Anda di halaman 1dari 26

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 8
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-3:2012
PROGRAM’S CODE & THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / EE-320-3:2012-C02
COMPETENCY UNIT NO. THREE PHASE WIRING
AND TITLE

1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND


PROSEDURES
2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS
NO. DAN PERNYATAAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
AKTIVITI KERJA / WORK 4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

Muka Surat/Page : 1
NO KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / of : 26

TAJUK / TITLE : PENGUJIAN DALAM LITAR MATI


TUJUAN / PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih-pelatih tentang
menjalankan pengujian dalam litar mati.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
PENERANGAN/INFORMATION :
8.1 JENIS PENGUJIAN LITAR

Tujuan pemeriksaan dan pengujian pemasangan elektrik adalah untuk memastikan


pepasangan benar-benar selamat dan mematuhi kehendak peraturan-peraturan
pemasangan berpandukan Peraturan MS IEC 60364 dan Akta Bekalan Elektrik.
Pepasangan mestilah selamat dari :
i. Arus Bocor - berpunca dari kelemahan penebat .
ii. Litar Pintas - berpunca pengalir pengalir fasa dan pengalir neutral
bercantum.
iii. Earth Leakage - berpunca dari kerosakan ke bumi.
Alat-alat pengujian diperiksa dan diselaraskan mana-mana yang perlu bagi mendapat bacaan
yang tepat.Ia bertujuan mengelakkan daripada ujian kali kedua kerana bacaan alat penguji tidak
tepat. Jika sesuatu pepasangan mengalami kerosakan dan setelah diperbaiki kerosakan,
pengujian semula hendaklah dilakukan. Turutan ujian yang yang perlu dilakukan adalah seperti
dibawah.

Ujian Litar Mati.


i. Ujian Keterusaan Pengalir Pelindung termasuk pengalir pengikat utama
dan pengikat tambahan.
ii. Ujian Keterusan Pengalir Litar Akhir Gelang.
iii. Ujian Rintangan Penebatan.
iv. Ujian Kekutuban.
v. Ujian Rintangan Elektrod Bumi.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

8.2 PENGUJIAN PENDAWAIAN TIGA FASA


UJIAN RINTANGAN PENEBATAN ( INSULATION RESISTANCE TEST ).
Ujian ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa pada penebatan antara pengalir dan
pada penebatan antara pengalir dan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar
pintas yang mana akan menyebabkan mana-mana bahagian logam akan menjadi hidup.
Ini akan menimbulkan bahaya kepada pengguna alat-alat dan pemasangan paip-paip air
dan sebagainya.

8.2.1 Peraturan I
Mencatatkan bahawa dua jenis ujian rintangan penebatan yang patut dijalankan iaitu:
Ujian 1 – ujian penebatan di antara pengalir hidup
i. Bagi sistem satu fasa - di antara fasa dengan neutral.
ii. Bagi sistem tiga fasa - di antara pengalir fasa di antara pengalir fasa dan neutral

Ujian 2 – ujian antara pengalir pelindungan dan semua pengalir yang membawa arus.
Tujuan - untuk memastikan tiada kerosakkan arus kebumi.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

8.2.2 UJIAN KEKUTUBAN ATAU UJIAN URUTAN FASA

Ujian ini boleh dianggapkan sebagai ujian kekutuban 3 fasa. Tujuan ujian ini ialah untuk
mengetahui urutan bekalan tiga fasa itu adalah seperti yang telah ditetapkan (merah=R,
kuning=B, biru=Blue). Turutan atau urutan tiga fasa ini juga penting untuk pepasangan
pendawaian tiga fasa di mana akan terdapatnya radas-radas yang memerlukan bekalan tiga
fasa seperti motor tiga fasa dan lain-lain radas lagi. Apabila turutan fasa ini salah maka akan
mendatangkan bahaya apabila motor salah pusingannya. Terdapat dua kaedah untuk
menjalankan pengujian turutan fasa ini;

Kaedah pertama:-
alat yang digunakan untuk menjalankan ujian turutan fasa ini adalah dengan
menggunakan 4 x 15W,240V lampu filamen dan 1 x (0.5-1.0)µF pemuat kertas
dengan keupayaan 400 V a.c atau 600V a.t.
Kaedah kedua:-
Dengan menggunakan alatan yang lebih canggih iaitu dikenali sebagai Phase
Sequence Tester

CARA UJIAN URUTAN FASA DILAKUKAN

Kaedah 1:-
Tandakan ketiga-tiga punca bekalan dengan a,b dan c, serta pasangkan lampu
seperti dalam rajah 1. Kita akan dapati perbezaan cahaya pada lampu-lampu
itu,katakan seperti berikut:

Ujikaji I Ujikaji II Ujikaji III

(1) Lampu a (2) Lampu a (3) Lampu c


terang, ini terang, ini terang, ini
bererti a bererti a bererti c
mendahului b mendahului c mendahului b
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

Rajah 2 : Vektor bekalan 3 fasa

Keselamatan:-
Pengujian ini dilakukan pada litar hidup, pastikan penujian yang dilakukan mendapat
kebenaran dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar supaya tidak berlaku sebarang kejadian
yang tidak di ingini
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
Kaedah 2:-
Ujian ini mestilah dilakukan setelah bekalan diperolehi atau dalam erti kata lain
litar hidup.Alat uji yang digunakan ialah phase sequence tester. Bahagian
penunjuk alat ini akan berputar mengikut pusingan jam jika turutan fasa betul dan
melawan pusing jam jika turutan fasa salah.

Rajah 3 : contoh Phase Sequence Tester yang terdapat


dipasaran

KEGUNAAN
Phase sequence tester digunakan untuk menguji fasa untuk bekalan 3 fasa. Alat ini
seolah-olah mewakili satu motor 3 fasa.

Rajah 4: Penyambungan pada motor


Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

Rajah 5: Bahagian-bahagian pada Phase Sequence Tester

Cara Ujian Dijalankan


1. Sambungkan ‘alligator clip’ pada litar tiga fasa yang hendak diuji.
2. Alat ini akan menunjukan ‘open phase’ dan ‘phase sequence’ dengan LED dan
bunyi buzzer.
Petunjuk

Rajah 6 : Petunjuk Ujian


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1. Jangan biarkan bahagian dalam peralatan ini terbuka semasa pengujian dijalankan.
2. Berikan sepenuhnya perhatian semasa menjalan ujian kerana bekalan 3 fasa
mempunyai voltan yang tinggi dan boleh menyebabkan renjatan.
3. Bila semua LED tidak menyala, satu fasa mungkin masih mempunyai bekalan,
Jadi beri perhatian agar tidak terkena renjatan

No Arah pusingan motor Bekalan masukan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Jadual 1: Ujian yang dilakukan guna Phase Sequence Tester

Kesimpulan yang boleh di buat daripada jadual di atas ialah :-


1) Jika bekalan masukan yang disambungkan sama fasa dengan masukan pada
motor, maka motor tersebut akan berpusing ikut arah pusingan jam (baris no. 1
pada jadual)
2) Jika bekalan masukan yang disambungkan berlainan fasa dengan masukan
pada motor, maka motor tersebut akan berpusing ikut arah pusingan jam (baris
no. 2 dan no. 3 pada jadual)
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
3) Jika bekalan masukan disambungkan dengan 2 fasa yang berbeza dengan
masukan pada motor , maka motor tersebut akan berpusing lawan arah
pusingan jam (baris no. 4, no. 5 dan no.6 pada jadual)

Perkara perkara yang berlaku di atas adalah sama jika motor digantikan dengan
phase sequence tester.

A. Ujian kekutuban.
Ujian kekutuban dilakukan bagi menentukan:
i. Semua fius / MCB hanya disambungkan kepada pengalir fasa.
ii. Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasang pada pengalir fasa.
iii. Sesentuh tepi pemegang lampu jenis sekeru disambungkan pada pengalir
neutral
iv. Sambungan pada soket-alir-keluar betul.
kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana peralatan
elektrik atau alat perlindungan tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Umpamanya satu
pemasangan lampu mempunyai kekutuban yang salah (pengalir hidup disambungkan
kepunca lampu). Dalam keadaan ini, lampu masih dapat dikawal sedangkan pengaliran
arus tidak dapat dikawal oleh suis. Sekiranya kerja penyenggaraan lampu dilakukan dan
pengalir hidup disentuh, ia akan terkena kejutan elektrik.
Ujian kekutuban ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu: -
a. Kaedah litar mati.
b. Kaedah litar hidup.

a. Ujian kekutuban dengan litar mati


Ujian ini dilakukan ketika litar tdak menerima bekalan elektrik. Ujian ini dijalankan
dengan menggunakan Jangka Ohm atau lampu penguji berbateri atau penguji loceng
berbateri.
Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik hendaklah ditanggalkan dari
punca sambungannya bagi mengelakkan kekeliruan ketika menguji dan penutup suis /
soket-alir-keluar dibuka, manakala semua suis (termasuk suis utama) berada dalam
keadaan buka (OFF). Akhirnya punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran
fasa suis utama dengan punca kelengkapan yang hendak diuji. Sekiranya kekutuban
pemasangan betul, alat penguji akan berfungsi iaitu lampu penguji menyala, loceng
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
penguji berbunyi atau Jangka Ohm akan menunjukkan bacaan kurang daripada 1 ohm.
(jika ujian dilakukan pada suis dua hala / suis pertengahan, kesemua punca sambungan
hendaklah dicantumkan).

b. Ujian kekutuban dengan litar hidup.


Ujian ini dilakukan ketika litar mempunyai bekalan elektrik. Ujian ini dijalankan
dengan menggunakan Jangka Volt atau lampu penguji.
Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik hendaklah ditanggalkan dari
punca sambungannya bagi mengelakkan kekeliruan ketika menguji dan penutup suis /
soket-alir-keluar dibuka, manakala semua suis (termasuk suis utama) berada dalam
keadaan buka (OFF). Akhirnya punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran
nuteral suis utama dengan punca kelengkapan yang hendak diuji. Sekiranya kekutuban
pemasangan betul, lampu penguji menyala atau Jangka Volt akan menunjukkan bacaan
kepada nilai bekalan voltannya.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

8.2.3 UJIAN KETERUSAN PENGALIR PELINDUNG.

Bertujuan memastikan pengalir perlindungan di tiap-tiap terminal bumi soket, lain-lain


pengalir ikatan tersambung secara terus-menerus ke terminal utama bumi dan juga
tersambung terus menerus ke elektrod bumi.. Juga memastikan pengalir-pengalir
perlindungan disambung secara betul dan berkesan mengikut peratiran IEE sebelum
bekalan diberikan betul-betul tersambung terus menerus ke elektrod bumi.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

R,Y,B

ii. Ujian Keterusan Pengalir Litar Akhir Gelang.


Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana membuat ujian yang memastikan kesemua
kabel dan pengalir dilitar itu mempunyai keterusan yang baik . Terdapat dua cara bagaimana
ujian ini dijalankan iatu dari kotak agihan dan di pertengahan litar Ujian ini dilakukan bagi
menentukan keterusan semua pengalir pada litar gelang. Ia dijalankan dengan menggunakan
Jangka Ohm. Ujian ini dilakukan dengan mengukur nilai rintangan pengalir-pengalir yang
membentuk litar gelang. Terdapat dua kaedah pengujian yang boleh dilakukan iaitu: -

a. Kaedah I.
Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap
pengalir litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup
(OFF) alat perlindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan
titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil berdasarkan panjang
litar pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar bagi membentuk
sambungan selari pada satu daripada soket-alir-keluar. Keterusan pengalir dikatakan
baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separoh (1/2)
daripada nilai rintangan pada titik tengah.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
b. Kaedah 2.
Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap
pengalir litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup
(OFF) alat pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan
titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil berdasarkan panjang
litar pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar pada titik tengah
bagi membentuk sambungan selari. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai
rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separoh (1 / 2) daripada nilai
rintangan pada titik tengah. Ketika ujian dijalankan, semua perkakasan elektrik perlulah
ditanggalkan dari soket-alir-keluar.

Langkah 1

Langkah 2
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

Langkah 3

8.2.4 UJIAN GALANGAN GELUNG ROSAK KE BUMI.


Ujian ini dilakukan bagi menentukan nilai galangan bumi pemasangan elektrik.
Dengan ini jenis perlindungan kebocoran arus kebumi yang sesuai dapat ditentukan.
Sekiranya alat perlindungan kebocoran telah dipasang, ia dapat menentukan keadaan
perlindungannya agar kadaran fius / pemutus litar dapat ditentukan dengan betul.
Ujian ini perlulah dijalankan bersama-sama pengikat yang masih terpasang dalam
pemasangan iaitu pengikat kepada benda kerjalogam dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain.

Ujian ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu: -


a. Ujian galangan bumi melalui pengalir talian.
b. Ujian galangan bumi melalui pengalir nuteral.

a. Ujian galangan bumi melalui pengalir talian.


Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alat yang dapat menentukan kadaran
arus yang mengalir kelitar ujian apabila rintangan yang diketahui nilainya (lebih kurang
10 ohm) disambungkan diantara pengalir fasa dengan punca bumi pengguna.
Penggunaan alat menguji ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan
bahaya akibat daripada litar bumi yang tidak berkendali dengan baik.
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
Diantara alat penguji galangan bumi yang digunakan ialah Penguji Talian Bumi
Megger. Alat ini membolehkan satu kadaran arus mengalir melalui litar gelong bumi
dalam tempoh-masa yang pendek (5 – 30 ms), yang dikawal dengan menggunakan suis.
Nilai arus ini bergantung kepada nilai galangan gelong dan bekalan penguji. Arus ini
akan mengalir melalui perintang ujian, yang disambungkan secara selari dengan jangka.
Sekiranya galangan bumi berada dalam keadaan baik, nilai galangan bumi
adalah tidak melebihi 1 ohm.

Rintangan litar = R1 = V / A
Galangan bumi = Z = R1 - R

b. Ujian galangan bumi melalui pengalir nuteral.


Ujian ini dilakukan jika pemasangan mempunyai system pembumian berbilang
perlindung. Ujian ini dijalankan dengan mengalirkan arus kegelong bumi melalui pengalir
nuteral. Bekalan ini diperolehi dengan menggunakan alatubah penurun atau bekalan AT
dengan kutub sentiasa bertukar arah. (jika alatubah digunakan, nilai galangan bumi
hendaklah ditolak dengan nilai galangan alatubah; dan jika bekalan AT digunakan,
pastikan tiada pearuh disambungkan kedalam litar pengalir terusan bumi).
Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alat yang dapat menentukan kadaran
arus yang mengalir kelitar ujian (tidak melebihi 25 A) apabila rintangan yang diketahui
nilainya (lebih kurang 10 ohm) disambungkan diantara pengalir nuteral dengan punca
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
bumi pengguna. Penggunaan alat menguji ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati bagi
mengelakkan bahaya akibat daripada litar bumi yang tidak berkendali dengan baik.
Sekiranya galangan bumi berada dalam keadaan baik, nilai galangan bumi adalah
tidak melebihi 1 ohm.

Rintangan litar = R1 = V / A

Galangan bumi = Z = R1 - R - galangan alatubah


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

8.2.5 Pengunaan Alat Uji Rccb

i. Alat ini adalah untuk menentukan sesuatu RCCB / ELCB yang dipasang dalam
keadaan baik dan mempunyai kepekaan yang sepatutnya , seperti yang terdapat dalam
peraturan dan yang tertera pada alat tersebut .

ii. Ia juga akan memberitahu kita masa yang diperlukan uantuk RCCB / ELCB terpelantik ,
selalunya bacaan yang tetera pada LCD dalam millisecond (ms).

iii. Ujian ini perlu dijalankan dari masa kesemasa bagi memastikan peranti ini bekerja
dengan baik . Peranti ini mesti bekerja dalam jangka masa tidak melebihi 0.2 saat.

iv. Terdapat berbagai sukatan untuk kita menguji RCCB / ELCB untuk alat tersebut itu
mengawal arus bocor kebumi atau arus litar pintas , iatu 5 mA , 10 mA 30 mA 100mA
300 mA dan 500mA . Sekiranya kita meletak 50 % dari sukatan RCCB / ELCB itu ia
tidak akan trip , kalau kita melatakkan sukatan pada 100 % sama dengan sukatan
RCCB / ELCB alat ini akan trip mengikut masa yang ditetapkan dalam peraturan .

v. Alat pengujian ini mengunakan voltan kendalian iaitu 220 V atau 240 V AC 10% 50/60
Hz . Alat ini hanya boleh dikendalikan pada masa ada bekalan sahaja .

Lihat Contoh alat ujian RCCB seperti disebelah


Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
i. Buatkan sambungan pengalir ujian kepada palam dengan mengikut :

a. Brown / coklat - Pengalir fasa ( L )


b. Blue / Biru - Pengalir Neutral ( N )
c. Green / Hijau - Bumi ( E )

ii. Masukkan plug top alat ini seperti diatas kedalam soket alir keluar yang mana
RCCBnya hendak diuji . Atau boleh juga disambung terus kepada RCCB dengan
menggunakan wayer yang sesuai .
iii. ON kan bekalan dan pastikan pemutus litar yang hendak diuji juga dalam keadaan
ON .
iv. Laraskan kadaran pemutus litar ( range switch ) berapa rated trip mA yang hendak
kita uji . Serta kita laraskan pada suis operasi pada samaada Trip (rated mA ) , Fast
trip ( 250mA) dan No Trip (1/2 Rated mA )

PENGUJIAN PENDAWAIAN SOKET ALIR KELUAR

P-N
LCD * PENDAWAIAN BETUL
P-E

TRIP TIME ms TEST

- BUMI TIADA
P-N - FASA DAN NEUTRAL DISAMBUNG
LCD SALAH
P-E - FASA, NEUTRAL DAN BUMI
DISAMBUNG SALAH
TRIP TIME ms TEST

P-N
LCD
* *

TRIP TIME ms
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

CARA MEMBUAT PENGUJIAN


a. Laraskan suis kepada NO TRIP , tekan punat tekan pada alat uji ini pemutus litar
tidak akan trip beserta lampu pandu P-N dan P-E tidak akan menyala . Lepaskan
punat tekan serta ambil bacaan masa pada LCD alat ini . Bacaan akan ditunjuk
selama 10 saat sahaja . Sebelum itu tukarkan tempat pemilihan 0  / 180  dan
ulang langkah ini sebanyak 2 kali .
b. Laraskan suis kepada Trip atau Fast Trip , tekan punat tekan pada alat uji ini
pemutus litar akan trip beserta lampu pandu akan terpadam . Sebelum itu
pastikan suis kadaran telah dilaraskan . Lepaskan punat tekan serta ambil bacaan
masa pada LCD alat uji ini . Bacaan akan ditunjukkan selama 10 saat sahaja .
Tukarkan tempat pemilihan 0 / 180  dan ulang sebanyak 2 kali .

8.2.6 UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI


Ujian rintangan elektrod bumi dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang ditanam itu
mempunyai nilai rintangan yang rendah dan mengetahui keberkesanan pembumian sesuatu
pemasangan serta menjamin keselamatan pengguna dan peralatan elektrik jika berlaku
kebocoran arus kebumi. Ia juga untuk mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu
bersesuaian dan tidak berada dalam kawasan yang bertindih dengan elektrod lain. Jika nilai
galangan elektrod bumi terlalu tinggi,menyebabkan peranti pelindung arus bocor kebumi tidak
dapat berkendali dengan baik semasa berlaku kebocoran arus kebumi.Ia akan membahayakan
pengguna serta peralatan elektrik dan menyebabkan kabel menjadi panas,lama kelamaan
menyebabkan kebakaran.Nilai galangan elektrod yang tinggi hendaklah direndahkan.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

Langkah – Langkah Pengujian


Ujian ini dilakukan dengan menggunakan dua elektrod bumi tambahan, yang
diletakkan pada jarak yang tertentu. Ujian ini dijalankan dengan mengalirkan bekalan AU
kepada elektrod bumi pengguna (X) dengan elektrod bumi tambahan (Y) melalui
perintang boleh laras dan nilai arus direkodkan. Elektrod bumi tambahan ditanam dalam
satu kawasan rintangan yang berlainan dengan kawasan rintangan elektrod bumi
pengguna. Kemudian elektrod bumi tambahan kedua (Z) ditanam diantara elektrod X
dan Y pada jarak yang sama dan nilai voltan direkodkan. Seterusnya kedudukan
elektrod kedua (Z1 dan Z2) diubah pada jarak 6 m dari kedudukan asal, dan nilai voltan
direkodkan. Akhirnya nilai galangan pada setiap kedudukan elektrod bumi diperolehi
melalui perkiraan (Z = V / A).
Sekiranya kedudukan elektrod X dan Y berada dalam kawasan rintangan yang
bertindih, bacaan voltannya akan berubah pada setiap kedudukan elektrod kedua (Z1
dan Z2).
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

Nilai galangan bumi dikatakan baik sekiranya nilainya tidak melebihi 1 ohm.

a. Ujian menggunakan Penguji Pembumian Megger


Ujian ini merupakan kaedah yang paling mudah untuk menguji galangan elektrod
bumi. Ia dijalankan dengan menggunakan dua elektrod tambahan, yang disambungkan
kepada Penguji Pembumian Megger.

Nilai galangan elektrod baik dikatakan baik sekiranya nilainya tidak melebihi 1 ohm.
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
8.3.1Turutan Ujian:

3.1 Keselanjaran litar-litar akhir.


3.2 Keselanjaran litar gelang.
3.3 Keselanjaran litar pelindung.
3.4 Pengukuran rintangan penebatan.
3.5 Penebatan site built assemblies.
3.6 Memeriksa pelindungan oleh sawar-sawar dan penutup-penutup
(barriers and enclosures).
3.7 Pengukuran penebatan lantai-lantai dan dinding bukan pengkondaksi.
3.8 Penentuan kekutuban.
3.9 Pengukuran impedans gelong kerosakan bumi.
3.3 Pengukuran rintangan elektrod bumi.
3.10 Pengujian pemutus litar bocor ke bumi.

Turutan pengujian di atas adalah mustahak diikuti untuk menjamin keselamatan ujian,
alat-alat dan pemasangan elektrik semasa ujian dijalankan.

8.4 PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN PENGUJIAN

8.4.1JENIS-JENIS ALAT UJI


i. Mega Insulation Tester (penguji rintangan penebatan)
ii. Earth Tester (penguji rintangan bumi)
iii. Multi Meter – Jangka Ohm, Jangka Volt
iv. RCCB Tester
v. Clamp Meter
vi. Tacho Meter
vii. Ring Main Tester
viii. AVO Meter
ix. Loceng Elektrik
x. Test Lamp (lampu penguji)
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

I. MEGA INSULATION TESTER (Penguji Rintangan Penebatan)


 Diguna untuk menguji rintangan penebatan & keterusan.
 Alat ini mengeluarkan voltan 500 volt DC ( ujian pemasangan satu fasa)1000volt DC
(ujian pada pemasangan 3 fasa terdapat 2 jenis iaitu.
 Mega Insulation Tester jenis manual(memerlukan pusingan sebanyak 120
pusingan Seminit).
 Mega Insulation Tester jenis bateri (digital & analog)
i. Meggar Insulation Tester - Bateri
 Periksa bateri dengan berpandukan kepada lampu LED
 Pastikan selepas menggunakan MIT, alat uji mesti di’OFF’kan
ii. Meggar Insulation Tester - Manual
 Pemutar hendaklah hendaklah diputarkan dengan kelajuan
120 pusingan seminit.
 Terminal Line (L) & Earth (E) digunakan untuk sambungan
kabel Penguji

CARA MENGGUNAKAN INSULATION TESTER


 Kabel-kabel pada terminal L dan E tidak menyentuh antara satu sama lain(terbuka)
 Pemutar diputarkan sebanyak 120 pusingan seminit dan mendapati bacaan infiniti (∞)
 Kabel pada terminal L dan E disentuhkan antara satu sama lain, pemutar diputarkan
sebanyak 120 pusingan seminit dan ia menunjukkan bacaan sifar ( 0 )
 Bagi menguji keterusan :
a) Ada keterusan – menunjukkan nilai sifar ( 0 )
b) Tiada keterusan - ada bacaan (tidak menunjukkan bacaan sifar)

II. EARTH TESTER (Jangka Penguji Bumi)


 Ia digunakan untuk menguji rintangan elektrod bumi. Ujian ini diperlukan sekiranya
nilai bacaan galangan gelung bumi tinggi daripada yang ditetapkan.

III. MULTI METER


 Ia digunakan untuk menyukat voltan a.c, voltan d.c (Jangka Volt), arus d.c
(Jangka Ampere) & rintangan (Jangka Ohm)
 Ia juga digunakan untuk menguji keterusan alat-alat elektrik dan pendawaian
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
elektrik.Ia mestilah dilaraskan pada kedudukan ohm ( Ω )
 Selepas Multimeter digunakan ia mestilah di’OFF’kan @ pada kedudukan
voltan a.c, jangan sesekali pada kedudukan ohm sekiranya Multimeter itu tidak
digunakan.
 Multimeter boleh digunakan untuk menguji keterusan, ia hendaklah dilaraskan
pada kedudukan ohm.

Contoh :
Ada keterusan : Jarum pada Multimeter akan bergerak
ke kanan meter (bacaan sifar ‘0’)
Tiada keterusan : Jarum pada Multimeter tidak bergerak
(tetap pada kedudukan infiniti)

IV. RCCB TESTER


 Ia digunakan untuk menguji kepantasan @ keberkesanan pemutus litar bocor
kebumi pada sesuatu pemasangan supaya ia sentiasa boleh berkendali.

V. CLAMP METER
 Ia digunakan untuk menguji a.c volt, ohm dan ammeter (voltan, arus & rintangan)

VI. TACHO METER


 Ia digunakan untuk menyukat kelajuan motor elektrik berputar dalam masa satu minit.
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26

VII. RING MAIN TESTER


 Ia digunakan untuk menguji kekutuban soket keluaran bagi pengalir
fasa,neutral dan earth.
 Kendalian :

- kekutuban betul - pengalir fasa dan


neutral terbalik

- Tiada neutral - tiada bumi

- Pengalir fasa dan - tiada bekalan


bumi terbalik

VIII. AVO METER


 Ia digunakan untuk menguji atau menyukat Arus,Voltan dan Rintangan
 Ia boleh sebagai Jangka Volt, Jangka Ampere dan Jangka Ohm

IX. LOCENG ELEKTRIK


 Ia digunakan untuk menguji keterusan
 Ada keterusan : Berbunyi
 Tiada keterusan : Tiada berbunyi
 Ia digunakan dalam keadaan litar mati sahaja

X. LAMPU PENGUJI
 Ia digunakan untuk menguji keterusan dalam litar hidup
 Ada keterusan : Lampu menyala
 Tiada keterusan : Lampu tidak menyala
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(8/10)
Drp / Of : 26
SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan definisi ujian penebatan


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

2. Nyatakan definisi ujian galangan gelong rosak ke bumi


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3. Terangkan cara – cara melakukan ujian penebatan


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERNCES:

1. Penerap Bata Dan Pekerja Batu , Lembaga Latihan Perindustrian Dan Persijilan
Ketukangan Kebangsaan , m / s ; 18 – 29 ,Firmasa Sdn.Bhd , Kuala Lumpur .
2. Md Nasir bin Abd Manan (2010). “Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Panduan
Berpandukan MS IEC 60364”, IBS Buku Sdn Bhd, Petaling Jaya, ISBN 978-967-950-307-
4,Muka surat. 161 hingga 183
3. Abd. Samad Hanif, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur: Pemasangan dan
Penyenggaraan Elektrik, Edisi Kedua.