
memilih hanya satu sahaja daripada alternatif penyelesaian masalah untuk mengatasi masalah
insomnia tersebut seperti memilih untuk menyusun waktu tidur dan alternatif penyelesaian
lain diabaikan. Analisis submatlamat pula adalah strategi yang dirancang dengan merangka
setiap matlamat terdekat atau mentafsirkan setiap masalah pertengahan yang meletakkan kita
dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencapai matlamat akhir (Ma’rof Redzuan &
Haslinda Abdullah, 2003) seperti matlamat akhir ialah untuk menyiapkan kertas kerja
manakala submatlamatnya pula ialah mendapatkan sumber rujukan, melakukan perjumpaan
bersama pensyarah untuk memeriksa setiap draf dan menyiapkan kertas kerja berdasarkan
format yang telah diberikan.
Dalam situasi tersebut analisis submatlamat merupakan penyelesaian masalah bagi
mencapai matlamat akhir, seperti contoh dalam situasi tersebut setiap tugas yang terlibat
untuk menyiapkan kertas kerja adalah satu proses untuk penyelesaian masalah. Menerusi
pendekatan secara heuristik, saya membuat spekulasi berdasarkan rule of thumb, dan
menasihati Halimah tentang cara untuk terus bersama Johan dan bekerja bagi membantu
menyara keluarga. Halimah boleh membuat pilihan bagi mencapai hasrat kedua-duanya
serentak. Ini boleh dilakukan dengan cara membatalkan hasratnya untuk berkahwin bersama
Johan dan bekerja sehingga Halimah mempunyai aset serta berjaya untuk membantu menyara
keluarga serta adik beradiknya yang lain. Di samping itu, Halimah boleh terus untuk
berjumpa serta menjalinkan cinta dengan Johan, dan boleh meneruskan niat untuk berkahwin
dengan Johan selepas dia bekerja serta membantu keluarganya. Ketika itu pasti ibu bapanya
6
akan berasa gembira dan akan merestui Halimah untuk meneruskan niatnya untuk berkahwin
dengan Johan.
Halimah masih boleh berkasih dengan Johan tetapi harus meminta Johan agar boleh
menunggunya jika mahu berkahwin dengannya sehingga Halimah sudah bersedia dari semua
aspek. Johan juga perlu menghormati keputusan ibu bapa Halimah yang tidak membenarkan
Halimah untuk berkahwin awal dengannya dan menerima segala keputusan Halimah serta
sanggup menunggu Halimah sehingga Halimah bersedia untuk berkahwin dengannya jika dia
benar-benar mencintai Halimah. Melalui cara ini, Halimah boleh membalas jasa ibu dan
bapanya dan pada masa yang sama dapat mengekalkan dan meneruskan hubungan cintanya
dengan Johan. Melalui pendekatan secara submatlamat pula, saya menekankan ke atas segala
masalah yang kecil yang telah dikenalpasti ketika Halimah berusaha untuk menyelesaikan
masalahnya iaitu salah faham antara ibu bapanya.
Saya akan cuba untuk memberi keyakinan kepada ibu dan bapanya bahawa Halimah
telah membuat keputusan yang bijak dan ideal serta tidak akan memberi kesan yang negatif
kepada sesiapa. Halimah masih merupakan seorang anak yang solehah dan menyayangi ibu
bapanya dan disebabkan itu, dia akan mendengar nasihat ibu bapanya dan menurut kehendak
mereka untuk tidak berkahwin lagi dengan Johan. Keputusan yang telah dibuat oleh Halimah
ini telah diterima secara baik oleh ibu bapa Halimah. Halimah juga akan berusaha untuk
memastikan hubungannya dengan kedua ibu bapanya pulih seperti biasa selepas menyatakan
hasratnya untuk tidak berkahwin lagi dengan Johan.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penyelesaian masalah adalah satu proses yang sangat penting


terhadap setiap individu yang menghadapi sesuatu masalah. Setiap hari kita acap kali
menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah kecil mahupun besar. Untuk menyelesaikan
setiap masalah yang datang, kita harus mencipta strategi yang berkesan bertujuan
membolehkan kita untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut pendapat psikologi,
kebanyakan ahli psikologi berpendapat bahawa penyelesaian masalah ialah medium yang
terbaik untuk manusia bagi menghadapi halangan serta cabaran dalam usaha serta matlamat
kita untuk mencapai hala tuju dalam kehidupan. Dalam usaha untuk mencari jalan
penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi, terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan
sebagai langkah penyelesaian masalah yang terbaik. Setiap strategi penyelesaian masalah
terdapat langkah yang berbeza dan kebiasaannya setiap strategi tersebut diaplikasikan
mengikut masalah yang mendatang. Oleh itu pendekatan secara heuristik serta submatlamat
7
dianggap sebagai salah satu strategi serta berperanan penting dalam proses penyelesaian
masalah Halimah ini.

6.0 RUJUKAN

Adair, J. (2010). Decision making and problem solving strategies (2nd ed.). Kogan


Page. London, U.K.

Bedell, J. R., & Lennox, S. S.(1997). Handbook for communication and problem- solving


skills training: A cgnitive-behavioural approach (1st ed). Wiley.

Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International


Examinations (Paperback).

Coon, D., & Mitterer, J. O. (2008). Psychology A Journey. (3rd ed). United States:
Thomson Learning.

Fogler, H. S., & LeBlanc, S. E. (2008). Strategies for Creative Problem Solving. (2nd ed).
United States: Pearson Education.

Langley, P., & Rogers, S. (2004). An Extended Theory of Human Problem


Solving.Online. http://cll.stanford.edu/icarus.cs05.pdf

Mahmood Nazar Mohamed. (2004). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada


Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2003). Psikologi. (2nded). Universiti Putra


Malaysia, Shah Alam: Mc Graw-Hill.

Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth Group Dependent and
field independent cognitive style and this implications

8
BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN

Tugasan ini dibuat kerana ingin mengetengahkan isu dan mengenalpasti faktor utama
tentang kemerosotan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2019. UPSR 2019
telah menyaksikan seramai 4896 calon telah memperolehi keputusan yang cemerlang semua
gred A. Jumlah pencapaian cemerlang tersebut merupakan 1.11% daripada 452,711 jumlah
calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun 2018. Keputusan UPSR pada
tahun 2019 telah memberi kejutan yang besar keatas banyak pihak termasuk golongan ibu
bapa serta guru. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya permasalahan tersebut. Objektif
tugasan pada kali ini ialah untuk mengenalpasti, menganalisis setiap permasalahan serta
menghuraikan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi punca kemerosotan keputusan calon
UPSR pada tahun 2019.

2.0 PERMASALAHAN UTAMA KEMEROSOTAN KEPUTUSAN UPSR 2019

2.1 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Secara Drastik

Perubahan yang berlaku keatas kurikulum secara drastik merupakan salah satu punca
berlakunya kemerosotan UPSR 2019. Walaupun cara pembelajaran ini sudah diperkenalkan
kepada setiap pelajar bermula tahun 2011, tetapi ia masih tidak dapat untuk mendidik para
pelajar menerusi sistem perlaksanaan tersebut. Sistem tersebut sangat bagus dan telah
dipraktikkan oleh negara-negara yang maju tetapi untuk kita melaksanakannya hendaklah
dibuat secara berperingkat serta latihan yang berkesan agar para pelajar boleh menerima

9
sistem itu. Setiap yang diilhamkan tersebut adalah sangat baik tetapi setiap pelaksanaannya
hendaklah mengikut cara yang sepatutnya.

2.2 Pelajar Tidak Bersedia Terhadap Perubahan

Berdasarkan keputusan yang telah dikeluarkan terbukti kebanyakan para pelajar tidak
sepenuhnya bersedia terhadap perubahan yang telah diperkenalkan melalui sistem baru iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi mereka yang masih kecil
berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menerima segala perkara atau pelajaran yang
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi disebabkan mereka baru hendak mengenali
tentang dunia pembelajaran. Nilai tersebut lebih bersesuaian untuk diterapkan pada peringkat
menengah mahupun peringkat universiti kerana pemikiran mereka pada waktu itu sudah
berada di peringkat matang dan lebih kreatif serta inovatif.

2.3 Kurang Berehat Kerana Terlalu Padat Dengan Aktiviti Pembelajaran

Para pelajar kekurangan masa untuk berehat disebabkan masa yang mereka miliki
terlalu padat dengan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh apabila waktu pagi dipenuhi
dengan kelas di sekolah sehingga pukul 1.00 petang dan kemudian disambung dengan kelas
tuisyen yang diambil. Adakalanya juga kelas tuisyen disambung sehingga waktu malam
disebabkan banyak subjek yang diambil. Hal ini menyebabkan mereka keletihan dan tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan secara tidak langsung akan
menyebabkan pemikiran mereka tidak dapat berkembang dan seterusnya mereka tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna dan memuaskan.

3.0 STRATEGI DAN ALAT PENYELESAIAN MASALAH BERDASARKAN


MASALAH YANG DIPILIH

3.1 Kajian Semula Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) Di


Peringkat Sekolah Rendah

Kerajaan perlu mengkaji semula terhadap perlaksaan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) di peringkat sekolah rendah supaya dapat mencari kekurangan serta
kebaikan dan kesesuaian sistem tersebut terhadap para pelajar di peringkat sekolah rendah.

10
Selain itu untuk mengelakkan daripada berulangnya seperti pemansuhan sistem pembelajaran
sains dan matematik dalam bahasa inggeris yang banyak merugikan para pelajar kerana
dengan cara itu membolehkan para pelajar menguasai bahasa inggeris.

3.2 Perlukan Guru Yang Terlatih

Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah menyediakan guru yang terlatih dan


berpengalaman luas untuk mendidik para pelajar dengan lebih berkesan. Dengan adanya guru
terlatih membolehkan para pelajar dididik dengan satu garis panduan yang boleh menjadikan
para pelajar berfikiran lebih kreatif dan inovatif selain lebih bijak dan mampu untuk
mempelajari sesuatu subjek dengan lebih mudah dan berkesan.

4.0 KESIMPULAN

Berlakunya kemerosotan keputusan UPSR pada tahun 2019 menimbulkan banyak


persoalan pada semua pihak dan seharusnya segala punca harus diatasi dengan sebaiknya.
Walaupun begitu kita harus memikirkan hasrat untuk melihat generasi akan datang lebih
berjaya dan menjadi modal insan yang berkualiti dan disegani di mata dunia seterusnya
menjadi pemimpin yang disegani oleh seluruh dunia dan bakal memajukan negara ini.

11

Anda mungkin juga menyukai