Anda di halaman 1dari 7

SULIT

Nama Murid : _________________________________________________

Kelas : ________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UJIAN OTI 1 TAHUN 4 – TAHUN 2016

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

Mac 2016
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawaban objektif
yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 [Lihat halaman sebelah

SULIT
UJIAN OTI 1 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Saya yakin bahawa kami __________________ menyelesaikan masalah ini dalam masa yang
terdekat.
A patut
B baru
C dapat
D pernah

2 Muhammad berharap akan mendapat pejabat yang lebih selesa apabila bangunan baru dibina
nanti kerana pejabatnya sangat _____________.
A sempit
B jauh
C rapat
D renggang

3 Patik __________, tuanku.Patik akan melaksanakan segalanya dengan baik.


A menjunjung kasih
B Mencemar duli
C Memohon kurnia
D Menjunjung titah

4 “ Titah _________ akan __________ laksanakan dengan segera.


A Patik…hamba
B Tuanku…patik
C Tuanku…baginda
D Hamba…baginda

5 Setelah mengaku kesalahan mencuri pemadam Danial, Jasmin berasa ________ untuk
berhadapan dengannya.
A bangga
B selesa
C rindu
D malu

6 Kuda itu berlari dengan ___________ manakala gasing pula berputar dengan___________.
A Laju….ligat
B Pantas…tangkas
C Pantas...ligat
D Lincah…cepat
UJIAN OTI 1 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

7 Cik Karina terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja
tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.
A ke
B dari
C kepada
D daripada

8 Bunyi _____________ seperti mercun dibakar boleh mengganggu penduduk kampung.


A Dentam-dentum
B Riuh-rendah
C Hingar-bingar
D Gegak-gempita

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9 Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.


A sesikat
B seulas
C sebiji
D segugus

10 Kok Meng _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat tadi.
A muntah-muntah
B pulang-pulang
C pusing-pusing
D guling-guling

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.


UJIAN OTI 1 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

11 Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian
berkebun
A minyak masak
B minyak sawit
C minyak sayur
D minyak angin

12 Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana
masa semakin ________.
A cepat
B suntuk
C lampau
D laju

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

13 Ahmad bukan sombong tetapi___________ kerana berasa malu dengan kawan-kawan baru.
A banyak mulut
B mulut murai
C berat mulut
D buah mulut

14 Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.

A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah pena

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Guru Besar merasmikan Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu

A Persatuan Bahasa Melayu penganjuran Pertandingan Pidato yang Guru Besar rasmikan.
B Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Guru Besar dirasmikan oleh Persatuan Bahasa
Melayu.
UJIAN OTI 1 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

C Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dirasmikan oleh Guru
Besar.
D Guru Besar menganjurkan perasmian Pertandingan Pidato Persatuan Bahasa Melayu.

Soalan 16

Pilih ayat yang betul

16 A Harga minyak petrol dan diesel turun sebanyak dua sen.


B Azim menjerit ketika bot yang sarat dengan muatan itu turun ke sungai.
C Ahmad memungut buah durian yang turun dari pokok.
D Abu telah turun ke laut untuk menangkap ikan.

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai
enam belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja,
permaisuri, menteri, askar dan sebagainya.

Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak
pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti
permainan dam.

Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira
1400 tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang
bermaksud empat pasukan.

Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini
mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa
itu.Permainan ini dimainkan dengan penuh disiplin dan strategi yang hebat.
UJIAN OTI 1 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

17 Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?


A Permainan berbentuk pertempuran
B Permainan yang berdarjat
C Permainan orang India
D Permainan bangsawan

18 Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur?


A Pergerakan mengikut darjat
B Pergerakan melawan arus
C Pergerakan menyilang
D Pergerakan bebas

19 Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi...


A sejenis permainan tradisional
B darjat dan kedudukan
C bilangan buah catur
D jumlah petak papan catur

20 Maksud rangkai kata penuh berdisiplin dalam petikan ialah


A Cukup melawan
B Adab yang baik
C Tatatertib yang sempuna
D Penuh strategi

KERTAS SOALAN TAMAT


UJIAN OTI 1 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Anda mungkin juga menyukai