Anda di halaman 1dari 1

HEBAHAN HARIAN COVID-19

SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU, KELANTAN.

SKOP : AMALAN YANG BETUL UNTUK BATUK DAN BERSIN

Diri kita tidak boleh dielakkan daripada batuk dan bersin….tetapi ia perlu dilakukan dengan
cara yang betul.
1. Batuk dan bersin berupaya menyebarkan virus serta bakteria kepada orang lain.
2. Batuk dan bersin yang tidak dilakukan dengan cara yang betul bukan sahaja
berbahaya malah kurang sopan.

Tahukah anda?
3. Penyakit seperti COVID-19 boleh di sebarkan melalui batuk dan bersin yang tidak
betul dan ini meningkatkan lagi penyebaran virus dan bakteria kepada orang lain

ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG BETUL

4. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin. Buang
tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dengan serta-merta. Kuman pada
tisu boleh terus hidup untuk beberapa jam.
5. Jika tidak ada tisu atau sapu tangan, gunakan tangan anda untuk menutup hidung serta
mulut apabila bersin atau batuk, cuci tangan selepas itu .
6. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih untuk menghalang penyebaran bakteria.
7. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask), terutamanya jika anda menghidap
sebarang penyakit berjangkit.
8. Elakkan datang ke sekolah jika anda menghidap sebarang penyakit berjangkit.
9. Gunakan sanitizer jika tidak dapat membasuh tangan dengan sabun dan air.

Sama-sama KITA JAGA KITA.

TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai