Anda di halaman 1dari 47

PERTANDINGAN RAKAMAN VIDEO UCAPAN PENGHARGAAN KHAS

BUAT YAB PERDANA MENTERI(SM)


DAN
VIDEO PERTANDINGAN CELOTEH SI COMEL(SR)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1.0 PENGENALAN

Penganjuran program pertandingan berkonsepkan online untuk sekolah


rendah dan menengah ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh pihak
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang sentiasa berusaha merancang dan
melaksanakan program bagi meneruskan agenda Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Meskipun berdepan dengan situasi yang agak
terbatas, pertandingan ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-
murid menonjolkan kemahiran dan potensi sepanjang tempoh ‘Perintah
Kawalan Pergerakan’ (PKP).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar


sekolah
2.2 Menjadi platform baharu bagi mencungkil bakat pelajar sekolah dalam
aktiviti Ko-Akademik Bahasa Melayu
2.3 Sebagai pertandingan alternatif bagi menggantikan pertandingan sedia
ada berikutan penularan wabak Covid-19 di negara kita.
2.4 Membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk mendapat sijil
penyertaan dan pencapaian kokurikulum bagi pertandingan peringkat
negeri.
2.5 Menggalakkan pelajar untuk menggunakan aplikasi teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pendidikan

Page 1 of 47
3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 PERTANDINGAN RAKAMAN VIDEO UCAPAN PENGHARGAAN


KHAS BUAT YAB PERDANA MENTERI(SM)

i. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah


menengah (Tingkatan 1 hingga 6 sahaja) yang belajar di sekolah
menengah bantuan kerajaan persekutuan di negeri Pahang.

ii. Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

iii. Pertandingan adalah secara individu.

Kategori A: Tingkatan 1-3


Kategori B: Tingkatan 4-5
Kategori C: Tingkatan 6

3.2 VIDEO PERTANDINGAN CELOTEH SI COMEL (SR)

i. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah


rendah tahap 2 (Tahun 4 hingga 6 sahaja) yang belajar di
sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan di negeri
Pahang

ii. Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

iii. Pertandingan adalah secara individu.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Peserta hendaklah memulakan video dengan memperkenalkan nama,


umur dan sekolah.
4.2 Tempoh pertandingan bermula dari 1 Mei hingga 30 September 2020
4.3 Video perlu dihantar ke telegram yang akan ditetapkan.
4.4 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan 5 karya
yang terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
4.5 Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah adalah pada 17 Julai 2020

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Tema ucapan ialah Penghargaan Khas Buat YAB Perdana Menteri


Berkenaan Isu Covid-19 (SM) dan Celoteh Si Comel (SR) disampaikan
mestilah berdasarkan isu Covid-19. Contoh, Pengalaman Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).

Page 2 of 47
5.1 Ucapan hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana
penyiaran atau penerbitan.
5.2 Durasi video ialah 2 sehingga 3 minit sahaja.
5.3 Peserta hendaklah memulakan video dengan memperkenalkan nama,
umur dan sekolah.
5.4 Video ucapan yang dihantar mestilah asli dan tiada sebarang suntingan.
5.5 Penyuntingan menggunakan sebarang aplikasi seperti “Tiktok”, “Inshot”,
“Kinemaster” dan lain-lain adalah TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan
muzik atau kesan bunyi juga TIDAK DIBENARKAN.
5.6 Teks ucapan tidak perlu disertakan bersama video.
5.7 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan karya yang
terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.

6.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

a) Video ucapan akan diadili dari segi isi (mesej), bahasa, persembahan
dan kreativiti.

Kriteria Keterangan Markah

Tema Suasana latar belakang video 10%


Mesej (Isi) Isi yang dipersembahkan 30%
Bahasa Penggunaan bahasa 20%
Persembahan Gaya persembahan 10%
Kreativiti Keupayaan mempersembahkan ucapan 20%
Keaslian Ucapan hasil ciptaan sendiri 10%
Jumlah Markah 100%

b) Video ucapan akan di nilai oleh Jawatankuasa Hakim Pertandingan Ko-


Akademik Bahasa Melayu Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
c) Penganjur pertandingan berhak membatalkan penyertaan yang didapati
melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang
telah ditetapkan.

Page 3 of 47
7.0 PANDUAN PENGELOLAAN

7.1 Pihak sekolah perlu membuat pemilihan dan memilih 3 karya yang
terbaik untuk dihantar melalui pautan aplikasi telegram PPD masing-
masing.
7.2 PPD akan mewujudkan atau menentukan pautan telegram yang akan
digunakan.
7.3 PPD akan membuat pemilihan 5 karya terbaik dan dihantar melalui pautan
aplikasi telegram PBM JPN.
7.4 Pihak PBM JPN akan membuat pemilihan untuk menentukan pemenang
dan keputusan adalah muktamad.

8.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 4 of 47
CONCEPT PAPER
‘COVID-19 RAP STAR’
PAHANG STATE EDUCATION DEPARTMENT

1. INTRODUCTION

The Pahang State Education Department is always looking forward to

encouraging students to be active and creative. Dealing with the Movement

Control Order (MCO) situation, the Pahang State Education Department has

decided to provide a platform for pupils to showcase their talents by taking part

in the competition provided. Covid-19 Rap Star is held to give the opportunity

to pupils in secondary school to participate and show their ability in English

language through performance (rap).

2. OBJECTIVES

2.1 To achieve the Malaysia Education Blueprint (2013-2025) by developing


pupils potential through co-curricular activities.
2.2 To enhance the use of English language among pupils.
2.3 To boost pupils’ confidence level in performing creatively in the English
language.
2.4 To nurture pupils’ interest in English through meaning, sound and the
inclusion of stylised music output.

3. QUALIFICATION

3.1 This competition is open to ALL secondary school pupils (Form 1 - Form
5) from government’s aided schools in Pahang.
3.2 It is divided into two catagories (Lower Secondary and Upper
Secondary).

3.3 Only Malaysia Citizens are allowed to join this competition.

3.4 It is an individual participation.


3.5 Only one entry per person is allowed.

Page 5 of 47
4. THE COMPETITION METHOD

4.1 This competition is divided into two phases :


- Phase 1 – Registration and Lyrics submision
- Phase 2 – Video submision

4.2 The participants need to register by sending their lyrics and details
through online registration.
4.2 The competition is only for the first 50 entries with complete details and
lyrics.
4.3 The video submision is due within the stipulated time frame after the
registration.
4.4 All the videos should be submitted via Instagram Account / Telegram
provided by the organiser.

5. RULES AND REGULATIONS

5.1 All participants have to compose their own script based on the theme
‘Adapting to changes’.
5.2 The video prepared should not exceed than 3 minutes.
5.3 Any video format is accepted. It is the participants’ responsibility to
ensure the quality of the video and audio.
5.4 The use of pre-existing beats or music (minus one) is allowed.
5.5 The presence of the participants in the video is compulsory.

6. JUDGING CRITERIA

6.1 The videos are judged based on content (40 marks), rhyme and wordplay
(30 marks), musicality (25 marks) and creativity (10 marks).
6.2 Judges are appointed by Pahang State Education Department.
6.3 The judges’ decision is final and no comments or marks will be shared
with the participants.
6.4 All the winners will be contacted by the organiser.

 Any amendment shall be made and is subject to Pahang State


Education Department.

Page 6 of 47
CONCEPT PAPER
‘EMAIL A LETTER COMPETITION’
PAHANG STATE EDUCATION DEPARTMENT

1. INTRODUCTION

Pahang State Education Department is always looking forward to

encourage students to be active and creative. Dealing with the Movement

Control Order (MCO) situation, Pahang State Education Department provides

a platform for pupils to show their talents by taking part in the competition

provided. Thus, Email A Letter Competition is held to give opportunity for

pupils in primary school to participate and show their ability in English language

by writing an email.

2. OBJECTIVES

2.1 To achieve the Malaysia Education Blueprint (2013-2025) by developing


pupils potential through cocurricular activities.
2.2 To enhance the use of English language among pupils.
2.3 To expose pupils to communicate and send positive or constructive
message via email.
2.4 To nurture pupils’ interest in writing in a meaningful way.

3. QUALIFICATION

3.1 This competition is opened to primary school pupils (Year 4 – Year 6)


from government aided schools in Pahang.
3.2 It is divided into three categories (Year 4, Year 5 and Year 6).

3.3 Only Malaysia Citizen is allowed to join this competition.

3.4 It is an individual participation.


3.5 Only one person per entry is allowed.

Page 7 of 47
4. THE COMPETITON METHOD

4.1 The participants need to provide their own email address to join this
competition.
4.2 The task will be given on the specific time and date where the
participants have to get/read it from the blog provided by the organiser.
4.3 The participants have to write a letter based on the task given and email
the complete letter to the address given in the blog.

5. RULES AND REGULATIONS

5.1 All participants have to provide their own devices and services needed.
(The organiser is not responsible for any troubleshoot occurs during the
process)
5.2 Only a letter prepared using email is accepted.
5.3 One hour is given to complete the task. The time will start after the task
is view in the blog provided. (Late entry will be disqualified).
5.4 Total of words: - Year 4 (not exceed 50 words)
- Year 5 (not exceed 60 words)
- Year 6 (not exceed 70 words)
(the total of words is not including the sender’s name and address)

6. JUDGING CRITERIA

6.1 The letter will be evaluated based on Content- 50%, Language- 45% and
Format 5%.
6.2 Judges are appointed by Pahang State Education Department.
6.3 The judges’ decision is final and no comments or marks will be shared
with the participants.
6.4 All the winners will be contacted by the organiser.

 Any amendment shall be made and is subject to Pahang State


Education Department.

Page 8 of 47
KERTAS KONSEP
‘STAY AT HOME CHALLENGE : STEM EDITION’
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1. PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa memberi peluang kepada

semua murid di negeri ini melalui program-program yang dirancang. Walaupun

berdepan dengan situasi yang sedikit terbatas iaitu tempoh ‘Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP)’, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan sentiasa

berusaha merancang dan melaksana program bagi meneruskan agenda Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pertandingan ‘Stay at Home

Challenge : STEM Edition’ dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-

murid menonjolkan kemahiran dan potensi di samping memanfaatkan masa

terluang semasa tempoh PKP ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Membentuk kemenjadian murid melalui aktiviti koakademik ke arah


mencapai aspirasi murid berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).
2.2 Meningkat kemahiran dan pengetahuan murid-murid kepada mata
pelajaran yang berteraskan kepada STEM (Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik) kepada enhance the use of English
language among pupils.
2.3 Pendedahan kepada konsep dan aplikasi STEM dalam kehidupan
seharian.
2.4 Menyediakan murid-murid ke arah Revolusi Industri 4.0 dengan
kemahiran pelbagai dalam melaksanakan tugasan
2.5 Menarik minat murid ke arah aliran dan kerjaya di bidang STEM pada
masa akan datang.

Page 9 of 47
3. KELAYAKAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah
dan menengah bantuan kerajaan.
3.2 Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Sekolah Rendah,
Menengah Rendah dan Menengah Atas.
3.3 Peserta mestilah warganegara Malaysia dan penyertaan adalah secara
individu.
3.4 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

4. KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Setiap peserta dikehendaki menyediakan video berkaitan penerangan


konsep STEM yang ditemui dalam kehidupan seharian mereka.

4.2 Setiap penerangan mestilah menggunakan :

4.2.1 Sekolah Rendah : Alat bantu iaitu poster atau carta yang
dihasilkan secara kreatif dan
menarik.
4.2.2 Menengah Rendah : Alat bantu seperti poster, carta, objek atau
eksperimen ringkas.
4.2.3 Menengah Atas : Alat bantu seperti poster, carta, objek atau
eksperimen ringkas.
Nota : - Eksperimen yang melibatkan pembakaran dan bahan-bahan
yang merbahaya adalah dilarang.
- Semua peserta diingatkan untuk mengutamakan aspek-
aspek keselamatan semasa melaksanakan eksperimen dan
dipantau oleh ibu, bapa atau penjaga masing-masing.
-
4.3 Semua penghantaran video adalah secara atas talian (online) berserta
nama dan nombor Mykad.

5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Semua penyertaan adalah melalui penghantaran video berdurasi 3


minit. Sebarang format video atau aplikasi yang sesuai adalah
dibenarkan.
5.2 Semua peserta bebas untuk menggunakan peralatan rakaman yang
bersesuaian.
5.3 Semua rakaman hendaklah dilakukan secara langsung (tanpa proses
suntingan) dan keadaan lensa adalah tetap (still) semasa proses
rakaman.

(Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya kualiti video


dan audio tidak dapat dinilai oleh para hakim).
5.4 Semua pembentangan atau penerangan hendaklah dilakukan secara
individu tanpa bantuan mana-mana pihak.

Page 10 of 47
6. KRITERIA PEMARKAHAN

6.1 Semua video akan dinilai dari aspek Isi Kandungan (40 %), Kemahiran
Proses Sains (30 %), Pembentangan (30 %).
6.2 Para hakim akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
6.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bak

Page 11 of 47
KERTAS KONSEP
‘STAY AT HOME CHALLENGE : STEM EDITION’
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1. PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa memberi peluang kepada

semua murid di negeri ini melalui program-program yang dirancang. Walaupun

berdepan dengan situasi yang sedikit terbatas iaitu tempoh ‘Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP)’, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan sentiasa

berusaha merancang dan melaksana program bagi meneruskan agenda Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pertandingan ‘Stay at Home

Challenge : STEM Edition’ dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-

murid menonjolkan kemahiran dan potensi di samping memanfaatkan masa

terluang semasa tempoh PKP ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Membentuk kemenjadian murid melalui aktiviti koakademik ke arah


mencapai aspirasi murid berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).
2.2 Meningkat kemahiran dan pengetahuan murid-murid kepada mata
pelajaran yang berteraskan kepada STEM (Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik) kepada enhance the use of English
language among pupils.
2.3 Pendedahan kepada konsep dan aplikasi STEM dalam kehidupan
seharian.
2.4 Menyediakan murid-murid ke arah Revolusi Industri 4.0 dengan
kemahiran pelbagai dalam melaksanakan tugasan
2.5 Menarik minat murid ke arah aliran dan kerjaya di bidang STEM pada
masa akan datang.

Page 12 of 47
3. KELAYAKAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah
dan menengah bantuan kerajaan.
3.2 Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Sekolah Rendah,
Menengah Rendah dan Menengah Atas.
3.3 Peserta mestilah warganegara Malaysia dan penyertaan adalah secara
individu.
3.4 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

4. KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Setiap peserta dikehendaki menyediakan video berkaitan penerangan


aplikasi konsep sains dalam kehidupan seharian mereka.

4.2 Setiap penerangan mestilah menggunakan :

4.2.1 Sekolah Rendah : Alat bantu iaitu poster atau carta yang
dihasilkan secara kreatif dan
menarik.
4.2.2 Menengah Rendah : Alat bantu seperti poster, carta, objek atau
eksperimen ringkas.
4.2.3 Menengah Atas : Alat bantu seperti poster, carta, objek atau
eksperimen ringkas.

Nota : - Eksperimen yang melibatkan pembakaran dan bahan-bahan


yang merbahaya adalah dilarang.
- Pelaksanaan eksperimen adalah dengan kebenaran serta
di bawah pengawasan ibu, bapa atau penjaga. Semua
peserta diingatkan untuk mengutamakan aspek-aspek
keselamatan semasa melaksanakan eksperimen.

4.3 Pendaftaran dan penghantaran video adalah secara atas talian (online)
berserta nama dan nombor Mykad ke pautan Googleform ke Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang.

5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Semua penyertaan adalah melalui penghantaran video berdurasi 3


minit. Sebarang format video atau aplikasi yang sesuai adalah
dibenarkan.
5.2 Semua peserta bebas untuk menggunakan peralatan rakaman yang
bersesuaian.
5.3 Semua rakaman hendaklah dilakukan secara langsung (tanpa proses
suntingan) dan keadaan lensa adalah tetap (still) semasa proses
rakaman.

(Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya kualiti video


dan audio tidak dapat dinilai oleh para hakim).

Page 13 of 47
5.4 Semua pembentangan atau penerangan hendaklah dilakukan secara
individu tanpa bantuan mana-mana pihak.

6. KRITERIA PEMARKAHAN

6.1 Semua video akan dinilai dari aspek Isi Kandungan (40 %), Kemahiran
Proses Sains (30 %), Pembentangan (30 %).
6.2 Para hakim akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
6.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat


Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 14 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF ‘LOCKDOWN COOKERY’
SEKOLAH MENENGAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa memberi peluang kepada


semua murid di negeri ini melalui program-program yang dirancang. Walaupun
berdepan dengan situasi yang agak terbatas iaitu ‘Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP)’, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan sentiasa
merancang dan melaksana program bagi meneruskan agenda Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pertandingan Video Kreatif ‘Lockdown
Cookery’ Sekolah Menengah dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-
murid menunjukkan kebolehan memasak dan ‘survival’ sekiranya berada
dalam situasi kecemasan.

2.0 OBJEKTIF

a. Memberi peluang menunjukkan kebolehan memasak menggunakan


bahan sedia ada dirumah (#stayathome) dan ‘survive’ sekiranya berada
dalam keadaan kecemasan.
b. Membuka peluang kepada murid-murid untuk mendapat sijil
penyertaan dan pencapaian kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
c. Memupuk tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran,
berdisiplin, bertanggungjawab, dan kepimpinan.
d. Menanam kesedaran mengenai adanya aktiviti sihat yang menarik serta
jauh lebih berfaedah bagi mengisi masa sepanjang tempoh cuti ini.

Page 15 of 47
3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli Pasukan Badan
Beruniform (Tingkatan 1 hingga 5 sahaja) yang belajar di sekolah
menengah bantuan kerajaan persekutuan.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Pertandingan adalah secara individu.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

i. Makluman berkaitan pertandingan akan dimuat naik ke portal rasmi


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah di minta muat
turun maklumat berkaitan serta membuat hebahan kepada semua murid-
murid.
ii. Guru perlu bertindak sebagai mentor dan membuat pemilihan 3 video
kreatif yang terbaik serta mewujudkan aplikasi telegram untuk urusan
penghantaran karya murid.
iii. Setiap peserta perlu mengisi maklumat dan mendaftar di Googleform
yang telah dsediakan.
iv. Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format video dan dimuat naik ke
aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
v. Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan 5 karya yang
terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
vi. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mematuhi syarat yang ditetapkan.
vii. Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah adalah pada 24 Julai 2020.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Setiap peserta perlu mengisi maklumat lengkap dan mendaftar di


Googleform yang telah disediakan.
5.2 Peserta dikehendaki menyedia, memasak, menghidang dan merakam
hidangan yang telah dibuat dalam bentuk video berdurasi 2 hingga 3 minit.

Page 16 of 47
5.3 Memilih bahan-bahan masakan yang di dalam rumah tanpa perlu keluar
untuk mendapatkan bahan-bahan yang khusus atau tertentu.
(#StayAtHome).
5.4 Kaedah memasak yang dicadangkan: mengukus, merebus,
memanggang dan menggoreng menggunakan minyak yang sedikit.
5.5 Semua alatan persediaan, memasak dan menghidang menggunakan
peralatan yang sedia ada di rumah ANDA.
5.6 Setiap penyertaan perlu dirakam menggunakan telefon pintar dan dimuat
naik ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing

5.7 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan karya yang
terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
5.8 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Julai 2020.

6 KAEDAH PENGHAKIMAN

6.1 Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan :

Bil Perkara Markah Jumlah Markah


1. Penyediaan

- Kaedah memasak yang betul. 30 markah

- Penggunaan bahan yang mencukupi.

2. Komposisi makanan, kreativiti dan inovasi


- Bahan-bahan makanan yang harmoni
- Markah akan diberikan kepada 30 markah
kombinasi, kesederhanaan dan
keaslian dalam komposisi makanan dan
hidangan yang menarik.
3. Kebersihan dan keselamatan makanan
- Makanan perlulah bersih, menarik dan
praktikal. 20 markah
- Menepati standard masakan ala
‘lockdown’.
4. Persembahan Makanan
- Makanan perlulah bersih, menarik dan
praktikal. 20 markah
- Hiasan makanan yang digunakan
bersesuaian dengan makanan.
- Menepati kaedah memasak dan
menghidang.

Page 17 of 47
6.2 Penilaian di peringkat sekolah perlu di lakukan oleh guru Pasukan
Beruniform sekolah masing-masing.
6.3 Di peringkat daerah, Pegawai Teknikal Pasukan Beruniform lantikan PPD
akan membantu membuat penilaian dan pemarkahan.
6.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

7 PANDUAN PENGELOLAAN

7.1 Pihak sekolah perlu membuat pemilihan dan memilih 3 karya yang
terbaik untuk dihantar melalui pautan aplikasi telegram PPD masing-
masing.
7.2 PPD akan mewujudkan atau menentukan pautan telegram yang akan
digunakan.
7.3 PPD akan membuat pemilihan 5 karya terbaik dan dihantar melalui pautan
aplikasi telegram PBM JPN.
7.4 Pihak PBM JPN akan membuat pemilihan untuk menentukan pemenang
dan keputusan adalah muktamad.

8 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 18 of 47
Page 19 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF ‘LOCKDOWN COOKERY’
SEKOLAH RENDAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa memberi peluang kepada


semua murid di negeri ini melalui program-program yang dirancang. Walaupun
berdepan dengan situasi yang agak terbatas iaitu ‘Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP)’, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan sentiasa
merancang dan melaksana program bagi meneruskan agenda Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pertandingan Video Kreatif ‘Lockdown
Cookery’ Sekolah Rendah dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-
murid menunjukkan kebolehan memasak dan ‘survival’ sekiranya berada
dalam situasi kecemasan.

2.0 OBJEKTIF

a. Memberi peluang menunjukkan kebolehan memasak menggunakan


bahan sedia ada dirumah (#stayathome) dan ‘survive’ sekiranya berada
dalam keadaan kecemasan.
b. Membuka peluang kepada murid-murid untuk mendapat sijil
penyertaan dan pencapaian kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
c. Memupuk tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran,
berdisiplin, bertanggungjawab, dan kepimpinan.
d. Menanam kesedaran mengenai adanya aktiviti sihat yang menarik serta
jauh lebih berfaedah bagi mengisi masa sepanjang tempoh cuti ini.

Page 20 of 47
3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli Pasukan Badan
Beruniform (Tahun 4 hingga 6 sahaja) yang belajar di sekolah rendah
bantuan kerajaan persekutuan.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Pertandingan adalah secara individu.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

i. Makluman berkaitan pertandingan akan dimuat naik ke portal rasmi


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah diminta memuat
turun maklumat berkaitan serta membuat hebahan kepada semua
murid.
ii. Guru perlu bertindak sebagai mentor dan membuat pemilihan 3 video
kreatif yang terbaik serta mewujudkan aplikasi telegram untuk urusan
penghantaran karya murid.
iii. Setiap peserta perlu mengisi maklumat dan mendaftar di Googleform
yang telah dsediakan.
iv. Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format video dan di muat turun
ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
v. Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan 5 karya
yang terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
vi. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mematuhi syarat yang ditetapkan.
vii. Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah adalah pada 24 Julai 2020.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Setiap peserta perlu mengisi maklumat lengkap dan mendaftar di


Googleform yang telah disediakan.
5.2 Peserta dikehendaki menyedia, memasak, menghidang dan merakam
hidangan yang telah dibuat dalam bentuk video berdurasi 2 hingga 3
minit.

Page 21 of 47
5.3 Memilih bahan-bahan masakan yang di dalam rumah tanpa perlu keluar
untuk mendapatkan bahan-bahan yang khusus atau tertentu.
(#StayAtHome).
5.4 Kaedah memasak yang dicadangkan: mengukus, merebus, memanggang
dan menggoreng menggunakan minyak yang sedikit.
5.5 Semua alatan persediaan, memasak dan menghidang menggunakan
peralatan yang sedia ada di rumah ANDA.
5.6 Setiap penyertaan perlu dirakam menggunakan telefon pintar dan dimuat
naik ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing

5.7 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan karya yang
terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
5.8 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Julai 2020.

6 KAEDAH PENGHAKIMAN

6.1 Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan :

Bil Perkara Markah Jumlah Markah


1. Penyediaan

- Kaedah memasak yang betul. 30 markah

- Penggunaan bahan yang mencukupi.

2. Komposisi Makanan, Kreativiti dan Inovasi


- Bahan-bahan makanan yang harmoni
- Markah akan diberikan kepada 30 markah
kombinasi, kesederhanaan dan
keaslian dalam komposisi makanan dan
hidangan yang menarik.
3. Kebersihan dan Keselamatan Makanan
- Makanan perlulah bersih, menarik dan
praktikal. 20 markah
- Menepati standard masakan ala
‘lockdown’.
4. Persembahan Makanan
- Makanan perlulah bersih, menarik dan
praktikal. 20 markah
- Hiasan makanan yang digunakan
bersesuaian dengan makanan.
- Menepati kaedah memasak dan
menghidang.

Page 22 of 47
6.2 Penilaian di peringkat sekolah perlu di lakukan oleh guru Pasukan
Beruniform sekolah masing-masing.
6.3 Di peringkat daerah, Pegawai Teknikal Pasukan Beruniform lantikan PPD
akan membantu membuat penilaian dan pemarkahan.
6.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

7 PANDUAN PENGELOLAAN

7.1 Pihak sekolah perlu membuat pemilihan dan memilih 3 karya yang
terbaik untuk dihantar melalui pautan aplikasi telegram PPD masing-
masing.
7.2 PPD akan mewujudkan atau menentukan pautan telegram yang akan
digunakan.
7.3 PPD akan membuat pemilihan 5 karya terbaik dan dihantar melalui
pautan aplikasi telegram PBM JPN.
7.4 Pihak PBM JPN akan membuat pemilihan untuk menentukan pemenang
dan keputusan adalah muktamad.

8 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 23 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN VIDEO THUMB’S UP KREATIF (PENGHARGAAN)
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1.0 PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa memberi peluang kepada


semua murid di negeri ini melalui program-program yang dirancang. Walaupun
berdepan dengan situasi yang agak terbatas iaitu ‘Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP)’, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan sentiasa
merancang dan melaksana program bagi meneruskan agenda Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pertandingan Video Thumb’s Up Kreatif
Sekolah Rendah dan Menengah dianjurkan untuk memberi peluang kepada
murid-murid melahirkan rasa penghargaan dan memberi kesedaran mengenai
perkhidmatan dan tugas barisan hadapan menghadapi situasi sekarang ini.

2.0 OBJEKTIF

a) Membuka peluang kepada murid-murid untuk mendapat sijil


penyertaan dan pencapaian kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
b) Memberi kesedaran dan mengenali kepentingan tugas barisan hadapan
dalam memerangi virus Covid-19.
c) Untuk menunjukkan penghargaan terhadap barisan hadapan yang
bertungkus lumus memberukan perkhidmatan yang terbaik bagi
keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Page 24 of 47
3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

a. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli Pasukan Badan


Beruniform (Tingkatan 1 hingga 6 sahaja) yang belajar di sekolah
menengah bantuan kerajaan persekutuan.
b. Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
c. Pertandingan adalah secara individu dan akan dibahagikan kepada tiga
kategori:
i) Kategori A: Sekolah Rendah (Tahun 4 hingga 6 sahaja)
ii) Kategori B: Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
iii) Kategori C: Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga 6)

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

i. Makluman berkaitan pertandingan akan dimuat naik ke portal rasmi


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah di minta muat
turun maklumat berkaitan serta membuat hebahan kepada semua
murid-murid.
ii. Guru perlu bertindak sebagai mentor dan membuat pemilihan 3 video
kreatif yang terbaik serta mewujudkan aplikasi telegram untuk urusan
penghantaran karya murid.
iii. Setiap peserta perlu mengisi maklumat dan mendaftar di Googleform
yang telah disediakan.
iv. Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format video dan dimuat turun
ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
v. Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan 5 karya
yang terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
vi. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mematuhi syarat yang ditetapkan.
vii. Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah adalah pada 24 Julai 2020.

Page 25 of 47
5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Setiap peserta individu/kumpulan perlu mengisi maklumat lengkap dan


mendaftar di Googleform yang telah dsediakan

5.2 Penyertaan perlu dikemukakan secara individu.

5.3 Peserta dikehendaki menyediakan peralatan seperti telefon bimbit


(merakam), kertas (saiz yang sesuai), pen “marker”, pensil warna atau
krayon dan alatan sorak (jika perlu).

5.4 Rangka satu skrip dan sertakan kapsyen #StayAtHomeChallenge atau


#TerimaKasihBarisanHadapan di atas kertas dan rakam ucapan anda
untuk menunjukkan penghargaan kepada barisan hadapan secara kreatif
(digalakkan memakai pakaian mengikut unit masing-masing).

5.5 Hasilkan satu video pendek berdurasi 1 hingga 2 minit mengikut kreativiti
anda menggunakan peralatan merakam sendiri (telefon pintar) di mana
elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-
masing adalah dibenarkan.

5.6 Setiap penyertaan perlu dirakam menggunakan telefon pintar dan dimuat
naik ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

5.7 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan karya yang
terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
5.8 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Julai 2020.

6 KAEDAH PENGHAKIMAN

6.1 Keseluruhan video pendek yang dihasilkan akan dinilai mengikut kriteria
dan pecahan pemarkahan berikut :
i) Idea - 40 markah
ii) Kreativiti - 40 markah
iii) Kesesuaian dengan tema - 20 markah
Jumlah - 100 markah

Page 26 of 47
7 PANDUAN PENGELOLAAN

7.1 Pihak sekolah perlu membuat pemilihan dan memilih 3 karya yang
terbaik untuk dihantar melalui pautan aplikasi telegram PPD masing-
masing.
7.2 PPD akan mewujudkan atau menentukan pautan telegram yang akan
digunakan.
7.3 PPD akan membuat pemilihan 5 karya terbaik dan dihantar melalui
pautan aplikasi telegram PBM JPN.
7.4 Pihak PBM JPN akan membuat pemilihan untuk menentukan pemenang
dan keputusan adalah muktamad.

8 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 27 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN MELUKIS SENI DOODLES SEKOLAH RENDAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1.0 PENGENALAN

Penganjuran Pertandingan Melukis Seni Doodles untuk sekolah rendah


ini merupakan satu inisiatif yang di ambil oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Pahang yang sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan program bagi
meneruskan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Meskipun berdepan dengan situasi yang agak terbatas, pertandingan ini
dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan
kemahiran dan potensi sepanjang tempoh ‘Perintah Kawalan Pergerakan’
(PKP).

2.0 OBJEKTIF

a. Menjadi pertandingan alternatif bagi mencungkil bakat dan potensi


dalam penghasilan karya seni doodles mengikut tema yang telah
ditetapkan.
b. Membuka peluang kepada murid-murid untuk mendapat sijil penyertaan
dan pencapaian kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
c. Melalui pertandingan ini, peserta dapat menjalankan aktiviti persaingan
secara sihat sepanjang berada di rumah.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

a. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah


(Tahun 4, 5 dan 6 sahaja) yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan
persekutuan.
b. Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
c. Pertandingan adalah secara individu.

Page 28 of 47
4 KAEDAH PERTANDINGAN

a. Makluman berkaitan pertandingan akan dimuat naik ke portal rasmi


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah diminta memuat
turun maklumat berkaitan serta membuat hebahan kepada semua murid-
murid.
b. Guru perlu bertindak sebagai mentor dan membuat pemilihan karya yang
terbaik serta mewujudkan aplikasi telegram untuk urusan penghantaran
karya murid.
c. Setiap peserta perlu mengisi maklumat dan mendaftar di Googleform yang
telah disediakan.
d. Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format gambar pegun dan dimuat
naik ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
e. Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan 5 karya yang
terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
f. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan Doodles yang
tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.
g. Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah adalah pada 17 Julai 2020.

5 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

a. Peserta hanya boleh menghantar satu hasil karya sahaja.


b. Peserta dikehendaki menyediakan peralatan sendiri seperti telefon pintar
(merakam gambar), kertas (A4), pen “marker”, pen hitam atau alatan yang
sesuai.
c. Doodles mestilah mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu ‘COVID-19’.
d. Dilukis dengan tangan (hand-drawn) dan memenuhi sekurang-kurangnya
90% ruangan dalam kertas tersebut.
e. Hasil karya menggunakan perisian komputer atau aplikasi pengubahsuaian
adalah dilarang.

Page 29 of 47
6 KAEDAH PENGHAKIMAN

Bil Aspek Penilaian Markah Penuh


1. Tema 25
2. Ilustrasi 30
3. Gubahan/Olahan dan komposisi 25
4. Ketelitian 10
5. Kemasan 10
Jumlah keseluruhan markah 100

7 PANDUAN PENGELOLAAN

7.1 Pihak sekolah perlu membuat pemilihan dan memilih 3 karya yang
terbaik untuk dihantar melalui pautan aplikasi telegram PPD masing-
masing.
7.2 PPD akan mewujudkan atau menentukan pautan telegram yang akan
digunakan.
7.3 PPD akan membuat pemilihan 5 karya terbaik dan dihantar melalui
pautan aplikasi telegram PBM JPN.
7.4 Pihak PBM JPN akan membuat pemilihan untuk menentukan pemenang
dan keputusan adalah muktamad.

8 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 30 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
‘TERIMA KASIH FRONTLINERS’ (SEKOLAH MENENGAH)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

1.0 PENGENALAN

Penganjuran Pertandingan Melukis Poster ‘Terima Kasih Frontliners’


untuk sekolah menengah ini merupakan satu inisiatif yang di ambil oleh pihak
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang sentiasa berusaha merancang dan
melaksanakan program bagi meneruskan agenda Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Meskipun berdepan dengan situasi yang agak
terbatas, pertandingan ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-
murid menonjolkan kemahiran dan potensi sepanjang tempoh ‘Perintah
Kawalan Pergerakan’ (PKP).

2.0 OBJEKTIF

a) Memberi kesedaran dan mengenali kepentingan tugas barisan hadapan


dalam memerangi virus Covid-19.
b) Untuk menunjukkan penghargaan terhadap barisan hadapan yang
bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi
keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
c) Dapat mencungkil bakat, potensi dan kreativiti dalam penghasilan karya
mengikut tema yang telah ditetapkan.
d) Melalui pertandingan ini, peserta dapat menjalankan aktiviti persaingan
secara sihat sepanjang berada di rumah.
e) Membuka peluang kepada murid-murid untuk mendapat sijil penyertaan
dan pencapaian kokurikulum peringkat daerah dan negeri.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah


menengah (Tingkatan 1 hingga tingkatan 6) yang belajar di sekolah
menengah bantuan kerajaan persekutuan.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

Page 31 of 47
3.3 Pertandingan adalah secara individu dan terbahagi kepada 3 kategori:
3.3.1 Kategori menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
3.3.2 Kategori menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5)
3.3.3 Kategori Tingkatan 6

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Makluman berkaitan pertandingan akan di muat naik ke portal rasmi


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah diminta
memuat turun maklumat berkaitan serta membuat hebahan kepada
semua murid-murid.
4.2 Guru perlu bertindak sebagai mentor dan membuat pemilihan 3 karya
yang terbaik serta mewujudkan aplikasi telegram untuk urusan
penghantaran karya murid.
4.3 Setiap peserta perlu mengisi maklumat yang lengkap dan mendaftar di
Googleform yang telah dsediakan.
4.4 Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format gambar pegun dan
dimuat naik ke aplikasi telegram Pejabat Pendidikan Daerah masing-
masing.
4.5 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan 5 karya
yang terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
4.6 Tarikh tutup penyertaan di peringkat daerah adalah pada 17 Julai
2020.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu hasil karya sahaja.
5.2 Peserta dikehendaki menyediakan peralatan sendiri seperti telefon
pintar (merakam), kertas lukisan (A3) dan media yang boleh digunakan
adalah bebas (lukisan/catan).
5.3 Poster yang dihasilkan mestilah mengikut tema yang telah ditetapkan
iaitu ‘Terima Kasih Frontliners’ dan perlu memenuhi kriteria berikut:
5.3.1 Hasilan tidak boleh bersifat menghina atau apa-apa
kandungan yang tidak wajar atau tidak sopan dalam apa jua
cara.
5.3.2 Idea yang segar dan tidak pernah dipamerkan atau
dipertandingkan di mana-mana pertandingan sebelum ini.

Page 32 of 47
5.4 Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format gambar pegun lukisan
bersama maklumat lengkap serta di muat turun ke aplikasi telegram
Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
5.5 Penyertaan akan dijustifikasikan pada peringkat daerah dan karya
yang terbaik akan dinilai ke peringkat negeri.
5.6 Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mematuhi syarat yang ditetapkan.

6.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

Bil Aspek Penilaian Markah Penuh


1. Tema 15
2. Ilustrasi 25
3. Gubahan/Olahan dan komposisi 30
4. Warna 20
5. Kemasan 10
Jumlah keseluruhan markah 100

7.0 PANDUAN PENGELOLAAN

7.1 Pihak sekolah perlu membuat pemilihan dan memilih 3 karya yang
terbaik untuk dihantar melalui pautan aplikasi telegram PPD masing-
masing.
7.2 PPD akan mewujudkan atau menentukan pautan telegram yang akan
digunakan.
7.3 PPD akan membuat pemilihan 5 karya terbaik dan dihantar melalui
pautan aplikasi telegram PBM JPN.
7.4 Pihak PBM JPN akan membuat pemilihan untuk menentukan pemenang
dan keputusan adalah muktamad.

8.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 33 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN ONLINE BERMAIN ALAT MUZIK SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merupakan satu elemen penting dalam proses


penilaian di semua sekolah. Perancangan di peringkat awal akan membantu
dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktivit kokurikulum di semua
peringkat. Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk menyelaras semua
program dan aktiviti kokurikulum secara seimbang serta relevan dengan situasi
serta isu semasa “COVID#19”,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
Penjarakan Sosial.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani
dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat serta bermoral.

2.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika
dalam muzik.

2.3 Menambah jumlah pengiat seni muzik di Malaysia.

2.4 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan murid sekolah seluruh negara.

. 2.5 Memberi peluang murid untuk mengembangkan seni yang ada.

2.6 Melahirkan dan membentuk kemenjadian murid secara holistik selaras


dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia serta suatu jalan
penyelesaian yang dapat membantu guru serta murid di dalam
memperolehi markah pentaksiran kokurikulum yang berterusan.

Page 34 of 47
2 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

2.1- Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


(Ting. Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan.

2.2- Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

2.3- Pertandingan adalah secara individu.

3. KATEGORI PERSEMBAHAN

3.1 Persembahan dibahagikan kepada 5 Kategori mengikut alat muzik

i. Kategori 1 - Gitar
ii. Kategori 2 - Gitar bass
iii. Kategori 3 - Drum/ Perkusi
iv. Kategori 4 - Keyboard/ Organ/ Piano/ Akordian
v. Kategori 5 - String/ Wind/ Brass

3.2 Persembahan akan dinilai mengikut kategori dan pemenang-pemenang


akan dipilih dari setiap kategori.

4. KAEDAH PERTANDINGAN

4.1- Merakam video berserta pengenalan diri (Nama, Umur, Nama


Sekolah dan Daerah) serta nyatakan mengapa berminat untuk
menyertai pertandingan ini.
(Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu)

4.2- Memuat naik video di Instagram (akaun sendiri atau ibu bapa)

4.3- Video perlu ditag kepada:


i. @kesenianjpnpahang
ii. #BintangDarulMakmurjpnp
iii. #Pahangstayhome

4.4- Sila pastikan akaun Instagram peserta dibuka kepada public.

4.5- Tarikh pertandingan: 04 Mei – 31 Julai 2020

Page 35 of 47
5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1- Setiap peserta diwajibkan mempersembahkan SATU buah lagu


sahaja. (PENUH ATAU SEBAHAGIAN)

5.2- Muzik yang dimainkan boleh DIIRINGI atau TIDAK DIIRINGI oleh
muzik latar.

5.3- Pilihan lagu adalah BEBAS.

5.4- Vokal dibenarkan dalam persembahan, tetapi hanya permainan alat


muzik sahaja yang akan dinilai.

5.5- Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-


mana sensititiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di
Malaysia.
5.6- Penyertaan adalah terhad kepada 100 peserta yang terawal
sahaja.

5.7- Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6. PEMARKAHAN (100 MARKAH)

i. Gubahan - 30 markah
ii. Harmoni - 20 markah
iii. Imbangan - 20 markah
iv. Tempo - 10 markah
v. Attack/Release - 10 markah
vi. Intonasi/Artikulasi - 10 markah

7. KAEDAH PENGHAKIMAN

7.1- Proses Penghakiman adalah di bawah penyelarasan Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Pahang.

7.2- Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 36 of 47
8. HADIAH/SIJIL

8.1 Pencapaian peserta akan dinilai berdasarkan kedudukan:


i. Tempat Pertama
ii. Tempat Kedua
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat

8.2 Peserta juga akan dinilai berdasarkan markah seperti berikut:


i. 85 hingga 100 - Anugerah Emas
ii. 70 hingga 84 - Anugerah Perak
iii. 50 hingga 69 - Anugerah Gangsa
iv. 01 hingga 49 - Penyertaan

8.3 Hadiah dan Sijil akan disediakan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid
(Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Pahang.

9. AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 37 of 47
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN ONLINE NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merupakan satu elemen penting dalam proses


penilaian di semua sekolah. Perancangan di peringkat awal akan membantu
dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktivit kokurikulum di semua
peringkat. Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk menyelaras semua
program dan aktiviti kokurikulum secara seimbang serta relevan dengan situasi
serta isu semasa “COVID#19”, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
Penjarakan Sosial.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani
dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat serta bermoral.

2.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika
dalam muzik.

2.3 Menambah jumlah pengiat seni muzik di Malaysia.

. 2.4 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan murid sekolah seluruh negeri.
.
. 2.5 Memberi peluang murid untuk mengembangkan seni yang ada pada
mereka.
.

Page 38 of 47
2.6 Melahirkan dan membentuk kemenjadian murid secara holistik selaras
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia serta suatu jalan
penyelesaian yang dapat membantu guru serta murid di dalam
memperolehi markah pentaksiran kokurikulum yang berterusan.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan Nyanyian Solo ini terbuka kepada semua murid sekolah
rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) dan semua murid sekolah menengah
(Ting. Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Pertandingan adalah secara individu.

3.4 Terbahagi kepada DUA kategori; sekolah rendah dan sekolah


menengah.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Merakam video berserta pengenalan diri (Nama, Umur, Nama Sekolah
dan Daerah) serta nyatakan mengapa berminat untuk menyertai
pertandingan ini. (Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa
terlebih dahulu)

4.2 Memuat naik video di Instagram (akaun sendiri atau ibu bapa).

4.3 Video perlu tag kepada:


i. @kesenianjpnpahang
ii. #BintangDarulMakmurjpnp
iii. #Pahangstayhome

4.4 Sila pastikan akaun Instagram peserta dibuka kepada public.

4.5 Tarikh pertandingan: 04 Mei - 30 Jun 2020

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Setiap peserta diwajibkan mempersembahkan SATU buah lagu sahaja.


(PENUH ATAU SEBAHAGIAN)

5.2 Lagu yang dinyanyikan mestilah diiringi oleh alunan muzik.

5.3 Lagu yang dinyanyikan mestilah dalam BAHASA MELAYU.

5.4 Pilihan lagu adalah BEBAS.

Page 39 of 47
5.5 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-
mana sensititiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di
Malaysia.

5.6 Penyertaan adalah terhad kepada 100 peserta yang terawal sahaja.

5.7 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6.0 PEMARKAHAN (100 MARKAH)

i. Kualiti Suara/Ton - 25 markah


ii. Frasa/Interpretasi/Pernyataan - 20 markah
iii. Melodi/Irama - 20 markah
iv. Tempo - 15 markah
v. Artikulasi/Sebutan - 10 markah
vi. Persembahan - 10 markah

7.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

7.1 Proses Penghakiman di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat


Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Pahang.

7.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

8.0 HADIAH/SIJIL

8.1 Pencapaian peserta akan dinilai berdasarkan kedudukan:


i. Tempat Pertama
ii. Tempat Kedua
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat

8.2 Peserta juga akan dinilai berdasarkan markah seperti berikut:


i. 85 hingga 100 - Anugerah Emas
ii. 70 hingga 84 - Anugerah Perak
iii. 50 hingga 69 - Anugerah Gangsa
iv. 01 hingga 49 - Penyertaan

Page 40 of 47
8.3 Hadiah dan Sijil akan disediakan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid
(Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Pahang.

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 41 of 47
KELAB RUKUN NEGARA

PERTANDINGAN KUIZ DAN SLOGAN TERBAIK MEMERANGI COVID-19


#DUDUK RUMAH #KITA JAGA KITA PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2020

1.0 Pengenalan Pertandingan

1.1 Pertandingan ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.


1.2 Pertandingan terbuka kepada semua murid tahap 2 sekolah rendah dan
murid tingkatan 1-5 sekolah menengah di negeri Pahang.

2.0 Kategori Pertandingan

2.1 Pertandingan Kuiz Dan Slogan Terbaik Memerangi Covid-19 #Duduk


Rumah #Kita Jaga Kita Peringkat Negeri Pahang dikategorikan seperti
di bawah :
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
Tahap 2 (Tahun 4-6) Tahap 1 (Tingkatan 1-3)

Program Pendidikan Khas Integrasi Tahap 2 (Tingkatan 4-5)


(PPKI)

Program Pendidikan Khas Integrasi


(PPKI)

3.0 Syarat-syarat Pertandingan

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 sekolah rendah
dan semua murid sekolah menengah tingkatan 1-5.
3.2 Penyertaan ini boleh disertai secara individu sahaja.

Page 42 of 47
3.3 Peserta perlu menjawab kuiz dan menulis slogan terbaik secara atas
talian dengan menggunakan aplikasi Google Classroom yang
disediakan.
3.4 Pertandingan Kuiz dan Slogan Terbaik Memerangi Covid-19 adalah
berdasarkan lima prinsip Rukun Negara yang diterapkan dalam
kehidupan seharian rakyat Malaysia.
3.5 Slogan mestilah tidak melebihi 15 patah perkataan dan boleh mengguna
pakai ‘ # ’.
3.6 Setiap sekolah boleh menghantar 6 penyertaan terbaik ke peringkat
daerah dan daerah diminta menghantar 3 pemenang ke peringkat
negeri.
3.7 Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang selaku penganjur. Pihak penganjur berhak untuk
menggunakan hasil karya tersebut untuk diterbitkan atau digunakan bagi
tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku,
laman web dan lain-lain.

4.0 Kriteria Penilaian

4.1 Pertandingan Kuiz dan Slogan (Sekolah Rendah)


Kriteria Keterangan Markah

Kuiz Soalan aneka pilihan 50%


Kuiz Soalan subjektif 20%
Slogan Hasil ciptaan sendiri dan kreatif 30%
Jumlah Markah 100%

4.2 Pertandingan Kuiz dan Slogan (Sekolah Menengah)

Kriteria Keterangan Markah

Kuiz Soalan aneka pilihan 60%


Kuiz Soalan subjektif 20%
Slogan Hasil ciptaan sendiri dan kreatif 20%
Jumlah Markah 100%

Page 43 of 47
5.0 Perubahan

5.1 Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau


menambah tema dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang
notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat
dengan perubahan tersebut.

5.2 Pihak penganjur juga berhak untuk menukar atau meminda hadiah
pertandingan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-
bila masa dan semua peserta terikat dengan perubahan tersebut.

6.0 Kehilangan Kelayakan

6.1 Penganjur pertandingan berhak membatalkan penyertaan yang didapati


melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang
telah ditetapkan.

7.0 Tempoh Pertandingan

7.1 Tempoh pertandingan bermula dari 1 Mei hingga 30 September 2020.

8.0 Keputusan Pertandingan

8.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang


bantahan/rayuan/surat menyurat mengenainya tidak akan dilayan. Keputusan
hakim adalah MUKTAMAD.

Page 44 of 47
KELAB SETEM DAN FILATELI (KESEF)

PERTANDINGAN MEREKA BENTUK SETEM WIRAWAN MALAYSIA: COVID-19


PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2020

1.0 Pengenalan Pertandingan

1.1 Pertandingan ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.


1.2 Pertandingan terbuka kepada semua murid tahap 2 sekolah rendah dan
murid tingkatan 1-5 sekolah menengah di negeri Pahang.

2.0 Kategori Pertandingan

2.1 Pertandingan Mereka Bentuk Setem Wirawan Malaysia: Covid-19


Peringkat Negeri Pahang dikategorikan seperti di bawah :
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
Tahap 2 (Tahun 4-6) Tahap 1 (Tingkatan 1-3)

Tahap 2 (Tingkatan 4-5)

Program Pendidikan Khas Integrasi


(PPKI)

3.0 Syarat-syarat Pertandingan

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 sekolah rendah
dan semua murid sekolah menengah tingkatan 1-5.
3.2 Penyertaan ini boleh disertai secara individu sahaja.
3.3 Peserta perlu menggunakan kertas bersaiz A4.
3.4 Hanya pensel warna, krayon, warna air/poster sahaja yang dibenarkan.

Page 45 of 47
3.5 Peserta perlu melengkapkan maklumat seperti nama penuh, umur, no
MyKad, nama sekolah pada kertas yang berlainan dan diletakkan di
bahagian atas kertas A4.

3.6 Pertandingan Mereka Bentuk Setem hendaklah dicipta berteraskan


tema WIRAWAN MALAYSIA: COVID-19.
3.7 Semua penyertaan hendaklah dihantar secara gambar pegun yang
diambil dengan menggunakan telefon pintar/kamera digital.
3.8 Setiap sekolah boleh menghantar 3 penyertaan ke telegram…...
3.9 Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang selaku penganjur. Pihak penganjur berhak untuk
menggunakan hasil karya tersebut untuk diterbitkan atau digunakan
bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah,
buku, laman web dan lain-lain.

4.0 Kriteria Penilaian

4.1 Pertandingan Mereka Bentuk Setem (Sekolah Rendah)


Kriteria Keterangan Markah

Tema Lukisan yang bersesuaian dengan tema 30%


Kreativiti Keupayaan mereka bentuk setem yang kreatif 30%
Keaslian Lukisan hasil ciptaan sendiri 30%
Olahan warna Pemilihan warna yang menarik dan sesuai 10%
Jumlah Markah 100%

Page 46 of 47
4.2 Pertandingan Mereka Bentuk Setem (Sekolah Menengah)

Kriteria Keterangan Markah

Tema Lukisan yang bersesuaian dengan tema 30%


Ilustrasi Keupayaan melukis imej yang tepat 20%
Kreativiti Keupayaan mereka bentuk setem yang kreatif 20%
Keaslian Lukisan hasil ciptaan sendiri 20%
Olahan warna Pemilihan warna yang menarik dan sesuai 10%
Jumlah Markah 100%

5.0 Perubahan

5.1 Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau


menambah tema dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang
notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat
dengan perubahan tersebut.

5.2 Pihak penganjur juga berhak untuk menukar atau meminda hadiah
pertandingan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-
bila masa dan semua peserta terikat dengan perubahan tersebut.

6.0 Kehilangan Kelayakan

6.1 Penganjur pertandingan berhak membatalkan penyertaan yang didapati


melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang
telah ditetapkan.

7.0 Tempoh Pertandingan

7.1 Tempoh pertandingan bermula dari 1 Mei hingga 30 September 2020.

8.0 Keputusan Pertandingan

8.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang


bantahan/rayuan/surat menyurat mengenainya tidak akan dilayan. Keputusan
hakim adalah MUKTAMAD.

Page 47 of 47

Anda mungkin juga menyukai