Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32

SK PERANTAU DAMAI 2020

AGENDA TEKS CATATAN

Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil


tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan Mengumumkan ketibaan,


Perasmi Yang Berbahagia, Pengerusi JKKR Felda Keratong 9, ke
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Perantau Damai Kali ke-32 Tahun 2020.

NYANYIAN LAGU Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


NEGARAKU Negaraku

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Mad Fazil Bin Hashim, Pengerusi JKKR Felda
Keratong 9
Yang Berusaha,
En. Abd. Wahat Bin Salleh, Guru Besar SK Perantau Damai,
Yang Dihormati,
En. Zainal Abidin Bin Zulkifli ,Yang Dipertua PIBG SK Perantau
Damai
Yang Berusaha,
En. Mohamad Masri Bin Saharuddin, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Pn. Noor Aisah Binti Adam, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
En. Mohamad Hasbullah Bin Rahim, Guru Penolong Kanan
Ko-Kurikulum
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, barisan Guru-guru, tuan-tuan
dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua,
maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan
deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi menjayakan
MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke-32, SK Perantau Damai,
2020.

Hadirin Yang Dihormati sekalian,


Bacaan Doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama


kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,


Al-Fadhil Ustaz Mohd Saufi Bin Arshad untuk memimpin
bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz


Mohd Saufi Bin Arshad  atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan dari Ilahi.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian..


Ucapan Guru
Besar Seorang pemimpin yang hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Sebagai pembuka persada ucapan, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan, Yang Berusaha En. Abdul Wahat
Bin Salleh, Guru Besar SK Perantau Damai untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP Warga dewan yang dimuliakan,


PIBG Seterusnya, majlis mempersilakan En. Zainal Abidin Bin
Zulkifli, Yang Dipertua PIBG SK Perantau Damai untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Zainal Abidin Bin Zulkifli


atas  ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi,
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


berbahagia Tuan Haji Mad Fazil Bin Hashim, Pengerusi JKKR
Felda Keratong 9 tampil ke pentas, untuk memberikan
ucapan, seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini.

***************ucapan perasmi***************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Tuan Haji Mad Fazil Bin Hashim atas
ucapan dan kesudian, menyempurnakan majlis perasmian
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Penyampaian
Cenderahati Beli keladi di pekan Lidup,
Perasmi Sayang rasa lemaknya kurang,
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasamu dikenang orang.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini


mempersilakan En. Abdul Wahat Bin Salleh untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang berbahagia Tuan
Haji Mad Fazil Bin Hashim. Majlis mempersilakan.
.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu
Penutup tadi, maka selesailah sudah Mesyuarat Agung kita pada hari
ini.

Kami mewakili Ahli Jawatankuasa PIBG dan warga SKPD


merakamkan penghargaan terima kasih kepada
Yang berbahagia Tuan Haji Mad Fazil Bin Hashim atas
kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 32, 2020.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru, Tuan-tuan
dan Puan-puan.

Majlis dengan ini menjemput Yang berbahagia Tuan Haji


Mad Fazil Bin Hashim untuk menikmati jamuan yang
disediakan. Dipersilakan.

MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan majlis ini kepada Encik Zainal


PIBG 2019 Abidin Bin Zulkifli, Yang Dipertua PIBG SK Perantau Damai
untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32
tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai