Anda di halaman 1dari 13

Jenis Karangan : Catatan

Soalan : Baru-baru ini kamu telah mengadakan sambutan Hari Jadi .Tulis sebuah
catatan tentang pengalaman kamu itu.

Membuat persiapan
- membantu ibu
membersih dan
menghias rumah serta Kedatangan tetamu
Pendahuluan menyediakan hidangan -Menyambut kedatangan
-hari , tarikh - menyapu sampah, rakan-rakan sekelas,
-sambutan Hari Jadi menggantungka belon jiran-jiran dan saudara-
dan menghidangkan mara terdekat-bersalam
ke berapa
makanan - menjemput tetamu
-di mana sambutan
masuk
diadakan - rakan memberi hadiah
hadiah

SAMBUTAN
HARI JADI

Penutup
-tetamu beransur-
ansur pulang.
-mengucapkan terima Menjamu selera
kasih - tetamu - dimulakan dengan
-Bersyukur dapat bacaan doa
menyambut hari jadi - - memotong kek –
keluarga dan rakan Aktiviti
mengagihkan kepada
-permainan kotak
tetamu
beracun, meniup
-pelbagai hidangan –
belon dan cabutan
mihun goreng, kuih
bertuah
muih, buah-buahan
-pelbagai aksi mencuit
hati
-rakan-rakan gembira
menerima hadiah
Rabu, 2 Jun 2010
Pada minggu lepas, genaplah usia saya sepuluh tahun. Saya telah mengadakan
majlis sambutan Hari Jadi di rumah. Saya menjemput rakan-rakan sekelas, jiran-
jiran dan saudara mara terdekat ke majlis saya.

2.00 petang
Selepas pulang dari sekolah, saya segera membantu ibu untuk persiapan majlis.
Saya mengemas rumah dan menyediakan juadah di dapur. Saya membantu ibu
dengan menyapu sampah, menggantungkan belon dan menghidangkan makanan di
ruang tamu.

3.00 petang
Para tetamu tiba di rumah. Saya menyambut kedatangan mereka dengan senyuman
dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memenuhi jemputan saya.
Saya bersalam dan menjemput mereka masuk ke rumah. Rakan-rakan saya turut
memberi hadiah Hari Jadi kepada saya.

3.30 petang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti acara memotong kek Hari Jadi.
Saya mengagihkan kek Hari Jadi kepada para tetamu. Para tetamu menikmati
juadah yang terhidang di atas meja. Antara juadah yang dihidangkan seperti mihun
goreng, ayam goreng, kuih-muih, dan buah-buahan. Masing-masing begitu berselera
menikmati juadah.

4.30 petang
Sambutan Hari Jadi diserikan dengan permainan kotak beracun dan meniup belon
sehingga pecah . Pelbagai aksi lucu apabila melihat telatah tetamu ketika aktiviti ini
dijalankan. Acara cabutan nombor bertuah turut diadakan. Hadiah diberikan kepada
tetamu yang berjaya.

5.00 petang
Tetamu beransur-ansur pulang ke rumah. Saya bersalam dan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada para tetamu. Saya bersyukur kerana majlis sambutan Hari Jadi
saya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Saya juga berasa sangat
gembira kerana dapat meraikan majlis ini bersama-sama mereka. Saya berharap
majlis sambutan Hari Jadi saya dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.
Jenis Karangan : Catatan

Soalan : Lawatan sambil belajar

2.berkumpul di sekolah –
diberi taklimat oleh ketua
rombongan

1. Siapa, apa, bila, 3. sampai di tempat yang


berapa orang terlibat, dituju
di mana - menaiki bas
- sampai – ambil sarapan

Lawatan sambil
belajar

6. pulang ke rumah 4. di bawa melawat ke


tempat bersejarah
- tempat menarik

5.
merakamkan tempat
tersebut
- meriam, tempat bersiram
Jawapan :

Pada minggu lepas, saya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bukit
Malawati di Selangor Darul Ehsan. Saya tidak mahu melepaskan peluang menyertai
lawatan ini kerana banyak pengetahuan yang boleh saya peroleh dan dapat
dimanfaatkan sampai bila-bila.

Ahad ( 13 Januari 2010 )

7.30 pagi

Ayah menghantar saya ke sekolah. Saya bersama melaporkan diri kepada


Cikgu Afzal. Lawatan ini dianjurkan oleh Persatuan Kajian Tempatan sekolah saya.
Seramai 25 orang ahli persatuan menyertai lawatan ini dengan diiringi oleh empat
orang guru pengiring.

7.45 pagi

Setelah semua murid berkumpul di tapak perhimpunan, kami telah diberi


taklimat ringkas oleh Cikgu Afzal. Beliau merupakan ketua rombongan pada kali ini.
Banyak peringatan dan nasihat yang diberi kepada kami agar kami menjaga
tatasusila dan disiplin sepanjang lawatan ini.

8.00 pagi

Kami menaiki bas menuju ke Bukit Malawati. Hati saya begitu teruja kerana
inilah kali pertama saya menyertai lawatan. Sepanjang perjalanan kami menyanyi
dan bergelak-ketawa. Perjalanan mengambil masa selama dua jam. Kami tiba pada
pukul 10.00 pagi. Cikgu Afzal membawa kami singgah di gerai yang terletak di kaki
Bukit Malawati. Kami bersarapan terlebih dahulu bagi mengisi perut yang mula
berkeroncong.

10.30 pagi

Kedatangan kami disambut oleh Encik Adam yang merupakan pegawai


penerangan. Kami dibawa melawat mengelilingi Bukit Malawati. Sepanjang lawatan
itu, Encik Adam menerangkan fungsi wujudnya Bukit Malawati ini. Dalam
penerangannya, bukit ini berperanan sebagai kubu bagi mempertahankan negeri
Selangor daripada penjajah Inggeris. Banyak meriam lama yang masih utuh
walaupun usianya sudah melangkaui beratus tahun.

11.30 pagi

Walaupun keletihan, kami tidak menjadikannya halangan untuk mendapatkan


maklumat yang lebih lanjut. Selain meriam-meriam lama, kami juga berpeluang
untuk melawat beberapa tempat seperti perigi diraja. Perigi ini digunakan oleh
keluarga diraja bersiram. Di samping itu juga, tempat untuk memancung kepala
rakyat yang derhaka kepada raja turut kami lawati. Alangkah ngerinya saya apabila
mengenangkan peristiwa itu. Selepas itu, kami membeli beberapa cenderahati untuk
dibuat sebagai kenangan. Kami turut bergambar bersama-sama guru.
1.30 petang

Kami turun ke kaki bukit. Perut begitu lapar dan kami mengambil kesempatan
untuk menjamu selera. Selepas itu kami berkumpul dan menaiki bas untuk pulang ke
sekolah. Dua jam kemudian, kami sampai ke sekolah. Saya disambut oleh ayah.
Senyumannya menandakan kelegaan kerana saya selamat sampai ke
pangkuannya.

Begitulah perjalanan saya sepanjang hari ahad yang lepas. Banyak


pengetahuan sejarah yang saya ketahui. Benarlah kata orang tua dahulu, “banyak
berjalan luas pengalaman”. Saya berasa puas dan ingin menyertai lawatan jika ada
kesempatan.
Jenis Karangan : Catatan

Soalan : Hari Sukan Tahunan

Pendahuluan :
- Sukan tahunan SK Seri
Kepayang-Sabtu-7 Mei 2010
- Murid berkumpul di padang
sekolah.
- kedatangan para tetamu

Penutup : Isi 1:
- Murid mengutip sampah - bersurai - Lintas hormat – nyanyian lagu Negaraku,
Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah
- Bacaan ikrar dan doa
- Ucapan GB - perasmian

Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang

Isi 4 : Isi 2 :
Penyampaian hadiah/pingat – - acara sukan bermula
anugerah olahragawan dan - contoh acara : lari 100 m, 200 m,
olahragawati dan lari berganti 4x100m
- acara sukaneka, acara jemputan
sekolah luar

Isi 3:
- Rehat – acara senamrobik dan
persembahan tae-kwon-do
- Acara disambung – sukaneka ibu
bapa
- Acara tarik tali akhir
Sabtu, 7 Mei 2010

7.30 pagi
Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang telah mengadakan Hari Sukan Tahunan.
Sebelum acara bermula, murid-murid diminta berkumpul di dataran perhimpunan.
Terdapat beberapa orang murid yang membantu guru-guru mengangkat peralatan
sukan ke padang. Kelihatan ramai ibu bapa yang bergerak ke padang bagi
memeriahkan lagi temasya sukan tersebut.

7.45 pagi
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah
sukan iaitu rumah biru, kuning, hijau dan merah. Seramai 25 orang ahli kontinjen
daripada setiap rumah telah menyertai perbarisan ini. Mereka berbaris dengan
penuh semangat.

8.00 pagi
Acara diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Afendi Bin Alias. Seterusnya,
ketua murid telah mengetuai bacaan ikrar perbarisan.

8.15 pagi
Acara sukan bermula. Semua peserta yang mengambil bahagian berkumpul di tepi
padang. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara lari 100 meter, lari 200
meter, lari berganti 4x100 meter dan acara untuk jemputan sekolah luar iaitu lari
berganti-ganti.

9.45 pagi
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka oleh murid- murid pra sekolah dan
murid-murid tahap 1.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Para tetamu dihiburkan dengan acara senamrobik oleh murid-
murid Tahun 4. Selain itu, para tetamu juga turut disajikan dengan persembahan
tae-kwon-do. Para tetamu berasa terpegun melihat kehebatan peserta tae-kwon-do
memecahkan batu-bata.

10.30 pagi
Acara disambung dengan acara sukaneka untuk ibu bapa. Ramai ibu bapa yang
mengambil bahagian dalam acara sukaneka untuk memeriahkan lagi acara sukan
ini.

11.00 pagi
Acara penyampaian hadiah dan pingat kepada pemenang. Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada pemenang rumah sukan iaitu rumah hijau. Guru
Besar turut menyampaikan piala kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.

12.00 tengah hari


Sebelum acara berakhir, murid-murid diminta membersihkan kawasan padang
sekolah. Majlis bersurai.
Jenis Karangan : Catatan

Soalan : Hari Guru

Perhimpunan
Sekolah
-Ucapan Guru Besar
-Ucapan wakil murid

Bersurai Persembahan Murid


-Sajak
-Pantun
- Sketsa

SAMBUTAN
HARI GURU

Permainan
Penyampaian -Bola Sepak antara
Hadiah guru lelaki
-Permainan -Bola Tampar antara
-Pertandingan guru perempuan
Mewarna
Pertandingan
-Mewarna antara
murid tahap satu
-Mewarna antara
murid tahap dua
Karangan Jenis Catatan

Sambutan Hari Guru

Pada 17 Mei 2010, SK Sri Kinta telah menjayakan Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah. Seramai empat puluh empat orang guru dan lima ratus orang
murid hadir pada hari itu untuk menjayakan program tersebut.

17 Mei 2010

7.40 – 8. 10 pagi – Perhimpunan diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Guru


Besar dan wakil murid memberi ucapan. Dalam ucapan tersebut, guru besar
mengingatkan agar para guru ikhlas mencurahkan ilmu kepada para murid.
Manakala wakil murid mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada
guru yang telah banyak berkorban kepada murid dalam mencurahkan ilmu.

8.10 – 10.40 pagi – Persembahan murid diadakan di dewan sekolah. Wakil setiap
murid dari tahun satu hingga tahun enam mempersembahkan pantun, sajak dan
sketsa bertemakan jasa dan pengorbanan guru. Seramai dua belas orang orang
murid dari tahap satu membuat persembahan manakala wakil tahap dua disertai
oleh sepuluh orang.

10.40 – 11.30 pagi – Pertandingan permainan diadakan khas untuk guru sahaja.
Guru lelaki bermain bola sepak manakala murid perempuan bermain bola tampar.
Seramai dua puluh orang guru lelaki mengambil bahagian dan guru perempuan pula
disertai oleh lima belas orang. Setiap kumpulan dipecahkan kepada guru tahap satu
dan guru tahap dua.

11.30 -12. 30 tengah hari – Pertandingan mewarna diadakan antara murid mengikut
tahap di kelas masing-masing. Gambar lukisan berlatarkan situasi guru di sekolah.

12.30 – 1.00 tengah hari – Penyampaian hadiah untuk para guru dan para murid
yang menyertai pertandingan. Permainan bola sepak dimenangi oleh guru tahap
satu manakala permainan bola tampar dimenangi oleh guru tahap dua.

1.00 - Majlis bersurai. Murid dan guru dibenarkan pulang.


Jenis Karangan : Catatan

Soalan : Pulang bercuti di kampung

Terletak di
kawasan sawah
terletak
padi.

Menziarahi ibu
Menziarahi pusara saudara dan
datuk dan sepupuku
nenekku.

Pulang bercuti di kampung

Melawat ke tempat- mencari makanan


tempat yang kegemaranku
membangkitkan sewaktu di bangku
kenangan sekolah
Berjumpa dengan
manis dan pahit.
kawan-kawan
sekolah
Pulang Bercuti di Kampung

Minggu lepas adalah cuti penggal pertama persekolahan bagi sesi 2010. Aku
mengambil kesempatan itu untuk pulang bercuti di kampung halamanku yang terletak di
Jitra kedah. Aku terlalu rindukan suasana di kampungku.

Kampung halamanku terletak di kawasan sawah padi. Kebanyakkan orang


kampung di situ bekerja sebagai pesawah. Aku juga adalah salah seorang anak pesawah
padi. Tapi ayahku telah berpindah ke bandar sejak aku berumur 15 tahun kerana ayahku
telah diterima menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Kini yang tinggal di
kampungku hanya mak ngah dan Pak Ngahku sahaja.

Apabila sampai sahaja di kampung, aku terus pergi kerumah Pak Ngah dan Mak
Ngahku. Sudah hampir 2 tahun aku tidak balik menjenguk mereka sekeluarga. Sampai
sahaja aku dirumah Pak Ngah, aku terus berjumpa dengan Mak Ngah. Kelihatan Mak Ngah
sangat gembira menyambut kedatangan aku kesitu. Aku juga bertanyakan khabar sepupu-
sepupuku yang sudah lama tidak ku temui. Banyak cerita yang nak dikongsikan. Tapi badan
terasa letih dan aku berehat seketika. Pada sebelah petang aku menunggang motosikal
sepupuku menuju ke pusara datuk dan nenekku yang terletak di kawasan masjid yang
berhampiran dengan kampungku. Aku sedekahkan Al-fatihah dan membaca surah kepada
mereka. Aku juga sempat membersihkan pusara mereka dengan membuang rumput-rumput
yang tumbuh meliar.

Setelah siap semuanya, aku pun menunggang motosikal mengelilingi kampung. Aku
pergi ke tempat –tempat yang pernah aku bermain bersama rakan. Apabila sampai disitu,
aku teringatkan kenangan-kenangan lama bersama kawan-kawan sepermainan. Ada
kenangan yang manis dan ada yang pahit. Aku suka akan pemandangan sawah padi yang
luas terbentang. Ianya seolah-olah dapat meleraikan kekusutan minda dan dapat
memberikan ketenangan kepadaku.

Setelah penat melawat tempat-tempat kegemaranku aku pun pulang ke rumah Mak
Ngah. Aku mandi di sungai yang terletak dihadapan rumah Mak Ngahku bersama sepupuku.
Selepas itu kami makan malam bersama-sama. Aku sangat menggemari masakan kampung
seperti ulam-ulaman. Keesokan paginya, aku membawa Mak Ngah pergi ke pasar untuk
membeli barangan keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang aku singgah dikedai makan
kegemaranku. Aku membeli makanan kegemaranku dan membawa pulang kerumah Mak
Ngah.

Selepas makan tengahari aku pergi kerumah rakanku. Rakanku membawa aku pergi
berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Aku begitu seronok dapat berjumpa dengan
kawan-kawan lamaku sewaktu sama-sama dibangku sekolah. Banyak maklumat yang dapat
kami kongsikan bersama.

Keesokkan harinya aku pun bersiap mengemas pakaianku untuk pulang kerumah
ayahku. Aku bersalaman dan memeluk Mak Ngah. Kelihatan Mak Nagah menitiskan air
matanya membasahi pipi. Aku mengerti perasaan Mak Ngah. Tanpa berlengah aku
melewati pintu rumah dan memasuki ke keretaku untuk pulang ke rumah ayah ku.
Jenis Karangan : Catatan

Soalan : Gotong-royong

Pendahuluan
-Berhimpun diperkarangan
sekolah

Penutup Isi 1
-perasaan gembira - Ucapan Guru Besar
- Bersurai -Taklimat guru bertugas mengenai
gotong royong

GOTONG-ROYONG SEKOLAH

Isi 4J Isi 2
- Jamuan disediakan oleh -Agihan kumpulan dan kerja
pihak sekolah

Isi 3
-Aktiviti gotong royong dijalankan
Contoh ; sapu sampah,cuci
longkang,lap tingkap dan lain-lain.
22 Apri l 2010 Sabtu.

7.30 Pagi
Semua murid dan guru berhimpun di perkarangan sekolah. Murid-murid beratur
mengikut kelas masing-masing .Guru kelas mengambil kedatangan murid yang
hadir.Murid-murid membawa peralatan masing-masing seperti kain
buruk,cangkul,berus,penyapu dan sebagainya.

7.50 Pagi
Guru Besar Sekolah KJebangsaan Convent menyampaikan ucapan ringkas
mengenai gotong-royong yang
Dijalankan.Selepas itu,guru bertugas mingguan memberi taklimat tentang aktiviti
yang akan dijalankan.Aktiviti gotong-royong ini dijalankan sempena aktiviti tahunan
sekolah.

8.15 Pagi
Murid-murid telah diagihkan mengikut kumpulan tahap masing-masing. Setiap
kumpulan diketuai oleh seorang guru bagi memastikan murid-murid melaksanakan
tugas yang diarahkan.Beberapa orang wakil PIBG dan ibu bapa turut hadir member
sumbangan tenaga bagi menjayakan gotong-royong ini.

8.30 Pagi
Murid-murid tahap dua setiap kumpulan melakukan tugas yang diberi seperti
mencuci longkang,menyapu sampah,mengelap tingkap, mengecat,melukis
mural,menyusun pasu bunga dan sebagainya.Manakala murid-murid tahap satu pula
melakukan kerja-kerja yang agak ringan seperti mengutip sampah dikawasan
padang,dan men yiram pokok bunga.Guru-guru pula ada yang menanam pokok –
pokok ditaman herba,mencantas dahan-dahan pokok dan membersihkan kolam
ikan.

11.30 Pagi
Setelah selesai bergotong-royong,murid-murid dan guru-guru menikmati jamuan
ringan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah.Selain itu, murid-murid juga
dibekalkan dengan sepotong kek dan air mineral.

12.00 tengah hari


Semua murid dan guru yang hadir berasa gembira kerana dapat menceriakan
sekolah tempat mereka mencurah dan menimba ilmu. Semua murid pulang dengan
perasaan yang gembira.

Anda mungkin juga menyukai