Anda di halaman 1dari 27

7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Panduan Penulis Lapor Iklan FAQ 

Home » Blog » Ibadah » Taubat Nasuha

Cara Melakukan Taubat Nasuha


(Panduan Lengkap)
Oleh Muhamad Naim

Bagaimana cara untuk melakukan taubat nasuha?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan taubat nasuha secara lengkap.

Apa yang istimewa:

Taubat nasuha untuk setiap jenis


Hakdosa
Cipta yang utama
Terpelihara© dan biasa berlaku dinyatakan
akuislam.com

dalam panduan ini.


https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 1/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Jika anda sedang memerlukan tatacara panduan taubat, mari kita mulakan..

Isi Kandungan:

1. Pengenalan

2. Makna Taubat

3. Syarat Taubat

4. Cara Melakukan Taubat Nasuha

Cara Taubat Daripada Zina

Adakah Wajib Mengakui Dosa Silam Kepada Suami?

Cara Taubat Daripada Mencuri

Mengambil Harta Anak Yatim dan Menjadikan Hasil Curi Sebagai


Modal Perniagaan

Cara Taubat Atas Dosa Yang Melibatkan Hak Orang Lain

Cara Taubat Dari Rasuah

Cara Taubat Dari Mengumpat

Cara Taubat Dari Pekerjaan Yang Haram

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 2/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Bolehkah Menghapuskan Simpanan Barang-Barang Yang Haram


Dengan Menjualnya?

5. Adakah Perlu Mengaku & Meminta Dijatuhkan Hukuman?

6. Hukum Bertaubat Atas Satu Dosa, Tetapi Tidak Atas Dosa Yang Lain

7. Kesan Buruk Melakukan Dosa Secara Berterusan

8. Penutup

Pengenalan Panduan Taubat Nasuha

“ Siapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya Al-


Ghargharah, maka Allah akan menerima taubatnya.
— Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak no 7661 dan di dalam Sahih al-Jaamik al-Saghir: sahih

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Ghargharah itu?

Ghargharah ialah suatu suara yang keluar daripada kerongkong di saat roh ditarik
keluar daripada jasad.

Ini bermaksud kita hendaklah bertaubat sebelum datangnya kiamat kecil (kematian)
dan kiamat besar.
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 3/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Orang yang beriman akan menghadap Allah dalam keadaan takut dan mengharap
kepadaNya.

Panduan ini adalah berdasarkan sebuah risalah yang dikarang Fadhilah al-Sheikh
Muhammad Saleh al-Munajjid dan diterjemahkan oleh al-Fadhil Syeikh Daud al-
Tetouani.

Oleh itu, manfaatkanlah kesempatan yang telah dikurniakan oleh Allah supaya kelak
kita tidak memikul bebanan dosa ketika menghadapNya di hari penghisaban.

Selagi roh masih belum bercerai dari halkum, selagi itulah “jendela” taubat masih
terbuka luas buat kita.

InsyaAllah.

Makna Taubat Nasuha

Maksud taubat ialah kembali.

Maka, taubat nasuha boleh diertikan sebagai:

“ Taubat yang seikhlasnya, yang mana dia menyesali dosa-


dosanya yang telah dilakukan, meminta ampun kepada
Allah dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa
tersebut

Syarh Riyadh al-Solehin Min Kalami Sayyid al-Mursalin Imam Nawawi yang disyarah oleh Fadhilah Syeikh Muhammad
Bin Soleh al-Utsaimeen jilid 1, m.s: 38, cetakan Dar Ibn al-Haitsam, Qaherah 2002.
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 4/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Syarat-Syarat Taubat

Di antara syarat-syarat taubat yang diperkatakan oleh para ulama’ berdasarkan hadis
dan ayat-ayat al-Quran adalah:

1. Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu.

2. Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu.

3. Berazam tidak akan melakukan dosa-dosa terdahulu.

4. Jika melibatkan hak orang lain, maka hendaklah dipulangkan semula hak orang
tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.

Cara Taubat Nasuha Dari Beberapa Dosa Utama

Disini disenaraikan panduan taubat nasuha daripada dosa-dosa utama yang sering
berlaku.

Dosa-dosa ini bukan sahaja memerlukan taubat kepada Allah, malah mengembalikan
hak yang sepatutnya bila melakukan kesalahan terhadap manusia lain.

1. Bertaubat Daripada Zina

“ Saya pernah melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang perempuan


dan sekarang sangat menyesal.

Bagaimanakah cara saya Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com


perlu bertaubat?

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 5/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Adakah saya perlu berkahwin dengan perempuan itu sebagai tanda


taubat?

Jika perempuan itu hamil, adakah saya wajib memberikan nafkah terhadap
anak hasil perbuatan zina tersebut?

Dalam kes zina, terdapat dua keadaan, iaitu:

Pertama: Zina Secara Paksa

Jika dia berzina dengan perempuan tersebut secara paksaan, maka hendaklah dia
membayar kepada perempuan tersebut mahar mitsil[1] sebagai ganti rugi kemudaratan
yang ditanggung.

Selain itu, hendaklah dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Jika perkara ini sampai ke pengetahuan pihak penguasa, maka perlulah dijatuhkan
hukuman yang setimpal ke atasnya.

Kedua: Zina Suka Sama Suka

Jika dia berzina dengan perempuan tersebut dengan kerelaan masing-masing, maka
tiadalah apa-apa pun padanya melainkan hanyalah perlu bertaubat kepada Allah
dengan sebenar-sebenar taubat.

Anak tersebut tidak boleh di’bin’ (dinisbahkan) kepadanya secara mutlak.

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com


Oleh itu, dinisbahkan anak itu kepada ibunya.

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 6/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Dia juga tidak wajib memberi nafkah kepada anak tersebut kerana anak tersebut
merupakan anak zina.

Selain itu, orang yang bertaubat ini tidak diwajibkan berkahwin dengan perempuan
tersebut untuk menutup kesalahan tersebut.

“ Lelaki yang berzina tidak boleh mengahwini melainkan perempuan yang


berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak
dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman.

— Surah An-Nur: 3

Dan tidak boleh menjalankan akad nikah dengan perempuan yang terdapat janin hasil
dari zina dalam perutnya, walaupun dari benih sendiri.

Dan juga tidak boleh menjalankan akad nikah dengan perempuan yang tidak pasti
apakah dia hamil atau tidak — walaupun lelaki dan perempuan itu telah bertaubat.

Jika telah nampak tanda rahim wanita itu bebas[2] dari air mani lelaki itu, maka ketika itu
adalah haruslah untuk mereka berdua berkahwin dan memulakan kehidupan baru
bersama-sama.

Nota Kaki

1 Mahar Mitsil: iaitu mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah

berkahwin dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali
seperti kakak dan ibu saudara. Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 7/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Disamping itu, mas kahwin juga dinilaikan berdasarkan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan,
kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

2 Istibra’ rahim (pembebasan rahim) ialah untuk memastikan perempuan tersebut tidak hamil hasil penzinaan

tersebut, iaitu dengan menunggu haid sebanyak sekali.

Maka selepas tempoh itu, dapatlah diketahui yang perempuan itu hamil atau tidak.

Jika hamil, maka hendaklah dia menunggu sehingga melahirkan anak.

Iddah dan istibra’ rahim adalah perkara yang berbeza.

Ini kerana iddah adalah hak pasangan suami isteri yang sah dan bukannya zina. Manakala dalam kes zina, ia
adalah istibra’ rahim.

Kata Syeikh Saleh Utsaimeen:

“Iddah adalah hak seorang suami yang menceraikan isterinya. Sedangkan lelaki yang berzina dengannya
statusnya bukan suami melainkan fajir/penzina.” (Syarh al-Mumti’ [5/215, cetakan Darul Atsar])

Maka selepas perempuan yang berzina itu bertaubat dan selesai melakukan Istibra’ rahim, maka adalah sah
untuk dikahwini.

Jikalau penzina lelaki itu ingin mengahwini perempuan tersebut, syaratnya adalah lelaki tersebut sudah
bertaubat terlebih dahulu.

2. Adakah Wajib Mengakui Dosa Silam Kepada Suami?

“ Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang baik.


Tetapi malangnya, pada waktu silam saya pernah melakukan perbuatan
terkutuk.

Apakah saya harus menceritakan dosa silam


Hak Cipta Terpelihara© kepada suami saya?
akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 8/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Tidak wajib kepada mana-mana pihak untuk menceritakan dosa silamnya kepada
pasangannya.

Selagi mana Allah menutup keaiban diri kita, maka cukuplah kita bertaubat dengan
sebenar-benar taubat kepadaNya.

Dan sesiapa yang telah mengahwini seorang anak dara dan apabila tiba malam
perkahwinannya dia mengetahui bahawa perempuan tersebut tidak suci lagi
disebabkan dosa silam yang dilakukannya, maka lelaki itu berhak mengambil semula
mahar yang telah diberikan serta menceraikannya.

Jika perempuan tersebut sudah bertaubat, maka rahsiakanlah hal tersebut dan kekallah
bersama perempuan itu.

Dengan izin Allah, InsyaaAllah suami yang bersabar akan dikurniakan pahala oleh
Allah.

3. Taubat Daripada Mencuri

Bagaimanakah taubat bagi seorang pencuri?

Pertama sekali, jika benda yang dicuri tersebut masih berada dalam simpanan, maka
wajib dipulangkan kembali benda tersebut kepada tuannya dengan segera.

Jika benda itu telah rosak atau musnah (atau sudah buruk), maka wajiblah menukar
ganti benda tersebut dan memulangkan kembali kepada tuannya.

Jika tidak mampu, maka mintalah maaf serta tolak ansur daripada pemilik barang
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com
tersebut.

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 9/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Bagaimana jika tidak berani untuk berterus terang kepada pemilik barang tersebut?

Dalam hal ini, pulangkan kembali barang yang dicuri itu menggunakan dengan
menggunakan orang tengah.

Minta orang tengah tersebut menyampaikan barang tersebut tanpa menyebut nama
kita.

Selain itu, kita juga boleh memulangkan barang menggunakan pos atau meletakkan
barang curi tersebut di tempat asalnya tanpa pengetahuan pemilik asal.

Apa yang penting adalah barang tersebut selamat sampai kepada pemilik sebenar
barang itu.

Bagaimana jika gagal memulangkan barang yang dicuri?

“ Saya pernah mencuri harta syarikat di tempat kerja dan berhenti kerja.
Namun sekarang ini saya telah bertaubat serta sangat menyesal.

Saya ingin memulangkan kembali harta tersebut. Tetapi syarikat tersebut


telah berpindah dan saya gagal mengesan alamat terbaru mereka.

Apa yang harus saya lakukan?”

Pertama sekali, hendaklah kita terlebih dahulu sedaya upaya mencari tempat dan
alamat syarikat atau tuan punya syarikat tersebut dengan segala jalan yang ada.

Jika insan tersebut telah mati, maka pulangkanlah benda tersebut kepada waris atau
keluarga tuan punya syarikat tersebut.
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 10/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Maka jadilah kamu dan anak yatim tersebut seakan-akan rakan kongsi terhadap
keuntungan tersebut, dan dalam masa yang sama kamu telah pun memulangkan hak
mereka.

Pendapat ini dinyatakan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah al-Harrani. Pendapat ini telah diperkuatkan
oleh Imam Ibnu Qayyim rhm di dalam al-Madaarij.

Begitu juga jika seseorang telah mencuri beberapa ekor ternakan daripada unta atau
kambing, lalu binatang yang dicuri itu membiak dan beranak – maka hendaklah
dipulangkan binatang yang dicuri itu beserta setengah ekor daripada anak-anak
binatang tersebut kepada tuan asalnya.

Jika binatang (ibunya) itu telah mati, maka berikanlah harga binatang tersebut bersama
setengah ekor anak-anaknya kepada tuannya.

Contohnya

Kamu telah mencuri duit seorang anak yatim itu sebanyak RM1000.

Selepas itu kamu telah memperniagakan wang curi tersebut dan menjadikannya sebagai modal, lalu
mendapat keuntungan hasil wang curi yang diperniagakan itu sebanyak RM4000.

Selepas itu kamu bertaubat dan ingin memulangkannya.

Oleh itu, hendaklah dipulangkan RM1000 dan ditambah bersama setengah daripada keuntungan tadi
iaitu RM2000.

Maka jadi RM3000 yang perlu dipulangkan.

Wallahu a’lam.

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 12/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

5. Bertaubat Daripada Dosa yang Melibatkan Hak Manusia Lain

Hendaklah sesiapa yang ingin bertaubat itu melepaskan diri dari belenggu kezaliman
silamnya yang dahulu dengan melunaskan kembali perkara tersebut dengan:

Membayar kembali jika berkaitan dengan duit dan harta benda.

Hendaklah meminta dihalalkan atau meminta supaya dia memaafkanmu.

Jika dia memaafkanmu, maka segala puji bagi Allah.

Andai tidak, pulangkan kembali haknya.

“ Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, iaitu yang


berupa maruah atau harta benda, maka mintalah kepadanya agar
dihalalkan (perkara-perkara tersebut) cepat-cepat sebelum diambil
daripadanya di hari tiadanya dinar juga dirham, (yang mana pada hari itu)
jika dia mempunyai amalan soleh, maka akan diambil daripada amalan
tersebut sekadar kezaliman yang dilakukannya, jika dia tidak mempunyai
apa-apa amalan (soleh), maka akan diambil pula kejahatan-kejahatan
orang yang dizaliminya itu, lalu diberikan kepadanya.

–        Muttafaqun ‘Alaihi

6. Bertaubat Dari Mengambil Rasuah

“ Saya pernah mengambil rasuah,


Hak Cipta kemudian saya telah bertaubat.
Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 13/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Jika masih juga tidak menjumpainya setelah habis segala ikhtiar, maka sedekahkanlah
harta tersebut sebagai penebus kepada harta yang dicuri itu, dan niatkanlah ia untuk
insan atau syarikat tersebut – walaupun insan atau syarikat tersebut adalah ka r.

Kerana Allah akan memberikan kepada mereka harta di dunia tetapi tidak di akhirat
kelak.

4. Mengambil Harta Anak Yatim & Menjadikan hasil curi


sebagai modal perniagaan

“ “Saya mengambil harta anak yatim dan menjadikan ia modal perniagaan.


Setelah sekian lama, saya mendapat keuntungan dan harta tersebut telah
bertambah berkali ganda.

《黄易群侠传M》朋友相揪一起

佛、魔、道由你决定,真正公平的
Iklan
Iklan
自由交易系统,职业无锁定各种武器…
黄易群侠传M

打开

Sekarang saya telah bertaubat dan bagaimana harus saya serahkan harta
tersebut?

Para ulama telah mengeluarkan banyak pendapat mengenai hal ini.

Namun pendapat yang paling pertengahan ialah hendaklah memulangkan modal asal
itu kepada anak yatim tersebut dan ditambah bersama dengan setengah daripada
keuntungan tersebut.
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 11/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Maka apakah yang perlu saya lakukan dengan duit-duit rasuah yang
pernah diterima?

Rasuah biasanya berlaku dalam dua keadaan ini:

1) Mengambil rasuah daripada orang yang dizalimi

Keadaan ini berlaku apabila orang yang dizalimi tersebut terpaksa membayar rasuah
untuk menuntut kembali haknya, dimana dia tidak mungkin akan mendapat kembali
haknya melainkan dengan membayar rasuah.

Maka dalam keadaan sebegini, wajiblah keatas orang yang ingin bertaubat ini
memulangkan kembali duit rasuah tersebut kepada pemberi rasuah jenis ini.

Kerana hukumnya dikira seperti harta yang dirampas, dan orang yang memberi rasuah
tersebut seakan-akan dipaksa.

2) Mengambil rasuah daripada orang zalim

Jika pemberi rasuah tersebut memberikan rasuah kepada perkara yang tiada terdapat
haknya di situ, maka dalam keadaan ini, duit tersebut tidak perlu dipulangkan.

Duit tersebut hendaklah dibelanjakan pada jalan kebaikan yang diharuskan seperti
memberikannya kepada fakir miskin.

Taubatnya sama seperti sesiapa yang mengambil hak orang lain dari tuannya.

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com


7. Bertaubat Daripada Mengumpat Orang
https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 14/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

“ Jika saya pernah mengumpat dan memburukkan orang lain, adakah


disyaratkan supaya saya memberitahu mereka tentang dosa tersebut
disamping meminta maaf?

Masalah sebegini terletak pada perkara berkaitan masalih (perkara yang boleh
mendatangkan kebaikan) dan juga mafasid (perkara yang boleh mendatangkan
keburukan dan kemudaratan) jika kamu memberitahu mereka tentang umpatan kamu
dan tuduhan kamu kepada mereka itu.

Jika perkara tersebut tidak menambahkan kemarahan dan kesedihan mereka, maka
berterus-teranglah kepada mereka tentang hal tersebut secara umum sahaja (tanpa
perlu memperincikan tentang perkara tersebut) berserta meminta maaf dengan penuh
penyesalan.

Manakala, jika anda risau atau takut apabila diberitahu mereka tentang perkara
tersebut akan mengakibatkan permusuhan dan pergaduhan yang besar (bakal berlaku
kemudharatan yang besar), oleh itu cukuplah kita bertaubat dengan memenuhi
beberapa perkara berikut:

Hendaklah menyesal dan hendaklah meminta keampunan daripada Allah, serta


cuba bermuhasabah tentang betapa haram dan terkutuknya perbuatan tersebut.

Hendaklah memuji insan yang diumpati itu dengan pujian kebaikan di hadapan
orang lain. Sebutkan segala kebaikan-kebaikan insan tersebut.

Hendaklah dia membela insan yang diumpatinya itu, jika adanya orang lain
sedang mengatakan perkara tidak baik terhadap insan tersebut.

Berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa orang yang diumpatinya (tanpa
pengetahuannya) Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 15/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

8. Bertaubat Dari Pekerjaan Yang Haram

“ Saya telah bekerja dalam bidang yang haram dan telah mendapat gaji
hasil dari kerja tersebut.

Sekarang saya sudah bertaubat.

Apakah saya perlu memulangkan kembali gaji ini kepada majikan saya?

Menurut pendapat Ibnu Taimiyah:

Seseorang yang bekerja dalam bidang yang haram, atau memberikan perkhidmatan
yang haram dan telah bertaubat kepada Allah serta masih mempunyai saki-baki gaji
dari kerja tersebut:

– maka hendaklah dia membelanjakan wang tersebut tanpa perlu dia memulangkan
semula wang tersebut kepada majikannya.

Seorang pelacur yang telah bertaubat tidaklah perlu dia memulangkan kembali wang
yang diperolehinya kepada bekas pelanggannya.

Seorang penyanyi yang membuat persembahan yang diharamkan (tidak mengikut


syarak) tidak perlu memulangkan kembali duitnya kepada penganjur konsert tersebut.

Kerana jika dia memulangkan kembali wang haram tersebut kepada penganjur itu,
maka dia telah menghimpunkan kembali duit haram itu dan seterusnya menolong
penganjur itu meneruskan kerja haramnya.
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 16/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Maka cukuplah untuk membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan lain.

9. Bolehkah Menghapuskan Simpanan Barang-Barang Yang


Haram Dengan Menjualnya?

“ Saya telah bertaubat nasuha kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama
saya masih mempunyai simpanan barang-barang yang haram seperti
peralatan judi, arak, lem lucah dan sebagainya.

Saya ingin menghapuskan semua barang tersebut dari hidup saya.

Bolehkah saya menjualnya?

Jawapannya adalah tidak boleh.

Tidak boleh menjual barang-barang yang haram dan hasil yang diperolehi dari
penjualan barang-barang tersebut adalah haram!

Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya Allah jika sudah mengharamkan sesuatu, maka akan


diharamkan juga harganya (hasil dari perkara yang diharamkan tersebut)

— Riwayat Ali Ibn Ja’ad, Abu Daud, al-Sya ey, Ahmad, al-Daraqutni dan al-
Baihaqi.

Apabila kita sudah tahu jika kita menjual sesuatu barang dan pembeli tersebut akan
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com
menggunakannya ke jalan yang haram, maka hukumnya tidak boleh menjual barang
https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 17/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

tersebut.

“ Dan janganlah kamu bertolong-tolong didalam perkara dosa dan


permusuhan.

— Al-Maidah: 2

Adakah Perlu Mengaku & Minta Dijatuhkah


Hukuman?

“ Adakah disyaratkan untuk mengakui segala jenayah silam di mahkamah


dan meminta dijalankan hukuman?

Tidak wajib seseorang itu untuk mengaku segala jenayah silamnya dihadapan seorang
hakim supaya dijalankan hukuman ke atasnya.

Sesiapa yang telah Allah tutup segala rahsianya, maka tidak mengapalah untuk dia
menutupi rahsia dirinya sendiri.

Cukuplah dengan taubat kepadaNya dengan sebenar-benar taubat nasuha dan


mengakui segala dosa-dosa silam itu dihadapanNya.

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 18/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Bertaubat Atas Satu Dosa, Tetapi Tidak Bertaubat


Untuk Dosa Yang Lain

“ Adakah sah taubat nasuha saya, jika saya hanya bertaubat untuk satu
dosa, tetapi masih belum bertaubat terhadap dosa yang lain?

Sah taubat terhadap satu dosa walaupun tidak bertaubat untuk jenis dosa yang lain.

Tetapi ini hanya terpakai jika dosa tersebut bukanlah dari jenis dosa yang sama, dan
juga tidak ada kaitan dengan dosa yang pertama.

Contohnya:

Jika seseorang itu bertaubat daripada dosa mencuri dan dia tidak bertaubat untuk dosa minum arak, maka
taubatnya terhadap mencuri tersebut adalah sah.

Tetapi jika dia bertaubat daripada mencuri kereta dan tidak bertaubat dari mencuri wang tabung masjid, maka
taubatnya tidaklah sah.

Sama juga dengan sesiapa bertaubat dari menghisap syisya dan tidak bertaubat daripada minum arak.

— ia tidak dikira sah taubatnya kerana setiap perlakuan tersebut sama sahaja dari segi jenis, rupa dan
keadaannya.

Cuma sahaja dijadikan seakan-akan berlainan.

Keburukan Melakukan Dosa Secara Berterusan


Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 19/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Imam Ibnu Qayyim rhm ada menyatakan beberapa keburukan melakukan dosa-dosa
secara berterusan di dalam kitab beliau, al-Daa’ wa al-Dawaa’

1. Haram dari mendapat ilmu yang bermanfaat.

2. Kemurungan dan wujudnya keresahan yang meresahkan di dalam hati.

3. Disusahkan urusan di dalam kehidupan seharian.

4. Diharamkan dari berlaku taat.

5. Diharamkan mendapat keberkatan.

6. Kurangnya berasa kedamaian.

7. Disempitkan dada.

8. Membiakkan perkara-perkara dosa yang lain.

9. Dibiasakan berterusan melakukan dosa.

10. Dihinakan oleh Allah.

11. Dihinakan oleh manusia lain.

12. Dilaknati oleh segala binatang ternakan.

13. Ditandakan titik hitam di atas hati.[3]

14. Diletakkan di bawah kelaknatan.


Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 20/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

15. Terhalang dimakbulkan doa.

16. Dihapuskan rasa malu.

17. Ditarik nikmat dari Allah.

18. Sentiasa merasa takut di dalam hatinya.

19. Tergolong di dalam tawanan syaitan.

20. Mati di dalam keadaan yang buruk.

21. Mendapat azab seksa Allah di akhirat.

3 Seperti dalam hadis nabi yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang hambah itu jika melakukan satu dosa, maka akan dititik pada hatinya suatu titik
hitam. Jika dia bertaubat dan berhenti dari dosa itu, maka akan dibersihkan hatinya itu. Jika dia kembali
melakukan dosa itu kembali, titik hitam akan bertambah sehinggalah hatinya hitam berkarat, dan itulah
yang dinamakan al-Raan (tutupan)

— al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3908, jilid 2, m.s 562, al-Baihaqi di dalam al-Sunan no. 20763, jilid 10 m/s:
316

Penutup: Yakinlah Allah Itu Maha Pengampun

“ Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 21/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

Katakanlah: Hai hamba-hambaku yang melampaui batas


terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-
dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang

— Surah al-Zumar 53

Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-‘Afuw (Yang Maha Pemaaf) dan al-


Ghaffar (Yang Maha Pengampun) Allah SWT.

Oleh itu yakinlah, apabila seorang pendosa menyesal, meminta ampun dan membuat
amalan soleh, pasti akan diampunkan segala dosa.

Pasti!

Semoga panduan ini memberi manfaat yang berguna.


Kongsikan artikel ini:

    

Artikel berkaitan:

Cara Solat Taubat & Doa Taubat Taubat Daripada Dosa Mencuri Taubat Daripada Zina & Terlanjur
(Panduan Lengkap) (Panduan Lengkap) (Panduan Lengkap)

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com


 Fardu Ain

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 22/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

S ER TA I T E L E G RAM KAMI

Sertai channel telegram akuislam.com untuk mendapatkan maklumat dan noti kasi
bila artikel baru diterbitkan.

 sertai channel @akuislam

Tinggalkan Komen Anda..

1500
Tuliskan pandangan anda disini..

36 COMMENTS   Komen Terbaru 

Hamba Allah
9 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz, macam mana cara taubat nasuha untuk orang yang pernah
melakukan onani? Terima kasih.

Balas

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Hamba Allah 9 hari yang lalu

Wassalam,

Perbanyakkan istigfar dan solat taubat.


Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com
Balas

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 23/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

hamba Allah
1 bulan yang lalu

macam mana nak taubat sebab selalu tinggal solat ? :(


terima kasih.

Balas

Muhamad Naim Penulis

 Reply to hamba Allah 1 bulan yang lalu

Kena gantikan balik solat yang ditinggalkan.

Balas

Khairol
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya ape perbezaan solat sunat taubat nasuha dgn solat
sunat taubat? Ade perbezaan atau sana shj..

Soalan ke dua
Sebagai contoh saya pernah melakukan dosa kecil dan dosa besar semasa muda kemudian
sudah berhenti melakukan dosa² besar tetapi saya tidak melakukan solat taubat cuma
melaksanakan solat yg Wajib shj dan memohon keampunan melalui doa selepas solat ..
Adakah dosa² yg lalu masih blm di ampunkan jika tidak melakukan solat taubat? Adakah solat
taubat Wajib dilakukan?

Mohon pencerahan, terima kasih..

Balas

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Khairol 1 bulan yang lalu

Wassalam,

1) Taubat nasuha ini adalah perbuatan (bukan solat). Iaitu bertaubat secara ikhlas
dan sebenar-benar taubat.

Solat taubat pula adalah nama sejenis solat sunat apabila melakukan dosa. Solat
sunat taubat juga termasuk dibawah perbuatan taubat nasuha.
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 24/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

2) InsyaAllah, apabila awak beristighfar dan memohon ampun (dan meninggalkan


dosa tersebut) maka insyaaAllah dosa awak diampunkan.

Solat sunat taubat hukumnya sunat sahaja, tidak wajib dilakukan.

Balas

Hidayah
1 bulan yang lalu

Assalam..Saya nak tanya, zina tu ada banyak jenis. Zina lelaki perempuan, zina mata, zina
tangan, zina mulut, zina telinga. Jadi jika kita nak taubat untuk 1 zina contoh zina lelaki
perempuan sahaja. Tapi adakah tidak sah sebab zina² mata & mulut hari² kita masih buat
tambahan di akhir zaman memang kita setiap masa terdedah dengan social media, hp, tv
yang dedahkan kita dengan zina mata telinga dan sebagainya. Agak mustahil untuk kita buat
taubat nasuha untuk semua jenis zina (jika kita kaitkan dengan sah tidak sah taubat untuk 1
jenis dosa sedangkan dosa sejenis yang lain kita masih lakukan).

Balas

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Hidayah 1 bulan yang lalu

Wassalam,

Zina yang memerlukan taubat nasuha adalah zina yang melibatkan persetubuhan.

Yang penting semasa melakukan taubat, minta semua dosa dihapuskan.

Balas

Unknown
1 bulan yang lalu

kalau melakukan onani, adakah perlu taubat nasuha atau solat sunat taubat sahaja?

Balas

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Unknown 1 bulan yang lalu

Kalau dengan menontoh


Hakvideo lucah, kenaakuislam.com
Cipta Terpelihara© taubat nasuha.

Balas
https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 25/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

LIHAT KOMEN YANG TERDAHULU ➽

Panduan Lengkap

 Doa Selepas Solat

 Panduan Solat Fardu

 Panduan Qada Solat

 Panduan Solat Jenazah

 Panduan Solat Taubat

 Panduan Solat Tahajjud

 Panduan Solat Dhuha

 Panduan Solat Jamak & Qasar

 Panduan Solat Hajat

 Panduan Solat Rawatib

 Senarai Solat Sunat

 Panduan Solat Tarawih

 Doa-Doa Harian

 Panduan Taubat Nasuha

 Panduan
Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com Qiamullail

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 26/27
7/9/2020 Cara Melakukan TAUBAT NASUHA (Panduan Lengkap) • AKU ISLAM

 Niat Puasa Ganti Ramadan 

IKUTI JUGA KAMI DI:

Hak Cipta Terpelihara© akuislam.com

https://akuislam.com/blog/ibadah/taubat-nasuha/ 27/27

Anda mungkin juga menyukai