Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH EDISI 2020


BERCERITA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk


memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai


digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Oleh yang demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-


penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya
sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis
.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan


rangsangan.

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH


RENDAH EDISI 2020 3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian


Pendidikan Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan
peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seterusnya,
pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan
pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun
3 sahaja) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Penyertaan terbuka
kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Manakala,
Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi
penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan berbilang kaum
amat digalakkan.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian


iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah. 4.2
Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan Sukatan Pendidikan
Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh
PPD/JPN/KPM.

5.0 PELAKSANAAN
PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT SEKOLAH

5.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu diminta
mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat antara kelas dan juga
antara rumah. Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan kepada
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

5.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke pertandingan di


peringkat daerah.

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH EDISI


2020 5.2 PERINGKAT DAERAH

5.2.1 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan


pertandingan ini pada peringkat daerah masing-
masing.

5.2.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan Peringkat
Daerah.

5.2.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan


sebelum pertandingan peringkat
negeri.

5.2.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.
5.3 PERINGKAT NEGERI

5.3.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab


mengelolakan pertandingan ini pada peringkat negeri masing-
masing.

5.3.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai


oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

5.3.3 Pertandingan pada peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan


sebelum pertandingan peringkat
kebangsaan.

5.3.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

5.4 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3 sahaja)


dan Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Murid tersebut
mestilah warganegara Malaysia.

5.4.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing


dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke
negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.

5.4.3 Peserta perlu menghantar video pendek berdurasi antara 6 hingga 8


minit dan aktiviti yang dirakamkan adalah merupakan hasil
karya sendiri.

5.4.4 Peserta mestilah


KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH EDISI 2020
menggunakan peralatan merakam sendiri, sama ada menggunakan
telefon pintar / perakam video untuk menghasilkan video.
5.4.5 Format video yang ditetapkan ialah MOV / AVI / MP4 / WMV.

5.4.6 Bagi video bersaiz besar, video tersebut perlu dimuatnaik di laman
sesawang cloud seperti dropbox, dan pautan tersebut dinyatakan
di dalam e-mel.

5.4.7 Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui emel atau


menggunakan pautan google form yang disediakan oleh pihak
penganjur.

5.4.8 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:

5.4.8.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.4.8.2 cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

5.4.8.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet.

5.4.8.4 hasil karya sendiri.

5.4.9 Kualiti cerita

5.4.9.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan


nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras
dan agama.

5.4.9.2 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema.

5.4.9.3 Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja


yang dibenarkan menyampaikan cerita
haiwan.

5.4.10 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang


diperuntukkan.
4

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH EDISI 2020


5.4.11 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.4.12 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi SEKADAR HIASAN SAHAJA


(tidak memberi sebarang markah).

5.4.13 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak
melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua
unsur tersebut).

5.4.14 Unsur lakonan dan main peranan/watak tidak dibenarkan. Peserta


perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota
badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan
setapak sahaja setiap kali pergerakan.

5.4.15 Pakaian seragam sekolah


dibenarkan.

5.4.16 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya


peserta:

5.4.16.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.4.16.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;

5.4.16.3 dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

5.4.17 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem


juri.

5.4.18 Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau tujuh
(05 atau 07) orang manakala pada peringkat negeri ialah tiga atau lima (03
atau 05) orang. Pada peringkat daerah pula, sekurang- kurangnya tiga (03)
orang hakim menghakimi pertandingan.

5.4.19 Keputusan panel hakim adalah


muktamad.

5.4.20 Sebarang pindaan tertakluk kepada Kementerian Pendidikan


Malaysia.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Bahagian spontan akan diadakan secara langsung menggunakan kaedah


telesidang antara peserta, hakim dan penjaga masa. Peserta perlu bersedia
mengikut nombor giliran masing-masing.

6.2 Peserta akan menyampaikan cerita


KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH EDISI 2020
secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh
Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi.

6.3 (Peserta diberi masa selama satu (1) minit untuk persediaan dan tiga (3) minit
untuk persembahan).

6.4 Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas bahan
rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa
pertandingan.

6.5 Peserta dikehendaki memilih dan menyebut nombor di sampul yang disediakan
Ketua Hakim.

6.6 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid
berkenaan akan
ditayangkan.

6.7 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.

6.8 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat
masa persediaan 1
minit.
6.9 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan cerita
spontan.

6.10 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.

6.11 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa


tamat.

6.12 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa
persediaan
.

6.13 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.14 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi
tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit
daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.15 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan
mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali
pergerakan.

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH


EDISI 2020 7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah 7.2 Bahasa dan


pertuturan 20 markah 7.3 Penghayatan cerita 20 markah 7.4
Interaksi dengan audiens 15 markah 7.5 Mesej/nilai dalam
cerita 05 markah 7.6 Tempoh penceritaan/Perkembangan
cerita 10 markah 7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah
8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah 8.2 Bahasa dan


Pertuturan 25 markah 8.3 Penghayatan cerita 20 markah 8.4
Interaksi dengan audiens 15 markah 8.5 Tempo
penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah 8.6 Jumlah 100
markah

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan


Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai