Anda di halaman 1dari 5

******GARIS PANDUAN INI HANYA TERPAKAI KEPADA CALON

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT SARJANA


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
TAHUN 2020 SAHAJA*******

GARIS PANDUAN BAGI PERMOHONAN BIASISWA HADIAH LATIHAN


PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT SARJANA PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2020

Latar Belakang

Berikutan penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara dan susulan arahan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan bagi
membendung penyebaran virus ini, pemilihan calon yang layak untuk ditawarkan Cuti
Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau Hadiah Latihan Persekutuan
(HLP) peringkat Sarjana pada tahun ini akan dilaksanakan melalui tiga (3) elemen
seperti yang berikut:

(i) Video Pembentangan;

(ii) Kertas Cadangan Penyelidikan; dan

(iii) Kecukupan dokumen Borang Senarai Semak Bagi Permohonan Biasiswa


Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Peringkat Sarjana Bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Tahun 2020.

(A) Panduan Umum Penyediaan Video Pembentangan

1. Calon dikehendaki menghasilkan video mengikut isi kandungan yang


ditetapkan. Calon perlu memanfaatkan 5 minit yang diberi
sebaik-baiknya untuk menyampaikan cadangan penyelidikan kepada
panel.

2. Calon perlu menghasilkan video secara audio dan visual.


Ia hendaklah jelas dan berterusan. Elemen tambahan seperti animasi,
grafik dan ilustrasi adalah dibenarkan. Video TIDAK
BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum,
politik, agama dan menghina mana-mana individu lain.

3. Format video pembentangan yang perlu disediakan adalah seperti yang


berikut:

a) Format : *.mp4 atau *.avi

b) Tempoh masa : Tidak melebihi 5 minit

c) Format nama : Kod Sub Bidang - Nama Penuh.mp4


Contoh : LDM2314- NURJAMALIAH BINTI ABU.mp4

d) Maksimum saiz fail : 10MB

1/5
4. Calon hendaklah memastikan video pembentangan yang dihantar boleh
dibuka dan dimainkan dengan baik, jelas dari segi audio, tiada gangguan
luar serta elemen gangguan lain yang akan menjejaskan persembahan
pembentangan.

5. Sila hantar satu video pembentangan terbaik sahaja kepada urus setia
untuk disemak oleh panel bagi tujuan penilaian. VIDEO
PEMBENTANGAN MELEBIHI MINIT KELIMA DAN KE ATAS TIDAK
AKAN DINILAI.

6. Bagi calon yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke luar


negara, video pembentangan hendaklah disediakan dalam Bahasa
Inggeris.

(B) Isi Kandungan Video Pembentangan

1. Calon dikehendaki menghantar video berdurasi tidak melebihi 5 minit


mengenai cadangan penyelidikan. Kandungan video terbahagi kepada
tiga (3) komponen seperti yang berikut:

(i) KOMPONEN PENGENALAN DIRI DAN EKSPEKTASI CALON


(1 minit)

 Pengenalan diri, ekspektasi calon berhubung ilmu dan


kepakaran yang diharapkan dari pengajian yang dipohon
dengan penajaan HLP.

(ii) KOMPONEN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN


(3 minit)

a) Latar belakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai


bidang kajian;

b) Objektif kajian / Penyataan masalah

 Jelaskan apakah objektif / penyataan masalah yang


mendorong tajuk berkenaan dikaji;

c) Skop kajian / Rangka kajian;

d) Metodologi kajian

 Jelaskan metod-metod yang akan digunakan dalam


membuat kajian seperti perpustakaan, kerja makmal, kajian
luar, dokumentari persejarahan, wawancara/soal selidik,
penafsiran dan analisis, dan lain-lain; dan

e) Pelan Pengajian/Rangka jadual kerja (Carta Gant)

2/5
(iii) KOMPONEN KESIMPULAN & PENUTUP
(1 minit)

 Kepentingan dan sumbangan cadangan kajian dalam


meningkatkan mutu sistem perkhidmatan pendidikan dan
pembangunan negara;

2. Tiada sesi temu duga akan diadakan.

(C) Panduan menulis cadangan penyelidikan (Sarjana secara penyelidikan


penuh)
Guideline to writing research proposal (Masters by research)

1. Pemohon dikehendaki mengemukakan cadangan penyelidikan (calon


Sarjana secara penyelidikan penuh). Kertas Cadangan tersebut
haruslah mengandungi elemen berikut:
Applicants are required to submit a research proposal (Masters by
research). The research proposal should comprise the following
elements:

a) Nama, No. Kad Pengenalan, Bidang Penyelidikan dan Negara


Pengajian Dipohon (Sila letakkan di penjuru atas kanan setiap
muka surat)
Name, I/C Number, Field of Research, Proposed Country of Study
(Please write as a header of every page)

b) Latar belakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang


kajian
Background or a brief literature review on the research topic

c) Objektif kajian / Penyataan masalah


Objective of study / Problem statement
Jelaskan apakah objektif / penyataan masalah yang mendorong
tajuk ini dikaji
Explain the objective(s) / problem statement that influence the
research

d) Skop kajian / Rangka kajian


Scope of study / Theoretical framework

e) Kepentingan dan sumbangan cadangan kajian dalam


meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian awam/
pembangunan negara.
Impact and contribution of proposed research in improving the
quality of public service delivery and the development of the
country.

f) Metodologi kajian
Methodological research
Jelaskan metod-metod yang akan digunakan dalam membuat
kajian seperti perpustakaan, kerja makmal, kajian luar,

3/5
dokumentari persejarahan, wawancara/soal selidik, penafsiran dan
analisis, dan lain-lain.
Explain the methods used in the research such as library research,
lab work, field work, historical documentary, interview, survey,
evaluation and analysis, etc.

g) Bibliografi ringkas
Brief bibliography

h) Pelan Pengajian/Rangka jadual kerja (Carta Gant)


Study Plan/Work schedule (Gant Chart)

2. Cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada 5 muka


surat dan ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
The research proposal should not be less than 5 pages, written in
Bahasa Melayu or English.

(D) Penghantaran Dokumen Bagi Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan


Persekutuan (HLP) Peringkat Sarjana Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) Tahun 2020

1. Calon dikehendaki menghantar kertas cadangan penyelidikan dan


dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang dinyatakan di
dalam Borang Senarai Semak menggunakan format .pdf dan
dikumpulkan dalam satu fail/folder dalam format .zip dan dinamakan
seperti berikut:

Contoh Nama Fail/Folder calon:

HLP SARJANA - NURJAMALIAH BINTI ABU.zip

Contoh nama dokumen calon:

Kertas Cadangan Nurjamaliah Binti Abu.pdf


Kad Pengenalan Nurjamaliah binti Abu.pdf
Surat Asal Perlantikan DG41 Nurjamaliah binti Abu.pdf
Surat Asal Pengesahan DG41 Nurjamaliah binti Abu.pdf

2. Penghantaran e-mel dokumen yang diperlukan kepada Bahagian ini


adalah seperti berikut:

Contoh:

a. Subject : HLP SARJANA - NURJAMALIAH BINTI ABU

b. Lampiran (Attachment) bersama e-mel ini hendaklah mengandungi


dokumen berikut:

(i) HLP SARJANA - NURJAMALIAH BINTI ABU.zip


(ii) HLP SARJANA - BORANG SENARAI SEMAK
NURJAMALIAH BINTI ABU.pdf
(iii) LDM2314 - NURJAMALIAH BINTI ABU.mp4

4/5
c. Saiz e-mel yang dihantar bersama lampiran dokumen tidak
melebihi 10MB. Jika saiz video melebihi 10MB calon boleh
memuat naik fail berkenaan pada platform perkongsian fail
(contoh: Google Drive) dan mengemukakan pautan video
berkenaan melalui e-mel sebelum tarikh yang ditetapkan.

3. Contoh penghantaran e-mel :

(E) Penghantaran Dokumen

1. Dokumen - dokumen yang dinyatakan di atas WAJIB dikemukakan


kepada urus setia selewat-lewatnya pada 26 Jun 2020 (Jumaat) ke
alamat e-mel berikut: penilaian_hlp_sarjana@moe.gov.my. Sebarang
rayuan untuk penghantaran dokumen lewat daripada tempoh masa yang
diberikan TIDAK AKAN DILAYAN.

2. Pemilihan calon yang berjaya untuk ditawarkan biasiswa adalah


berdasarkan video pembentangan dan kertas cadangan penyelidikan
yang akan diberi penilaian oleh panel yang dilantik.

******GARIS PANDUAN INI HANYA TERPAKAI KEPADA CALON


HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT SARJANA
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
TAHUN 2020 SAHAJA*******

5/5