Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN E-SUKAN

Apakah yang dimaksudkan dengan E-sukan ini? Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali
sebagai E-Sport ialah sejenis bentuk pertandingan dengan permainan video.

1. e sukan melahirkan generasi kreatif


2. e-sukan menjana pendapatan
3. e-Sukan dapat menambah pembangunan ilmu pengetahuan dan teknologi.
4. E sukan  dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Tetapi pada hari ini saya akan membincangkan tentang e-sukan menjana pendapatan
Dalam permainan E-Sport para pemain akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut.
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata melalui Pelan
Strategik Pembangunan e-Sukan, kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2020
untuk tujuan pembangunan e-sukan. Hal ini akan  meningkatkan lebih banyak pelaburan dari luar
dalam e-sukan ini.

Seterusnya, pemain e-Sukan di Malaysia telah banyak menyertai pertandingan di serata dunia
seperti pertandingan International 3, Dota 2 Championship yang berlangsung di Amerika
Syarikat dan pasukan dari Malaysia telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut
dengan membawa pulang RM1juta. Sebagai contoh, Yap Jian Wei, atlet professional e-sukan
telah menjadi jutawan Pada masa yang sama mengubah persepsi buruk sesetengah pihak
terhadap e-sukan.
Selain itu, sebuah sekolah di Norway telah menawarkan kursus e-Sukan kepada para pelajarnya,
membuktikan sukan elektronik merupakan sebuah bidang yang berdaya saing dari sudut positif.

. Malaysia telah dijadikan sebuah hub sukan bertaraf dunia, ESM didaftarkan oleh Suruhanjaya
Sukan Malaysia.
Pihak kerajaan telah melancarkan eSport Malaysia atau ESM yang didaftarkan atas sokongan
FELDA sendiri serta ASUS Malaysia selaku jenama peralatan yang disyorkan pada Disember
2014 dengan objektif untuk menaik taraf sukan e-Sukan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai