Anda di halaman 1dari 5

S.K.

SEGAMBUT
DOKUMENTASI PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH
SIHAT
(LATIHAN KEBAKARAN 2018)

ANJURAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT
LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SK SEGAMBUT 2018

1. Nama Program
Latihan Kebakaran S.K. Segambut 2018 bertema “Melahirkan Persekitaran Yang
Selamat”.

2. Rasional

Pada 02 Ogos 2017 SK Segambut telah membuat latihan kebakaran dan mengosongkan
warga sekolah dari bangunan. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan
warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu
diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana,
kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua
warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di
ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara
spontan.

3. Matlamat

Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan


mengambil tindakan yang betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan
seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran dan pandai mengguna alat
pemadam api yang disediakan di sekolah.

4. Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang
Betul sekiranya berlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah
agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran
daripada berlaku.

5. TARIKH DAN HARI


Tarikh : 02 Ogos 2018
Hari : Khamis

6. TEMPAT
Padang S.K. Segambut

7. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru-guru dan staf sokongan S.K. Segambut
8. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Aturcara :
9.30 pagi : Loceng penggera kebakaran dibunyikan. Guru dan pelajar bergerak ke
Tapak
Perhimpunan yang telah ditetapkan mengikut blok.
9.45 pagi : Berhimpun dan Guru mengambil kedatangan.
10.00 pagi : Ucapan GPK HEM S.K. Segambut
10.15 pagi : Latihan kebakaran tamat.

GAMBAR PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai