Anda di halaman 1dari 8

6.2.

2 Refleksi PdP

Selain itu, refleksi PdP berdasarkan RPH juga dianalisis untuk menjawab persoalan kajian.

Rajah di bawah merupakan kekuatan atau kelebihan perancangan dan pelaksanaan sesi

PdP menggunakan kaedah PlayCooper.

Amalan murid
semasa PdP
menggunakan
kaedah
PlayCooper
dilaksanakan

Rajah 19. Catatan refleksi kekuatan dan kelebihan PdP kaedah PlayCooper bertarikh 19

September 2017

Setelah dianalisis, tema yang terkandung dalam refleksi PdP ialah ciri-ciri amalan murid

yang baik iaitu murid melibatkan diri semasa proses PdP dengan aktif, menunjukkan

perasaan tidak sabar dan memberikan respon yang baik ketika guru memberi penerangan

serta memberikan respon apabila guru bertanya pendapat murid tentang pelajaran. Ciri-ciri

ini menunjukkan bahawa, guru dapat menambahbaik amalan PdP berbanding amalan PdP

sebelumnya.
6.2.3 Lembaran Kerja Murid

Berikut pula merupakan dapatan analisis dokumen lembaran kerja yang telah disemak

selepas inovasi kaedah PlayCooper dijalankan. Dapatan dianalisis dengan cara

membandingkan hasil lembaran kerja Alan dan Abu sebelum dan selepas inovasi

dijalankan.

Sebelum Selepas

Rajah 20. Hasil lembaran kerja Abu sebelum dan selepas inovasi dijalankan
Sebelum Selepas

Rajah 21. Hasil lembaran kerja Alan sebelum dan selepas inovasi dijalankan

Jika dilihat lembaran kerja sebelum inovasi kaedah ini dijalankan, lembaran kerja tersebut

dihantar dengan meninggalkan banyak ruang jawapan yang kosong. Perkara ini berlaku

kerana mereka sibuk melakukan kerja lain sehingga tidak cukup masa untuk

menyiapkannya. Namun selepas inovasi dijalankan berlaku peningkatan hasil pencapaian

murid sebagaimana yang dapat dilihat pada Rajah 20 dan Rajah 21 di atas. Kajian Mohd

Burhan et. al (2016) menyatakan terdapat hubungan yang positif di antara hubungan guru

dengan pelajar dengan motivasi sosial dan akademik pelajar dan pencapaian akademik.

Dalam kajian ini, hubungan positif antara guru dan murid dipupuk melalui kaedah

PlayCooper yang memberi peluang kepada murid meneroka pembelajaran dengan sendiri

melalui permainan dan PK sehingga membolehkannya meningkatkan tahap pencapaian.

Malahan, isu murid yang berkelakuan negatif seperti membuat bising di dalam kelas,

menanggu rakan, berjalan dan sebagainya boleh diatasi melalui inisiatif menyediakan bahan

pembelajaran untuk murid bermain sambil belajar. Tindakan ini membuatkan murid fokus

untuk bermain dan pada masa yang sama mereka fokus untuk belajar. Hasilnya murid dapat

menjawab lembaran kerja dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Hasil pembelajaran yang memfokuskan kaedah PK pula boleh dilihat melalui dapatan data

lembaran kerja murid secara berkumpulan.


Jawapan Alan

Jawapan Abu

Rajah 22. Hasil lembaran kerja yang mengaplikasikan PK

Aktiviti team-word-web memberi peluang kepada murid untuk berbincang semasa ahli

kumpulan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Aktiviti ini mampu meningkatkan

motivasi dan keupayaan berfikir dalam kalangan peserta kajian kerana idea-idea mereka

bincangkan bersama kemudian setiap seorang akan menuliskan idea di kertas jawapan.

Melalui kaedah ini, saya lihat keyakinan murid dapat dipupuk apabila diminta untuk

membentangkan jawapan dan berkongsi jawapan. Kemampuan murid menjelaskan makna

yang terdapat dalam Jata Negara dan menghuraikan pandangan menunjukkan kaedah

PlayCooper turut membantu sebegini menggalakkan kemahiran berfikiran aras tinggi murid.

Jika dilihat pada analisis hasil kerja murid menunjukkan murid mencapai tahap taksonomi

Bloom aras menilai kerana murid berusaha membuat penilaian betapa pentingnya Jata

Negara kepada individu, masyarakat dan negara sehingga menjadi lambang yang perlu

dihormati. Jawapan yang diberikan oleh Alan adalah supaya Malaysia dipandang tinggi oleh

negara lain sementara Abu pula berpendapat kerana kemakmuran negara Malaysia. Kedua-

dua peserta kajian ini mampu menilai kepentingan menghormati Jata Negara terhadap

negara. Keupayaan mengutarakan pandangan sebegini menunjukkan murid juga mencapai

tahap penghayatan Sejarah. Dengan cara ini, guru berpeluang masukkan peluang untuk

menerapkan nilai kewarganegaraan dalam pembelajaran Sejarah.


6.3 DAPATAN SOAL SELIDIK

Setelah inovasi kaedah PdP dijalankan, peserta kajian diberi soal selidik untuk menilai

tentang keberkesanan kaedah PlayCooper dalam menarik minat dan meningkatkan motivasi

murid dalam mata pelajaran Sejarah. Berikut merupakan soal selidik yang telah dinilai oleh

peserta kajian.

Rajah 23. Soal selidik peserta kajian 1


Rajah 24. Soal selidik peserta kajian 2

Soal Selidik Tentang Kaedah PlayCooper Yang Dilaksanakan Oleh


Guru
4

Peserta Kajian 1
Peserta Kajian 2
2

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Item 4

Rajah 25. Soal selidik tentang kaedah PlayCooper yang dilaksanakan oleh guru
Rajah 25 merupakan rumusan dapatan soal selidik berdasarkan penilaian yang dilakukan

oleh peserta kajian sebagaimana yang dilihat pada Rajah 23 dan Rajah 24. Data

dipersembahkan dalam bentuk carta bar bagi memudahkan huraian data. Soal selidik

mengandungi empat soalan. Bagi soalan satu, kedua-dua peserta kajian meletakkan nilai

sangat setuju (4) bahawa kaedah PlayCooper yang dilaksanakan oleh guru mampu menarik

minat murid untuk mempelajari Sejarah. Soalan dua pula, seorang peserta kajian

meletakkan nilai sangat setuju (4) dan seorang lagi setuju (3) bahawa kaedah PlayCooper

mampu meningkatkan motivasi murid untuk belajar Sejarah. Seterusnya, kedua-dua peserta

kajian meletakkan nilai sangat setuju (4) iaitu pembelajaran kaedah PlayCooper

menyeronokkan. Akhir sekali, kedua-dua peserta juga meletakkan nilai sangat setuju (4)

iaitu kaedah PlayCooper membantu murid memahami tajuk pembelajaran makna lambang-

lambang Jata Negara. Dapatan soal selidik ini menunjukkan bahawa, murid menyokong

bahawa kaedah PlayCooper mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi murid dalam

mata pelajaran Sejarah. Sehubungan dengan itu, kaedah PlayCooper juga mampu

menambahbaik amalan PdP guru kerana berjaya membantu murid memahami tajuk

pembelajaran iaitu lambang dan makna lambang-lambang Jata Negara.

Seterusnya, analisis tentang aktiviti PdP guru yang disukai oleh murid juga dilakukan untuk

melihat sama ada kaedah PlayCooper yang menggunakan kaedah bermain dan PK disukai

oleh murid atau sebaliknya. Berikut merupakan rumusan dapatan soal selidik.
Aktiviti PdP GuRU Yang Disukai Oleh Murid

Berkumpulan Bermain
29% 29%

Bercerita Kuiz
14% 14%

Menjawab
latihan
14%

Rajah 26. Aktiviti PdP guru yang disukai oleh murid

Dapatan soal selidik pada Rajah 26 merumuskan aktiviti berkumpulan dan bermain

mendapat peratusan yang tertinggi sebanyak 29%. Peratusan bagi aktiviti bercerita, latihan

dan kuiz adalah 14% peratus manakala aktiviti secara individu, berlakon dan soal jawab

mendapat nilai 0%. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa, kaedah PlayCooper menarik

minat, memotivasikan murid dalam mata pelajaran Sejarah dan dapat memperbaiki amalan

PdP guru kerana aktiviti kesukaan murid iaitu pembelajaran secara berkumpulan bercirikan

PK dan permainan telah direalisasikan melalui kaedah PlayCooper.

Anda mungkin juga menyukai