Anda di halaman 1dari 1

2.

Sikap amanah akan menyebabkan kita dipandang mulia oleh segenap lapisan
masyarakat. Bersama ahli masyarakat juga adalah sebahagian dari keperluan
hidup kita. Kita perlu bergaul dengan mereka dan berkongsi serba sedikit
keseronokan atau kesedihan yang kita atau mereka alami. Masyarakat yang
sejahteraakan sentiasa hidup dalam uasana berganding bahu. Bertanggungjawab
menjaga keselamatan diri sendiri dan iran disekeliling kita adalah satu
tanggungjawab mulia andainya kita mampu melaksananya dengan ikhlas dan
baik.Sebagai contoh, ketika jiran tiada di rumah, kita boleh melaksanakan
tnggungjawab mengawasi rumah merka sepanjang ketiadaan mereka dari
sebarang cubaan untuk mencuri atau cubaan jenayah lain.
Tegasnya, jika kita mengamalkan sikap amanah segenap lapisan masyarakat
akan memandang tinggi dan mulia kepada kita.

3. Selain itu, sikap amanah akan menyebabkan kita disenangi dan didampingi
oleh semua pihak. Menyimpan rahsia rakan sebaya seperti yang diamanahkan
adalah salah satu contoh ang harus di laksanakan. Kesanggupan rakan kita untuk
berkongsi masala hang menjadi rahsia dirinya adalah bukti betapa besarnya
harapan mereka kepada kita. Sewajarnya kita menyimpan rahsia tersebut kerana
perkara yang menjadi rahsia adalah perkara yang boleh menjejaskan peribadi
rakan kita seandainya kita membocorkan kepada orang lain. Kita tidak mahu
rahsia kita diketahui oleh orang lain, begitu juga dengan rakan kita. Bersikap
amanah mencerminkan peribadi diri kita emi mendapat kepercayaan orang
lain.Kepercayaan yang diberikan perlu dilaksanakan demi menjaga maruah diri
daripada dipandang hina dan keji. Jelaslah bahawa, sikap amanah akan
menyebabkan kita disenangi oleh rakan-rakan sehingga perhubungan kita
dengan rakan-rakan menjadi akrab.

RINGKASAN
Antara langkah-langkah untuk membendung salah laku murid ialah, pihak
sekolah perlu mengadakan kempen antisamseng bagi mencapai samseng sifar di
sekolah. Selain itu, murid-murid perlu dididik dengan konsep masyarakat
penyayang untuk membentuk watak yang cemerlang dalam semua aspek
kehidupan mereka. Seterusnya, murid sekolah juga perlu mengatur langkah ke
hadapan bagi memastikan maruah sekolah dijaga dan sentiasa berinteraksi
dengan guru-guru. Di samping itu, ibu bapa juga berperanan mengawasi tingkah
laku anak-anak mereka di sekolah kemudian, mengesan kenakalan anak-anak
mereka. Akhir sekali, Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pentadbiran
sekolah perlu merancang strategi.

Contoh penyebaran , pelangi.


Light and sound ADALAH GELOMBANG.