Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tarikh / Hari : 29 Ogos 2018 (Rabu)
Tahun : 3L
Bil. Murid : 41 Orang
Masa : 10.10 pagi– 11.10 pagi (60 minit)
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Hargai Alam dan Sumbernya
Standard kandungan Standard pembelajaran
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa 3.3.3 Membina dan menulis jawapan
dan ayat dengan betul. pemahaman berdasarkan soalan yang
bertumpu dengan betul.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1. Memahami dan menulis sekurang-kurangnya 2 soalan bertumpu yang dikemukakan
berdasarkan teks dengan betul.
2. Membina dan menulis sekurang-kurangnya 2 jawapan pemahaman berdasarkan
soalan bertumpu daripada petikan “Kebaikan Berbasikal” dengan betul.

Sistem Bahasa
Tatabahasa:
Morfologi : kata nama
Sintaksis : ayat majmuk, ayat tunggal

Pengisian Kurikulum
 Ilmu : pendidikan alam sekitar
 Kemahiran : membaca, menulis
 EMK : Nilai : kerjasama, cinta akan alam sekeliling

Kepelbagaian kaedah dan teknik


 KBAT : Peka terhadap alam sekitar
 KP : Pembelajaran koperatif, pembelajaran kontekstual
 Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan alam sekitar
 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif : Berinteraksi dengan guru dan rakan untuk
menimbulkan keseronokan

Bahan bantu mengajar :


Powerpoint, petikan teks “Kebaikan Berbasikal”, komputer, smartboard, lembaran kerja,
kertas putih

Pengetahuan sedia ada :


Murid mempunyai pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan berdasarkan teks.

Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


masa
Set induksi Powerpoint -Guru menayangkan powerpoint kepada BBM :
(±5 minit) (Individu) murid.  Powerpoint
-Murid tersebut diminta meneliti gambar yang  Komputer
Sesi soal jawab telah ditayangkan di atas papan putih.  Smartboard
(kelas) -Guru bersoal jawab dengan murid tentang
gambar-gambar tersebut. KB :
Contoh soalan: -Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi  Peka terhadap
1. Pernahkah pelajaran pada hari ini. alam sekitar
anda jumpa
kenderaan- Teknik :
kenderaan ini?  Soal jawab
2. Mana satu
adalah
Kontekstual :
kenderaan
 Menghubungkait
awam?
dengan alam
sekitar.
Contoh jawapan:
1. Pernah
2. Bus, kapal
terbang, kapal
Langkah 1 Petikan teks (kelas) -Guru meminta murid-murid membaca BBM :
(±15 minit) “Kebaikan Berbasikal” petikan teks yang telah ditunjukkan di  Petikan teks
hadapan kelas. “Kebaikan
-Murid diminta berbincang tentang kebaikan Berbasikal”
Strategi : berbasikal yang diketahui oleh mereka.
-Guru soal satu kelas. -Guru membimbing murid memahami petikan KP:
-Guru soal secara “Kebaikan Berbasikal” melalui sesi soal  Pembelajaran
rawak. jawab. kontekstual
-Guru memberi penerangan tentang isi
pelajaran hari ini. Nilai:
 Cinta akan alam
sekeliling

Teknik :
 Perbincangan

KB:
 Peka terhadap alam
sekitar
Langkah 2 Permainan Bahasa -Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. KP :
(±25 minit) (Kumpulan) -Setiap kumpulan akan menghantar wakil  Pembelajaran
-Saya fikir untuk mendapatkan kertas putih daripada kontekstual
guru.
-Guru akan menayangkan tajuk yang harus BBM :
dibincangkan oleh murid dalam powerpoint.  Kertas putih
-Setiap kumpulan dikehendaki menjawab  Powerpoint
dan menuliskan jawapan dalam kertas putih  Komputer
dalam bentuk i-think.  Smartboard
-Guru membincangkan jawapan dengan
murid. Nilai :
-Guru memberi token kepada kumpulan yang  Kerjasama
dapat menyempurnakan tugasan.
KB :
 Peka terhadap
alam sekitar

Langkah 3 Penilaian (Individu) -Semua murid membaca petikan teks dalam BBM :
(±10 minit) -Lembaran kerja lembaran kerja secara mentalis.  Lembaran kerja
-Murid yang lebih berkemampuan menjawab
soalan pemahaman bertahap tinggi dalam Nilai
Pengayaan dan petikan teks dengan betul.  Kerjasama
Pemulihan -Murid yang kurang berkemampuan
-Lembaran kerja menjawab soalan pemahaman bertahap KB :
rendah dalam petikan teks dengan betul.  Peka terhadap
alam sekitar
Penutup Rumusan -Guru merumuskan pelajaran pada hari ini. KP :
(±5 minit) (Kelas) -Murid diminta menyatakan nilai-nilai murni  Pembelajaran
yang dipelajari pada hari ini. kontekstual
Sesi Soal Jawab -Guru juga menasihati murid-murid supaya
(Kelas) sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni Nilai:
dalam kehidupan seharian sebagai  Bekerjasama
penamatan kelas hari ini.  Cinta akan alam
sekeliling

Refleksi:

Kekuatan:

Dalam set induksi, guru berjaya menarik minat murid dengan menjalankan sesi jawab
dengan murid. Murid dapat mengaitkan isi soal jawab dengan tajuk pembelajaran pada hari
ini. Dalam langkah pertama, murid dapat membaca petikan dengan menggunakan intonasi
dan sebutan yang jelas dan betul. Dalam langkah kedua, murid dapat membuat kerja
dengan ahli kumpulan untuk mencari jawapan. Dalam langkah ketiga, murid dapat membuat
kerja dengan senyap dan betul.

Kelemahan:
Sebelum set induksi, guru telah mengambil masa yang panjang untuk mengawal kelas. Hal
ini mungkin disebabkan selepas rehat, emosi dan mood murid belum lagi disediakan untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Suara guru pada hari ini pun kurang
jelas kerana kurang sihat. Ini telah menyebabkan murid yang duduk di belakang kurang
dapat arahan yang jelas daripada guru.

Cadangan penambahbaikan:

Guru perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk mengendalikan kawalan kelas dengan
baik supaya tidak berlaku kebisingan dalam kelas dan mengambil masa yang panjang untuk
mengawal kelas. Guru juga perlu menggunakan strategi pengajaran yang sesuai untuk
mengatasi masalah-masalah yang telah berlaku supaya semua murid dapat mengikut
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.