PEMBEZAAN
KUMPULAN CEMERLANG : Menjawab soalan KBAT dengan lengkap dan memperolehi markah penuh
KUMPULAN SEDERHANA : Menjawab soalan KBAT dengan mempeolehi 3 dari 5 markah
AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 / PETA I-THINK / ARAS PEMIKIRAN / EMK
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH / ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK / PENTAKSIRAN & PENILAIAN /
TAHAP PENGUASAAN
‘Lesson Study” bagi Kelas 5 ST3 yang mempunyai kehadiran murid 27/27 pada hari Rabu, jam 7.30- 8.30 pagi yang
dikendalikan oleh Puan Mahaniza binti Sarbini. Berdasarkan hasil dapatan pemerhatian saya adalah:
1.Pemilihan tema adalah tema bab 7, sistem pemerintahan & pentadbiran negara Malaysia, standard kandungan adalah
7.1.3 kuasa pemerintah, 7.1.4 pilihan raya, 7.1.5 parti-parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963.
2.Pemilihan aktiviti ialah pembelajaran berasaskan Konstruktivisme.
3.Pada bahagian set induksi guru membacakan SOP bagi mencegah Covid19. Seterusnya guru menerangkan hasil
pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada hari ini.
4.Murid membuat refleksi hasil pembelajaran lepas dengan menyenaraikan badan-badan berkanun dan separuh kerajaan
dengan baik sebelum guru meneruskan pembelajaran pada tajuk seterusnya.
5.Penggunaan bahasa yang disampaikan oleh guru mudah difahami oleh murid, murid memberi reaksi dan tumpuan yang
baik dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Guru menimbulkan persoalan berbentuk soalan terbuka “Apakah ciri-ciri negara berparlimen?” dan mengajukan pada
murid dengan menyebut nama mereka. Penglibatan murid adalah mereka diberi masa untuk berfikir dan menjawab
soalan.
7. Murid dikehendaki membina peta buih Ciri-ciri Negara Berparlimen bagi mengklafikasikan maklumat. Tambahan pula,
murid dapat membina kronologi berdasarkan proses pembubaran parlimen hingga pilihan raya diadakan.
8.Berdasarkan tahap domain kognitif Bloom, murid mencapai tahap empat iaitu analisis. Soalannya adalah ‘Bezakan ADUN
dan Parlimen?’.
9.Guru mengaitkan pembelajaran dengan situasi terkini dengan mengajukan soalan ‘Siapakah ahli parlimen Kluang?’
10.Bagi keberkesanan bahan bantu mengajar amat baik kerana menggunakan buku teks dan modul bagi menambahkan
lagi pengukuhan tahap kefahaman murid.
12.Murid juga diberi penekanan tajuk yang sudah pernah keluar peperiksaan SPM, tambahan pula guru memberikan tips
bagi cara menjawab soalan huraian berdasarkan kriteria pemarkahan.
11.Berdasarkan refleksi di akhir pembelajaran murid dapat menguasai hasil pembelajaran dan dapat diterapkan nilai
patriotisme dengan menyanyikan lagu “Jalur Gemilang “ penuh bersemangat.
REFLEKSI