Anda di halaman 1dari 5

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

KERTAS KERJA
“KURSUS POWER UP YOUR”
ENGLISH KAKITANGAN
JABATAN KEMAJUAN
MASYARAKAT (KEMAS) TAHUN
2019

Unit Fungsional
Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional
Jabatan Kemajuan Masyarakat

KERTAS KERJA
KURSUS “POWER UP YOUR ENGLISH” KAKITANGAN JABATAN
KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) TAHUN 2019

1. PENGENALAN

1.1 Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan


dan kelulusan Ketua Pengarah KEMAS untuk melaksanakan
KURSUS “POWER UP YOUR ENGLISH” KAKITANGAN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) TAHUN 2019.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin lemah di Malaysia


pernah menjadi isu dan ia kembali menarik perhatian ramai
apabila YAB Perdana Menteri mahu penjawat tinggi awam
mengambil ujian kecekapan Bahasa Inggeris. Perdana Menteri
yang membuat pengumuman itu pada 6 Jun 2018 dipetik sebagai
berkata "mustahak bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai
bahasa Inggeris yang baik kerana mereka mempunyai mesyuarat
di luar negara."

2.2 Sehubungan itu, Bahagian Latihan dan Pembangunan


Profesional bercadang mengadakan kursus di atas bertujuan
untuk memberi pendedahan dalam meningkatkan keyakinan diri,
cara menulis laporan atau pembentangan dalam bahasa inggeris,
teknik dan gaya bahasa yang sesuai.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai


kemahiran berbahasa inggeris;

3.2 Selain itu, kursus ini dapat membantu para peserta di dalam
teknik penyampaian dalam bahasa inggeris yang berkesan
supaya sentiasa berdaya saing dan kreatif dalam melaksanakan
tugas
4. BUTIRAN PELAKSAAN KURSUS
Cadangan tarikh dan tempat pelaksanaan kursus ini ialah:

4.1 Tarikh : 3 hingga 5 November 2019


4.2 Tempat : Kuala Lumpur

5. PELAKSANAAN KURSUS

Jadual dan pengisian kursus adalah seperti di Lampiran 1;

6. CADANGAN PESERTA

6.1 Peserta bagi kursus ini adalah terdiri daripada kakitangan


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara.
Senarai nama seperti di Lampiran 2.

6.2 Pecahan agihan peserta,urusetia dan penyedia latihan adalah


seperti berikut:

Bil. Perkara Jawatan Jumlah

1. Ketua Urusetia Penolong Pengarah Kanan Latihan 1

2. Urusetia Kakitangan Bahagian Latihan 1

i. Nama penuh
3. Penceramah ii. Jawatan 2
iii. Tempat bertugas

4. Peserta Kakitangan KEMAS 22

Jumlah 26
7. PENGISIAN DAN METODOLOGI

.1 Kaedah pengisian dan pengendalian bengkel ini adalah seperti


berikut:-

i. Pembelajaran 2 hala secara interaktif;


ii. Latihan Simulasi
iii. Teori, teknik dan praktikal

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Perincian dan jumlah anggaran kos jabatan bagi kursus ini adalah
seperti jadual 1;

Kiraan
Kadar Jumlah
Bil Perkara Bil Bil Kod OS
Gred Kelayakan (RM)
Peserta Hari
(RM)

41-44 23 2 10 230.00
1. Penginapan 29000
19-28 1 2 10 10.00

Jumlah 24 240.00

41-44 23 2 36 1,656.00
Makan
2. 29000
minum
19-28 1 2 36 72.00

Jumlah 24 1,728.00

Penceramah
(sekiranya
3. RM 120.00 x 20 jam 2,400.00
menggunakan
penceramah)

JUMLAH ANGGARAN KOS JABATAN 4,368.00

Jadual 1: Pengiraan Anggaran Kos Perbelanjaan Jabatan


9. JANGKAAN IMPAK PROGRAM

9.1 Peserta akan lebih berkeyakinan dalam berinteraksi di kalangan


kakitangan di jabatan yang berbilang bangsa;

9.2 Peserta dapat meningkatkan penguasaan Bahasa inggeris dan


memudahkan pegawai dalam mendapatkan maklumat.

10. PENUTUP

Secara keseluruhan melalui pelaksanaan kursus ini peserta dapat


meningkatkan teknik penyampaian dalam bahasa inggeris yang
berkesan supaya sentiasa berdaya saing dan kreatif dalam
melaksanakan tugas.

Anda mungkin juga menyukai