Anda di halaman 1dari 4

Penyesuaian sosial

1. Kemahiran Interpersonal

Kemahiran interpersonal ialah algoritma mental dan berkomunikasi yang

digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk memperoleh kesan

atau keputusan tertentu. Konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat

merupakan konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Selain

itu, ia juga membantu dalam membina hubungan berkesan antara guru dengan

pelajar. Tambahan pula, ia juga merujuk kepada kebolehan individu untuk

berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain secara bertulis dan lisan.

Kebaikan kemahiran interpersonal adalah seperti di bawah:

a. Mewujudkan persefahaman yang baik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

b. Membantu guru berkomunikasi dengan cara yang sesuai

c. Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar.

d. Membolehkan guru menjadikan pelajar sebagai pusat.

e. Membantu guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.

f. Melengkapkan diri guru dengan teknik komunikasi yang berkesan.

Murid-murid di sekolah terdiri daripada pelbagai keturunan, latar belakang

dan kebolehan.Justeru itu, bakal guru haruslah memahami tujuan mempelajari

hubungan interpersonal untuk membantu memujuk atau mempengaruhi pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga membantu guru

supaya memperoleh pengetahuan sebagai pemudah cara yang berkesan dan

dapat menggunakan pendekatan yang mesra untuk membina hubungan yang


baik antara pelajar dan guru. Tambahan pula, komunikasi intrpersonal

merupakan komunikasi muka ke muka kerana melalui interaksi, seseorang itu

dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain.

Dalam konteks ini, individu boleh menyampaikan idea secara lisan dengan

memberi penjelasan dan sebutan yang lancar serta nada yang bersesuaian

secara konsisten di samping memerlukan kemahiran mendengar dan memberi

maklum balas yang relevan dengan cepat. Kemahiran interpersonal berlaku atas

pelbagai sebab seperti menyelesaikan masalah, berkongsi maklumat, membaiki

persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial,

2. Kemahiran Intrapersonal

- Keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri

sendiri.

- Seseorang individu yang menguasai kemahiran intrapersonal mempunyai

tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

- Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip

serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

3. Pelajaran sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

Seperti diketahui, manusia bergantung kepada individu lain untuk terus

hidup dan berkembang dengan sempurna begitu juga dengan proses

pembelajaran. Sebagai misalnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi

bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. Komuniti pembelajaran

boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak

secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi

bersama serta saling membantu dalam proses pembelajaran. Komuniti


pembelajaran dapat membina kesedaran bekerjasama dan memudahkan

proses mengingat.

4. Isu-isu Perkongsian Maklumat

Setelah mendapatkan maklumat, kita haruslah menapis dan menyusun

maklumat. Seterusnya, kita boleh berkongsi maklumat atau data yang

diperolehi dengan orang lain sebagai perkongsian ilmu. Demi mendapat dan

menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, terdapat beberapa

isu yang perlu diteliti dan dikaji agar maklumat tersebut memberi

pengetahuan yang tepat kepada kita. Antaranya ialah:

i. Corak kepemimpinan

ii. Kemudahan dan teknologi

iii. Kesanggupan berkongsi

iv. Personaliti individu yang menyampaikan maklumat

v. Pengiktirafan kepada perkongsian maklumat berkenaan

vi. Peneguhan kerjaya

vii. Polisi organisasi

viii. Kesanggupan meluangkan masa untuk berkongsi maklumat

ix. Berkebolehan mengukur kebenaran maklumat

5. Isu gender dalam kecemerlangan akademik

Guru-guru perlu memberi perhatian terhadap jurang kecemerlangan

akademik antara pelajar lelaki dan perempuan untuk memastikan

kelangsungan proses pendidikan antara dua gender dapat diimbangi dengan

baik. Hal ini kerana pelajar perempuan sentiasa mendapat keputusan yang
cemerlang dalam akademik dan ini menunjukkan bahawa penguasaan

pelajar lelaki dalam pencapaian akademik haruslah diperbaiki. Selain itu,

pelajar lelaki yang kurang memberi perhatian semasa proses pembelajaran

juga menyebabkan mereka mendapat keputusan yang kurang memuaskan

dalam akademik jika dibandingkan dengan pelajar perempuan yang terdidik

dengan sistem pembelajaran berstruktur sejak kecil lagi. Justeru itu, sistem

pendidikan Malaysia yang hanya mementingkan kecermelangan akademik

telah menyebabkan ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam

struktur pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai