Anda di halaman 1dari 36

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 5
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-3:2012
PROGRAM’S CODE & THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL L3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-3:2012-C02
COMPETENCY UNIT NO. THREE PHASE WIRING
AND TITLE

1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND


PROSEDURES
2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS
NO. DAN PERNYATAAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
AKTIVITI KERJA / WORK 4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

Muka Surat/Page : 1
NO KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / of : 36

TAJUK / TITLE : PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN KOTAK AGIHAN TIGA


FASA.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
TUJUAN / PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih-pelatih mengenai
pemasangan kotak agihan bagi pepasangan elektrik 3 fasa.

PENERANGAN/INFORMATION:
5.1 PEMASANGAN KOTAK AGIHAN TIGA FASA (THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD)

Bagi pengguna besar misalnya sekolah, pejabat, rumah pangsa, kilang dan sebagainya, jumlah
bilangan beban adalah besar. Oleh itu banyak litar akhir yang diperlukan. Kotak agihan (DB)
biasa tidak dapat memenuhi kehendak permintaan tersebut, jadi sub-papan agihan akan
dipasang ke litar itu.

Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Papan pengagihan
hendaklah dipasang dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan tertulis (berlabel)
dengan:
i) Kadar fius dan pemutus litar
ii) Saiz kabel
iii) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan

Distribution Board biasanya warna grey dan sebahagian mempunyai penutup yang lutsinar.
Didalamnya dilengkapi dengan Bus Bar, Neutral Link, Earth Bar and Din Rail. Manakala
bilangan hala (Way) adalah bergantung kepada besarnya beban atau litar.

Rajah 1 : contoh Kotak Agihan Tiga Fasa


Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Pengasing yang diperlukan hendaklah mempunyai suis berangkai yang sesuai untuk kendalian
atau menggunakan pemutus litar yang disusun agar ia dapat memutuskan semua pengalir litar
bekalan di pemasangan itu.
Perlindungan lebihan arus yang hendak di buat hendaklah dengan menggunakan fius atau
pemutus litar yang dipasang pada setiap dawai hidup pengalir bekalan itu.
Setiap perlindungan lebihan arus hendaklah sesuai untuk menahan arus litar pintas yang
berlaku.

5.2 PERALATAN DAN KELENGKAPAN UNTUK KOTAK AGIHAN TIGA FASA

5.2.1 PERALATAN/PERKAKASAN/BAHAN

NO PERALATAN/BAHAN KUANTITI
1 Playar gabung 1 unit
2 Penjalur wayar 1 unit
3 Pemutar skru bunga 1 unit
4 Suis utama tiga fasa 1 unit
5 RCCB tiga fasa 2 unit
6 MCB 6 unit
7 Multimeter 1 unit
8 Cable 4mm2 (merah) secukupnya
9 Cable 4mm2 (kuning) secukupnya
10 Cable 4mm2 (biru) secukupnya
11 Cable 4mm2 (hitam) secukupnya

5.2.1 KETERANGAN FIUS PERKHIDMATAN (SERVICE FUSE)


 Fius perkhidmatan berfungsi untuk memutuskan litar, apabila berlaku litar pintas, arus
lebih dan arus lampau
 Ia juga berfungsi untuk memutuskan bekalan keseluruhan bangunan.
 Kadaran fius perkhidmatan 3 fasa ialah 30amp, 32amp, 40amp, 60amp, 63amp,
100amp,120amp dan 160amp.
 Jenis fius perkhidmatan Fius Kapasiti Pemutus Tinggi dalam BI (HRC) High Raptoring
Capacity
 Fius Perkhidmatan 3 pole
 Fius Perkhidmatan mempunyai 3 fius perkhidmatan.
 Saiz kabel kemasukan diantara 16mm, 25mm dan 35mm
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.2.3 KETERANGAN NEUTRAL LINK

 Ia tidak mempunyai kadaran


 Ia dianggap sebagai arus ulang alik
 Penyambung neutral hak milik TNB

5.2.4 KETERANGAN METER KILOWATT JAM 3 FASA


 Meter kilowattjam mempunyai 2 gelung iatu gelung voltan dan gegelung amp, gegelung
voltan disambung secara selari dan gegelung amp di sambung secara siri.
 Kadar kwj ialah 60amp se fasa.
 Kwj mempunyai 8 terminal iatu RRYYBBNN.
 Kwj hak milik TNB
 Fungsi kwj mengukur tenaga yang digunakan oleh pengguna
 Bacaan bermula dari 100000-10000-1000-100-10
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
5.2.5 KETERANGAN SUIS UTAMA

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan
membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan
itu tdak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3 fasa
berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis tiga kutub
berangkai.
Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan
elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar
pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.
Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaran arus antara 43A -100A
 Suis utama berfungsi untuk memutuskan litar, apabila berlaku litar pintas, arus lebih dan
arus lampau
 Ia juga berfungsi untuk memutuskan bekalan keseluruhan bangunan
 Kadaran suis utama 30amp, 32amp, 40amp, 60amp, 63amp, 100amp, 120amp dan
160amp.
 Jenis suis utama MCCB (Moulded Case Circuit Breaker)
 Suis utama 3 fasa di anggap 3 pole.

Rajah 2 : Suis Utama / Pengasing


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.2.6 Pemutus Litar Bocor Kebumi (RCCB )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar
dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis
hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.
RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaran arus ialah 25A, 40A,
63A and 80A . serta arus kendalian 30mA, 100mA and 300Ma.
 Fungsi PLBB memutuskan bila berlaku kebocoran ke bumi diantara dawai live dengan
earth atau dawai neutral dengan earth.
 Nama ELCB (Earth Lackage Circuit Breaker) digantikan dengan nama RCCb (Residual
Current Circuit Breaker) pada tahun 1985.
 Jenama PLBB yang terdapat di pasaran ialah NNE, HAGER, PDL, BORCH,
CRABTREE.
 PLBB mempunyai 3 kutub 1 neutral (Triple Pole and Neutral)
 Kadar-kadar PLBB ialah 25amp, 40amp, 60amp, 63amp, 100amp, 125amp dan 160amp
 Kadar operasi PLBB ialah 0.1amp (100miliamp) 0.3amp (300miliamp)
 PLBB perlu diuji sebulan sekali hanya dengan menekan butang uji (T) TEST
 Semua peralatan elektrik perlu dibumikan

Rajah 3 : Pemutus Litar Bocor Kebumi


Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.2.7 Pemutus Litar Kecil


Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur.
Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran dan bentuknya
sahaja (4 segi panjang). Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk
beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus. Pemutus litar
ini terbahagi kepada dua iaitu :
a) Tetapan kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius.
b) Boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan
beban yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor
dan sebagainya.

Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfungsi sebagai pelindung lebihan
kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada
sesebuah motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah
pemasangan. Kadaran arus dari 2-63A, Pemutus litar model kecil atau pemutus litar
miniatur/pemutus litar kenit berfungsi untuk memutuskan litar apabila berlaku litar pintas, arus
lampau dan arus lebih. Kadarannya bermula dari 6amp, 10amp, 15amp, 20amp, 30amp dan
32amp. Ia mempunyai 1 kutub dan 3 kutub

Rajah 4 : Pemutus litar kecil


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 5: Pemasangan Penuh Papan Fius Agihan 3 Fasa

Kelengkapan lain yang terdapat pada kotak agihan terdiri daripada Bus Bar, Neutral Link,
Earth Bar dan Din Rail.

Rajah 6 : Bus bar


Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 7 : Terminal Bumi

Rajah 8 : Terminal Neutral

Rajah 9 : Din Rail

5.2.8 Reka bentuk kotak agihan tiga fasa


Sistem-sistem pengagihan tiga fasa dibuat dari Keluli Keping (sheet steel), menumbuk
bersalut (powder coated) dengan berwarna Kelabu/Bingkai putih dan penutup lutsinar
(Transparent), serta bersama-sama itu dipasang dengan Palang Bas (Bus Bar), link
Neutral (Neutral link), punca bumi (Earth Bar) dan landasan (Din Rail).
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 10 : contoh Kotak Agihan


Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 11 : contoh litar skematik kotak agihan 3 fasa.


Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
5.3 PELBAGAI KAEDAH PENGGUNAAN PENDAWAIAN PERMUKAAN TIGA FASA

5.3.1 Pendawaian Permukaan Domestik

Pendawian Permukaan

Sistem pendawaian ini merupakan kaedah pemasangan yang popular pada satu masa
dulu, terutamanya pada rumah kediaman di kampung mahu pun di bandar. Pendawaian
permukaan merupakan pemasangan kabel dilakukan pada permukaan dinding dan
siling secara terbuka. Kabel hanya diklip secara permukaan tanpa sebarang perlindung
tambahan. Kesesuaian sistem ini berdasarkan ciri-ciri berikut:-

i. bangunan dibuat daripada kayu atau batu


ii. memerlukan bekalan voltan fasa tunggal
iii. bilangan litar kecil akhir yang sedikit
iv. kabel yang dipasang tidak begitu banyak
v. kurang risiko berlaku kerosakan mekanikal
vi. kerja pemasagan dibuat dalam masa yang singkat
vii. kos pembiayaan pemasangan yang rendah
viii. beban kuasa yang digunakan kecil

Ciri-ciri Pendawaian Permukaan


i. Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggal

ii. Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.

iii. Kos perbelanjaan murah.

iv. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.

v. Kerosakan mekanikan kemungkinan berlaku amat kurang.

vi. Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian.

vii. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.


Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Pemilihan kabel bagi pendawaian permukaan

Kabel yang dipasang dalam sistem ini akan sentiasa terdedah kepada keadaan
persekitaran dan berkemungkinan mudah mengalami kerosakan mekanikal. Kabel jenis
bertebat dua lapis dipilih untuk pemasangan sistem ini. Kabelnya bersalut PVK dan
dibahagian luarnya disarung pula dengan lapisan PVK kedua dan ini menjadikan tebatan
dua lapis. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada
terus mengalmi kerusakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

Kaedah pemasangan

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini kabelnya dilekapkan pada permukaan dinding
mengikut pengkalan dan bentangannya. Penghalaan bentangan biasanya pada dinding,
tiang atau siling bagi bangunan diperbuat daripada kayu. Sokongan bagi melekapkan
kabel pada dinding lazimnya menggunakan klip yang dipaku secara terus. Sebelum
sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada bahan jenis logam.
Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan
diklipkan atas stu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan ke dinding
atau siling. Terdapat 2 jenis klip yang biasa digunakan dalam sistem pendawaian ini iaitu;

i. klip plumbum
ii. klip aluminium

Klip jenis plumbum boleh didapati dalam bentuk gulungan. Setiap klip boleh dibentuk
dengan menggunakan alat pembentuk klip. Saiz klip dibentuk mengikut bilangan kabel
yang dipasang.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 12 : kaedah pemasangan klip


Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
1. Pendawaian Tersembunyi Tanam Kabel

Rajah 13 : Pendawaian yang bertebat tersembunyi

Kebaikan - kebaikan pendawaian tersembunyi:

i. Pendawaian jenis ini lebih kemas

Keburukan – Keburukan pendawaian jenis ini:


i. Apabila ada kerosakan sukar untuk di perbaiki
ii. Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
iii. Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.

Larian Kabel

i. Dimana kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat


menggunakan bahan tahan api (fire barier) untuk mengelak
kemerebakan kebakaran.
ii. Hujung konduit dipasang dengan sesendal getah / pvc bagi
mengelakkan kabel luka semasa kerja penarikan kabel dilakukan.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
iii. Larian kabel diatas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi
mengelakan kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling.

Rajah 14 : pendawaian elektrik

iv. Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang


sekurang-kurangnya 50mm dari atas atau bawah sambungan kayu.

Rajah 15 : jarak laluan kabel

Pahat Besi ( Cold Chisel )

i. Ianya digunakan untuk memotong batu dan bahan-bahan sepertinya ,


memotong dan memangkas paip saliran , genting lantai atau dinding .
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
ii. Ia diperbuat daripada besi tempa , berbentuk bulat atau lapan segi
dengan satu hujung sebagai matanya dimana bentuk dan ukurannya
mengikut kerja yang dilakukan.
iii. Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang kerana ini boleh
menyebabkan berlakunya kecederaan kepada diri sendiri dan untuk
keselamatan asah semula mengikut bentuk cendawan sehingga rata
semula .

Kepala Pahat Besi


Kepala Berbentuk Cendawan

Badan

Mata

Rajah 16 : Pahat Besi (COLD CHISEL)

TEKNIK MELEPA ALUR PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

Setelah kerja-kerja pendawaian dipasang secara tersembunyi ini siap dilaksanakan,


kerja-kerja penyudah mestilah dilakukan. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-
lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar kompo. Dalam melaksanakan
kerja melepa alur pendawaian tersembunyi,pengetahuan dan ketelitian semasa
membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang
diperlukan . Oleh itu nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam melepa
alur pendawaian konduit tersembunyi.

a) Penyediaan Bahan Lepaan

Kerja-kerja melepa alur pendawaian tersembunyi ini merupakan satu kerja yang
paling mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan menggunakan
tangan. Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-kerja pembinaan besar,
sedang kerja-kerja lepaan alur ini adalah kerja kecil sahaja. Bahan-bahan yang
digunakan untuk lepaan ini ialah simen Portland, kapur dan pasir
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan disuatu permukaan rata


samaada diatas lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas platform dari
papan lapis dan sebagainya. Kadar nisbah bancuhan motar ini ialah 1:1:4 (1 simen:
1kapur : 4 pasir halus) Gaulkan kesemua bahan ini dengan menggunakan sekop
(showel) sehingga betul-betul sebati. Setelah itu masukkan air secukupnya dan
bersesuaian dengan keadaan motar yang diperlukan. Seterusnya kerja-kerja
“Plaster” boleh dilakukan.

b) Sekop ( Showel )
Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk
mencedok bahan-bahan seperti pasir , simen , tanah dan lain-lain.

SEKOP HUJUNG TAJAM

Rajah 17 : SEKOP PESEGI

c) Teknik Melepa & Peralatan

Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Disamping teknik-tenik kerja yang


betul, penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui. Peralatan lepaan yang
biasa diguna ialah seperti iron float (perata logam) wood float (perata kayu) Hawk
(samaada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel (sudip). Kegunaan peralatan
tersebut adalah seperti berikut:
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
i. Hok ( Hawk )

Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu


pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya
dan digunakan untuk meletak motar semasa membuat lipaan.

HOK KAYU HOK LOGAM/PELASTIK HOK KAYU

Rajah 18 : Hok

ii. Sudip Bata

Sudip bata digunakan untuk menerap bata . Ukurannya adalah di antara


229mm hingga 356 mm panjang . Cara kegunaannya :

a. Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk.

b. Melepa pada lurah yang hendak dilepa.

Pemegang

Panjang Mata Temin

Mata

Rajah 19 : SUDIP
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

iii. Kayu Perata ( Floats )

Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja
kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin
kepada lepa .

Rajah 20: Kayu Perata


iv. Perata Logam
Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-
kerja lepaan lurah, iron float ini sekada untuk kerja-kerja melicin permukaan
lepaan.

Rajah 21: Pelata logam


Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
5.3.2 SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT
Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik
atau kimia, misalnya di kilang-kilang,makmal,bengkel dan sebagainya.Sistem ini boleh
dipasang dipermukaan atau tersembunyi:
Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian
terutamanya kerana ianya :
i. memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca
kerosakan mekanikal yang banyak
ii. hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik
iii. memudahkan penambahan litar pada masa akan datang
iv. boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa
v. dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem
dipasang

5.3.3 PENDAWAIAN SESALUR


Dalam pendawaian sesalur, kabel dimuatkan kedalam sesalur. Dalam system bus-bar
sesalur memanjat, sesalur disikan dengan bus-bar. Pada kebiasaanya system pendawaian
sesalur tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu oleh sistem-sistem pendawaian yang
lain bersama-samanya untuk membekalkan arus kebeban yang diperlukan, kecuali jika
sistem ini dipasang ditempat yang sesuai dengan kedudukan beban.
Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai
seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Sistem sesalur ini dapat
menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang besar. Disamping itu ia
dapat memberikan perlindungan mekanikal yang baik.
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.4 LUKISAN PENDAWAIAN TIGA FASA

5.4.1 Gambarajah skematik.


Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 22: litar skematik

Kaedah pendawaian dalam kotak agihan samada satu fasa atau tiga fasa adalah sama
cuma yang membezakan kedua-duanya adalah bilangan jenis kabel merah, biru dan
kuning pada pendawaian tiga fasa. Saiz kabel yang digunakan adalah 4mm2 untuk
semua kabel penyambungan antara semua alat pelindungan arus lebihan.

5.4.2 Kaedah penyambungan kabel pada kotak agihan tiga fasa.


Secara kebiasaannya, penyambungan dilakukan mengikut kabel satu persatu untuk
memudahkan penyambungan dan bagi mengelakkan kekeliruan pemasangan. Berikut adalah
langkah-langkah penyambungan kabel antara alat perlindungan arus lebihan
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
Langkah 1
Sambung kabel merah dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB

Rajah 23: sambungan kabel R (LIVE)

Langkah 2

Sambung kabel kuning dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB.

Rajah 24 : sambungan R,Y (LIVE)


Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Langkah 3

Sambung kabel biru dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB.

Rajah 25 : sambungan R.Y.B (LIVE)

Langkah 4
Sambung kabel hitam (neutral) dari suis utama (MCCB) ke RCCB/ELCB dan sambungkan
kabel-kabel yang lain seperti gambarajah di bawah mengikut keperluan

Rajah 26 : sambungan R,Y,B& N pada litar tetap dan litar kuasa


Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

Rajah 27 : Contoh pemasangan kabel yang sebenar

Unit Penyaman Udara

L
N E
S.A.K
K.F.A 13A
Penghidup Unit Kawalan
Pemasak

Rajah 28 : Contoh Gambarajah Skema Litar Kecil Akhir Lebih Dari


15Amp.
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

1. Litar kecil akhir lebih dari 15 Amp


Bagi beban atau litar kecil akhir yang melebihi 15 Amp, hanya satu beban atau
mata dalam satu litar kecil akhir.Ini bererti hanya satu soket 15 Amp dan satu
unit pemasak elektrik yang tidak melebihi 15 Amp yang boleh di pasang.
Terdapat dua jenis mata yang dikecualikan iaitu;

a. Soket soket keluaran 13 Amp ( BS 1369 ).


b. Mata untuk litar pemasak.

E N L

PUNCA BEKALAN
SATU FASA
E E
E E
E

N L N L N L
N L N L

S.A.K. S.A.K. S.A.K. S.A.K.


5A 5A 5A 13A S.A.K.
13A

KAWALAN LITAR KUASA KURANG DARI 15


AMPERE

2. Litar gelang.

Litar gelang ialah merupakan satu pendawaian soket keluaran yang bermula
dari satu M.C.B. dikotak fius agehan dan disabung ke tiap tiap terminal soket
pertama, kedua dan seterusnya dan balik ke M.C.B. yang sama dikotak fius
agehan. Pendawaiannya mestilah mengikut syarat syarat berikut;

i. Pendawaian soket alir keluar 13 Amp litar gelang tidak lebih dari 10
mata. .Dengan syarat bahawa jumlah spur atau sulur tidak melebihi jumlah
soket alir keluar yang ada.
ii. Jumlah soket tiada had jika pendawaian atau pemasangan dalam bilik
tidak melebihi100 meter persegi.
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
iii. Hanya dikhaskan untuk pendawaian dan pemasangan rumah kediaman
sahaja. Kabel yang digunakan ialah bersaiz 2.5mm dan fius kawalannya ialah
30 Am

Sulur

Kot
N E

Kotak fius agihan

Soket keluaran

Rajah 29 : Litar akhir gelang

3. Litar Kawalan pemasak


 Bagi pendawaian alat pemasak elektrik ianya diambil terus dari dari satu M.C.B
dikotak fius agehan. Ia termasuk didalam pendawaoian litar kuasa. Bagi pemasak
yang tidak melebihi 3 kw ianya boleh disambung terus ke soket alir keluar yang
berkadar 15 Amp. Saiz kabelnya ialah 2.5mm.
 Dan bagi unit pemasak yang besar dan tidak melebihi 8 kw hendaklah disambung
secara tetap dimana fius kawalannya ialah 30 Amp. Saiz kabelnya ialah 4mm.
 Jarak pemasangan unit kawalan pemasak dengan alat pemasak ialah pada jarak 2
meter. Unit kawalan pemasak pula mestilah mempunyai soket alir keluar yang
berkadar 13 Amp.
 Kadaran arus bagi litar akhir alat pemasak perumahan adalah berdasarkan
permintaan arus bagi alat pemasak tersebut dan berpandukan peruntukan
kepelbagaian iaitu;
 10 A yang pertama.
 + 30 % daripada baki 10 A.
 + 5ª Jika terdapat soket dalam unit kawalan.
Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

2m

Unit
Pemasak

Rajah 30: Unit Kawalan Pemasak

4. Unit Penyaman Udara.

Pendawaian unit penyaman udara juga merupakan satu pendawaian litar kuasa.Hanya satu unit
pendingin udara bagi satu litar kecil akhir . Bagi unit penyaman udara yang berkadar 11/4 k.k ,
pendawaian nya boleh disambung terus ke soket alir keluar berkadar 15 Amp beserta dengan
penghidup talian terus. Saiz kabelnya ialah 2.5mm. Pemasangannya boleh mengunalan kord
mudah lentur bersaiz tidak kurang daripada 50/0.25mm.
Manakala pendingin udara berkuasa 1.5 k.k hinnga 3 k.k hendaklah disambung secara tetap di
kotak fius agehan dengan kadar M.C.B.tidak melebihi30 Amp. Ianya memerlukan unit
pengasing dan penghidup yang bertanda tanpa gegelung voltan yang dipasang berdekatan..
Penggunaan kabel ialah 4mm
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

SAK 1 SAK 3

NEUTRAL EARTH

KOTAK FIUS AGIHAN

SAK 2 SAK 4

A/C CCU
Rajah 31 : Litar Lukisan Pendawaian
Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.5 STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) UNTUK INSTRUMENT PENGUJIAN

5.5.1 PROSEDUR MENGESAN KEROSAKAN DAN BAIK PULIH ALAT ELEKTRIK

Untuk mengesan kerosakan pada alatan dengan cepat dan mudah, kamu
dikehendaki mengikut prosedur yang betul. Carta aliran di bawah menunjukkan jujukan
mengesan kerosakkan dan baik pulih pada peralatan elektrik seperti periuk nasi elektrik,
cerek elektrik,seterika elektrik,kipas angin dan lampu pendaflour. Penyenggaraan
peralatan elektrik perlu dibuat mengikut peraturan tertentu bagi memastikan keselamatan
pengguna apabila menggunakan alat tersebut. Antara peralatan elektrik domestik yang
biasa digunakan ialah periuk nasi elektrik, cerek elektrik, seterika elektrik, kipas angin dan
lampu pendaflour

Mengenal Pasti Kendalian Alat

Mengenal pasti bahagian


Kerosakan
CARTA ALIRAN-
MENGESAN DAN
MEMBAIK PULIH
Membuka Alat
PERALATAN ELEKTRIK

Mengenal Pasti
Bahagian/Komponen Yang
Rosak

Menukar Ganti Komponen


Yang Rosak

Memasang Alat

Menguji Alat
Muka Surat / Page : 32
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
5.6 JENIS PENGUJIAN PENDAWAIAN TIGA FASA

5.6.1 Pengujian.
Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa sesuatu
pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan
kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pemasangan elektrik.
Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain:

i. Peraturan Keselamatan
ii. Peraturan MS IEC 60364
iii. Peraturan Suruhanjaya Tenaga
iv. Peraturan JKR

Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi borang pemasangan elektrik,
walaupun dalam beberapa hal di ubah-suai mengikut keperluan-keperluan amalan di
Malaysia

5.6.2 Jenis – Jenis Ujian

i. Ujian Penglihatan
ii. Ujian Kekutuban
iii. Ujian Rintangan Penebatan
iv. Ujian Keterusan
v. Ujian Pembumian

5.6.3 Ujian keterusan.

Ujian keterusan dilakukan pada mana-mana pendawaian baru atau pendawaian


lama atau pendawaian yang berlaku kerosakan. Ujian ini dijalankan antara
hujung hantar dan hujung terima di antara fasa neutral / hujung hantar dan
hujung terima di antara fasa bumi / dan hujung hantar dan hujung terima di
antara fasa ke fasa. Tujuan ujian ini ialah untuk menguji nilai keterusan yang
baik antara konduktor.
Muka Surat / Page : 33
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.6.4 Ujian Rintangan Penebatan

Ujian ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa pada penebatan antara pengalir
dan pada penebatan antara pengalir dan pada penebatan antara pengalir dengan bumi
tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas . Ia juga boleh dikatakan yang lain
adakah penebatan pemasangan itu dapat membenteras arus agar tidak keluar daripada
lingkungan pengalir kabel.
Oleh yang demikian , pemasangan itu akan selamat untuk membawa arus . Secara
ringkasnya, bolehlah dikatakan ujian penebatan ini sebagai ujian untuk mengetahii
ketahanan penebatan kabel di pemasangan itu semasa ia digunakan nanti , iatu untuk
memastikan sama ada litar itu selamat daripada kebocoran arus antara pengalir dengan
bumi .
Alat penguji rintangan penebatan ini hendaklah mampu membekalkan voltan a.t
pada kadar tidak kurang daripada dua kali ganda voltan bekalan litar yang diuji tetapi
tidak perlu melebihi 500V jika pemasangan itu mengunakan bekalan 500 V .
Ujian ini boleh dijalankan bagi keseluruhan pemasangan jika pemasangan itu kecil .
Oleh sebabsuis , pemasangan lampu , soket alur keluar dan kelengkapan elektrik yang
lain menjadi punca utama kebocoran bilangan penebatan menjadi penentu kumpulan
ujian penebatan yang sepatutnya dijalankan . Bilangan minimum setiap kumpulan ialah
50 .

5.6.7 keterusan konduktor perlindungan

Ujian ini dilakukan bagi mengetahui bahawa sambungann wayer bumi adalah dalam
Keadaan betul kepada semua peralatan yang dibumikan.dengan itu dapat ditentukan
bahawa konduktor perlindungan dalam keadaan selamat dan pendawaian tersebut boleh
diberikan bekalan.

5.6.7.1 Untuk memastikan semua konduktor pelindung bersambung secara betul dan
berkesan

i. Alat uji-jngka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm


ii. Kaedah pengujian
iii. Pastikan semua suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan semua
beban ditanggalkan.
Muka Surat / Page : 34
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36
iv. Sambungkan test lead penguji
v. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

5.6.8 Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang

Ia terutama dilakukan kepada suis soket alur keluar yang dipasang secara gelang,alat
yang digunakan ialah alat uji loceng atau meter pelbagai (multimeter) iaitu sebelum bekalan
dimasukkan.ia adalah untuk memastikan bahawa pemasangan kabel L-L,N-n dan E-E
adalah dalam keadaan betul terutama untuk pemasangan pebdawaian yang baru.
Sekiranya pemasangan pendawaian sediaada atau tambahan,untuk memastikan
bahawa litar gelang untuk suis soket alur keluar di pasangkan dengan betul,”ring main tester”
digunakan.
i. Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar
gelang.
ii. Alat uji-jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
iii. Kaedah pengujian

Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dan MCB,konduktor neutral dari terminal
neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
Ø Disambung lead penguji (E-E)
Ø Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N)
Ø Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Rajah 32 : keterusan konduktor litar akhir gelang


Muka Surat / Page : 35
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

5.6.9 Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa liatr akhir fasa dan neutral mempunyai
keselenjaran yang sempurna dan litar pintas.dengan menggunakan alatuji loceng atau
multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi memastikan wayer hidup,neutral dan
bumi tidak disentuh diantara satu dengan lain atau litar pintas
i. Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar
ii. Alat uji-jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
iii. Kaedah pengujian
a. Ø Semua suis,RCD dan MCB di litar-buka (Switch Off)
b. Ø Semua beban hendaklah di litar-tutup (Switch On)
c. Ø Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup
d. Ø Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas
e. Ø Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

5.6.10 Ujian Kekutuban

Ujian kekutuban adalah ujian yang dilakukan bagi menentukan kekutuban peranti
kawalan satu kutub seperti suis, fius, soket alur keluar, alatambah seperti pemegang
lampu Edison disambung mengikut kekutuban yang betul dan dapat melindungi litar dari
salah sambungan serta mengelakkan bahaya. Sebelum melakukan ujian, semua beban
yang disambungkan pada alatambah atau punca penyambungannya hendaklah
ditanggalkan.

Kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya sama ada semasa membuat
pemasangan, semasa penggunaan alat atau kepada alat elektrik itu sendiri. Di samping itu
alat-alat kawalan seperti suis, fius dan sebagainya tidak akan menjalankan fungsinya yang
sebenar. Ujian kekutuban ini boleh dijalankan dengan dua cara iaitu ujian litar mati dan
ujian litar hidup.
Muka Surat / Page : 36
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012/C02/P(5/10)
Drp / Of : 36

SOALAN / QUESTION :

1. Apakah fungsi kotak agihan tiga fasa

.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
..............................................................................................................

2. Terangkan fungsi suis utama

.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
..............................................................................................................

3. Nyatakan tujuan suis utama dipasang pada kotak agihan


..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................

Rujukan :
1. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.
2. Pemasangan dan penyelenggaran elektrik edisi kedua. Oleh Abd. Samad Hanif