Anda di halaman 1dari 16

1

SULIT

SAINS
Kertas 1
Tahun 4
Oktober
2017
1 jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


TAHUN 4

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

1. Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud inferens?

A. Mencatat pemerhatian

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


2

B. Membuat pernyataan umum


C. Merekodkan maklumat
D. Membuat kesimpulan awal

2. Antara peraturan bilik Sains berikut, yang manakah adalah salah?

A. Buang sisa kimia ke dalam tong sampah


B. Laporkan segera sebarang kecederaan
C. Lakukan kerja dengan teliti dan cermat
D. Simpan radas sains di tempat yang betul

3. Jadual menunjukkan jarak bagi planet P, Q dan R dari matahari dan masa yang diambil untuk
beredar mengelilingi matahari.

Planet Jarak dari matahari Masa yang diambil untuk


(juta km) beredar mengelilingi
matahari
P 108 225 hari
Q 150 365 hari
R 230 687 hari

Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?

A. Saiz planet
B. Jarak dari matahari
C. Keadaan planet
D. Masa yang diambil untuk beredar mengelilingi matahari

4. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kebakaran semasa berada di bilik Sains?

A. Membuang mancis yang berbara ke dalam tong sampah


B. Membuka tingkap
C. Bergurau dengan rakan
D. Makan di dalam bilik Sains

5. Antara berikut, yang manakah cara mengendalikan bahan sains dengan betul?

A. Meletakkan mata selaras dengan skala radas


B. Menggunakan kanta pembesar untuk mengamati benda-benda kecil
C. Semua bahan kimia perlu dilabelkan dan bertarikh
D. Memakai sarung tangan makmal semasa mengendalikan bahan kimia
6. Bagaimanakah Azman bergerak balas apabila dia terdengar bunyi guruh di langit ketika
hujan?

A. Menutup kedua-dua mata


B. Menutup kedua-dua telinga
C. Menutup hidung
D. Menyarung badan dengan selimut

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


3

7. Maklumat berikut membandingkan berat bagi empat buah-buahan, P, Q, R dan S.

 Berat P lebih besar daripada berat R


 Berat Q lebih besar daripada berat P tetapi kurang daripada berat S

A. C.

B. D.

8. Seorang murid
menyiram pokoknya yang
diletakkan di dalam bilik
gelap setiap hari. Walau
bagaimanapun, dia
mendapati pokok itu layu
selepas seminggu.
Apakah yang perlu
dilakukan bagi
memastikan
pokoknya tumbuh dengan sihat?

A. Dia perlu meletakkan baja ke dalam pasu


B. Dia perlu menyiram pokok dengan lebih kerap
C. Dia perlu mendedahkan pokok tersebut kepada cahaya matahari
D. Dia perlu memasang kipas untuk pokok tersebut

9. Rajah menunjukkan sistem pernafasan manusia.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


4

Urutan yang manakah betul bagi pengaliran udara semasa menarik nafas?

A. Hidung → Trakea → Peparu C. Trakea → Peparu → Mulut


B. Mulut → Hidung → Peparu D. Peparu → Trakea → Hidung

10. Rajah menunjukkan seorang budak lelaki menarik tangannya dengan pantas apabila tersentuh
cerek yang panas.

Gerak balas ini menunjukkan bahawa

A. manusia bernafas
B. manusia membiak
C. manusia boleh bergerak balas
D. manusia bergerak balas terhadap rangsangan

11. Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan.

Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang

A. Hidup di darat
B. Bernafas melalui kulit lembap
C. Mempunyai kulit yang lembap
D. Mempunyai cara pembiakan yang berbeza
12. Rajah menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan struktur pernafasan masing-masing.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


5

Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

X Y
A Kelawar Rama-rama
B Katak Ular
C Ikan paus Tapak sulaiman
D Lembu Buaya

13. Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan, K, L dan M.

Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan organ pernafasan haiwan tersebut?

K L M
A Spirakel Peparu Insang
B Spirakel Insang Peparu
C Insang Spirakel Peparu
D Peparu Insang Spirakel

14. Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.

Gerak balas itu adalah terhadap

A. sentuhan C. graviti
B. air D. cahaya matahari

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


6

15. Rajah menunjukkan satu tumbuhan muda yang digantung secara terbalik dalam satu kotak
gelap dan dibiarkan di kawasan yang cerah. Satu lubang dibuat pada satu bahagian kotak itu.

Ke arah manakah pucuk tumbuhan itu akan tumbuh selepas seminggu?

A. R C. T
B. S D. U

16. Rajah menunjukkan bahagian daun yang ditutup dengan kain hitam.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan ini?

A. Tumbuhan memerlukan air


B. Tumbuhan memerlukan udara
C. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari
D. Tumbuhan memerlukan makanan
17. Rajah menunjukkan satu anak benih kacang hijau dalam sebuah pasu yang diletakkan dalam
satu kotak dengan hanya satu lubang di bahagian tepi.

Apakah yang akan berlaku kepada anak pokok itu selepas dua minggu?

A. Ia akan mati
B. Ia akan tumbuh secara menegak
C. Ia akan layu dan menjadi kuning
D. Pucuknya akan tumbuh menghala ke bahagian lubang itu

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


7

18. Rajah menunjukkan satu proses yang berlaku dalam tumbuhan hijau.

Apakah proses tersebut?

A. Pernafasan C. Percambahan
B. Pembiakan D. Fotosintesis

19. Antara berikut, yang manakah boleh mengukur masa dengan tepat?

A. C.

B. D.

20. Rajah menunjukkan sebuah kubus dan kuboid.

Berapakah bilangan kubus boleh dimuatkan dalam kuboid itu?

A. 48 C. 72
B. 60 D. 84

21. Rajah menunjukkan empat objek, W, X, Y dan Z


di dalam bikar yang berisi air.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


8

Susunkan objek-objek
itu mengikut urutan yang
betul daripada yang paling
sukar terapung hingga yang
paling senang terapung.

A. X, Z, W, Y C. Y, W, Z, X
B. X, W, Z, Y D. Z, X, Y, W

22. Satu teko dengan isi padu 1ℓ akan diisi dengan air daripada cawan yang boleh menampung
150 mℓ air. Berapakah cawan yang diperlukan untuk mengakibatkan limpahan?

A. 7 C. 5
B. 6 D. 4

23. Rajah menunjukkan satu bikar dan satu silinder penyukat yang berisi air.

Apakah jumlah isi padu air yang terkandung dalam silinder penyukat itu selepas air di dalam
bikar dituang ke dalamnya?

A. 45 cm3 C. 85 cm3
B. 65 cm3 D. 95 cm3

24. Rajah menunjukkan empat objek.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


9

Antara objek berikut, yang


manakah bersifat legap?

A. W dan Y
C. X dan Y
B. W dan Z D. X dan Z

25. Bahagian termos berlabel yang manakah diperbuat daripada plastik?

26. Rajah menunjukkan sumber asas sesuatu objek.

Apakah X dan Y?

X Y
A Tanih Plastik
B Logam Getah
C Batuan Sutera
D Batuan Kapas

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


10

27. Ridzuan mahu menyimpan secawan minuman koko panas untuk masa yang lebih lama. Cara
yang manakah paling sesuai digunakan untuk menyimpan minuman tersebut?

A. Tutup cawan itu


dengan piring kaca
B. Balut botol itu
dengan satu helaian plastik
C. Balut cawan itu
dengan tuala
D. Tutup cawan itu
dengan piring kaca dan
balut cawan itu dengan
tuala

28. Rajah menunjukkan sebuah khemah.

Apakah yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bahan untuk membuat khemah?

A. Kalis air
B. Warna
C. Kekuatan
D. Mengkonduksi elektrik

29. Rajah menunjukkan satu penyiasatan.

Antara paku berikut, yang manakah tidak berkarat selepas seminggu?

A. W dan X C. X dan Y
B. W dan Y D. Y dan Z

30. Kita dinasihatkan supaya menyapu gris di antara engsel almari untuk memastikan pintu
almari senang dibuka. Ini adalah kerana gris

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


11

A. menukarkan warna engsel menjadi hitam


B. mengelakkan engsel daripada berkarat
C. menambahkan geseran antara engsel dan pintu almari
D. mengurangkan geseran antara engsel dan pintu almari

31. Rajah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid.

Selepas seminggu, air itu bertukar warna menjadi perang. Antara berikut, yang manakah
benar tentang pemerhatian itu?

A. Air telah bertindak balas dengan cahaya


matahari
B. Air telah menyerap haba dari matahari
C. Kekotoran paku besi termendap
dalam air
D. Air dan udara telah bertindak balas dengan paku
besi itu

32. Maklumat di bawah menunjukkan nisbah


bagi saiz objek K, L dan M.

K:L:M
1 : 4 : 400

Apakah yang diwakili oleh objek K, L dan M?

K L M
A Matahari Bumi Bulan
B Bulan Matahari Bumi
C Bulan Bumi Matahari
D Bumi Bulan Matahari

33. Rajah menunjukkan sebahagian Sistem Suria.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


12

Apakah nama planet P dan planet


Q?

P Q
A Zuhal Utarid
B Bumi Marikh
C Zuhrah Musytari
D Marikh Utarid

34. Rajah menunjukkan ahli-ahli bagi X.

Apakah yang diwakili oleh X?

A. Bulan C. Sistem Suria


B. Bumi D. Bintang

35. Rajah menunjukkan sebahagian daripada Sistem Suria.

Apakah yang akan berlaku sekiranya bumi berada di Y?

A. Oksigen berkurangan
B. Suhu menjadi tinggi
C. Udara bertambah sejuk
D. Cahaya matahari menjadi lebih terang

36.
Puan Salmah mahu memberitahu ibu bapa murid-murid bahawa
mesyuarat PIBG akan diadakan pada minggu hadapan.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


13

Antara berikut, alat yang manakah diperlukan oleh Puan Salmah?

A. C.

B. D.

37. Antara berikut, yang manakah merupakan had keupayaan otak manusia?

A. Tidak boleh melihat benda yang halus


B. Tidak boleh mendengar punca bunyi yang jauh
C. Tidak boleh berjalan ke tempat yang jauh
D. Tidak dapat mengingati terlalu banyak data

38. Anis tinggal di Kuala Lumpur dan mahu melawat rakannya di Kedah. Antara berikut,
pengangkutan manakah yang boleh tiba cepat di destinasinya?

A. C.

B. D.

39. Rajah menunjukkan sebuah bas dua tingkat.

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


14

Penumpang tidak dibenarkan duduk di bahagian atas sebelum memenuhi tempat duduk di
bahagian bawah. Kenapa?

A. Ia adalah berbahaya
untuk duduk di bahagian atas
B. Penumpang yang
duduk di bahagian bawah
tidak akan cedera jika
berlaku kemalangan
C. Penumpang yang
duduk di bahagian atas
mempunyai risiko yang
tinggi untuk cedera jika
kemalangan berlaku
D. Jisim penumpang di
bahagian bawah bas itu akan
menyebabkan bas itu lebih
stabil

40. Rajah menunjukkan empat jenis alat ciptaan teknologi.

Antara alat-alat tersebut, yang manakah membolehkan anda menonton siaran langsung
perlawanan bola sepak yang diadakan di luar negara?

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


15

A. K dan N C. M dan N
B. L dan M D. L dan N

- Kertas soalan tamat -

SKEMA JAWAPAN

1. D
2. A
3. B
4. A
5. D
6. B
7. B
8. C
9. A
10. D
11. B
12. C
13. B
14. A
15. A
16. C
17. D
18. D
19. C

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah


16

20. C
21. C
22. A
23. D
24. A
25. A
26. C
27. D
28. A
29. C
30. D
31. D
32. C
33. C
34. C
35. B
36. D
37. D
38. B
39. D
40. D

PAT © 2017 [Sila lihat sebelah

Anda mungkin juga menyukai