Anda di halaman 1dari 8

LAMPIRAN A

TENTATIF

BENGKEL KERJA PENYELARASAN DATA KEPERLUAN DAN UNJURAN


PERALATAN ICT KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK TAHUN 2020 SECARA
PERSIDANGAN VIDEO SKYPE FOR BUSINESS

Tarikh: Isnin, 6 Julai 2020


Tempat: Di rumah atau pejabat masing-masing

Masa Aktiviti
9.00 pagi – 9.30 pagi Pendaftaran Peserta dan Housekeeping

9.30 pagi – 10.00 pagi Ucapan Aluan Pembukaan Bengkel Kerja

10.00 pagi – 1.00 petang Taklimat Penyelarasan Data Keperluan dan Unjuran
Peralatan ICT Kolej Vokasional dan SM Teknik

1.00 petang – 2.00 petang Rehat (Makan Tengahari dan Solat)


2.00 – 4.00 petang Penyediaan Data dan Maklumat Peralatan ICT Kolej
Vokasional dan SM Teknik
4.00 – 4.30 petang Rumusan dan Penutup
LAMPIRAN B

GARIS PANDUAN
PENYERTAAN PERSIDANGAN VIDEO MENGGUNAKAN
APLIKASI SKYPE FOR BUSINESS MYGOVUC

Pendahuluan

1. Panduan ini disediakan bagi memenuhi keperluan mesyuarat / perbincangan secara


jarak jauh menggunakan medium komunikasi rasmi Kerajaan iaitu Skype for
Business.
2. Panduan ini mengambil kira penggunaan komputer desktop / laptop yang dilengkapi
webcam, pembesar suara dan mikrofon (Multimedia PC).
3. Peserta mesyuarat adalah di kalangan pegawai / kaki tangan KPM atau pihak luar
KPM.

Penyertaan Skype Meeting Menggunakan Web Applications

1. Pra-syarat:

a. Komputer desktop / laptop (multimedia);


b. Sambungan internet yang stabil (5Mbps ke atas);
c. Pelayar web terkini terpasang dalam komputer; dan
d. Mempunyai langganan Skype for Business MyGovUC ataupun tidak
melanggan.

2. Langkah-langkah Penyertaan

a. Buka e-mel masing-masing menggunakan pelayar web dan pastikan e-


mel jemputan diterima. Apabila sampai masa mesyuarat atau lebih awal
mengikut kesesuaian masa, klik "Join Skype Meeting";
b. Satu tetingkap web baru akan dipaparkan, pilih "Install and join with Skype
Meeting Apps (web)";

c. Tunggu sehingga muat turun selesai, jalankan fail muat turun tersebut untuk
pemasangan Skype Web;
d. Setelah pemasangan selesai, tetingkap seperti berikut akan dibuka,
maksukkan nama seperti dikehendaki, sebaiknya nama penuh supaya
urusetia mesyuarat dapat mengenali anda;

e. Sebagai tetamu (guest) anda dikehendaki menunggu di lobi sehingga


disahkan oleh urusetia mesyuarat;
f. Setelah disahkan, peserta akan dibawa masuk ke persekitaran Skype
Meeting seperti di bawah.

Penyertaan Skype Meeting Menggunakan Aplikasi Skype for Business

3. Pra-syarat:

a. Komputer desktop / laptop (multimedia);


b. Sambungan internet yang stabil (5Mbps ke atas);
c. Mempunyai akaun MyGovUC dan berdaftar sebagai pelanggan Skype for
Business.

4. Langkah-langkah Penyertaan

a. Buka dan log masuk aplikasi Skype for Business di komputer masing-
masing menggunakan format seperti di bawah;
b. Setelah berjaya log masuk klik ikon Calendar, senarai mesyuarat pada hari
tersebut akan dipaparkan, klik “Join” untuk menyertai mesyuarat
berkenaan;

c. Tetingkap persekitaran Skype Meeting akan dipaparkan seperti di bawah.

- TAMAT -