Anda di halaman 1dari 1

Salah satu kumpulan bertanggungjawab untuk membersihkan tandas di

asrama. Setiap ahli kumpulan itu telah membawa peralatan yang diperlukan
seperti penyapu, berus, sabun, sarung tangan, topeng muka, tong air, paip
dan sebagainya. Semua ahli kumpulan memakai topeng muka dan sarung
tangan bagi menjaga kesihatan diri semasa menjalankan tugas pembersihan.
Mula-mula, mereka berusaha untuk membersihkan sarang labah-labah dan
habuk di atas siling dan dinding tandas. Kemudian, mereka mula
menggosokkan dinding yang sudah kotor. Pada masa yang sama,
sebahagian ahli membersihkan singki dan cermin di dalam tandas. Akhir
sekali, mereka pun membasuh lantai dengan menggunakan sabun dan
mencucikannya dengan teliti supaya semua kekotoran dibersihkan dan lantai
tandas tidak begitu licin.

Kemudian, satu kumpulan guru pelatih pula mengutip sampah di seluruh


kampus. Kumpulan ini mengandungi bilangan guru pelatih yang paling
banyak kerana kerja ini perlukan banyak tenaga manusia. Setiap ahli
kumpulan dibekalkan dengan sarung tangan, topeng muka dan juga dua beg
plastik hitam. Mereka juga dipecahkan kepada ??? kumpulan kecil untuk
menjalankan tugas ini di tempat yang berasingan. Kumpulan pertama
menjalankan tugas di sekitar blok asrama, kumpulan kedua berada di
blok ???, kumpulan ketiga bertugas untuk mengutip sampah di tepi jalan
seluruh kampus. Selain itu, mereka juga menkosongkan tong sampah di
dalam kampus dan menukarkan beg plastik hitam yang baharu. Segala
sampah sarap yang dipungut telah diletakkan di tapak sampah dengan
teratur.

Terdapat salah satu kumpulan guru pelatih mengambil tanggungjawab untuk


menghiaskan bilik rehat. Selain membersihkan bilik rehat, para ahli kumpulan
juga mengecat dinding bilik rehat dan seterusnya melukis mural di atasnya.
Sebahagian guru pelatih pula menghiaskan papan kenyataan di dalam bilik
rehat dengan kertas warna dan hiasan yang warna-warni. Mereka juga
menampalkan gambar-gambar serta artikel yang terkini di atas papan
kenyataan supaya ia kelihatan cantik dan ceria.