PENDAHULUAN
RASIONAL
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru
pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan
kemahiran literasi dan numerasi
Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi
seawal Tahun 1.
Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran
memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan
mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”
DEFINISI KONSEP
Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah
(dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian”
LITERASI TAHAP 1
DEFINISI KONSEP
MATLAMAT
“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi
dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI
KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
STRATEGI PELAKSANAAN
Status
Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina
dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Jadual Waktu
Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu
sedia ada
Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian
waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat
program ini.
Penentuan Murid
Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan
menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian
Kesihatan)
Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan
dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan
daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan
diadakan pada bulan Oktober
Guru
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah
kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini
perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani
masalah ini.
Kemudahan
KANDUNGAN PROGRAM
Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi
murid yang mengikuti program ini
Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100
Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid
Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dan berkesan
Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif
PELAPORAN
Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan
laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
PENUTUP
Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal
persekolahan.
Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan
sasaran NKRA’s