Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE-24/2018


OLEH
TYT TAN SRI DATUK SERI UTAMA DR.ZULHASNAN RAFIQUE
PENAUNG YAYASAN AMAL WANGSA
MERANGKAP DUTA BESAR MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia.

Yang Dihormati,…………(JEMPUTAN VIP)……………;

Yang Dihormati, ………………YDP……………., YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru;

Yang Berusaha, Encik Rashed bin Sahroni, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Taman Seri Rampai, Penolong-penolong Kanan, AHli Jawatankuasa PIBG, guru-
guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia

Saya amat gembira dan berbesar hati pada hari ini kerana dapat meluangkan
masa bersama-sama warga sekolah ini pada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan
Olahraga SKTSR kali Ke-24/2018

Hadirin sekalian,

Bidang sukan merupakan platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang


cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada
pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga
mampu membentuk murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak
langsung  membentuk atlet yang  berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin
dan mempunyai  jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,

Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai
matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu
mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah tetapi juga dapat merapatkan
silaturrahim warga sekolah dan masyarakat setempat, malahan, pendekatan ini akan
menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Hadirin sekalian,

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi


sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan
hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan
pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga merupakan landasan ke arah
perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan
warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kegiatan sukan yang berterusan juga merupakan satu benteng yang menjadi
penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak
sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar
mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui
kegiatan sukan, kita mampu membangunkan modal insan yang berkualiti dan insan
yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa
hadapan. Selain itu, kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang
sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.
Hadirin sekalian,

Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan


masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia
hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengan
kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan
harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan
bertoleransi amat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli
sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa,
dan agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola kerana dapat menganjurkan Kejohanan Sukan Olahraga SK Taman Seri
Rampai, kali yang ke-24 dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil
bahagian dan meraih pingat kejohanan selepas ini, saya ucapkan tahniah dan
kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda
menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan.

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK TAMAN


SERI RAMPAI KALI KE-24 (2018).

Sekian, terima kasih.