Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Buku

1 Nama guru Maniyarasan Vengadasalam

2 Judul Pecahkan Kebuntuan

3 Bidang Motivasi

4 Pengarang Noah Scalin

5 Muka surat 240

6 Terbitan ITBM

7 Sinopsis Buku ini mengetengahkan 52 projek yang memberikan ilham segera


dan direka untuk semua bidang serta tahap pengalaman. Aktiviti yang
terdapat dalam buku ini boleh dilakukan secara rawak atau secara satu
aktiviti satu minggu. Tugasan dipecahkan mengikut masa dari 30 saat
sehingga beberapa jam. Buku ini diibaratkan kotak peralatan untuk
minda kita. Buku ini mampu menjana keupayaan kreatif kita sendiri.
Koleksi projek yang ada dalam buku ini bertujuan merangsang minda
kita agar terus mencetuskan idea.

8 Nilai Pengetahuan/ Buku ini mengajar pembacanya bagaimana memecahkan kebuntuan.


Pengajaran Kebuntuan adalah amaran yang menandakan bahawa tidak dapat
menumpukan perhatian. Intipati buku ini ialah supaya kita
mempelajari cara untuk membebaskan diri daripada keadaan tersebut.
Buku ini mengajar kita menguatkan azam dan mengekalkan
keupayaan kreativiti.

9 Aplikasi dalam Buku ini menyalurkan idea bagaimana kaedah membina kreativiti di
organisasi kalangan murid di sekolah. Kebuntuan memang biasa berlaku di
kalangan murid. Murid murid yang kurang kreatif, sering hilang
keberanian. Mereka takut untuk mencipta. Sering hilang idea atau
idea tidak muncul. Buku ini menjadi teman aplikasi bagi murid yang
tergolong dalam kumpulan ini. Guru kaunselor boleh gunakan idea
dalam buku ini untuk membimbing golongan ini.

10 Kesimpulan Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru
kerana bahasa yang diterjemahkan sangat mudah untuk difahami
semua peringkat umur. Projek projek dalam buku ini tersusun dengan
rapi dan idea-idea kreatif diketengahkan dalam bentuk yang ringkas
dan padat. Sesiapa sahaja yang membaca dan amalkan idea dalam
buku ini, boleh mula menjana enjin kreatif dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai