Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD FIRDAUS BIN A RAHMAN 880929-05-5579

PENULISAN ESEI

Dewasa ini, pelbagai isu dan masalah sering dibincangkan untuk mengatasi
masalah ekonomi Negara. Pelbagai kaedah diwujudkan bertujuan untuk
merancakkan pembangunan negara, namun pada tanggal April 2009, YAB Dato’
Seri Mohd. Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mewujudkan satu
titik sejarah dalam pentadbiran Malaysia. Program Transformasi Kerajaan (GTP)
telah diperkenalkan selaras dengan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip
“Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Program transformasi ini adalah
bertujuan untuk menjadikan kerajaan lebih cekap dan efektif disampingkan
mengutamakan keutamaan rakyat, sinonim dengan langkah untuk mewujudkan
rakyat yang maju dan negara yang berpendidikan tinggi.

Pada pengetahuan saya, ada 6 bidang NKRA yang telah diperkenalkan iaitu
mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, meningkatkan taraf kehidupan
rakyat, meningkatkan taraf pendidikan pelajar, menaik taraf pengangkutan awam di
bandar serta memajukan asas struktur luar Bandar. Program ini sedikit sebanyak
memberikan manfaat kepada rakyat yang tergolong didalam golongan yang
berpendapatan rendah. Kos sara hidup yang meningkat merupakan satu aspek yang
menjadi masalah kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh tu, tindakan
program ini adalah untuk menyelaraskan pendapatan rakyat sejajar dengan kos sara
hidup yang kian meningkat. Rata-rata sebilangan besar penduduk adalah golongan
yang berpendapatan rendah tetapi kita tidak sedar bahawa merekalah yang menjadi
punca pendapatan negara. Rakyat, ibarat sebutir emas yang amat berharga dan
merekalah jua penentu masa depan negara. Konsep “Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan” yang diguna pakai bukan hanyalah slogan, tetapi ianya jua
merupakan matlamat yang terselindung didalam program ini.

Oleh itu, program ini membantu rakyat tanpa mengenal peringkat, usia dan
agama. Apabila rakyat sudah maju, sudah tentu mereka mampu bangkit untuk
memartabatkan serta mengharumkan nama Negara. Selain itu, apa yang boleh kita
perhatikan, kerajaan berusaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin
meningkat dengan memberikan bantuan menerusi Kedai Rakyat 1Malaysia atau
Klinik 1Malaysia,selain menawarkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada
isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan Bantuan Buku 1Malaysia kepada
penuntut institusi pengajian tinggi tempatan di samping tidak lupa juga kepada
golongan yang tidak mampu memiliki rumah persendirian iaitu Program Perumahan
1Malaysia (PR1MA).

Natijahnya, keseluruhan NKRA yang diperkenalkan benar-benar memberikan


impak yang mendalam kepada kehidupan rakyat. Bukan sahaja dari segi ekonomi,
malah pendidikan rakyat juga semakin meningkat. Lihat sahaja graduan yang telah
lulus dari institusi Negara,bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Kini
Malaysia tidak lagi kekurangan tenaga pekerja, malah keperluan itu meningkat
bersama-sama dengan peluang pekerjaan. Semakin banyak syarikat swasta
ditubuhkan, secara tidak lansung dasar penswastaan ini memberikan kesan
peningkatan kepada ekonomi Negara.

Justeru itu, perubahan ini adalah hasil titik peluh penglibatan pemimpin kita,
yang bertungkus lumus memberikan tumpuan sepenuhnya dalam memastikan
setiap matlamat memberikan keutamaan kepada rakyat. Beliau tidak mengenal erti
penat lelah untuk mengharumkan nama Malaysia dan memastikan ianya setaraf di
persada antarabangsa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyahut seruan
kerajaan, memberikan kerjasama dalam setiap aspek. Tanpa membandingkan taraf
masing-masing. Sekian sahaja dari saya, seorang rakyat yang berfikiran luas,
berusaha serta mengharapkan kemajuan Negara lebih gah di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai